Isnin, Oktober 20, 2008

Team member aku

Kami kat sini kesemua pekerja dipanggil Team Member. Reason is very simple. Kita semua bekerja didalam satu team jadi kesemuanya kenalah bekerjasama, rapat antara satu sama lain dan sentiasa tolong menolong. Sebagai contohnya last week ada satu group sebanyak 130 bilik datang dari Kuwait. Yang nak angkat beg tak ramai, jadi aku pun hantar team member aku pergi tolong angkat beg dan begitu jugak Azli dan team member dia. Semua bertungkus-lumus buat kerja. Tu lah semangat berpasukan yang kami cuba tonjolkan kat sini.




Gambar ni ialah sorang TM aku yang tiap-tiap pagi kena hantar "nescafe special" kat aku tu. Kalau aku lambat sebab pergi round floor atau basement stores atau restaurants dia akan tunggu aku kat depan office sebab tak berani nak masuk. Kadang-kadang kalau kopi dah sejuk dia akan buat yang lain. Tak elok yang sejuk kata dia, ataupun takut kena marah. Heh3X...TM ni namanya Jasheem dan datang dari Bangladesh. Background orang susah. Rumah pun buat dari selut@lumpur. Dari sorang nak cari rezeki bantu keluarga. Jasheem rajin tapi cepat panic kalau banyak order. Walaumacamanapun, ni lah kerja aku. tolong mana-mana yang patut, ajar, disiplinkan depa dll. Harapan aku semoga Jasheem dapat hantar duit balik Bangladesh untuk bantu keluarga dia ataupun kalau dia decide nak resign dan pergi hotel lain, aku pasti yang dia akan dapat better position lepas keluar dari sini.




Sorang lagi nama dia Badu. Dia orang Badwi dan memang a local Saudi. Tak cakap banyak sebab kat padang pasir selalu yang ada cuma Jamal (unta la tu!)jadi tak boleh nak cakap dengan Jamal kat sini. Sebab tu masa kerja dia cuma kerja. Kalau kat Malaysia, Jamal semua boleh cakap! Heh3....

Tetamu dari KL





Aku ada tetamu yang datang jauh dari KL. Satu rombongan depa mai. Bulan Ramadhan lepas, aku terjumpa sorang artis kat hotel aku. Baik orangnya. Berbudi bahasa lagi, tak macam cerita pelik-pelik yang selalu kita dengar kat dalam suratkhabar. So masa dia nak balik, dia tanyalah aku dengan azli, kalau dia datang balik atau sedara dia yang datang dalam tempoh terdekat, apa yang kami nak? Aku cakap nak kuih raya dan Azli cakap nak cabai kering, ikan bilis dll. So cerita tu pun habislah....kami tahu yang group tu akan datang dalam minggu ketiga so Azli pun buatlah room arrangement depa.

Kami bagi bilik yang dekat-dekat untuk rombongan tu supaya senang nak tengok-tengok nanti selain daripada tu kami cordon off area depa supaya orang lain tak masuk dan kami arrangekan beberapa meja untuk depa makan nanti. Hmm...settle. Malam tu pukul 11depa sampai.Alhamdulillah check in semuanya cepat dan terus dibawak kebilik. Sampai saja bilik, tak sempat nak duduk lama-lama, semua bergegas pergi buat umrah. Sekali lagi aku panjatkan doa kat Allah, bersyukur sebab depa sempat buat umrah walaupun letih dan aku tengok semuanya dah lesu tapi bila bab umrah, semua jadi segar-bugar.

The next day tu group leader pun panggillah kami pergi bilik dia. Bukak aje pintu bilik, masyAllah berkotak-kotak makanan ada untuk aku dan si Azli. Rendang daging dengan ketupat ada, 100 bijik pulak tu! Petai ada, jering ada, cabai kering ada, ikan bilis ada, rempah babas ada, kuih raya berbakul-bakul pun ada. Tu belum masuk maggi mee lagi. MasyAllah, ni stok 3 bulan nih....baiknya tour leader ni dengan adik dia yang datang dulu....Sampai kena usung pakai troli. Heh3X.....

Balik aje bilik, lepas susun, apalagi, aku pun ambillah gambar as a proof that aku dah terima makanan-makanan tu semua dengan selamat....Azli pulak mulalah gatal tangan, so sekarang ni dia engah goreng tempe dengan ikan bilis then dia masak sambal petai pulak.....aduh habislah aku ni....

To group leader dan adik dia yang sama-sama baik budi pekerti dan lemah-lembut serta bersopan-santun, aku nak ucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga dan semoga Allah sajalah yang mampu membalasnya......

Jumaat, Oktober 17, 2008

Long Lost Friend!


(aku kat Ramada Taif)

Aku ada ramai kawan. Ada yang masih contact dan ada yang kadang-kadang terlepas contact. Semalam aku ternampak satu kat dalam facebook aku. Aku pernah kerja dengan si Din ni masa kami sama-sama buat opening kat Renaissance KL dulu tahun 1996. Nice guy, very sharp, knowledgeable and well liked by all associates terpasuklah bos2 semua. After a few years, Din pergi kerja kat tempat lain. Aku pun takde contact lagi. Dulu masa dia kat Regent ada jugak aku terserempak dengan dia sekali-sekali. Lepas tu yang aku tahu he was posted to the Carribbean as Dir of F&B for a few years. Good for him. Semalam aku ternampak muka dia kat Facebook. Terus aku contact dan katanya dia kat hotel di KL sekarang. All the best Din!

Satu lagi nama dia Chin. Excellent guy. Finance guy. Superb! Kami selalu argue pasal financial figures. Aku respect kat Chin sebab dalam gaduh-gaduh tu dia akan unjukkan aku dan ajarkan aku apa yang aku nak tahu. Sampai malam-malam pun dia sanggup nak tunjukkan aku figures tu. Hah, mana boleh dapat macam ni? After a while dia pulak pergi Australia dapat transfer to the same chain. Yesterday I got a message from him that he's also back in KL and is now Dir. of Finance di KL Hilton. Cayalah Chin.....

Ada lagi Captain aku nama dia Syamsuri. Dulu kat Legend (Zaleena mesti kenal nih..) then join aku kat Room Service RKL. Pun bagus jugak budak ni. Active sungguh dia. Masa tu bujang. 2 days ago aku dapat message dari dia. He's in Brunei now working. Dah kahwin anak 2. Alhamdulillah Sam.....good for you!

Seronok aku dapat mail dari semua. Eh lupa nak cakap....ada bintang pilem Malaysia check in hari ni kat hotel aku....siapa tu? Suspence...suspence....


(ni orang berebut ambil air zam-zam)

Rabu, Oktober 15, 2008

Tukar lagi



Aku ni kalau dah lama duduk kat bilik dan design dok macam tu aja, boring jugak jadinya. So aku ceritalah kat Azli yang aku teringin nakkan KS bed. So dalam diam-diam dia dah siap suruh budak-budak dia tukarkan tilam aku dari single ke King Size. Then tak cukup dengan tu, dia tukarkan lampu bilik aku yang ala-ala "romantika d' amor" tu ke white light sebab dia tahu aku suka sangat membaca. Lepas tu dia tambahkan lagi satu standing light kat tepi wardrobe aku. Pergh Azli ni.....dia dapat baca otak aku ka? but anyway, Azli ni nak kata neighbour aku kat sini pun ya jugak, nak kata room mate aku pun ya jugak. Kami jarang pun jumpa walaupun duduk bilik sebelah-sebelah. Actually bilik kami connecting tapi pintu tak pernah tutup. So 2 bilik kami memang nampak besar sangat. Sekarang dah siap ada dapur dengan microwave lagi...habislah aku...

Gambar anak-anak aku mesti tetap ada kat meja cuma lokasi dia aku tukar ke coffee table aku kat tepi tingkap so dari katil nampaklah aku 3 orang anak-anak aku tu. Pagi tadi aku call Yuya sebelum dia pergi sekolah. Saja nak dengar suara anak-anak aku! Tiba-tiba rindu!

Selasa, Oktober 14, 2008

Baru belajar




Aku tak pandai ambil gambar. Yang aku tahu cuma pakai camera yang auto focus. Tu pun angle nya tak bagus. Aku memang teringin sangat nak buat food photography sebab aku memang bergelumang dengan food tiap-tiap hari dan teringin jugak nak buatkan gambar-gambar aku sebagai menu cover atau sekurang-kurangnya dapat masuk magazine. Heh3X....berangan betul. Walaumacamanapun Dila yang rajin baca entry aku ada mencadangkan aku beli kamera yang katanya bagus dan harga dia lebih kurang dalam lingkungan RM1600. Excellent idea. Tapi nak tak nak aku kena lah jugak belajar kot kalau tak masuk kelas photography!

Gambar capsicum tu aku main ambik je. Entah ok entah tak. Bagi pro photographers, mungkin dia orang akan gelakkan aku. Lighting hancur, angle hancur dan arrangement pun hancur. So, to all the pros out there, it's time for you to make money! Heh3X...janganlah charge mahal sangat.

The second photo tu pun sama. Main rembat ambik je. Ish....fail betullah. Aku sekarang ni tiba-tiba pulak suka ambik gambar especially buffet set-up. Tapi gila ambik gambar burung belum lagilah...dulu masa aku pergi kat Bukit Belacan, aku ada nampak satu group photographer sibuk ambik gambar sungai dan serangga. Aku teringin sangat nak belajar tapi tengokkan camera dia orang yang muncung panjang-panjang tu, pergh...mesti mahal ni. So, aku cuma berangan sajalah. Minat baru aku ni bukannya untuk buat side income but just for self satisfaction! Ideas please anyone..

Isnin, Oktober 13, 2008

Harta aku







Ni semualah yang aku paling sayang dalam dunia. Of course termasuklah Wakana sekali, yang tu memang kena mention tu. Kalau tak, problem nanti...Hai bila tengok anak-anak aku, alamak dah besar depa noo....dulu kecik-kecik lagi depa ni. Rasa macam depa baru lepas merangkak. Sekarang ni semua dah boleh berlari dah. Aku teringin nak bawak keluarga aku semua duduk sekali dengan aku tapi mungkin bukan sekarang. InsyAllah kat tempat lain nanti.

Hari ni aku memang ada banyak kerja yang kena buatdan follow up. So let the pictures do the talking!

Ahad, Oktober 12, 2008

Taif Part 4



Tengahari tu lepas sembahyang Jumaat, Dzul jamu kami dengan nasi lemak yang dia masak sendiri. Penuh satu rice cooker. Makan dengan lauk lain dari kebiasaan. Dia buat ikan kembong masak cili, sambal tempoyak (if I'm not mistaken) then kangkung celur. Alamak, habislah diet aku! Tak payah nak cakap banyak, kami nyap-nyap sampai 3pinggan. Habis licin ikan kembong dia. Memang power Dzul ni masak. Cik Bedah dengan Che Kiah memang kena pukul habis nih...





Kami terus tertiarap 2 jam lepas tu. MasyAllah dah lama tak makan macam ni. Bau sambal kat tangan melekat lagi ni....Pukul 4 lepas sembahyang Asar berjemaah, kami terus bertolak balik. Turun dari gunung tu kami singgah pi minum kat small tiny cafe ala-ala french street cafe, which I like very much. Aku minum lemon juice sebab dahaga sangat. We took a taxi back to Mekah. All in all the trip was short but sweet. Met nice people, nice hotel, nice hospitality and to Dzul, thanks a lot for all the trouble. Pick up kami lah, bagi makan lah, bagi bilik lah, hantar kami balik lah dan macam-macam lagi. Semoga Allah memberkati jasa baik Dzul kat kami. InsyAllah.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...