Selasa, September 26, 2017

Dah dekat.....part 2

Gambar tak kena mengena..
Assalamualaikum. Kini tinggal hanya beberapa hari saja lagi sebelum aku memulakan perjalanan aku. Satu perjalanan solo yang memang dah menjadi passion aku sejak kecil lagi yakni berkeretapi seorang diri tanpa hala tujuan melihat negara orang dan cuba berbual dengan bahasa yang asing!

5. Kesihatan

Minggu lalu aku dah masukkan 4 perkara yang sering aku buat sebelum aku kemana-mana. Ada beberapa perkara lagi yang sering aku lakukan sebelum berangkat yakni membuat pemeriksaan kesihatan.  Alhamdulillah setelah diperiksa darah aku, tahap kolesterol aku berada di paras yang baik. Pemeriksaan kesihatan ini tidaklah aku buat selalu. Cuma kali ini ianya berlaku secara kebetulan. Memang aku dah due untuk buat pemeriksan darah pun. 

Satu lagi yang due ialah pemeriksaan gigi aku. Ini pon dah dekat 14 bulan aku tak jumpa Singh untuk dia check gigi aku. Kebetulan pulak beberapa hari yang lalu, aku rasa gigi aku belah bawah terasa ngilu. Gosok gigi dan tonyoh dengan ubat gigi sensitif (Singh yang bagi...) sakitnya hilang. Sebentar kemudian datang lagi....tak serius tapi sedikit-sebanyak mengganggu! Setelah berjumpa Singh, (ni baru balik dari klinik sri sinar, segambut dalam), dia kata, 'tampalan lama pada gigi aku dah tertanggal' dan katanya itu tampalan sejak dari sekolah rendah.....hahahahahahahaha, jadi Singh buat yang baru untuk aku...hoyeahhh hoyeahhh......di koreknya gigi aku, dicungkilnya tampalan lama, digerudinya celah-celah gigi aku dan akhirnya selepas Singh bergelut, dia pon tampal dengan yang baru. 

Scaling pulak dilaksanakan selepas itu. Berdarah gusi aku. Habis plak-plak dan kotoran disagatnya si Singh...hahahahahahahaha....aku percaya kau Singh....

Berbalik kepada persiapan aku, ubatan dan supplements aku dah sediakan Isnin lalu. Taklah banyak...hanya yang penting sahaja. Yang lain-lain aku pasti, boleh didapati disepanjang perjalanan.  

Begitulah sikit-sebanyak yang aku sering lakukan apabila nak berjalan. Apatah lagi apabila berjalan seorang begini. Aku lebih suka bersedia (merancang) daripada membuat kerja secara last minute. At least apabila dah bersedia, aku akan lebih 'ready'. 

6. Rakan-rakan

Seperti mana aku pernah bercerita dulu, aku ni ramai kawan. Dan kawan-kawan aku ni dah wujud sejak aku kecik lagi. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, tempat kerja dll. Hampir kesemuanya masih aku hubungi. Alhamdulillah jika kita menjaga persahabatan dan menjaga hubungan silaturrahim serta jujur dan ikhlas, aku pasti kita akan sentiasa didekati.  InsyAllah. 

Sepanjang perjalanan aku nanti, aku bakal bertemu dengan beberapa orang rakan-rakan sekolah serta Universiti. Kami hanya akan keluar minum kopi, makan sandwich ataupun enjoy padthai sesampainya aku ke destinasi tertentu dan sebelum aku berangkat ke destinasi seterusnya. Sebagai contohnya di Bangkok nanti, insyAllah aku akan bertemu beberapa rakan Thai, untuk minum kopi sebelum aku cari tempat untuk mandi kemudiannya berangkat dengan keretapi seterusnya... Alhamdulillah. Aku dah contact mereka beberapa bulan yang lalu. Unless kalau ada perubahan disaat-saat akhir. Buat masa ini semuanya diramalkan baik...

Satu yang aku tak sabar ialah untuk bertemu sorang lagi rakan lama aku di Vientienne nanti. Siapakah dia dan dimanakah aku akan tinggal, aku tak nak cerita lagi....biarlah ia menjadi 'RAHSIA'.......ianya hanya bakal terungkai pada 4/10 nanti. Pada yang nak mengikuti siri "Kembara Solo Tak Tentu Hala" aku secara daily, bolehlah ikuti fb aku, 'Mohd Shahrir Ali' kerana aku akan update status dan cerita aku disitu dulu sebelum dikumpulkan ke dalam blog atau jika tidak, aku masukkan entry yang sama juga ke blog...i'll see what's best...

Have a pleasant day ahead people!

Selasa, September 19, 2017

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah



Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku dah pon mencongak apakah destinasi aku seterusnya selepas ini dan berapakah belanja yang akan aku perlukan nanti. Memang perancangan aku kebiasaannya amat lama. Aku memang begitu. Ini untuk memastikan yang aku tidak tertinggal apa-apa. Apakah dan bagaimanakah plan yang aku sediakan untuk kali ini?

1) Destinasi


Ini perkara pertama yang aku akan buat. Tanya diri sendiri apa yang aku nak lihat. Apa yang aku nak cari. Satu persatu destinasi aku baca. Aku tak suka melancong ke negara yang dah membangun. Aku lebih suka kawasan-kawasan yang masih perlahan pembangunannya agar aku dapat melihat sendiri sisi lain negara tersebut. Masyarakatnya, budayanya, makanan dan minumannya, agama dan anutannya dan banyak lagi. Oleh kerana aku suka naik keretapi, aku mencari 'route' keretapi sambungan daripada perjalanan aku tahun lalu ke Bangkok.  Apakah sambungan dari Bangkok daripada stesyen yang sama atau aku harus ke stesyen yang lain? Ternyata destinasi yang aku pilih, sambungannya berpunca dari stesyen sama last stop aku nanti. 

2) Tarikh


Ini amat penting agar ia tidak bertembung dengan jadual kerja aku. Apabila aku mencari tarikh, aku akan mula melihat keadaan cuaca pada waktu itu dan cuaca kawasan yang bakal aku lalui serta trend-trendnya. Aku harus pastikan yang ianya bukan didalam lingkungan musim hujan kerana jika musim hujan, sesetengah landasan akan ditenggelami air dan perjalanan aku akan tergendala. Apabila tergendala, kosnya bakal meningkat. Selain daripada itu, tempoh perjalanan juga bakal menjadi lebih lama dan ini bakal mengganggu kerja aku.

Aku juga akan check apakah perjalanan aku bakal bertembung dengan apa-apa perayaan besar. Ini aku lakukan agar aku tidak perlu menempuh lautan manusia nanti. Tarikh perjalanan ini aku pilih kerana ia 2 minggu lebih awal daripada upacara pemakaman raja Thai di Bangkok nanti.

3) Budget

Oleh kerana aku suka mengembara dengan berkeretapi sahaja dan perjalanan aku amat santai, jadi tempat penginapan aku juga sangat murah. Tempat-tempat penginapan yang bakal aku lakukan 'pitstop' nanti  berharga kurang daripada RM80 semalam. Tetapi ini bukanlah hostel dan aku tidak perlu berkongsi bilik air. Ia sebuah bilik dan lokasinya berhampiran dengan stesyen keretapi. 

Kiraan kewangan aku bermula daripada point aku mula hinggalah kedestinasi dan pulang semula ke point pertama. Selain itu ada juga budget untuk misc seperti makan, minum, sewa basikal, sewa moto, sightseeing, souvenir dll. Aku hadkan jumlahnya. Jadi, untuk misc, aku harus berbelanja pada jumlah yang ditetapkan seharian itu. Makan dan minum ni aku tak berapa nak kisah sangat. Bagi aku, nak makan sedap silalah masak sendiri. Jadi makan dan minum aku hanyalah sekadar mengalas perut. 

4) Insuran

Ini amat penting. Ramai yang tidak mengambil endah hal ini. Insuran ini penting untuk semua travellars yang merancang untuk pergi kemana-mana. Aku selalu mengambil insuran daripada agen yang sama setiap kali aku nak ke luar negara. Kali ini insuran untuk 8 hari hanyalah berjumlah RM65. Ia merangkumi coverage bermula dari point keluar pertama hinggalah point masuk terakhir yakni bagi aku ialah Padang Besar (keluar)  dan KLIA (masuk). Apakah yang terkandung didalam coveragenya? Hospitalisation, kematian, accident, demam, keracunan makanan, hilang beg, perjalanan tergendala dan banyak lagi. Hanya dengan membayar RM65 untuk 8 hari, aku ada coverage sebanyak itu. Hebat bukan? Ramai yang menganggapnya remeh. Remeh jika tidak kena dibatang hidung kita. Jika kena? Sewaktu aku di Bali dulu, program aku penuh dari pagi sampailah ke malam. Aku dehydrated selama 3-4 hari. Tak bertenaga langsung untuk kemana-mana. Bil klinik aku mencecah hingga RM400....itu belum diambil darah untuk dihantar ke lab.

Aku tinggalkan dulu topik ini disini. Biar ia tergantung...hahahahahahaha....minggu depan sebelum berangkat aku akan buat satu lagi entry....tunggu ya.....sementara tunggu entry yang baru, anda semua bolehlah merancang perjalanan idaman! Hahahahahahahaha...

Isnin, September 11, 2017

Remaja separuh abad ini..

rambut blond dibelakang!

Assalamualaikum adik-adik dan semua yang membaca blog aku ini. Sebanyak mungkin aku akan cuba update sekurang-kurangnya seminggu sekali ya...Aku rasa sebelum ni pon aku dah kata lagu ni...hahahahahahaha...

Beberapa minggu yang lalu aku mendapat satu text message yang mengajak aku untuk sama-sama turun bermain rugby untuk pasukan veteran sekali lagi. Kali ini untuk menentang VIOBA yang merupakan salah satu kelab old boys yang terkuat dilembah kelang ini. Aku ni pantang kalau pasal rugby. Tambahan pulak ianya untuk veteran yang macam aku. Don't get me wrong people, untuk permainan rugby, umur 35 ke atas sudah masuk ke kategori veteran ya! Kalau tak percaya silalah google..

Jadi pada sabtu lepas aku pon pergilah ke Uniten pada tepat waktu yang dijanjikan. Melihatkan opponent, aku jadi risau sebab rata-rata mereka masih muda. Aku jadi teragak-agak untuk main ataupun tidak. Ngeri jika ditackle dan dibanting. Aku tetap warm up seperti biasa dengan adik-adik team mates. Waktu aku sampai, jumlah kami sepasukan tak sampai pon 10 orang. Memang kompom kena main sebab satu pasukan ialah 15 pemain. Maksudnya, aku tak boleh nak lari...hahahahahahaha...tukar baju dan pakai jersey yang berlencanakan alma mater dilengan membuatkan aku menjadi bangga. Tiba-tiba perasaan semangat terjadi begitu kuat disanubari aku. Sekali menyarung jersey, mana boleh aku buka semula sebelum berjuang? Kami menang 17-5.

Alhamdulillah tidak ada apa-apa injury pada aku kecuali mendapat sakit badan selama satu hari, Ahad semalam. Hahahahahaha...Bangun sakit, duduk sakit, baring sakit, meniarap sakit, menelentang sakit, mandi sakit, jamban sakit, pusing kiri sakit, pusing kanan sakit. Hahahahahahaha...padan muka! Tiba-tiba aku terfikir...kenapalah aku buat semua ni? Umur sikit lagi nak 50 ni...terdetik difikiran yang aku harus berhenti bermain rugby walaupun aku terlalu meminati permainan ini. Dalam keadaan sedikit 'down', badan terlalu sakit dan bertekad untuk berhenti main rugby, tiba-tiba aku mendapat satu whatsapp message.......dari rakan rugby juga. Messagenya aku baca betul-betul. Tak berkelip aku baca. Taklah panjang, tetapi sangat menarik untuk aku kata tidak. Aku senyum sambil melihat screen talipon. Aku mengetik jawab, "OK" sambil tersenyum, mata kembali bersinar dan tiba-tiba badan dah tak sakit!

Selasa, September 05, 2017

Merdeka!

Kali pertama disini.




Aku memang kurang selesa singgah ditempat-tempat yang mempunyai ramai pengunjung. Rasa rimas, sesak dada, sesak fikiran, menghidu pelbagai haruman dll membuatkan aku berfikir banyak kali untuk ke tempat tersebut. Apabila sesuatu upacara itu disiarkan secara langsung, aku menjadi bertambah malas untuk keluar menonton. Fikir aku, lebih baik menonton tv sahaja. Boleh bancuh kopi, makan kacang Ngan Yin, boleh baring depan tv, boleh mengelunjur dan macam-macam lagi. 

Hairannya kali ini, apabila Marina mengajak aku untuk sama meraikan hari merdeka di Dataran, aku tidak membantah. Aku rasa teruja! Abang tak balik bercuti kerana katanya exam semester dah hampir. Yuya nak menonton dengan kawan-kawannya. Ok, Yuya dah 16. Pasti tak mahu keluar lagi dengan aku. Yang tinggal hanyalah sikecil, Marina. Itu pun usianya kini 11 tahun. Tak lama lagi aku bakal ditinggalkan kerana Marina akan lebih menghabiskan masanya dengan rakan-rakan. 

Aku bangun awal seperti kebiasaannya. Mandi dan bersiap. Aku lihat Marina masih berselimut. Aku kejutkan Marina untuk bersiap. Marina bingkas bangun dan mencapai tuala. 20 minit kemudian, kami berdua mengelek topi keledar masing-masing berjalan menuju ke moto cabok aku. Kami bawak air sorang sebotol. Jalanraya memang sesak kerana kebanyakkannya sedang menuju ke Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu yang parkir amat terhad. Aku hairan kenapa mereka masih memandu! Hmmmm......Kami membelok ke kanan selepas Puduraya menghala ke Masjed Jamek. Tetapi satu traffic light sebelum sampai di MJ, jalan telahpun ditutup dan polis serta trafik memenuhi persimpangan jalan. Aku meletakkan moto didepan KFC. Ada traffic light dan ramai polis berkumpul disitu. Aku senyum. Polis senyum. Aku sorong moto cabok aku dan berhenti betul-betul dihadapan polis yang bernama Nazim. Aku senyum, Nazim senyum. Aku kunci moto, pegang tangan Marina dan berjalan menuju dataran. Dalam hati, moto aku mesti selamat sebab aku parkir betul-betul depan Nazim. Dan Nazim pon dah senyum kat aku! Hahahahahahahaha...

Seronok aku jalan berduaan dengan Marina. Aku pegang tangan Marina dan Marina pegang botol air. Difikiran aku tak ada apa yang lebih menyeronokkan selain daripada jalan bergandingan tangan dengan 'princess' aku. Hati aku 'berbunga'. Sempat terdetik, 'sampai bilakah?' Aku jadi sayu sendiri!

Selepas saja kami melewati MJ, jalanraya bertambah sesak. Pelbagai kaum menuju ke destinasi yang sama. Semuanya riang membunyikan 'air horn' yang dibeli di pinggir jalan. Mat salleh dan Arab memakai pengikat kepala kuning bertulis "Malaysia". Aku bangga...ada sikap 'oneness/togetherness'. Jalanraya bertambah sesak hinggakan tak bergerak. Kesian Marina kerana terpaksa berhimpit-himpit dicelah-celah puluhan ribu pengunjung menantikan perarakan/perbarisan/lintas hormat bermula. Ketinggian aku membolehkan aku melihat ke Dataran Merdeka manakala Marina pula unfortunately hanya melihat belakang orang sahaja. Screen gergasi di depan pon Marina tak nampak. Hampir 2 jam kami berdiri begitu dan aku akhirnya mencuit bahu Marina dan bertanya samada dia nak pulang? Marina mengangguk lemas dan aku menarik tangannya keluar dari lautan manusia. Moto aku masih disitu tetapi Nazim tak kelihatan. Hahahahahahaha...

Kami ke Plaza Imbi dan singgah dikedai mamak. Kami minum berdua....Marina mengajak aku menyeberang jalan untuk ke Berjaya Times Square dan aku menurut sahaja. Moto ditinggalkan ditepi gerai mamak. Aku cuak..Alamak, banyaknya kedai baju.....letih aku mengikut dari satu kedai baju ke satu kedai baju yang lain dan akhir sekali, aku bagitahu Marina suruh go ahead dan aku hanya tunggu di bangku depan kedai! Berejam jugak aku melepek kat situ. Apa fashion pon aku tak paham. Lega bila Marina ajak aku balik.. Phew!!

Merdeka betul kali ni. Semua tempat penuh sesak. Kompom lepas ni aku hanya tengok di TV! Selamat menyambut Hari Merdeka my fellow readers!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...