Khamis, Oktober 09, 2008

Correction-correction

Correction3....aku nak buat pengumuman nih.....maka dengan ini perkenan ........ besar .........aku nak memohon maaf kat pembaca semua yang aku dah tersalah quote kat dalam last 2nd ke 3rd entry aku. Aku tertulis yang PTT jumpa bos aku. Sebenarnya Kembara Musafir (KM) yang datang buat umrah kat Mekah dan berjumpa dengan bos aku. So to PTT and KM from the bottom of my heart, terimalah pengakuan bersumpah aku ni.

Minasan.....Gomennasai....!

Survival Kit / Rajin-Rajinlah Membaca




Mana-mana saja aku pergi aku takkan lupa dengan survival kit aku. Dulu masa pergi Jepun, Mama heran dengan aku sebab apa pergi Giant Taman Dagang dan borong sakan makanan plastik tu? Then ada sekali tu aku pergi Shanghai dengan Hamidi (currently dia dah jadi Director of Convention for Persada Johor). I know that in China it is quite difficult for me to get halal food. So aku pun bawaklah a few packets of Brahim ni pi sana. I can eat in the restaurant, no doubt, tapi kena pikir jugak samada ok ke tak..so satu malam tu lepas balik dari Yuyuan Garden (ala...macam kat Jonker's Street je, tapi meriah la lagi)Hamidi lapar dan nak makan tapi tak tahu apa nak order. Aku pun ajak dia pergi kat "convenient store" yang terletak di sebelah kiri hotel. Aku beli roti sebantal then balik hotel. Hamidi tengok, eh roti je? Aku kata jangan risau, aku ada survival kit. Kalau kat hutan pun boleh hidup lagi nih...then slowly aku keluarkan dari knapsack aku si Brahim tu. Tersengih dia...lega...so dinner malam tu kami makan roti cicah kari ayam Brahim! Peh...memang cun kat tengah-tengah bandaraya Shanghai (Hongchiou precisely).....mana nak cari?

Then masa kat sini, bos aku datang tempohari, dia ada bawak makanan sikit, bila aku tengok, la Brahim lagi? Amboi laku sungguh nama Pak Brahim ni. Sampai kat Mekah ada...so di Hari Raya keempat yang sungguh syahdu, kami pun makanlah rendang Tok Brahim dengan nasi putih. Mmmmmm lega......Bos aku pun senyum panjang....

Aku ni pulak sorang yang suka membaca. Dalam entry aku yang lepas aku ada ceritakan yang pada hari Ahad, habis semua newspaper aku beli. Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad, Kosmo Ahad, Sunday Times dan Sunday Star. Yang tak beli cuma Tamil Nesan dengan Nanyang. Itupun sebab tak faham. Kalau aku tahu memang semua habis aku bedal. Sampai paper Jepun pun aku baca macam Mainichi Shimbun! Memang suka sangat kalau dapat baca. Itu yang aku cuba terapkan kat Abang dan Yuya tapi depa ni memang terbalik kot dengan aku. Sah-sah tak suka baca!

Gambar newspaper tu bukannya apa, paper tu semua aku bawak 3 bulan dulu dari KL. Bila aku boring, aku baca. Bila aku boring lagi, aku baca. Last-last cerita yang sama aku dok baca dah 3 bulan! Termasuklah cerita Fahrin dah boring dengan Linda Onn.....! Heh3X.....

Azli




Ni lah dia kawan aku yang sorang tu. Dia ni Executive Housekeeper. Dia lah orang yang paling sibuk dalam dunia. Satu hotel orang cari dia. Orang nak buat reservation pun cari dia. Nak kemas bilik lagilah...ada satu guest tu, wife dia tiap-tiap hari dok ambik bunga ros kat restaurant aku. Nice lady. Cakap pun bersopan. Ada sekali aku perasan yang dia ambik bunga ros aku dan selit kat dalam abaya dia. First day tu aku heran jugak, then second day pun serupa. Hilang lagi. Then third day aku dah nampak. Aku pun cerita kat Azli. You know what Azli did? Tiap-tiap malam dia letak bunga ros kat dalam bilik guest tu. Apa lagi senyum panjang lah dia. Husband guest tu tak habis-habis cakap syukran kat dia. See, that is anticipation nama dia....

Gambar satu lagi tuialah gambar hotel dari tepi jalan. Nama hotel ditulis dalam bahasa Arab, nampak tak nampak ja tapi tengoklah kemeriahan suasana. Sekali tengok macam kat Bukit Bintang. Lagi sekali tengok macam kat marrrket Ampang pun ada. Bawah hotel aku ada 3 floor shopping complex. Tapi sini biasalah, kalau ada 300 shop lot, 100 kedai jual abaya, 100 lagi jual kurma dan 100 lagi jual minyak atar! Creative sungguh depa nih!

Rabu, Oktober 08, 2008

Ramadan di Haram






Amacam ramai tak orang the last 10 days of Ramadan hari tu? Katanya nilah yang paling ramai so far. Betul ke tak aku pun tak tahu. Ala...tahun lepas pun orang cakap macam tu kot, maybe next year pun serupa...Anyway gambar tu memang syahdu kalau tengok.

To Kak Teh, ini lah keadaan dia Kak Teh ooii....ramai sungguh. Nak pi Haram pun dekat sejam nak masuk. Kalau nak pi Maghrib, kena pi pukul 4 petang. Kalau tak memang tak sempat sebab dia cordon off the area!

Yang lagi 2 gambar tu, saja ja nak selitkan. Tu gambar aku tengah check "mandi kambing" sebelum bukak posa hari tu. Suka tengok gambar tu sebab Wakana kata aku kurus. Heh3X...orang lain tak cakap pun. Gambar satu lagi tu gambar tangan aku yang photogenic lepas pakai jam yang "pree" tu. 4 hari pakai jam tu tak bukak-bukak. Suka sangat la tu....Last sekali gambar aku kat kedai jam kat bawah hotel. Aku pergi kedai tu bukannya apa, sebab aku nak tanya macam mana nak kecikkan tali dia, aku pun bantai cakap Arab masa Form One dulu (aku belajar Arab 5 tahun masa kat SDAR dulu tapi tak pernah pass, hah..la ni padan muka, kalau ustad PEROH tahu aku kat sini, mati hidup balik dia tak percaya!)....last-last Tok Arab tu cakap Melayu kat aku. La....paham jugak Tok Arab tu! Dia kata dia duduk kat Shah Alam dulu..adus....

Actually sekarang ni aku kat bilik, baru lepas dinner dengan fellow Malaysian aku kat sini, si Azli. Kami makan kari ikan boss aku beli kat Jeddah tadi. Kan aku dah cakap, boss aku memang number one in the world! Kalau tak percaya sila tanya "Perantau Timur Tengah" sebab PTT dah jumpa boss aku tempohari masa PTT buat umrah. Dia pergi Madinah malam ni. Meeting on new opening lagi kat sana. Habihlah....memang tak balik lah aku nanti....

Selasa, Oktober 07, 2008

Ubat gigi

Last post ada aku cakap yang aku akan cerita pasal apa aku ada sampai 3 ubat gigi. Bukan sebab aku nak gigi aku kuat, tidak dan bukan jugak nak tambahkan keputihan, tidak! Masa busy dalam bulan Ramadan tempohari, lepas sembahyang aku ada doa sikit supaya aku dijauhkan sikit dari sebarang jenis penyakit dalam tempoh busy tu. Aku ada mention bulan Ramadan sebab aku takut nanti sakit demam susahlah nak buat kerja. Dah lah guest ramai..so dalam bulan puasa tu memang alhamdulillah aku sihat memanjang walaupun letih sebab tak cukup tidur. Exactly masuk Syawal ja aku dah mula rasa tak sedap badan. Seram sejuk ada, sakit tekak ada dan tiba-tiba wisdom tooth aku berdenyut-denyut. Bukan satu tapi 2! Atas dan bawah. Aduh...memang parah masa tu. Aku telan ponstan. 2 jam hilang, lepas tu dia datang balik, telan panadol activefast. Memang fast lega tapi mujarab dia pun hilang very fast jugak! Aku sakit lagi. Then aku teringat ubat gigi for sensitive tooth. Aku lari pergi kedai kat bawah nak beli sensodyn konon, tak jumpa. Yang aku jumpa, ubat gigi Arab yang tak guna tu (dalam gambar, dia lah yang paling besar!. Aku tonyoh bagai nak gila. Malam tu sakit lagi then aku lari pergi Ben Dawood (macam Giant la..)terjumpa ubat gigi utk sensitive tooth. Tonyoh lagi bagai nak gila. Hah...lega sikit. Ubat gigi yang kat tengah tu pulak Manager aku yang kasi. Surprisingly it is made in Malaysia. Katanya ada campuran mushroom. Hah? Mushroom? Which is good for your gum katanya etc. Katanya lah....And this product is sold under MLM program! So Manager aku suruh aku try ubat gigi tu. Hah tu lah sebabnya aku ada sampai 3 ubat gigi...anyone out there yang arif tentang ubat gigi mushroom ni tolong advice sikit yea...

Sorry, gambar tak nak keluar lah pulak! But anyway, gambar ubat gigi aku tu ada kat dalam last entry. Sila tengok betul-betul.

Isnin, Oktober 06, 2008

Cerita Lama..




Masa kecik-kecik dulu tak pernah aku terpikir nak duduk kat hotel. Arwah Bapak kerja kerajaan dan Mama pulak sorang surirumahtangga sepenuh masa. Adik-beradik aku seramai 6 orang semuanya bersekolah. Berapa sangatlah gaji Bapak masa tu dan macamana Mama nak bahagikan kesemuanya sama-rata? Kesian kat Bapak dan sedih tengok Mama bertungkus-lumus buat semua kerja. 2 Kakak aku kat ITM Shah Alam masa tu. Satu buat Mass Com dan satu lagi buat Hotel Mgmt (that's back in the 70's.) 3 orang abang aku kat sekolah menengah. Aku pulak at that time sekolah rendah dan kerja aku lebih pada main dan perabih duit! Heh3X.....

Masa aku kerja buss-boy kat PJ Hilton tahun 88 dulu, aku selalu serve orang and then at that time aku terpikir pulak ishh... kalau lah orang serve aku, kan ka best? Apa rasa bila orang serve aku? Mesti best ni..Then bila aku jadi Headwaiter tahun 1991 aku terpikir lagi kalaulah aku jadi Manager, mesti banyak gaji aku...peh..best ni dan aku boleh makan apa yang aku nak...syoknya! Lepas tu terpikir lagi, kalaulah aku boleh belajar atau kerja kat "ober see" mesti cun punya. 1992 aku terpilih ke Hilton Japan and subsequently belajar dan bekerja kat Switzerland for a few years di pertengahan tahun 90an. Then terpikir pulak lagi kalau lah aku dapat buat hotel opening mesti bahagia career aku. Tuhan tu maha kaya, dia makbulkan jugak permintaan aku dan dalam ramai-ramai satu dunia ni, aku terpilih untuk buat opening bagi JW Marriott Jakarta yang lepas tu meletup. Tak lengkap kat situ, aku berangan lagi nak pergi experience kat tempat lain, dihantarnya aku ke Hongchiou JW Marriott, Shanghai, China. MasyAllah masih tak cukup lagi ni....kalaulah aku jadi F&B Manager, mmmmm macam-macam aku boleh buat, then 2006 aku jadi F&B Manager. La....dapat lagi....ada satu pagi yang syahdu tu aku teringat, ish....kalau aku dapat pi Saudi buat amal ibadat sikit dan repent pada masa muda ni mestilah bahagia hidup aku. Tup-tup rezeki aku ada kat sini pulak. Last year bukak hotel kat Madinah then this year kat Mekah. Allahuakbar, Allah is great.

Nak pendekkan cerita, ni lah gambar katil untuk aku beradu tiap-tiap malam dan tulah toilet aku! Pasai apa banyak ubat gigi kat situ, aku cerita di lain entry.

Keras



Keras betul batu kat sini. Kalau tengok gambar tu betul-betul, tentu semua perasan yang kat kanan tu ada 2 terowong. Heh3X...terowong tu dikorek betul-betul kat tepi bangunan. Tak ada masalah apa pun. Maklumlah sini tak ada hujan, jadi tanah dan batu kat sini memang keras. Kadang-kadang tu bila aku dalam perjalanan nak ke Azizia selalu aku ternampak yang kat atas terowong tu ada rumah! Bayangkan masa tengah korek tanah tu, bagaimana rupanya rumah kat atas tu tadi. Macamana depa tidur? Macamana depa makan? Peh memang keras betul tanah dia. Tapi keras lagi kepala depa. Tu yang selalu dok berperang, tak pernahnya aman tok arab ni....yang orang-orang kita pulak dok sanjung la depa ni sangat.......

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...