Sabtu, Oktober 11, 2008

Taif Part 3




Malam tu tidur tak ingat dunia. Esok pagi aku bangun, masyAllah Azli dok tidur lagi! Anyway aku memang bangun awal pun..ada 3 toilet kat dalam suite aku. Semuanya dah siap dengan bunga. Aku pun apa lagi mandi bunga lah pagi tu....Dzul kata dia petik sendiri bunga-bunga kat taman yang dok ada kat keliling hotel. Maklumlah cuaca sejuk..aku turun bawah tengok-tengok. Pi pekena cappucino sat kat restaurant dia. Occupancy tak tinggi masa tu sebab summer holiday baru habis cuma la ni musim orang kahwin pulak. So kat depan hotel adalah kereta pengantin yang cantik. Macam kereta berhias. Cuma tak masuk perarakan ja..

View from outside was awesome. Blue sky, cool weather etc. Aku rasa macam kat Saas Fe pulak (ala, tempat aku jatuh main ski dulu...quote from an old entry!). Kat tepi gunung pulak aku nampak ada banyak monyet. Aku terkejut tengok monyet, monyet pun terkejut tengok aku...then dua-dua sengih. Aku sempat jugak ambik gambar dia orang tengah main. Happy betul. Tengah-tengah minum, Azli pun turun. Jadi kami sambunglah acara photography session kami. Memang banyak gambar kami ambik. Puassss....

Aku memang berbangga dengan Dzul ni. A very down to earth person. Kalau tengok dia memang tak percaya. Cuba bersembang dengan dengan dia pasal ugama, Allahuakhbar, macam-macam dia boleh cerita. Allah is great! I know that this Dzul has a great future ahead of him. Nak dijadikan cerita, lepas lama-lama bersembang, rupa-rupanya Dzul pernah kerja dengan kakak aku kat KL Hilton dulu dan pernah jumpa mak bapak aku. La....awat jadi lagu tu?

Gambar yang first tu ialah gambar teh pudina kami 3 orang minum. Tak lah banyak mana, cuma 2 pot ja...then the 2nd photo tu gambar aku tengah posing maut depan hotel Ramada Taif. Tu tengah control sejuk tu. Angin pun kuat gila..

Taif Part 2





Lepas aku naik kereta dengan Azli dan Dzul, kami terus "menuju puncak". Sampai aje aku kat Ramada Hotel, memang terpegun aku tengok suasana malam. Cun habis. Aku dapat suite yang aku cakap tadi harga dia sampai SR3000 semalam. Living room is huge, katil aku King Size (lega dah lama tak tidur KS ni) then toilet aku pulak dah siap dengan bunga-bunga lagi kat dalam long bath dia....Peh....memang rasa macam King. Jangan Kingkoil sudah...heh3X...

Lepas lepak kat bilik setengah jam, kami keluar pergi minum kat satu open cafe yang boleh baring-baring tu sambil hisap shisha. Siap ada tv lagi untuk tengok channel mana mau! Lama jugak aku kat situ sampai habis 2 pot teh yang dicampur dengan daun pudina. Pergh...berangin perut dan cuaca dah mula sejuk. Aku dah memang siap baju sejuk. Azli pun dah kecut sebab sejuk. Then kami pergi mini market dan beli air bekalan tengah malam. Balik aje kat bilik, kami pun sembang-sembang macam there's no tomorrow. Sedar-sedar dah pukul 2 pagi. Ooopss, tidur dulu lah kot, then esok pagi boleh plan lagi nak buat apa.

Oh aku lupa nak cakap. Lepas Dzul ambik kami, kami pergi kat Souq dulu. Singgah satu tempat beli ikan kembong segala untuk masak for lunch the next day. Wah besar betul ikan kembong dia. Mesti kembong ni kalau makan!

Untuk Tuan-tuan dan Puan-puan, siri ni akan bersambung lagi selepas ini. Stay tuned!

Taif Part 1




Last Thursday aku dengan Azli dapat satu "exclusive invitation" to do a "FAM" trip kat Taif, ala-ala Cameron Highland kat Malaysia. Tempat for the rich and famous. Masa musim panas akan ramai lah tempat ni dan Raja-raja Saudi pun akan berkumpul lah kat sini sebab temperature siang dalam lingkungan 25C dan malam pulak dalam 20C. Memang nyaman kat sini sebab dia atas gunung. Aku bertolak lambat hari Khamis tu yakni after maghrib. Itu pun disebabkan oleh salah cari taxi stand. Aku ingat kat depi Dar-al Tawhid rupanya yang tu cuma pi Jeddah dgn Mekah. Then aku tawaf satu Haram baru jumpa taxi stand ke Taif. MasyAllah....jauhnya pusing tapi kalau jalan straight ke taxi stand tu cuma 10 minit. Lastly kami pusing sampai 40 minit. Bijak tak?

Kat situ aku nampak ada satu restaurant yang namanya Bilal. Teringat pulak aku kat Bilal Restaurant kat Seremban (near bus station lama) yang selalu Kak Anne, Abang Kassim, Mama dan Arwah Bapak bawak aku makan masa Sunday outing dulu. Masa tu tahun 1981! Lepas tawar menawar, harga pergi Taif cuma SR20 sorang. Jadi lepas Maghrib, kami pun bertolak. Quite a long journey lebih-kurang satu setengah jam. Sampai kat last taxi stand kami pun turun. Oh aku lupa nak cakap. Long distance taxi macam ni selalu kat tengah jalan dia dah mintak duit! Aku terkejut aku ingatkan dia nak tinggalkan aku kat tengah gunung! Rupa-rupanya this is dia punya SOP! Heh3X.....kecut sat!

Kami turun dan jalan sampai ke satu shopping mall. Kami tunggu kat depan Body Shop. Peh...ada body shop tapi jurujual dia semua lelaki.....alamak....then kami nampak kelibat si Dzul. Dia jerit kat kami, dah lama tunggu ka? Kami bersalam. Dzul ni is a very colorful person. Seronok bersembang dengan dia sebab dia ni gila-gila perangai dia. First dia tanya nak makan banyak ka sikit? Aku jawap sikit then dia bawak kami kat restaurant shawarma. Kami makan sikit dia terus naik kereta Dzul ke atas gunung. Took us another slightly more than 20 minutes.

Oh yes, aku tak cerita lagi Dzul ni sapa kan? Dzul ni nama penuk dia Dzulkarnain. Orang Perak, A true hotelier yang merantau kesana-sini and finally ended up in Saudi 2 years ago. Speaks good Arabic and is full of zest! Memang tak boring sembang ngan dia. What is he? On his card it's written as General Manager of Ramada Taif, Al Hada Kingdom of Saudi Arabia! Peh....Dzul, biar betul ni...and he is also overseeing 25 other Ramada hotels in the Kingdom....amacam bangga tak, another Malaysian yang doing very well. Maklumlah, kat Malaysia orang tak nampak kami ni.....

Dalam gambar nombor 2 tu, kami pi minum teh sambil tengok satellite TV channels. Sambil-sambil pekena shisha. Ala...paip besar yang sedut ramai-ramai tu....you'll be surprise kalau tengok hotel Dzul ni. Memang sentuhan klasik dari dia. Bilik yang kami dapat courtesy from Dzul is a Suite yang selalu dia jual dalam lingkungan SR2500-3000 se malam. Toilet dia? Living room dia? Alamak, aku ingat tidur kat dalam "long bath" pun aku sanggup.

Tapi tu semua nanti aku ceritakan dalam entry yang lain. Bagi suspense sikit..jangan lupa baca lagi nanti sebab aku nak tunjuk gambar bilik aku dan hotel Ramada ni....memang cun habis...

Khamis, Oktober 09, 2008

Correction-correction

Correction3....aku nak buat pengumuman nih.....maka dengan ini perkenan ........ besar .........aku nak memohon maaf kat pembaca semua yang aku dah tersalah quote kat dalam last 2nd ke 3rd entry aku. Aku tertulis yang PTT jumpa bos aku. Sebenarnya Kembara Musafir (KM) yang datang buat umrah kat Mekah dan berjumpa dengan bos aku. So to PTT and KM from the bottom of my heart, terimalah pengakuan bersumpah aku ni.

Minasan.....Gomennasai....!

Survival Kit / Rajin-Rajinlah Membaca




Mana-mana saja aku pergi aku takkan lupa dengan survival kit aku. Dulu masa pergi Jepun, Mama heran dengan aku sebab apa pergi Giant Taman Dagang dan borong sakan makanan plastik tu? Then ada sekali tu aku pergi Shanghai dengan Hamidi (currently dia dah jadi Director of Convention for Persada Johor). I know that in China it is quite difficult for me to get halal food. So aku pun bawaklah a few packets of Brahim ni pi sana. I can eat in the restaurant, no doubt, tapi kena pikir jugak samada ok ke tak..so satu malam tu lepas balik dari Yuyuan Garden (ala...macam kat Jonker's Street je, tapi meriah la lagi)Hamidi lapar dan nak makan tapi tak tahu apa nak order. Aku pun ajak dia pergi kat "convenient store" yang terletak di sebelah kiri hotel. Aku beli roti sebantal then balik hotel. Hamidi tengok, eh roti je? Aku kata jangan risau, aku ada survival kit. Kalau kat hutan pun boleh hidup lagi nih...then slowly aku keluarkan dari knapsack aku si Brahim tu. Tersengih dia...lega...so dinner malam tu kami makan roti cicah kari ayam Brahim! Peh...memang cun kat tengah-tengah bandaraya Shanghai (Hongchiou precisely).....mana nak cari?

Then masa kat sini, bos aku datang tempohari, dia ada bawak makanan sikit, bila aku tengok, la Brahim lagi? Amboi laku sungguh nama Pak Brahim ni. Sampai kat Mekah ada...so di Hari Raya keempat yang sungguh syahdu, kami pun makanlah rendang Tok Brahim dengan nasi putih. Mmmmmm lega......Bos aku pun senyum panjang....

Aku ni pulak sorang yang suka membaca. Dalam entry aku yang lepas aku ada ceritakan yang pada hari Ahad, habis semua newspaper aku beli. Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad, Kosmo Ahad, Sunday Times dan Sunday Star. Yang tak beli cuma Tamil Nesan dengan Nanyang. Itupun sebab tak faham. Kalau aku tahu memang semua habis aku bedal. Sampai paper Jepun pun aku baca macam Mainichi Shimbun! Memang suka sangat kalau dapat baca. Itu yang aku cuba terapkan kat Abang dan Yuya tapi depa ni memang terbalik kot dengan aku. Sah-sah tak suka baca!

Gambar newspaper tu bukannya apa, paper tu semua aku bawak 3 bulan dulu dari KL. Bila aku boring, aku baca. Bila aku boring lagi, aku baca. Last-last cerita yang sama aku dok baca dah 3 bulan! Termasuklah cerita Fahrin dah boring dengan Linda Onn.....! Heh3X.....

Azli




Ni lah dia kawan aku yang sorang tu. Dia ni Executive Housekeeper. Dia lah orang yang paling sibuk dalam dunia. Satu hotel orang cari dia. Orang nak buat reservation pun cari dia. Nak kemas bilik lagilah...ada satu guest tu, wife dia tiap-tiap hari dok ambik bunga ros kat restaurant aku. Nice lady. Cakap pun bersopan. Ada sekali aku perasan yang dia ambik bunga ros aku dan selit kat dalam abaya dia. First day tu aku heran jugak, then second day pun serupa. Hilang lagi. Then third day aku dah nampak. Aku pun cerita kat Azli. You know what Azli did? Tiap-tiap malam dia letak bunga ros kat dalam bilik guest tu. Apa lagi senyum panjang lah dia. Husband guest tu tak habis-habis cakap syukran kat dia. See, that is anticipation nama dia....

Gambar satu lagi tuialah gambar hotel dari tepi jalan. Nama hotel ditulis dalam bahasa Arab, nampak tak nampak ja tapi tengoklah kemeriahan suasana. Sekali tengok macam kat Bukit Bintang. Lagi sekali tengok macam kat marrrket Ampang pun ada. Bawah hotel aku ada 3 floor shopping complex. Tapi sini biasalah, kalau ada 300 shop lot, 100 kedai jual abaya, 100 lagi jual kurma dan 100 lagi jual minyak atar! Creative sungguh depa nih!

Rabu, Oktober 08, 2008

Ramadan di Haram






Amacam ramai tak orang the last 10 days of Ramadan hari tu? Katanya nilah yang paling ramai so far. Betul ke tak aku pun tak tahu. Ala...tahun lepas pun orang cakap macam tu kot, maybe next year pun serupa...Anyway gambar tu memang syahdu kalau tengok.

To Kak Teh, ini lah keadaan dia Kak Teh ooii....ramai sungguh. Nak pi Haram pun dekat sejam nak masuk. Kalau nak pi Maghrib, kena pi pukul 4 petang. Kalau tak memang tak sempat sebab dia cordon off the area!

Yang lagi 2 gambar tu, saja ja nak selitkan. Tu gambar aku tengah check "mandi kambing" sebelum bukak posa hari tu. Suka tengok gambar tu sebab Wakana kata aku kurus. Heh3X...orang lain tak cakap pun. Gambar satu lagi tu gambar tangan aku yang photogenic lepas pakai jam yang "pree" tu. 4 hari pakai jam tu tak bukak-bukak. Suka sangat la tu....Last sekali gambar aku kat kedai jam kat bawah hotel. Aku pergi kedai tu bukannya apa, sebab aku nak tanya macam mana nak kecikkan tali dia, aku pun bantai cakap Arab masa Form One dulu (aku belajar Arab 5 tahun masa kat SDAR dulu tapi tak pernah pass, hah..la ni padan muka, kalau ustad PEROH tahu aku kat sini, mati hidup balik dia tak percaya!)....last-last Tok Arab tu cakap Melayu kat aku. La....paham jugak Tok Arab tu! Dia kata dia duduk kat Shah Alam dulu..adus....

Actually sekarang ni aku kat bilik, baru lepas dinner dengan fellow Malaysian aku kat sini, si Azli. Kami makan kari ikan boss aku beli kat Jeddah tadi. Kan aku dah cakap, boss aku memang number one in the world! Kalau tak percaya sila tanya "Perantau Timur Tengah" sebab PTT dah jumpa boss aku tempohari masa PTT buat umrah. Dia pergi Madinah malam ni. Meeting on new opening lagi kat sana. Habihlah....memang tak balik lah aku nanti....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...