Jumaat, Oktober 09, 2009

Aku dah pandai, horey!

(cake aku)

(aznawi dan aku)

(cuba teka sapa model aku?)

(dinner aku 2 malam lepas!)

(choc mousse aku)

(kek aku)

(set-up aku)

(salad aku)

(aku dan pizza)

(pizza dan aku)

Aku seronok tengok result gambar yang aku ambil hari tu. Ni lepas aku bertapa dengan "3 Tenors" kat lounge aku sambil ambil gambar. Pergh...tak terikut aku ni dengan depa. Pace kami memang lain. 413 kali depa dok cerita kat aku pasal aperture. sampai ke kali yang 21 aku angguk faham. Tapi esok pagi aku dah garu kepala lutut sebab dah lupa balik...tu yang aku kata, pace kami berbeza! Credit has to be given to the 3 of them. Lotfi, Aznawi dan Rashid yang dah jemu nak mengajar aku. Sampai pukul 1 pagi depa dok cerita kat aku.....san-kyu...san-kyu...bila aku tanya apa depa nak makan, depa kata dah kenyang. Eh betul ke ni? Ke malu-malu? Dengan Uncle jangan malu-malu sebab Uncle ambil malu-malu tu seriously. So kesudahannya, semua tak makan malam tu! Lain kali cakap terus, "Kami Lapar!" senang Uncle organisekan...

Perbincangan malam tu sungguh hangat. Sampai ending dia, aku sendiri lupa apa yang kami dok merepet malam tu. Tapi ketiga-tiga remaja tu (Lotfi sekalilah..)sangat bersungguh-sungguh mengexpresskan pendapat masing-masing. Aku berbangga dengan 3-3 anak-anak muda ni semua. Depa ni akan berjaya tak lama lagi....aku doakan yang baik-baik untuk adik-adik ni semua!

Gambar-gambar tu semua aku ambik dalam pelbagai posisi. Menelentang, mengiring, membongkok, merangkak dan jugak menebeng (kalau boleh pakai ayat tu). Nasib baik depa tak bawak rotan macam Mas Idayu. Kalau tak, habis badan aku berbirat kena sebat dengan budak-budak tu!

Tiba-tiba aku bersemangat nak ambik gambar buat satu hobi. Kat sini apa lagi hobi santai yang aku boleh buat selain daripada membaca? Oh yes...ada satu lagi. Pada yang rajin dok tengok youtube, aku cadangkan jengok-jengoklah kat ZEE AVI. Awesome...she's a malaysian girl from miri dan dalam perjalanan menempah nama di US sebagai penyanyi yang sangat berbakat. Suara, petikan gitar, petikan yukelele, memang menakjubkan. Dari youtube dia dah dapat sampai almost 100,000 hits dan dipanggil ke NY untuk keluarkan album. Sekarang tengah touring US dan lagu-lagu dia dah dijadikan jingle oleh Walmart! Go girl....you can do it! Enjoy watching.

Then, as for me, mana tahu kalau-kalau Celebrity-Celebrity Chefs nak suruh aku ambik gambar food depa pulak...heh3...

Hand phone

(result lepas cuci kereta)

(cuci the movie part 1)

(cuci the movie part 2)

(tidur pun senyum?)

(budak kecik ni lah yang buat aku mengigau tengah-tengah malam ni!)

Abang nak handphone. Aku cakap tak boleh, dia nak jugak, aku cakap tak boleh. Last-last aku tersilap cakap boleh....jadi lepas raya hari tu dengan muka aunty yang panjang dan mulut yang muncung macam dok tenyeh sireh, depa pun pergilah ke Ampang Point. Pilih punya pilih, Abang dah berkenan kat budak sorang ni yang nama Norkiah! Harga dia, pergh...dekat RM400! Wui...mahal nak mampus. Telefon aku pun murah lagi kot.. Then aku terfikir balik, eh, banyak dapat duit raya budak ni!

Aku pesan kat abang baik-baik jaga hp tu. Kawan tu suka tengok hp orang....then kita ni pulak, selalu lupa. Tinggal sanalah, tinggal sinilah...baru pakai seminggu dah hilang. Abang janji yang dia akan jaga hp tu dengan baik. Aku cakap ok, i'll keep an eye! Then aku tanya Abang, "top-up" macamana? Dia kata no problem sebab mama selalu hantar kereta cuci. So sekarang dah tak payah hantar cuci sebab Abang boleh cuci. Wah, dah dewasa anak aku ni...kelas....

Dia tanya aunty kalau cuci kat luar kena berapa? Aunty cakap RM12. Kalau macam tu tak payahlah hantar kat luar. Bagi Abang saja yang cuci then bagi duit tu kat Abang. Duit tu dia nak buat beli prepaid card. Brilliant idea. Macam aku kecik-kecik dulu jugak. Bila adik-adik dah dengar yang Abang nak dapat RM12 sebab cuci kereta, depa, especially Yuya pun kecoh nak jugak. Last-last sekali 3-3 beradik cuci kereta dan duit kena bagi sama rata.......Abang tension! Heh3...

Untung sungguh depa ni. Ada handphone lah, main bola kat kelab lah, macam-macam sungguh. Hand phone yang aku pakai sekarang ni pun aku baru beli 4 tahun sudah. Ni lah first hp aku. Masa tu umur dah 37 tahun baru nak ada hp. Sekarang baru 11 dah ada satu. Yuya pun nak jugak. Aku cakap tak boleh lagi. Tapi dia tanya balik, "Kalau dah umur 11 tahun macam Abang, boleh beli handphone tak?" Dia ingat 11 tahun tu dah dewasa la kot....alahai, Yuya...Yuya...

Rabu, Oktober 07, 2009

H B Artho Part 2 (Stairway to Heaven)

(lampu lip-lap)

(Delwar dah kenyang!)

(makan time!)

(aku dah kembang!)

(cake depa)

(stairway to heaven)

(to no where..)

(HB Baby!)

(jualan penghabisan stock!)

(tempat aku melepak ambik angin)

Ingat tak lagu Stairway To Heaven tahun 70-an dulu? Especially yang muda sama dengan Uncle. Group mana Uncle dah lupa tapi at one time, lagu tu masuk carta Muzik Muzik!Tiap-tiap hari dok dengar lagu tu sampai terputus benda hitam kat cassette tu! Heh3...

Rumah dia terletak kat tingkat atas. Masa aku naik tangga nak sampai rumah dia, ada satu family setiap floor. Aku kena mengelak tong-tong air sebab kat sini bekalan air masih datang dengan lori lagi. Air sampai sebulan sekali. Kalau musim ramadan atau haji, bekalan air akan terputus. Aku tak boleh nak ucap SYABAS kat depa sebab memang parah nak usung air naik ke rumah. Bayangkan dah tahun 2009 pun macam tahun 1942! But that's the fun. Depa dah biasa dengan keadaan yang macam ni. Jadi depa memang tak kisah kalau tak mandi..sesampai aku kat atas, aku tengok, orang dah berpusu-pusu. Kasut kat luar rumah dah berlonggok. Kalau macam ni, bila sampai dengan kasut buruk atau kaki ayam, boleh balik pakai kasut baru! Kasut lelaki ada, kasut perempuan pun ada. Tumit tinggi lagi tuh! Macamanalah depa jalan naik bukit..ngeri aku nak fikir.

Masa aku sampai pukul 9 malam tu, aku baru perasan yang depa baru start masak! Mak aii...sampai bila aku nak tunggu ni? Dah lah perut aku tak berisi dari tengahari sebab nak dinner..tapi kalau tak makan, lagi bagus untuk aku. Kan perut aku ni perut unta..anyway, bila dah siap, depa letakkan plastik gulung kat depan aku. Jadi akupun bukakkanlah gulung tu buat macam hamparan. Then lauk sampai satu...satu...last sekali baru nasi sampai. Aku tengok, masyAllah, memang nak kenduri untuk 300 orang ni! Tangan bersimpang siur ambil makanan. Kami makan pakai tangan walaupun 10 kali depa bagi sudu dengan garpu kat aku. Makan macam tu tak puaslah kalau pakai cutleries. Baik aku tak makan kalau macam tu.

Lepas makan aku keluar kat tepi tangga sat ambik angin sebab perut aku dah mula berangin. Tiba-tiba aku terperasan yang kat tepi tangga tu ada lagi tangga besi naik ke atas. Aku dongak kepala, rupa-rupanya tangga tu naik keatas bumbung. Aku tanya kat penyamun, tangga tu buat apa? Nak pi mana? Penyamun cakap naik atas bumbung. Aku tanya, apa ada atas bumbung? Penyamun kata ada air. Oooooo kat situ depa ada lagi tangki air...memang maacam stairway to heaven aku tengok. Sebab bila tengok kat atas, aku dah nampak langit. Kalau aku pakai camera SLR, mesti lagi cun gambar tangga tu.

Rumah penuh sesak malam tu sesesak perut aku yang terlebih makan! Lepas makan, aku ajak si Husin menapak balik. Aku kena tahan lagi sebab depa jamu teh pulak....minum lagi...then dah dekat tengah malam, aku pun kena balik lah sebab esok nak kerja. Penyamun tu semua takpalah sebab ada yang off dan ada yang kerja petang...pergh nak balik pun satu hal jugak, sebab jalan kaki punyalah lama aku rasa. Masa pergi dating kat Tokyo dulu berjalan satu hari tak pulak letih macam ni...sampai-sampai kat bilik, first thing aku buat, aku timbang berat badan dulu...tu dia aih.....memang naik 2 kilo!

Selasa, Oktober 06, 2009

Happy Birthday Artho, Part 1

(kipas macam aku duduk kat quarters Henry Gurney Melaka tahun 70-an dulu)

(chief stewad aku buat pose lapar!)

(tunggu time makan)

(budak-budak main bola kat luar rumah)

(panjat lagi kami...husin yang pakai baju putih)

Semalam aku menapak lagi pergi rumah manager aku, si Mainul. Masih dalam kawasan Mekah tapi cuma jauh sikit la...20 minit jalan. Ok jugak jalan ni sebab memandangkan satgi aku nak makan sampai tak ingat dunia....rupa-rupanya depa ni semua duduk dalam satu kawasan perumahan rupanya...kira macam satu Taman la....kalau kat Kelantan tu, ala-ala Taman Guru lah (eh, aku pun tak pernah sampai kat Taman Guru tu!). Naik tangga lagi aku ni...maklumlah, semua dah gelebeh, so excercise sikit, bagus jugak. La....rupanya rumah yang aku snap gambar dulu tu dalam entry yang lepas-lepas (rumah Samir), yang lampu lip-lap tak nyala sebab masih siang tu rupanya rumah si Mainul! Adohai....apasal tak cakap? Kalau tak aku boleh singgah dah minggu lepas...

Rumah dia kat tingkat atas. Banyak gambar aku snap sebab bagi aku, rumah ni sangat "authentic". I like....dan banyak menceritakan perihal kehidupan depa. Rumah yang macam dah kena bom kat Beirut tu. Tapi bila masuk kat dalam, mak aiii...complete set semua! Aku sampai awal sebab katanya pukul 9 malam. Dan kebiasaan aku, aku akan sampai tepat pukul 9 malam. Depa terkejut tengok aku. Sekali ni aku buat-buat tak terkejut tengok depa. Heh3...aku pergi dengan Husin Shourab. Supervisor aku yang memanjang pakai tie walaupun peluh merata-rata. Aku cakap aku tak nak makan sebab dari lepas bulan Ramadan aku tak ambik heavy dinner. Malam ni? Pergh....usaha aku tak berjaya. Tengokkan nasi Puolao depa yang ala-ala beriani tu tapi kering sikit. Ada 2 kaler. Putih dan kuning.

Lauk depa, memang mengerikan aku. Minyak saja-saja berlinang kat atas. Macam daging kat Hameediyah Penang pun ada. Yang tu lauk kambing. Then ada ayam, then ada telur rebus, then ada salad. Then ada beef dish. Then ada ikan bawal goreng....alamak...habis lah aku kali ni...aku kata stop, depa tambah. Aku kata stop, depa tambah dan last sekali bila aku betul-betul suruh tambah, depa pulak terkejut dan stop! Ooooo macam ni ka? Kena cakap terbalik kat depa ni....heh3...last sekali aku yang terbongkang sebab 3 kali tambah nasi. Naik 2 kilo balik....

Ramai budak-budak malam tu. Maklumlah depa ni ahli persatuan bangladesh....jadi ramailah yang datang. Lagi pun, ni ala-ala "Pesta Muda-Mudi". Pakaian jangan ceritalah, colorful dan memang "Dress To Kill" punya. Kesian jugak kat depa, sebab apa lagi entertainment yang ada kat sini? Jadi birthday party macam ni dah jadi macam kenduri kahwin....aku tumpang happy tengok budak-budak aku happy!

Makan dan makan dan makan. Macam biasa, yang perempuan (isteri-isteri depa) duduk bilik lain makan diam-diam tapi aku sempat jeling jugak sebab curious nak tengok. Pergh...kelas....dressing macam Fairy Tales tu. Then make-up dan nampak macam Kareena Kapor pun ada. Memang dah jadi macam fashion show. Aku jeling tu bukan pasal apa, saja teringin sangat nak tengok keadaan perempuan yang duduk kat sini dalam keadaan santai.....aku tak pernah jumpa...

Rumah dia memang antic. Nanti esok lusa aku cerita dan masukkan gambar lagi...tunggu sambungan rancangan. Kita tengok iklan dulu...

Ahad, Oktober 04, 2009

Hari malas...Sunday..











Tengahari semalam, macam yang aku dok cerita, aku ambik setin sardin, aku bagi kat Dollah. Dollah dengan muka sardin pun masaklah sardin kat aku. Ada 5 ketul kat dalam tu. Chef Egypt aku menjerit, dia kata, eh...sama...Chef Morocco aku pun menjerit jugak, eh...sama...Chef Dollah pun buat-buat menjerit jugak, eh...sama jugak...since depa kata sama, aku pun ajaklah depa makan sekali! Makan sama! Tak sampai 10 minit dah habis sardin aku. Burrpp...alhamdulillah...terimakasih aku ucapkan kat DS sebab bagi makanan yang dapat aku kongsi dengan 3 lagi negara. Mesir, Morocco dan Indonesia. Tu dia...tu baru setin sardin punya cerita...kalau 4-5 tin, sampai sudah aku tak habis bercerita!

Petang semalam pulak aku talipon kat Lotfi bagitahu yang aku ada kamera SONY (pinjam hotel punya!) tapi tak reti nak pakai. Lotfi kata set malam nanti sampai. Sementara nak tunggu si "Lotfi and the Wailers" sampai (macam Bob Marley and the Wailers), aku sempat berlari ke Haram sekejap untuk buat tawaf sunat. Orang masih tak ramai tapi Hajar Aswad masih lagi bertolak sakan. Biarlah depa. Yang menangis, meruntun kain kaabah pun sakan. Biarlah depa. Yang jalan terbalik keluar dari Masjidil Haram pun ada sebab tak mau menunjukkan belakang pada Kaabah. Biarlah depa. Lepas selesai aku buat semua, aku balik bilik, simpan semua, turun balik, ngam-ngam depa sampai. Kami melepak sambil duduk mengadap 2 pizza. Bukan untuk makan tapi untuk Lotfi, Asnawi dan sorang lagi kawan yang baik hati ajar aku macamana nak snap gambar terbaik. Melopong aku tengok gaya depa ambik gambar. Memang "pro" habis...To all my "3 Tenors", domo arigatou gozaimashita! Mata oshiete kudasai ne!

Lepas 3 tenors balik, aku sambung tengok JDrama cerita "Tokyo Tower". Pergh...yang ni kalau sapa-sapa tengok mesti teriak (nangis) sakan ni...aku pun tak terkecuali. Tapi sempat jugak tengok kiri-kanan macam ada orang tengok. Heh3...Bila tengok cerita tu aku tiba-tiba sayu teringatkan Otoosan (bapak mertua) dan Okaasan (mak mertua) aku kat Tokyo. Dah lama aku tak jumpa Otoosan dan Okaasan. Depa dah tua dan umur pun dah lebih 70 tahun tapi masih tak nak berhenti kerja. Mmmm, apa sumbangan aku kat depa? Tengah fikir ni...

Sabtu, Oktober 03, 2009

What a day!

(teh, halia, madu, limau)

(rempah raya aku...horey!)

(sardin yang dok jeling kat aku tu. Esok siap kau!)

(aku nak jual buku2 ni semua, satu SR5...any buyer?)

(dinner aku malam ni. Mango, kiwi and apricot dengan teh tadi seteko!)

Banyak betul aku dapat parcel hari tu. Ingat tak yang 10 kilo aku dapat tu? Sampai la ni aku ada 9.5 kilo lagi. Aku memang suka dapat makanan kering tu sampaikan yang aku makan cuma ikan kering! Habis 3 ekor aku makan. Terimakasih Datin Seri....dalam pada tu aku dok usyar kat tin sardin King Cup. Macam biasa aku jeling dia, dia jeling aku. Pergh...tak tahan gelora didada....esok aku nak masak satu tin! Perasaan dok meluap-luap ni! Bila sampai part-part macam ni, aku teringat kat title, "Esok Masih Ada!" cuma yang aku risau kalau sardine tu jawab balik...."Tiada Esok Bagimu!"...oh...tidak!@#$%

Aku dapat surprise call dari Lotfi. Aku ingat dia ada kat Sura Hujung lagi, rupa-rupanya dah ada kat Mekah. Alhamdulillah dapat aku jumpa adik Lotfi nanti. So Lotfi and family, if you happen to read my blog, please let me know when you are coming.

Aku terbatuk-batuk sikit malam ni. Budak aku dah dengar aku terbatuk. Depa kelam-kabut siapkan teh halia campur madu dan campur limau seteko bagi kat aku. Heh3....pandai depa drama no.....takpa-takpa, depa ikhlas. Jadi aku pun ambik je lah...orang dah buat, bedal saja. Hopefully I can sleep well tonight.

Malam ni pulak sementara dok tunggu nak masuk waktu Isyak, aku dapat long distance call dari Malaysia. Alamak, penting ni sebab nama yang keluar kat hp aku pun memang orang penting! Pemanggil tu bagi salam kat aku dan aku jawab salam dia dengan sopan. Guest aku ni pun memang very humble. Seronok aku duduk bersembang dengan guest ni hari tu. Panjang cerita yang kami bualkan. Tapi macam biasa, topik perbualan aku lebih bertumpu pada kehidupan harian. Guest aku bercerita pasal kenangan manis dia sewaktu bertugas dulu. Wah...macam-macam kami cerita. Aku tak sangka aku dapat duduk bersemuka dengan dia. Bukan senang nak dapat duduk makan dan minum dengan guest penting ni. Tak pernah mimpi aku. Nak tahu apa guest tu cakap kat aku? Dia kata,

"Shahrir, I saja nak talipon kat you ni, saja nak tanya khabar...sehat ka....you dok buat apa tu?",

"Saya sihat...terimakasihlah talipon saya tanya khabar. Saya tak sangka nak dapat call macam ni. Felt honored.."

"Dak aih...tiba-tiba kami teringat kat Shahrir, duduk sorang-sorang kat Mekah..."

"Terimakasih pasai talipon saya, Tan Sri...please send my regards to Puan Sri.."

Klik......

Jumaat, Oktober 02, 2009

Dah habis fikir!

(humayon nak hantar dinner aku, fruit yoghurt!)

(nabil dengan muka commercial dia)

(abdullah ni calon sorang lagi)

(aku dok discuss dengan printer aku pasal concept standee tu nanti)

(qassim dok drama nak mop lantai)

Hari ni aku dok pikir macamana aku nak buat poster untuk pizza aku. Aku nak buat "standee" dan aku nak staff aku jadi model untuk standee tu. Jadi, tadi aku snap 2 orang budak yang aku rasa ada sikap dan sifat "photogenic". Sorang tu nama Abdullah dan sorang lagi tu dah jadi celebrity, nama dia Nabil. Budak yang bertunang dulu tu...yang dok menari bhangra lepas bertunang tu. Aku bukak undian sms ni selama 2 hari untuk pembaca blog aku undi sapa yang patut aku pilih jadi model standee aku yang nanti aku nak letak kat lobby, souq kat bawah dan dekat lift landing. Ciri2 dia, yang nampak pleasant dan sedap mata memandang. Once chosen, aku akan hantar kat printer aku dan aku akan snap satu shot lagi untuk actual. Jangan tanya, aku pakai camera apa, yang tu rahsia kerajaan! Heh3...

Selain daripada tu aku jugak tengah dok tulis buku ala-ala apakah ciri-ciri penting untuk sorang F&B associate yang baru nak mula dalam bidang perhotelan ni. Tajuk buku tu aku tak pikir lagi. Aku tulis dalam bahasa orang putih...kelas....dengan harapan kot-kot ada orang nak baca dan beli nanti. Heh3...kalau ada....kalau takdak, aku beli sendiri pun takpa! Ada sekali tu aku dok bersembang dengan sorang ni yang ada printing company. Dia ada bagitahu kat aku yang minimum printing lebih kurang 500 volumes...mak aii....sapa nak beli nanti? Mau penuh satu rumah aku nanti! Banyak pikir pasal tu lah, rambut aku tambah putih ni...reason....*wink!*

Apa aku tulis kat dalam buku tu? Aku ceritakan pasal hal-hal basic sebagai seorang waiter. Tak lama lagi aku akan kembangkan pada Captain, Supervisor, Assistant Manager dan kemudian Manager sebelum aku drama lagi dengan position-position yang lain pulak. Ala...baru start....baru 12 muka surat...targetnya almost 100. Mahu sampai aku pencen baru habis buku aku tu! Apa lagi aku cerita kat dalam tu? Aku bagi example pengalaman-pengalaman kerja aku pada setiap topik. Macamana nak tackle guest sampai dia boleh jadi regular guest, "wow effect", then aku cerita pasal handling difficult guest, lepaih tu aku tibai pasal macamana aku handle wedding function, macam-macam ada....aku ingat kalau tak dak orang jugak nak beli, aku longgok je lah kat Pelita ka...Kassim ka....Mustafa ka...Kayu ka...tak pun aku paksa budak yang selalu buat maggi goreng aku tu beli. Habis cerita....

Aku dok perasan yang tak lama lagi aku akan adakan signing ceremony ka....buat kat Abas Bandung ka....tak pun MPH kat Great Eastern Mall tu. Senang sikit sebab dekat dengan rumah. Naik moto pun sampai! Kalau tak dak orang nak mintak autograph, aku suruh anak-anak aku beratur kat depan aku campur aunty sekali. Dapat 4 orang....kalau aku suruh depa round balik beratur 37 kali, dapatlah 148 kali aku sign....amacam, boleh? Aku ingat Sidney Sheldon pun sign 147 kali saja kat New York dulu...aku lebih satu...kira aku lagi terra la! Heh3...matilah aku.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...