Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Ogos 28, 2010
Kyo wa (hari ni) doyobi (sabtu) des
2 hari yang lepas lebih kurang pukul 11 malam, aku ada dapat panggilan daripada Coach Radha. Coach Radha ni ialah seorang coach yang sangat berdisiplin dan sangat komited dengan kerja dia untuk membantu meningkatkan tahap bolesepak negara dari peringkat akar umbi. Amat bertuah sungguhlah sesiapa yang dapat menggunakan daya kreativiti Coach Radha ni dan buat masa sekarang, kami mak-bapak kepada pemain-pemain CIMB-YFA berasa sungguh bertuah mendapat coach yang macam ni. Aku tahu bukan senang dia nak menjaga hal-ehwal lebih daripada 500 pemain bawah umur tapi itulah Coach Radha...sangat komited dan aku sanjung tinggi komitmen isteri dia yang sanggup berpanas hujan bersama-sama dengan CR mengendalikan pasukan anak-anak muda ni. Anyway, aku sebenarnya nak cerita pasal panggilan talifon CR pada aku 2 malam lepas. CR talipon dan bagitahu kat aku yang dia nakkan abang untuk mewakili kelab sekali lagi untuk ke kejohanan antarabangsa peringkat kelab di Bangkok, Thailand pada bulan November nanti. Aku terfikir balik, eh....ni peluang untuk abang ni....aku nakkan dia mendapat pendedahan yang terbaik dan sebanyak mungkin di peringkat antarabangsa sebab aku tak berpeluang dulu. Aku cakap ok pada CR tapi sudah semestinya abang harus melalui latihan untuk pemilihan dahulu. Tak bolehlah senang-senang dapat....tu tak adil namanya....semalam aku talipon dan bagitahu kat dia pasal dia dimintak untuk pergi ke pemilihan tu dan dia seronok. Terus tanya aku, "Papa, bila abang boleh main bola balik?" Dalam senyum aku jawab, "Lepas UPSR.....". Abang balas pendek, "Hmmmmm..." Aku tahu yang abang dah seronok balik.....Insyallah untuk anak-anak aku, aku sanggup berbuat apa saja...janji depa mempergunakan peluang dengan sebaik-baik mungkin.....
Malam tadi sewaktu nak berbuka puasa pulak, aku talipon aunty dan tanya depa makan apa untuk berbuka puasa. Aunty jawab yang depa pada masa tu dok ada kat McD. Sayup kat belakang aku dengar suara Marina dok berebut fries dengan abang dan aku jugak terdengar Yuya dok memaksa aunty suruh beli air satu lagi....dahaga sungguh anak-anak aku berpuasa...aku bersyukur dan memanjatkan doa semoga anak-anak aku dapat menunaikan puasa sampai habis. Aku jugak berdoa agar depa kenang penat-lelah kami mencari rezeki untuk depa....insyAllah...
Dalam pada dok kecoh, aunty sempat bagitahu kat aku yang abang kena Chicken Pox! Tersentak aku dengar....Aunty cakap lepas makan dia akan hantar Marina dan Yuya balik sebelum bawak abang ke APSH. Aku pulak jadi tak keruan. Kesian kat abang sebab aku tahu yang akulah punca abang dapat Chicken Pox. Sapa lagi kalau bukan aku? Pukul 10 malam aunty talipon aku dan bagitahu yang doktor dah confirmkan yang abang dah kena CP. MasyAllah...aku tambah sayu teringatkan abang. Aku terbayang yang aku ada cium pipi abang di LCCT tempohari masa aku nak balik sini. Bukan abang saja, tapi semua sekali....dan la ni aku dok dalam risau, takut-takut semuanya akan berjangkit...Abang nak UPSR 21 September nanti dan sekarang tengah sibuk dok tuisyen dengan Cikgu Gandhi. Aunty kena talipon CG kanselkan tuition. CG tak payah datang rumah sebab takut nanti CG pulak sakit! Aku jadi sedih dan terkilan sebab akulah abang kena penyakit ni.....lepas sembahyang tadi aku berdoa agar abang cepat sembuh dan kembali bersemangat untuk belajar bagi menempuh peperiksaan UPSR nanti....
Aku agak bertenaga sikit sekarang walaupun masih pening-pening lalat lagi. Dalam pada dok sakit-sakit ni aku masih bersyukur sebab yang aku kena ni bukanlah sakit jantung ataupun kencing manis ataupun lain-lain penyakit kronik lain. Alhamdulillah. Aku bersyukur sekali lagi kehadrat Allah SWT. Tak semua orang bernasib baik macam aku. Ada yang umurnya sama dengan aku tapi keadaan kesihatan depa sungguh tidak tenteram! Sekali lagi aku bersyukur...alhamdulillah...
Sementara aku duduk kat pulau ni, aku ada jugak terpikir yang aku nak buat benda-benda lain yang aku mungkin tak sempat nak buat kat KL. Aku rasa lepas raya nanti aku nak daftar masuk kelas memandu dan cuba dapatkan lesen motor besar walaupun aku tahu yang motor aku sentiasa kecik dan tak besar-besar...heh3...kalau tidak pun aku teringin nak ambik lesen lori ataupun bas...bukannya untuk apa, tapi saja suka-suka....lagipun traffic kat sini sentiasa tenang jadi aku rasa mungkin lebih mudah nak dapatkan lesen kot...aku rasalah...selain tu aku ada jugak terpikir yang aku nak ambik kelas scuba, tapi aku tak tahu samada kelas scuba ada kat langkawi ataupun tidak...mungkin ada, tapi aku tak cari lagi....nanti kalau dah ada lesen menyelam PADI tu, bolehlah aku menyelam kat Bukit Belacan...heh3...Selain daripada tu aku ada google dan mencari tempat-tempat menarik yang ada disekitar Langkawi ni dan aku jumpa Satun. Satun ni pekan kecil di Thailand. Pekan nelayan mengikut kata wikipedia. Tak ada pembangunan kat sini. Hah...ni lah yang aku cari...kalau nak tengok pembangunan, aku dah "cemuih" tengok. Aku rindu pada suasana kampung....aku ada google lagi dan katanya tempat menginap yang elok sikit namanya "Oon". Atas ada guest house dan bawah ada restaurant dan bar...ok, aku rasa situlah aku akan duduk nanti. Naik bot dari sini cuma 45 minit. Tak jauh mana. Lagi jauh kalau nak ke Penang!
Cerita pasal Siam ni, aku ada bagitahu dulu yang aku ada sorang kawan baik budak Siam yang namanya Pornpajong Watcharaparn ataupun nama pendek dia Pam. Aunty kenal Pam ni dan pernah tidur di bilik Pam dulu masa aunty melawat aku kat Geneva. Pam ni baik orang dia. Alhamdulillah semua kawan perempuan aku aunty kenal sebab aku tak mahu timbul syak wasangka dan kawan-kawan perempuan aku pun sekali-sekala ada jugak berhubung dengan aunty untuk bertanya khabar...."transparent....."
And you know what? Aku ada bagitahu kat Pam yang aku teringin nak ke Satun. Pam terkejut dan bagitahu aku yang Satun tak dak apa nak tengok. Tempat tu cuma menjadi tempat transit pelancung untuk ke Kok Lipe ataupun ke Hatyai saja...aku kata don't worry sebab aku pergi bukannya nak makan sampai 3-4 hari...it's just a one night trip saja. Pergi Sabtu dan balik Ahad....Pam kata ok dan aku terkejut bila Pam bagitahu yang dia akan organisekan tempat untuk aku tinggal dan makan-minum selama aku kesana. Aku cakap tak payahlah susah-susah sebab aku pun tak suka menyusahkan kawan-kawan kalau nak kemana-mana. Pam kata tak menyusahkan. Dia cuma nak tolong aku secara ikhlas...katanya lagi, abang dia sebenarnya Hakim kat situ, baru transfer dari Bangkok....aku terdiam....dalam entry yang lepas "Ibu N Abah" ada cakap yang kadang-kadang nilai persahabatan tu lebih bernilai daripada nilai persaudaraan....tiba-tiba bila aku teringat kata-kata tu aku tersenyum sendiri....memang betul sekali....I like the word "nilai persahabatan". Dan aku sentiasa ingat, kalau kita jaga hati dan perasaan kawan kita, insyallah satu hari nanti tanpa disedari orang lain akan membalas kat kita pulak walaupun kita tak kenal orang tu..kalau bukan terjadi kat kita, mungkin akan ditunjukkan pada anak-anak kita pulak nanti...insyAllah....Aku selalu berpesan pada anak-anak aku, berbaik-baik dengan kawan....jangan dengki dengan kawan....jangan memburuk-burukkan kawan.....jangan menjatuhkan kawan untuk kepentingan diri sendiri.....jangan buat yang tu semua....berdosa kita dan tak selamat hidup kita!
Ada sorang lagi kawan aku namanya Jettin Gani dari Indonesia. Semalam aku dapat email dari dia mengatakan yang dia dalam perjalanan datang dari Jakarta ke KL dan kalau boleh nak berjumpa aku di KL. Sorry Jet, aku kat Langkawi ni...bukannya KL. InsyAllah kalau bukan kat KL, kita akan jumpa nanti kat Jakarta...aku pun dah lama tak pergi sana dan dah lama aku tak berjumpa kawan-kawan sekelas dan sekolah aku dulu yang memang ramai dari Indonesia! Err...Jettin ni pun aunty kenal...kami selalu jugak pergi makan sekali masa di KL dulu...see, aku tak tipu...semua kawan perempuan aku aunty kenal!
Then sorang lagi kawan aku, nama dia Karen. Budak Penang. Baik budak ni....dulu dia kerja dengan kapalterbang australia. Lepas bertahun-tahun terbang dia join hotel pulak dan kerja sama dengan aku kat KL dulu. Dia ada hantar message kat aku yang dia sekarang dah dapat kerja baru kat Penang dan ajak aku ke Penang untuk tengok hotel baru dia...katanya it's a new boutique hotel. Hey Karen, congratulations to you and I will definitely visit you in Penang....bukannya apa, sebab dah lama tak makan kat Hameediyah!!! Hmmmm, to tell all the truth, Karen ni pun aunty kenal sebab kami pernah keluar makan dan minum sama-sama jugak....heh3...aku tak tipu.....(okaasan...please say yes to all these....please.....@ sambil tangan dalam keadaan berdoa!).
Bukan semua kawan aku pompuan...ramai jugak kawan lelaki....tapi kalau lelaki aku dah selalu sangat dok bercerita. Setakat ni alhamdulilah..kawan-kawan yang aku dapat semuanya baik dan prihatin....dan ikhlas.....dan genuine.....kalau tak genuine tu kita dah boleh nampak dah.......
But anyway, aku cerita pasal nilai persahabatan ni bukannya apa, niat aku cuma untuk anak-anak aku ambik ikhtibar dan jadikan panduan. Depa ada banyak masa lagi. Carilah kawan yang betul dan treatlah kawan dengan betul.....insyAllah mana-mana depa pergi, depa akan selamat disamping kawan-kawan.....
Rabu, Ogos 25, 2010
Kyo wa suiyobi des..
Tajuk tu bunyi suspence...memang mengerikan...ala-ala "The Last Samurai" pun ada jugak lakonan Tom Cruise dulu tu. Apa makna dia? Tak pa...nanti kalau aku ingat, aku cakap masa nak habis nanti. Kalau aku lupa, maksudnya aku akan cerita balik nanti bila aku teringat tahun depan! Heh3...
2-3 hari lepas aku ada sms kat Tan Sri Sanusi Junid bertanyakan berkenaan entry baru Tan Sri yang dah lama aku tak baca selain daripada last entry yang Tan Sri cerita pasal bolasepak kedah, tangga 1000 kenangan dan jugak pasal Maktab Mahmud. Aku sebenarnya tak pernah mengenali TSSJ secara dekat kecuali apabila tahun lepas TSSJ dan PS sudi tinggal di hotel aku di Mekah maka bermulalah episod perkenalan aku dengan TS dan isteri. Dulu ada aku ceritakan perihal bekas menteri kabinet tapi aku tak sebutkan nama. Maka sekarang barulah aku bagitahu yang beliau sebenarnya ialah TSSJ. Oleh sebab tiap-tiap hari aku bertegur sapa dengan TS, maka hubungan aku dengan TS pun menjadi agak akrab. Aku yang rasalah, bukan TS kata....apa TS nak makan, pukul berapa dia selalu turun makan dan apa saja yang TS nak semuanya aku tahu. Aku ada list panjang mengenai "likes" and "dislikes" semua pembesar-pembesar negara dan jugak pembesar-pembesar luar negara termasuklah dari negara KFC. Semua ada dalam poket aku. Anyway, bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal TSSJ. Bila aku sms dan bertanyakan cerita baru, TS jawab, tunggu nanti akan keluar satu cerita baru yang "istimewa". Aku tanya lagi, "TS, bila nak keluar, dah tunggu lama ni...". TS dengan selamba dan dengan cara dia, menjawab..."Shahrir, sabar tu separuh dari iman...". Heh3....itulah TSSJ yang aku kenal. Seorang yang kelakar didalam serious. Bila bercakap dengan dia aku kena dengar betul-betul baru dapat tangkap "point" dia yang kelakar....walaupun muka TS serious masa tu dan dia akan senyum lepas tu sebab dia tahu aku dapat message dia...Last sekali dalam sms dia ada dia bertanya aku beraya dimana nanti? Aku sms balik, kalau cuti insyallah akan ada di KL. TS kata kalau ada kat KL dia jemput aku sekeluarga ke tempat yang pernah kami sama-sama dinner dulu....InsyAllah TS, saya sampai...Jadi aku sekarang ni tak sabar nak tunggu entry baru dari TS.....
Dah lama aku tak tengok wayang. Kalau kat sini rasanya sekali pun aku tak pernah sampai lagi. Bukannya apa, kalau doktor lain pun tahu aku masuk hospital, apa lagi kalau aku pergi tengok wayang? Ada sekali kawan aku cerita yang dia nak pergi tengok wayang kat sini. Kat salah satu cineplex yang ada kat salah sebuah shopping complex kat sini. Kalau tak salah aku dia nak tengok cerita "Mantra". Tiket dah beli....seat dah dapat lampu dah padam....tiba-tiba lampu menyala balik. Dia heran. Dia toleh kiri dan kanan....orang lain semuanya heran pasal apa cerita tu tak start-start lagi dan kenapa tiba-tiba lampu menyala? Masuk sorang lelaki dengan torchlight suluh sana suluh sini. Orang ramai dah mula meninggikan suara bertanya apa pasal lampu menyala? Budak dengan torchlight tu jawab, "sorry yea.....oleh sebab panggung ni tak cukup orang, jadi kami cancel show ni....sila ambik balik duit kat kaunter!!!". Kawan aku hangin satu badan! Heh3...ni lah first time aku dengar cerita macam ni. Kalau kawan aku tipu, maknanya, cerita ni pun tipulah!
Cerita pasal tengok wayang ni aku teringat masa aku kerja kat Geneva dulu. Ada satu panggung wayang kat Rue De La Terrassiere. Satu jalan dengan hotel tempat aku kerja. Ada sekali tu kawan aku Karin Scmidt datang melawat aku. Karin Scmidt ni budak Jerman dan selalu jugak aku cerita pasal dia. Aunty pun pernah jumpa budak Jerman ni sebab Karin pi jemput aunty masa aunty pergi melawat aku kat sana dulu. Anyway, Karin bercuti selama 3 hari dan sanggup drive dari tempat jauh untuk melawat aku dan ada 2-3 budak-budak lain yang ada kat Geneva. Entah macamana satu hari aku pun ajak Karin tengok wayang. Karin kata ok dan ajak kawan dia 2 orang lagi. Bila tiba waktu, 2 lagi penyamun tu tak jadi datang, jadi cuma kami 2 orang lah saja yang tengok cerita tu....Kami dapat seat kat tengah. Cerita aku dah lupa. Since aku kerja split shift, jadi aku sungguh mengantuk masa tengok wayang. Sambil tengok sambil tertidur. Dan bila tertidur kepala aku terlentuk-lentuk kekiri dan kekanan....7-8 kali jugak aku tersedar dan malu sebab kepala aku dah terlentuk atas bahu Karin. But Karin being a mat salleh, sangat tak kisah dan lagipun kami kawan baik. Sedar-sedar cerita pun dah nak habis. Nama pelakon pun dah mula keluar kat screen dan masa tu Karin kejutkan aku. Aku dengan malu terus toleh dan apologise kat dia. Karin ok, dia tahu aku letih kerja split....tiba-tiba 2-3 saat sebelum lampu menyala, tiba-tiba aku dengar orang jerit nama aku, "Ali...Ali....pheeewwwit......". Aku terkejut dan toleh kiri-kanan. Lampu belum menyala. Sekali lagi aku dengar orang panggil nama aku. Kuat nak mampus....aku panic....Karin panic....bila lampu menyala, aku toleh ke belakang dan nampak 5 orang penyamun yang sama-sama kerja dengan aku kat hotel yang sama dok bergelak sakan sambil dok tunjuk tanda "good" kat aku.....Alamak 5 penyamun tu, Nick Waals (UK), Thomas (Australia), Patrick (Suisse), 2 lagi dari Greece. Amboi seronok sungguh depa pekena aku yea....malam tu sebagai memohon maaf, depa belanja aku makan pizza yang depa beli kat supermarket MIGROS yang ada kat depan hotel....ala...bukannya sedap pun!
Tahun lepas sewaktu Ramadan, setiap hari aku akan masukkan entry baru berkenaan dengan pengalaman aku kerja waktu bulan puasa. Seronok sungguh rasa dan dah hampir nak setahun aku dah balik ke sini. Semalam aku dapat email dari Chef Adil. Dan inilah yang dia tulis dalam e-mail dia untuk aku....sayu bila aku baca.....
"salam alikom Mr shahrir really i m missing you so much ! how are you and all the family ? i hope to see you soon in hajj or omra :)
i didn t forget this day when i felt the curry on your jacket hahahahahhh3 ! it was a great time......
about me i m fine but same ole same "
Ni lah yang aku katakan "nilai persahabatan sejati". Chef Adil ni jugaklah yang bersusah-payah usung aku ke hospital dulu pasal aku ada masalah kulit. Naik moto dia yang tak ada lesen tu....Bila aku kenangkan balik pasal Chef Adil ni, rasa macam nak tereyak aku....baik sungguh chef aku ni...kalaulah aku ada peluang, mahu aku bawak dia duduk Malaysia dan kerja dengan aku....
Anyway, sebelum aku terlupa, baik aku translatekan dulu apa tajuk cerita kita hari ni....actually translation dia bukannya apa pun....aku cuma tulis, "(Kyo wa)Hari ni (Suiyobi des)Hari Rabu...". Heh3...selamat berbuka puasa!!!
Isnin, Ogos 23, 2010
Monday blues..
Semalam aku ada pergi melawat satu lagi klinik. Jumpa doktor kat situ. Dia cakap campak aku dah kering. Hah...yang tu aku lega bila dengar. Tapi....dia sambung cakap, "masa ni lah virus tu jadi super active...". Aik, biar betul doktor ni...aku mati-mati ingat masa dia berair tu adalah masa yang paling active. Tapi kali ni doktor ni cakap macam lain pulak...ok, takpa...dia doktor, aku siapa? Then dalam pada tu, dia kata kat aku. "Dengar ada masuk hospital!". Aik...doktor ni....mana dia tahu aku masuk hospital ke tidak? Dia ada baca blog aku ka? Doktor tu sengeh kay aku...dia cakap, " ni Langkawi...". Eh, ya tak ya jugak...aku terlupa yang aku duduk kat Langkawi....maksudnya, pulau ni kecik, apa kita makan semua orang boleh tahu! Pergh...kelasssss!
Banyak aku dapat petua kat dalam fb dan jugak dari panggilan-panggilan talipon rakan-rakan yang prihatin. Terimaksih banyak-banyak pada semua yang bersimpati. Hanya Allah saja yang dapat membalas semua jasa baik rakan-rakan semua.
Semalam aku ada dapat message dari Usop Santorian. Ingat tak lagi staff aku dulu masa kat Mekah? Ala...Usop yang pintu kereta kena ikat dengan tali rapia tu...entah macamana masa aku baru bangun tidur, aku ternampak macam ada message kat fb aku. Aku click dan nampak nama Usop terjojol kat screen...kelam-kabut aku bangun dan jawab. Seronok kami bersembang. Sakan dan macam-macam berita aku dapat perihal kehidupan kat Mekah la ni...Ramai jugak staff aku dulu masih kat sana. Usop dengan happy bagitahu kat aku yang dia dah dapat anak nombor 2. Anak lelaki. Yang dulu pompuan....yang dulu aku ingat lagi sebab aku lah yang tolong ambik gambar anak dia masa kat lobby tu. Usop dok tanya bila aku nak pergi sana lagi. Aku kata insyAllah aku akan sampai jugak nanti....dan selain daripada tu, bila terbaca cerita KN kat Mekah dan Madinah, aku jadi sayu sangat-sangat. Sayu sebab gambar yang KN ambil tu adalah tempat-tempat yang dekat sangat dengan hati aku. Bila baca cerita Haji Arsyad dan Lotfi pun macam tu jugak....hati jadi sayu teringatkan Mekah. Itulah penangan kalau siapa dah pernah pergi sana...
Bulan puasa macam ni aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. Tak sabar nak puasa...bila sampai waktu nak bukak puasa, mahu 20 kali aku dok tanya kat mama sampai kena tarik telinga aku sebab arwah mama dah letih nak jawab kat aku. Masa aku duduk Alor Setar pulak, aku akan kayuh basikal dengan sepupu aku sampailah 5 minit sebelum bukak puasa. Sepupu aku nilah yang sekarang ni duduk kat Langkawi. What a coincidence betullah! Masa aku kat KL pulak, sebelum bukak puasa, aku akan keluar naik moto dan kadang-kadang aku bawak sekali anak menakan aku keluar naik moto beli kuih. Sekarang ni anak-menakan aku pun dah nak kahwin hujung tahun ni! Cepat sungguh masa berlalu.
Sekarang ni aku kesian tengok anak-anak aku. Berbuka puasa depa tak sama dengan anak-anak orang lain. Kalau orang lain Mak-Bapak akan usung depa pergi beli makanan ataupun kuih kat pasar ramadan tapi anak-anak aku tak berkesempatan sebab aku tak ada kat rumah. Part tu aku kesian sungguh kat depa. Tak ada orang nak main bunga api dengan depa....tak sempat aku nak keluar beli baju raya kat depa...tsk...tsk...tsk...sayu ni...
Cuaca kat Langkawi ni sungguh baik sekarang ni. Tak hujan langsung. Memang meriah kalau nak ke pasar ramadhan. Nampak macam meriah walaupun aku masih tak berkesempatan nak melawat dan ambik gambar mana-mana pasar ramadan kat pulau ni. Ada satu yang meriah terletak kat airport. Teringin aku nak pergi tengok. InsyAllah m,inggu depan bila dah sihat aku nak pergi semua PR dan ambik gambar banyak-banyak untuk aku masukkan kat dalam ni. Ingat nak pergi sembahyang terawih pun tak kesampaian setakat ni. Takpalah, kesihatan perlu diutamakan. InsyAllah tahun depan aku buat betul-betul..
Tadi aunty sms kat aku bagitahu yang dia nak beli tembikai. Balik nanti katanya abang akan blend untuk the whole family minum. Memang dia suka blend sendiri. Kalau beli air tembikai ada banyak gula dia kata...Aku tengok abang ni dah membesar dengan baik. Sikap dia yang bertanggungjawab membuatkan aku sejuk hati. Abang akan dengar cakap aku. Abang akan jaga adik-adik dia. Abang tak banyak cakap tapi Yuya selalu kacau abang. Tu yang buat abang selalu hangat hati. Semalam aunty bagitahu yang anak-anak aku semua dok horey-horey main bunga api kat depan rumah. Risau jugak aku takut kalau-kalau tercedera. Depa seronok main dengan neighbour aku. Lepas main kat luar rumah, sambung main kat dalam rumah pulak....alamak...rambut Marina mesti masam ni....tapi rambut masam Marinalah yang buat aku tak tidur malam...heh3...
Khamis, Ogos 19, 2010
Aku Tercampak!
Aku sekarang terlantar kejang kat bilik sorang-sorang. 2 minggu sudah aku dah rasa macam nak demam. Aku telan panadol, baik.....selang beberapa hari, datang balik seram-sejuk. Telan lagi, baik...lega....ada aku tulis dalam entry lepas yang anak-anak aku datang melawat aku kat sini. Happy habis bila tengok muka depa semua. Dalam tempoh tu ada jugak sikit-sikit rasa macam nak demam balik. Tapi pasal family ada kat sini, aku lupa sekejap yang aku tak berapa sihat. Hantar depa ke airport dan aku balik bilik. The next day aku kemaskan barang dan balik KL beberapa hari sebab ada hal disana. Kesempatan di sana aku gunakan sebaik-baiknya untuk melayan keluarga berbuka puasa. First day aku disana, abang demam dan aunty bawak abang ke klinik sebab demam. Esoknya pulak, aku bawak kereta jumpa doktor sebab aku pulak demam. The following day, sekali lagi aku bergegas ke klinik sebab aunty pulak demam. Mak aiii...berderet-deret...aku sangka yang ni symptom biasa sebab baru mula berpuasa. Selalunya macam tulah sebab system belum dapat nak sesuaikan diri dengan berpuasa. Then family aku hantar aku ke LCCT untuk balik ke Langkawi. Dalam perjalanan tu aku dah rasa memang lain macam kali ni. Sejuk lain macam!
Sampai Langkawi, kawan aku dah tunggu. Kami berhenti kat mini market untuk aku beli sedikit minuman untuk dibawa balik. Malam tu aku dah tak boleh nak lelap mata. Bukan pasal teringatkan family sangat, tapi pasal aku dah mula menggigil! Takpa...telan ubat lagi dan tidur. Esoknya aku masuk kerja macam biasa. Sampai petang, aku dah tak boleh nak tahan. Menggeletar aku satu badan! Malangnya disini, kebanyakkan klinik tutup pada hari Jumaat. Aku melencung ke Hospital terus. Jumpa doktor dan dia kata demam biasa dan bagi ubat. Temperature dah 38 degrees masa tu. Aku balik bilik dan cuba berehat. Pukul 10 malam, dada aku dah mula bertompok merah. Aku panic sebab aku takut kena denggi kali kedua. Pukul 10.30 malam, aku terus ke Hospital lagi dan berjumpa doktor buat kali kedua. Masa tu bintik merah dah melarat ke perut! Doktor belek badan aku dan confirmed bukan denggi sebab katanya merah tu bukannya pecah-darah dibawah kulit tapi berbintik-bintik dengan air. Katanya aku kena campak! Aik, dulu masa kecik aku dah kena...doktor cakap kalau kena lagi, effectnya mungkin bertambah serious. Dia takut pneumonia. Kalau doktor pun takut, aku lagilah tambah takut! Aku tak boleh tidur malam tu....
The next day, aku jadi tak keruan. Panas lain macam dan tiba-tiba dia jadi sejuk extreme pulak. Aku pecut ke klinik pulak for a second opinion. Kali ni Dr Govin cakap campak aku agak bahaya dan suruh aku quarantinekan diri kat bilik, jangan jumpa orang. Masa tu aku flat habis. Nasib baik kawan yang tolong pandu. Kalau tak mungkin kereta dah terbabas kat tengah roundabout kat airport tu! Aku balik bilik. Kepala aku berat dan badan aku tambah panas. Aku check suhu. Dah naik 39 degrees! Aku makan ubat yang doktor bagi dan cuba rehat. Minum air banyak-banyak. Terbaring kat atas katil sorang-sorang ni boleh gila dibuatnya. Bila petang aku jadi tak keruan lagi. Aku bagitahu aunty. Dia terkejut dan suruh aku rehat dan minum air banyak-banyak. Malam tu masa cuba nak tidur, aku tiba-tiba berpeluh...Bukan peluh buat-buat ni....bukan peluh nak ambik SPM ataupun bukan peluh nak akad nikah! Golek sana tak kena, golek sini tak kena jugak. Tutup AC, aku jadi panas gila. Bukak AC aku jadi sejuk menggigil. Bukak baju dan tengok cermin, aku terkejut sebab badan dah merah. Macam semut api penuh kat badan! Tiba-tiba aku rasa dada aku tertekan. Berat dan payah nak bernafas. Jam dah pukul 1.30 pagi. Aku gagahkan jugak mintak staff sambungkan panggilan aku ke hospital. Aku dapat cakap dengan emergency room dan bagitahu pasal keadaan aku. Dia cadangkan aku terus ke hospital dan jangan tunggu. Aku pack barang dan turun ke lobby. Jam dah 2 pagi! Staff aku pecut terus ke hospital. Aku tengok orang ramai kat emergency dan aku tak boleh nak tunggu lama sebab aku dah terhoyong-hayang. Aku mintak tolong untuk masuk bilik doktor dan baring kat katil tepi doktor. Depa bagi....lega.....aku terbaring dalam 15 minit sebelum Dr Carey datang tengok aku. Lama dia belek dan last sekali dia cakap, selalunya demam campak tak payah admitted but since aku dah umur lebih dari 40 dan malam tu aku susah nak bernapas, dia kena tahan aku untuk observation. Depa bagi ubat tambahan dan sorong aku masuk bilik. Quarantine. Sebab penyakit ni boleh merebak!
3 hari jugak aku bertapa kat hospital Langkawi. Lama aku tak masuk hospital.....badan masih panas dan berpeluh tiba-tiba. Kepala berdenyut-denyut, badan aku sakit semuanya. Nasib baik kat hospital. Kalau kat bilik, mahu aku keras sorang-sorang sebab langsung tak berdaya nak bangun dari katil! Lepas 3 hari, demam dah kebah tapi campak dah bertambah-tambah. In fact sekarang ni aku rasa dia tengah menggila sebab kalau aku bukak baju dah tak nampak kulit kecuali merah yang berair! Tidur pun berjaga-jaga tak berani nak bergerak lebih. Kalau bergerak sikit, gelembung tu akan pecah dan air tu akan merebak pulak ke bahagian lain.....tambah lagi campak aku! Muka dah kembang. Nak makan tak lalu....pergh...berat dah mula susut sikit! Masa nak discharge, doktor pesan suruh quarantine kan diri. Sekarang ni masa dia akan merebak katanya....AIRBORNE! Dari peluh ataupun fluid yang keluar dari badan. Bahaya katanya. Kalau nak jumpa orang pun pastikan aku pakai mask. Aku angguk-angguk kepala tanda paham dengan kepala yang berdenyut-denyut!
Walaupun keadaan aku macam ni, aku masih lagi bernasib baik. Talipon aku tak pernahnya berhenti dari panggilan kawan-kawan dan staff. Semuanya risaukan keadaan aku. Almost 24 hours depa talipon tanyakan keadaan aku. Aku rasa pokok semambu kat tepi beach tu dah botak sebab depa selalu dok ambik daun bagi aku mandi. Pokok kelapa kat beach pulak dan tinggal pelepah sebab semua buah depa dah petik bagi aku minum air....sampai kadang-kadang tak terminum air kelapa yang depa buat untuk aku dan bila pagi aku rasa masam pulak air kelapa tu....dah jadi TUAK! Depa sangat prihatin. Pukul 3 pagi pun ada yang talipon tanya apa aku nak makan sahur nanti....pukul 8 malam tadi aku dapat panggilan dari staff aku bertanyakan samada aku dah makan malam ke belum. Dia kata dia terlupa nak talipon awal dan tanya. Dia tak tahu yang ada sorang lagi kawan aku yang selalu dok kelam-kabut cari makanan untuk aku 24 jam.....kawan aku sorang ni tiap-tiap hari dok beli kat pasar ramadan bagi aku makan. Gulai bawal lah...ulam lah....sambal lah...ikan bakar lah....sup ayam lah....dia kata dia seronok kalau aku gemuk! Macam ni punya kawan pun ada...heh3...
Aku belum baik lagi. Dan doktor kata, la ni lah waktu puncak untuk menatang tu keluar beramai-ramai dan berpesta...jadi doktor pesan suruh aku bersabar banyak-banyak....dulu aunty risau kalau-kalau aku ni sorang yang GATAL......tapi kalau sekarang aku bagitahu aunty yang aku tiba-tiba jadi GATAL, aku rasa dia tak panic......
Sabtu, Ogos 14, 2010
Lawatan
Minggu lepas, anak-anak aku datang melawat aku kat sini. Dah dekat 6 bulan depa tak jengok aku. Rindu bagai nak gila. Bukannya aku tak balik KL pun tapi kalau aku balik KL pun bukannya pasal cuti tapi pasal kerja. Aunty dah susun jadual dengan elok supaya tak mengganggu kelas anak-anak aku dan kerja dia. Bukannya lama sangat pun depa datang. Datang hari Jumaat dan balik hari Ahad....itu pun aku dah cukup happy. Bahagia sungguh rasa! Macam biasa, flight depa delay. Aku tak sabar-sabar nak dengar cerita dari Marina pasal pengalaman naik kapalterbang. Tapi sekali ni Marina kata, ..."tak best...". Alamak, baru 4 tahun dah comment best ke tak best? Dia komplen sebab seat sempit! Takpa lah...nanti aku beli satu kat dia dan buat seat yang besar-besar bagi puas hati!
Depa sampai lambat dan semuanya dah terlampau letih. Kami cuma makan pizza dan pasta malam tu untuk dinner. Aku bawak keluar ke pekan Kuah sekejap sambil melepak kat dataran helang tu. Ni lah first tima aku sampai kat dataran helang. Kalau anak-anak aku tak sampai, entah bilalah aku nak pergi jalan-jalan kat situ....mungkin takkan sampai langsung! Amazingly, burung helang tu memang besar dan cantik especially bila malam dan dipanahi pulak dengan dengan lampu, memang menarik...dan patut di promosikan lagi. Abang beli keychain untuk kawan-kawan dia kat sekolah. Yuya tak ingat kat kawan, jadi dia cuma beli lastik untuk dia sendiri. Bila Marina tengok lastik tu, Marina pun kecoh nak jugak! Last sekali depa dapat sorang satu! Siap gantung kat leher lagi macam dalam kartun "Denise the Menace" dulu....aku pesan kat depa, jangan depa pi lastik kepala orang pulak nanti....depa angguk buat-buat faham!
the next day tu aku masih bekerja. Jadi the whole morning depa cuma melepak kat hotel saja. Lagipun kat hotel ni pun banyak aktiviti....jadi taklah depa rasa sunyi sangat. Boleh mandi kat laut, boleh mandi kat pool, boleh mandi kat bilik, kayuh basikal, main layang-layang, main indoor games dan boleh jugak menjala ikan...aik? menjala ikan pun ada? Oh yes, memang ada aktiviti ni dan aktiviti ni lah yang selalu mendapat sambutan daripada guests. Kalau nak memancing mahu sehari suntuk dok menunggu ikan tapi kalau menjala, cuma tebar dan tarik. Nasib baik, dapatlah 2-3 ekor. Anak-anak aku cukup teruja nak menjala. Sekejap-sekejap Yuya talipon tanya bila boleh menjala. Aku kata tunggu petang. Dia talipon lagi dan bagitahu sekarang kan dah petang! Aku cakap nanti pukul 5.30pm! Yuya diam. Ada 2 jam lagi nak tunggu! Dalam pada tu aku dah organise layang-layang dan jala untuk depa mencuba nasib nanti. Tepat pukul 5.30pm, meluru depa lari ke pantai cari aku. Angin tengah kuat, elok untuk main layang-layang dan air pulak tengah pasang, elok untuk menjala.
Lepas 2 kali staff aku buat demonstrasi, aku pulak yang cuba dulu. Bukannya anak-anak aku! Sekali tebar aku dah dapat 4 ekor anak ikan. Seronok kami. Kami letak dalam baldi. Yuya pulak try....dia pun dapat jugak anak ikan. Abang try dan abang pun dapat jugak. Marina nak cuba tapi jala lagi berat dari Marina, jadi dia tak boleh nak menebar jala tu. Marina buat muka sedih sambil cebik mulut....kesian baby Papa. Layang-layang tu pulak Marina yang main. Bila layang-layang naik tinggi, Marina dah kena tarik dengan layang-layang sebab angin dah tambah kuat! Mengekek-ngekek Marina gelak! Aku dengan aunty dok senyum tengok depa main. Ni lah yang aku kata "bahagia" tadi tu!
Malam tu aku ada appointment dengan sepupu aku yang tinggal kat langkawi ni. Kami pergi dinner kat pekan kuah. First time anak-anak aku dan aunty berjumpa dengan depa. Tak sedar 2 jam jugaklah kami dok bersembang kat kedai tu. Masa aku nak pergi kat kedai tu, puas aku dok mencari mana nak parking kereta. Semuanya penuh. Satu pun tak dak untuk aku selit. 3-4 kali aku pusing last-last ternampak satu parking kosong kat bawah pokok rendang. Kami happy sebab finally dapat parking. Kami keluar kereta dan masa melintas jalan tu, aku perasan yang orang yang dok makan kat kedai tu semuanya dok pandang kat kami. Aku tak tahu apa-apa. Ingatkan lupa nak kunci kereta, jadi aku pun kuncilah lagi sekali. Lintas jalan dengan bangga sebab dapat parking. Kami order makanan dan makan. Lepas makan pulak, sepupu aku ajak pergi rumah dia sekejap. Taklah jauh sangat pun. 5 minit dari kedai makan tu saja. Bila aku sampai kat kereta, barulah aku terkejut tengok kereta aku. Patutlah parking tu kosong.....patutlah semua orang tengok aku masa lintas jalan tadi.....dengan geram, aku masuk dalam kereta, tekan air kat screen kereta banyak-banyak, pasang wiper maximum speed, cuci tahi burung! Anak-anak aku mengekek-ngekek lagi!!!
Rabu, Ogos 04, 2010
Hujan..
Panas sungguh cuaca kat sini walaupun katanya sekarang ni musim hujan. Pukul 6 pagi masa aku nak sembahyang subuh, aku dengar guruh. Bila siap-siap nak masuk kerja, langit dah kembali cerah. Musim hujan ataupun sewaktu hujan membuatkan aku tiba-tiba teringat kat Mekah tahun lepas. Tahun lepas aku tak buat haji. Cukuplah aku buat sekali 2 tahun lepas. Last year aku busy sangat dengan musim haji jadi aku dah tak ada tenaga langsung nak buat lagi sekali. Kalau aku buat pun tahun lepas, aku rasa kepala otak aku masih lagi ada kat hotel. Jadi haji aku tak khusyuk....aku ingat lagi ada sekali aku baca paper Arab News sehari sebelum wukuf. Hotel dah lengang masa tu. Dalam paper dia cakap Jeddah banjir teruk dan lebih kurang 150 orang meninggal dunia. Itu cerita tahun lepas....tahun ni pulak aku sembat bersembang dengan doktor mohamed yang dok melepak kat tepi pool. Aku pergi bersembang dengan dia dan isteri serta anak dia. Kami dok bersembang pasal tahun lepas aku kat Mekah. Aku tanya dia kerja kat hospital mana? Aku terkejut sebab dia cakap dia kat hospital di Mekah tapi dihantar ke Jeddah untuk mangsa banjir. Aku cakap, mangsa banjir taklah ramai sangat sebab cuma 150 orang.....dia gelak kat aku. Aku heran macam selalu! Aku tanya, berapa yang meninggal? Dia senyum dan jawab 4000!
Masa sudirman dok nyanyi lagu ni, aku masih lagi kat sekolah rendah. Sedap sungguh lagu ni. Tahun berapa aku dah lupa. Tapi lagu ni memang aku hafal dalam kepala otak aku. Tiap-tiap kali hujan, lagu ni lah yang dok terngiang-ngiang dalam kepala. Kaki dok laju menghayun dok berjalan kat pekan rabu kat alor setar. Sementara nak tunggu lawan bola petang tu kat padang sekolah iskandar! Dok cerita pasal alor setar, semalam aku jumpa sorang vip yang menjadi pengiring kepada sorang lagi vip. Kami bersembang agak lama. Aku tanya dia duduk kat mana, dan dia jawab alor setar dan kerja dengan kemeterian yang sangat penting. Selalu katanya berhubung dengan pembesar-pembesar negeri. Aku bukak cerita yang arwah pakcik aku dulu pernah jadi drebar Menteri Besar Kedah. Dia dengar pakcik aku dulu drebar, dia terus tanya, "Pak Mae ka?" Aku angguk-angguk kepala.....dia jawab, "La...kenai sangatlah Pak Mae tu....bukan ka anak Pak Mae sorang kerja kat Langkawi? Kahwin dengan pegawai ..... dan duduk kat ....." Kami cerita panjang...macam dah lama kenal dan bertukar-tukar nombor talipon....heh3....rupanya dia kenal family aku! What a small world!!! Errr...yang ni actually tak ada kena-mengena dengan hujan!
Masa aku kat Jakarta dulu pulak, hujan samalah macam kat KL. Bila hujan lebat, aku rasa, baik lah jalan kaki dari bawak kereta. Memang MACET! Lebih teruk dari KL. Macam-macam benda terapung...kalau lepas hujan lagilah...ngeri...tapi nasi goreng tetap sedap! Apa lah jadi kat kawan aku yang kat sana la ni?
Sini pulak kalau hujan memang lain macam habis...siap dengan ribut sekali. Aku rasa siapa yang pakai rambut palsu kena lah pikir 10 kali kalau nak datang Langkawi. Takut sedar-sedar, rambut dah hilang! Heh3...Btw, rambut aku pun dah menipis sekarang ni....pernah masa aku kat tokyo dulu. Sana hujan sekali dengan typhoon...aku duduk kat toko hotel yang cuma sepelaung nak ke stesyen keretapi. Aku terlupa yang kalau typhoon, memang tak boleh nak bukak payung...kononnya aku dah biasa. Masa aku nak lintas jalan dan hujan dengan angin tengah kuat, aku bukak jugak payung aku...apalagi, terus terlingkup ke atas payung aku...terlepas dari tangan aku...nak tak nak, aku kena peluk tiang letrik kat tepi traffic light...heh3...padan muka, nak tunjuk pandai, lain dari orang lain!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...