Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Januari 18, 2014
Sabtu, Januari 04, 2014
2014!
Dah lama aku tak tengok talipon dan pondoknya yang masih didalam keadaan yang baik seperti yang tertera diatas. Bahkan warnanya juga sangat ceria. Pondok talipon sebegini sudah mula digunakan dan gambar ini aku ambil di PD tempohari. Aku harap agar ianya berfungsi. Talipon awam sebegini sangat banyak kegunaannya. Aku ingat lagi di sekitar tahun 70-an. Talipon berwarna hitam digunakan dipejabat-pejabat. Dan jika ada talipon tersebut dirumah bermakna beliau merupakan seorang yang sangat kaya! Pada tahun 1980, sewaktu abang sulung aku mula bertugas di Pulau Pinang, setiap minggu arwah mama akan menalipon abang. Aku dan mama akan berjalan kaki ke pondok talipon yang terletak di pintu masuk ke sekolah henry gurney di telok mas, melaka. Talipon tersebut sebenarnya terletak didalam pondok pengawal di pintu masuk. Aku berjalan mengiringi arwah mama. Mama sediakan tisu ditangan kanan. Kami berjalan pantas. Mama akan mendial nombor talipon bilik pengawal penjara di pulau pinang yakni tempat abang bertugas. Bercakap sebentar, kesat air mata....bercakap sebentar dan kesat air mata. Itulah kali pertama arwah mama berenggang dengan abang yang waktu itu berumur sekitar 19 atau 20 tahun!
Kelas 2A dimana Marina belajar, tak ramai para pelajarnya. Dari luar aku dengar suara pengawas terjerit-jerit mintak semua budak-budak lain diam dan letakkan kepala diatas meja. Tidur. Aku senyum sendirian. Aku dulu pun serupa jugak kena tengking dengan kawan sekelas. Aku dongak kepala sebab nak mintak kebenaran kerana tak tahan nak terkencing tapi disergah oleh ketua kelas suruh diam dan tidur untuk menghabiskan waktu. Aku dongak lagi dan kena marah lagi...aku dongak lagi dan terus kena marah sekali lagi.....aku terkencing kat dalam seluar dan meleleh-leleh ke lantai....ketua kelas jerit marahkan aku kenapa tak mintak kebenaran nak pergi ke tandas? Aku bingung!
| Malam sebelum pulang ke Mekah 6 tahun dulu! |
Apabila aku berkesempatan, aku akan melihat dan membaca kembali 'entry-entry' lama didalam blog aku sewaktu aku mula-mula menulis berkenaan kisah aku dulu. Pelbagai perasaan bercampur-baur. Seronok, sedih dan sayu semuanya ada. Seronok sebab banyak kisah-kisah lucu yang berlaku. Sedih sebab cuti aku di Malaysia pada waktu itu dah nak tamat dan terpaksa pulang semula ke luar negara manakala sayu pula apabila melihat lambaian tangan anak-anak di lapangan terbang menghantar aku untuk pulang semula bertugas....masyAllah....berilah kekuatan pada hambamu ini untuk menempuh banyak lagi dugaan yang bakal menjelma!
Rabu, Disember 25, 2013
www.quaysidehotel.com.my
![]() |
| Confirmed aku di Melaka!
Tidak sah ke Melaka jika tidak melihat beca yang dihias indah berkumpul di hadapan bangunan merah serta persimpangan jalan ke Jonker's Street. Pelancung penuh mengerumuni beca-beca ini samada untuk mengambil gambar ataupun mengambil peluang bersiar-siar disekitar kawasan Banda Hilir. Harga yang dikenakan juga berpatutan. Bukan sahaja hiasan yang menyebabkan para pelancung teruja. Muzik yang dialunkan juga ibarat berada disebuah konsert di Stadium Melaka! Terletak tidak sampai satu minit berjalan kaki daripada Quayside Hotel.
Untuk pertanyaan lanjut, Quayside Hotel di Melaka boleh dihubungi melalui 06-2841001 ataupun e-mail sahaja ke hello@quaysidehotel.com.my dan anda semua pasti berpuas hati dengan lokasi, tawaran-tawaran menariknya serta harga bilik yang berpatutan. Bagi aku pula, penginapan kali ini adalah merupakan salah satu penginapan bercuti bersama keluarga yang terbaik buat penutup tahun 2013!
|
Sabtu, Disember 21, 2013
Panic!
| Mak-pak
Pukul 10 pagi aku dah terpacak kat sekolah anak aku yakni VI. Mak dan pak yang lain masih ramai yang belum sampai. Semuanya sibuk sebab hari keputusan keluar jatuh pada hari bekerja. Perlahan-lahan aku parking motor cabuk aku kat tepi office jurulatih bolasepak kat tepi padang berdekatan dengan pavilion sekolah. Bawah pokok. Teduh sikit motor aku. Kereta mak bapak mula berderu-deru masuk. Macam-macam jenis aku tengok. Kejap audi merah...kejap audi putih...ada yang datang dengan driver....dalam hati aku berkata, amboih, hebat mak-bapak depa! Berapa ratus ribulah harga kereta tu semua....pasti banyak gaji depa sampai dapat beli kereta semewah itu. Motor aku yang harga RM7,000 (waktu tu) pun tercungap-cungap aku nak bayar. Instalment sampai 2 tahun! Hahahahahaha.....Kelebihan motor aku, senang nak pergi marrket...traffic jam free...dan parking pon free...hahahahaha (aku gelakkan depa) tapi aku tahu bila turun hujan, depa pulak ambik kesempatan untuk gelakkan aku! Takpa...adatlah tu...janji aku happy sebab aku "hutang free!".
Pemain-pemain bolasepak bawah 15 semuanya berkumpul diluar dewan ramai-ramai. Kami mak-bapak pemain bolasepak pun serupa. Bila semuanya dah masuk dewan, barulah aku langkah kaki masuk dewan sambil menggalas beg merah yang aku pinjam dari Yuya 6 bulan sudah! Perasaan bercampur-baur. Sama macam waktu aku pergi mengambil keputusan Yuya dulu. Mengambil keputusan peperiksaan anak-anak adalah sesuatu yang sangat penting bagi aku. Walau sesibuk mana sekalipun, aku akan cuba mencuri waktu untuk bersama-sama anak-anak berkongsi kegembiraan ataupun kesedihan sewaktu mengambil keputusan. Aku tawakkal dan berkata pada diri sendiri, apapun keputusan anak-anak, aku harus terima. Aku dah berpesan dulu pada anak-anak semua, keputusan yang akan diterima melambangkan apakah pengorbanan kita ikhlas ataupun tidak. Sewaktu didalam kelas apakah kita benar-benar faham ataupun tidak. Apakah kita telah menipu kepada ibubapa masing-masing dan juga guru-guru masing-masing ataupun tidak. Aku tidak pernah mengajar anak-anak aku menipu. Jadi apa juga keputusan yang bakal mereka terima adalah penghasilan daripada setiap keringat, usaha dan juga doa mereka. Jika keputusan tidak baik maksudnya itulah sahaja usaha yang telah mereka laksanakan. Jika keputusan mereka baik, itu jugalah merupakan keputusan yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar belajar, mendengar nasihat dll! 'Results don't lie'....seperti juga kata-kata 'figures don't lie!'
|
| Anak-anak
Para pelajar mula masuk ke dalam dewan dan berkumpul dibahagian belakang. Wah...dah besar panjang semuanya. Ada juga yang tak tinggi ke atas tetapi melebar ke tepi....sama lah seperti masa depan mereka. Tak akan ada yang sama! Diwajah para pelajar ini aku nampak harapan yang sangat besar. Merekalah bakal memegang tampuk teraju negara suatu hari nanti.Tiba-tiba timbul perasaan bangga didalam hati aku. Abang berdiri depan mengikut kelas masing-masing. Cikgu Farah sudah mula mengambil tempat diatas pentas dan mula memberikan kata-kata aluan kepada kesemua muka-muka cemas...Keputusan peringkat negeri diumumkan diikuti oleh keputusan setiap matapelajaran. Ada peningkatan dan penurunan didalam setiap matapelajaran yang diumumkan berbanding dengan tahun yang lalu! Pelajar-pelajar bertambah cemas. Kalau tak salah pendengaran aku ada lebih daripada 40 orang pelajar yang mendapat keputusan A didalam kesemua matapelajaran. Nama-nama yang mencapai keputusan 8A diumumkan satu persatu. Berpeluk sakan mereka anak-beranak kegembiraan. Alhamdulillah. Pelajar-pelajar lain pula diarahkan untuk mengambil keputusan masing-masing mengikut kelas. Abang dihadapan sekali. Mungkin kerana namanya bermula dari huruf A. Aku turut serta kedepan menanti dalam debaran. Cikgu kelas tersenyum sewaktu memberikan abang kertas keputusan PMR. Cikgu mengucapkan tahniah. Mata aku terbeliak melihat tulisan-tulisan halus yang payah aku nak baca. Abang mendapat 6A didalam kesemua matapelajaran teras manakala B didalam 2 matapelajaran yang tertera dikertas. Aku mengucap panjang. Bersyukur. Aku tahu abang telah belajar bersungguh-sungguh walaupun sibuk dengan latihan dan perlawanan bolasepak yang hanya berakhir 2 bulan sebelum peperiksaan....Alhamdulillah. Kami berpelukan dan aku mengucapkan tahniah kepada abang. Abang tersenyum panjang. Puas! Lega! Bercampur-baur..
|
| Anak dan pak
Ada yang meraikan kejayaan tetapi ada juga yang nampak kecewa dengan keputusan yang mereka dapat. Itu lumrah. Setiap tahun dan setiap zaman perkara sama akan berulang-ulang. Aku juga tak terkecuali. Sewaktu disekolah rendah keputusan peperiksaan aku sangatlah baik. Didalam kelas sentiasa berada didalam lingkungan 3 teratas. Melangkah ke sekolah menengah, aku mula lalai dengan lebih banyak bermain daripada mengulangkaji pelajaran. SRP, aku hanya mendapat 15 aggregat. Aggregate yang sangat lemah bagi standard SBP walhal rakan-rakan aku yang lain hampir kesemuanya mendapat aggregate dibawah 10! 2 tahun berselang aku menduduki peperiksaan SPM. Masih lagi ligat bermain bolasepak dan ragbi dan aku mendapat 35 aggregate dan jatuh ke pangkat 3. Berselang lagi 2 tahun aku menduduki peperiksaan STPM pula dan hanya mendapat 2 Prinsipal. Aku kecewa. Tetapi kekecewaan aku telah menzahirkan 'semangat juang' yang tinggi. Malu untuk bersemuka dengan rakan-rakan seusia yang bakal pulang ke tanahair selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara! Aku berusaha keras. Siang kerja dan malamnya aku mengambil kelas tambahan. Aku berjaya lulus Bahasa Perancis setelah 2 tahun berhempas pulas di Alliance Francaise. Setiap usaha keras dengan niat yang baik sentiasa dijanjikan dengan ganjaran yang setimpal. Alhamdulillah aku diterima masuk ke ITM dan seterusnya melanjutkan pelajaran di luar negara....
Dunia pekerjaan pula tidak menjanjikan bulan dan bintang jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ada yang mempunyai kelulusan yang hebat tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah, bidang perhotelan mengalir pekat didalam darah aku. Dulu, kini dan selamanya....Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah, keputusan peperiksaan disekolah tidak menjanjikan masa depan yang gemilang. Keputusan yang baik hanya menjadi landasan untuk mempercepatkan proses mengejar apa yang kita mahu. Samada kita akan berjaya ataupun tidak, itu perkara yang kita sendiri tak dapat tentukan. Nah, kepada anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR dan PMR, jangan berterusan kecewa. Perasaan kecewa itu harus ditukarkan dengan semangat juang untuk bersaing kembali dengan rakan-rakan yang lain. Percayalah....jika ada dua calon yang aku temubual untuk mendapatkan hanya satu jawatan di hotel aku akan memilih seseorang yang mempunyai semangat juang tinggi daripada seseorang yang hanya mempunyai kelulusan yang tinggi! (pendapat ini hanyalah pendapat persendirian dan tidak mewakili syarikat-syarikat yang pernah aku bertugas!)
|
| Pak dan anak
Aku akan sentiasa memberikan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak aku walaupun aku sendiri tidak mempunyai sebarang simpanan dan walaupun aku hanya bermotor cabuk. Aku tidak mampu memberikan kemewahan wang ringgit sewenang-wenangnya kerana bagi aku ini akan melalaikan mereka. Cukuplah dengan pendidikan dunia serta akhirat yang maksima. Aku mahu anak-anak aku sedar bahawa rewards dari segi wang ringgit akan datang secara semulajadi dengan kerja keras dan usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu. Have a nice weekend people!
|
Sabtu, Disember 14, 2013
Homestay
| 'Tanpa tujuan'
Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik buat masa ini. Dalam tempoh seminggu setengah ini telah 4 projek homestay yang berjaya aku lawati. Kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Unik dalam erti kata sebenar. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus di baik pulih secepat mungkin selaras dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia yang akan menjengah kita beberapa hari sahaja lagi! Sempatkah mereka? Sempat atau tidak, kerja aku harus dibereskan sebaik mungkin. Aku bukan bercuti. Aku bukan berlibur bersama keluarga tetapi menjalankan satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada aku oleh sebuah agensi. Syukur dan terimakasih juga harus aku ucapkan kepada majikan aku yang memberi kebenaran kepada aku selama 2 minggu untuk turun ke padang, merasai dan mengalami sendiri pengalaman kehidupan homestay di Malaysia.
|
| 'Dipersimpangan jalan'
Homestay pertama yang aku lawati ialah Kampung Pachitan di PD. Tak jauh. Cuma dalam 30 minit memandu dari Litar Sepang! Aku tak pernah tahu pun ada homestay kat situ..Kebudayaan Jawa sangat tebal disana. Keramahan dan besar hatinya tuan rumah memang tak dapat digambarkan. Tak cukup syarat jika aku tak makan dirumah mereka walaupun aku tahu mereka sangat sibuk. Dalam masa 30 minit makcik dah siapkan makan tengahari berupa telur dadar, asam pedas ikan selar kuning dan ulam-ulam. Aku tak mampu mengelak. Dimakan dengan nasi panas dan cuaca kebetulan pulak dingin membuatkan aku tak malu untuk menambah nasi walaupun hati, perasaan dan fikiran aku berkata tidak, tangan aku begitu panjang mencapai nasi tambah...akhirnya, bila aku balik ke rumah dan timbang berat, masyallah.....memang kampung Pachitan punya salah! Hahahahaha
|
| Damai..
Selang 2 hari, aku berkereta ke Kampung Lonek di Jempol pulak. Juga pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana musim buah-buahan memang tengah menjadi. Pokok rambutan yang beratus-ratus jumlahnya sedang sarat dengan rambutan masak ranum. Buah durian boleh dicapai dengan tangan. Manakala manggis bertaburan diatas tanah kerana tuanpunya tak menang tangan nak mengutip dan menjual di pasar ataupun ditepi jalan menuju ke Bahau. Kawasan rumah dijaga rapi dan kata salah seorang tuan rumah disitu, kampung mereka juga sering dijadikan tempat penggambaran filem dan terbaru, rumah seperti yang tertera diatas dijadikan prop untuk salah sebuah cerita seram! Aku pun tiba-tiba jadi seram! Hahahahahaha....
Sekali lagi keramahan tuan rumah menjadikan aku terlupa dunia sebentar. Aku lupa yang aku tak boleh tengok makanan. Aku lupa yang aku tidak ke gym pada hari itu. Tiba-tiba aku menjadi ghairah dan sangat berselera apabila dihidangkan dengan daging salai masak lemak. Disudahi makan tengahari itu dengan rambutan yang baru dipetik sebagai pencuci mulut! Alhamdulillah...
|
| Cantik.. |
| Daging salai
Kampung ke 3 yang aku lawati ialah Kampung Kuala Medang di Kuala lipis, Pahang. Sangat kampung bilamana sesampainya aku kesana, aku dijemput menghadiri jamuan kenduri tahlil dan khatam Quran yang kebetulan berlangsung sewaktu aku tiba disana. Perjalanan dari Kuala Lumpur selama 2 jam membuatkan aku tak menoleh ke kiri dan kanan apabila menjamah hidangan ubi kayu cicah tempoyak! Masyarakat setempat yang berjumlah hampir 200 orang adalah hanya merupakan sebahagian daripada ahli keluarga tuan rumah. Itu katanya belum dijemput orang kampung lagi. Semuanya berjalan secara gotong-royong. Dari memasak, menghidang sampailah membasuh. Semuanya dilakukan oleh adik-beradik yang hadir. Suasana sangat harmoni dengan hilai tawa para tetamu. Aku perlu cepat bangun...jika tidak aku tak akan dapat berhenti makan!
|
| Pusat ICT kampung
Kampung Lonek juga menyediakan pusat ICT kepada anak-anak kampung dan sewaktu aku melawat, memang ramai anak-anak disitu. Penuh semua komputer....main GAME! hahhahahaha...I don't blame them!
|
| Menggairahkan...
Beratus-ratus pokok rambutan dengan buah yang masak ranum melambai-lambai tetamu. Aku cadangkan agar dibina pondok-pondok kecil diatas pokok rambutan sebagai tarikan para pelancung. Aku juga cadangkan agar pelancung dikenakan bayaran minima sebagai contohnya RM5 seorang, diberikan bakul, petik dan makanlah sebanyak mungkin tapi tak boleh dibawa balik. Kalau di luar negara, begitulah cara mereka....
|
| Seksi..
Aku geram sangat-sangat bilamana durian boleh dicapai dengan tangan. Aku tak tahu species apa durian ni semua tapi nampaknya sangat jinak dan bergayut-gayut panggil aku....cepat-cepat aku berjalan keluar sebab aku tahu dan dapat rasa yang seluar aku bertambah ketat sejak 2 minggu aku melawat homestay-homestay ni semua! Parah!
Semalam barulah aku selesai menjelajah 4 homestay di seluruh negara. Yang terakhir ialah Kampung Ulu Legong di daerah Baling di Kedah. Aku berharap agar cadangan-cadangan untuk penambahbaikan homestay di negara kita yang aku usulkan diterima pakai oleh pihak Kementerian dan pengusaha-pengusaha di negara ini. InsyAllah. Aku cuma mencadangkan hasil daripada pengamatan aku dan pengalaman aku melihat dan merasai homestay-homestay di negara ini dan negara-negara lain. Terimakasih tidak terhingga aku ucapkan kepada kesemua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang melayan aku selama 2 minggu ni. Have a great weekend people!
|
Sabtu, November 30, 2013
3 orang budak!
| NIKE Officials
Pasukan bolasepak bawah 15 tahun VI memang bernasib baik kerana NIKE masih lagi mahu menaja mereka. Kelmarin bertempat di padang sekolah VI, pihak pengurusan NIKE telah pergi dan memberikan latihan khas kepada mereka dengan membawa seorang jurulatih terpilih daripada NIKE untuk mengajar para pemain aspek-aspek penting seorang pemain bolasepak remaja. Kesemua pemain VI yang mewakili negara bagi peringkat umur bawah 15 tahun berkumpul walaupun mereka sedang didalam percutian kini. Jurugambar professional daripada NIKE juga dibawa bersama dan katanya gambar-gambar tersebut akan dimuatkan di ruang berita NIKE peringkat antarabangsa. Alhamdulillah dan sekali lagi aku bersyukur kerana mereka diberikan perhatian yang baik oleh pihak penaja. Katanya lagi setiap 3 bulan pihak NIKE akan pergi melawat mereka disekolah dan asrama untuk mengikuti perkembangan mereka. Dan yang menariknya, pengarah mereka yang muda dan bersemangat tinggi yakni Robin juga menyertai fb pemain bolasepak ini untuk menyelami kegiatan harian mereka didalam dan di luar padang!
|
| Kata-kata penaja
Usai latihan keras yang dijalankan selama satu jam setengah, para pemain dikumpulkan ditepi padang dan diberikan penerangan dan bersoal jawab. Soalan-soalan mereka adalah seperti, sebagai pemain bolasepak, apakah aspek-aspek kasut bola yang mereka lihat...pelbagai jawapan diterima pihak NIKE dan kesemuanya dirakamkan. Ini adalah untuk disalurkan ke ibupejabat NIKE bagi proses R&D pengeluaran boots-boots baru nanti. Para pemain dan pihak penaja nampak serasi dan sangat mesra kerana selain daripada faktor umur yang didalam lingkungan 20-an, para pengurus NIKE ini juga sangat rapat dengan para pemain. Mereka mengikuti setiap perkembangan pemain bolasepak bawah 15 tahun VI dengan teliti dan mereka juga sering berhubung di hujung minggu. Aku nampak hubungan sukan ini sangat positif dan pihak NIKE juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada kami yakni ibubapa (VIPSG - Victoria Institution Parents Support Group) yang sentiasa berada dipadang walaupun para pemain hanya menjalani latihan biasa dan bukannya perlawanan. Aku berharap agar hubungan sihat antara pemain-NIKE-VIPSG akan berlanjutan.
|
| Mendapat tajaan kasut Hiper Venom dan bola!
Selesai latihan dan pep talk, pihak pengurusan NIKE sekali lagi membuat kejutan kepada para pemain, mula-mula dengan pemberian sebiji bolasepak NIKE setiap pemain disusuli dengan pemberian 'goody bag' dan katanya Robin, sebagai hadiah hujung tahun kepada pemain. To their surprise apabila goody bag tersebut dibuka, para pemain terperanjat apabila mendapati yang goody bag tersebut berisi dengan kasut bola NIKE HIPER VENOM yang mahal harganya sepasang setiap pemain! Kami ibubapa turut berbangga dan terhutang budi dengan pihak NIKE. Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih kepada mereka yang setakat ini telah berbelanja besar termasuk membawa NEYMAR bertemu dan bermain futsal dengan anak-anak ini dihari raya haji yang pertama dulu. Alhamdulillah!
|
| Yuya leka
Yuya kini sedang meniti usia awal remaja apabila beliau berjaya menamatkan sekolah rendah sebulan yang lalu dan begitu juga dengan sekolah agama. Aku masih ingat sewaktu kecil Yuya akan merengek meminta izin untuk tidak ke sekolah dengan pelbagai alasan diberikan dan kebanyakkan alasan-alasannya tidak masuk akal! Disebelah paginya Yuya harus bangun awal dan bersiap untuk ke sekolah agama. Muka masih mengantuk sebab bangun awal. Sekembalinya dari sekolah agama Yuya harus bersiap dalam masa 30 minit kerana van akan datang menjemput Yuya untuk ke sekolah kebangsaan pula. Pada mulanya aku sangat kasihankan Yuya tetapi memikirkan yang pelajaran sangat penting, aku gagahkan juga perasaan sayu aku dengan memberikan Yuya kata-kata semangat untuk terus kesekolah. Yuya pernah meminta izin daripada aku untuk tidak menyuruhnya kesekolah agama. Yuya minta diberhentikan dari sekolah agama. Aku tersandar memikirkan alasan kukuh yang harus aku berikan kepada Yuya.
|
| Ar Rahmaniah khatam Quran
2 minggu selepas majlis khatam Quran disekolah kebangsaan, sekali lagi Yuya dan rakan-rakan diraikan. Kali ini disekolah agama Ar Rahmaniah pula bilamana mereka mengadakan majlis khatam Quran bagi para pelajar sekolah agama dan sekali lagi Yuya melaluinya. Perasaan bangga dan puas terpancar dimuka Yuya tatkala beliau sedang membacakan ayat-ayat suci Al Quran diatas pentas! Aku sangat berbangga dengan pencapaian ini. Daripada malas dan mahu berhenti sekolah agama, akhirnya Yuya telah berjaya menghabiskan 6 tahun belajar di sekolah agama Ar Rahmaniah dan khatam Quran. Hilang penat aku selama 6 tahun ini mengikuti perkembangan persekolahan rendahnya. Aku menyuapkan pulut kuning ke mulut Yuya sebagai tanda simbolik khatam dan Yuya aku lihat puas! Tahniah Yuya kerana berjaya menghabiskan 30 juzuk walaupun mengambil masa selama 6 tahun! Papa sangat berbangga!
Beberapa minggu yang sudah, sekali lagi Yuya kesekolah. Tapi kali ini adalah untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR. Aku jadi berdebar kerana aku tahu matapelajaran Yuya adalah seperti permainan yo-yo. Apabila aku memberi perhatian, markahnya akan menjadi baik tetapi bila aku sibuk dan tidak sempat menelaah pelajaran bersamanya, markah peperiksaan Yuya akan menjunam turun. Guru-guru Yuya juga amat risau. Banyak kali aku pergi berjumpa guru-guru kelasnya dan kesimpulan yang para guru dan aku dapat rumuskan ialah, aku terpaksa duduk bersama-sama Yuya setiap hari dan mengulangkaji pelajarannya bersama-sama. Jadi setiap malam pukul 8 hinggalah 10 aku akan bersama-sama Yuya duduk dimeja dan bersama-sama melakukan latihan-latihan daripada matapelajaran yang ada. Kesemua matapelajaran aku baca dan ikut. Sama seperti Yuya. Selepas subuh pula kami akan duduk selama 30 minit sebelum Yuya ke sekolah semata-mata untuk sekali lagi bersoal jawab dengan Yuya untuk mengetahui samada Yuya faham ataupun tidak pelajaran yang kami belajar malam sebelumnya! Alhamdulillah keputusan Yuya membanggakan aku walaupun Yuya hanya mendapat 4A1B tapi aku tahu Yuya telah berusaha keras dan bersengkang mata bersama-sama aku setiap malam dan subuh mengulangkaji pelajaran! Tahniah sekali lagi dari Papa!
|
![]() |
| Tidur sendiri sekarang!
3 malam yang lepas, Marina bagitahu aku yang dia mahukan tilam sendiri, selimut sendiri dan bantal sendiri. Dia tak mahu berkongsi katil lagi sebab katanya dia dah besar! Dia nak tidur sendiri dibawah dan minta jangan diganggu. Wow...dah besar rupanya anak gadis aku ni....Bila aku balik kerja, budak ni lah yang akan buka pintu. Bunyi enjin moto aku pun dia dah tahu. Dari mula dia bukak pintu, mulut dia akan terus bercakap sampailah waktu dia tertidur! Yuya akan datang kat aku dan komplen, "Papa tolong suruh Marina diam sekejap.....sekejap pun jadilah...aman kejap rumah ni.." Aku tak tahu samada nak ketawa ataupun nak marah. Tapi dengan muka serious aku akan panggil Marina duduk atas riba dan bagitahu bahawa setiap orang akan bercakap, perlu bercakap dan mahu bercakap. Tapi ada juga orang yang mahu keadaan tu aman dan hening....Marina cebik mulut kat aku, terjun turun dari peha aku dan meluru masuk bilik. Yuya lega....tapi selang 5 minit dia keluar dengan muka tak bersalah dan sambung bercerita pasal Masyitah....kawan kelas dia. Yuya naik angin...aku senyum sendirian!
Dah 2 malam Marina tidur sendirian dengan Minnie Mouse dan Crocky (buaya) di tilam bawah. Dan 2 kali juga setiap pagi bila aku bangun nak mandi Marina sudah terperosok diatas katil bahagian tepi! Sambil mandi aku tersenyum sendirian lagi. MasyAllah.....dulu Azumi seperti ini. Sekarang dah berumur 15 tahun. Yuya juga mengekor dan kini sudah 12 tahun. Marina masih baby dimata aku, kini sudah 7 tahun umurnya....semuanya akan membesar dengan cepat dan seorang demi seorang akan meninggalkan aku dirumah....kesayuan mula bersarang......Have a great weekend people!
|
Isnin, November 25, 2013
SDAR vs VI
| Coach Lan, Cikgu Farah dan Cikgu Hidayah yg banyak membantu!
2 minggu yang sudah, aku telah menganjurkan perlawanan bolasepak dan ragbi bawah 15 tahun bertempat di padang VI. Ini aku laksanakan demi untuk pembangunan sukan kedua-dua sekolah. Kenapa VI? Kerana abang bersekolah disana dan bermain bolasepak untuk pasukan bawah 15 tahun VI. Dan kenapa SDAR? Jawapannya sangat senang. Sebab aku bersekolah disana selama 5 tahun dari 1981 hingga 1985. Aku berpendapat bahawa kedua-dua pasukan akan mendapat faedah hasil daripada perlawanan persahabatan yang aku anjurkan. VI memang terkenal dengan sejarah bolasepak dan banyak mengungguli dan melahirkan pemain ternama negara manakala SDAR pula merupakan sebuah sekolah yang mempunyai sejarah ragbi yang unggul sejak dari dulu lagi. Penyatuan kedua-dua pasukan ini dapadang sekolah VI tempohari telah banyak memberi kesan positif kepada keempat-empat pasukan yang bertanding. SDAR belajar banyak daripada VI didalam perlawanan bolasepak manakala VI belajar juga didalam perlawanan rugby. It was a win-win situation and at the end of the day, coaches and players of both teams enjoyed the games that I organised. Alhamdulillah!
|
| Pasukan bolasepak VI B15
Pasukan bolasepak bawah 15 tahun VI adalah merupakan juara KL dan juara kebangsaan pada tahun 2013. 3 bulan sebelum PMR mereka tidak dibenarkan bermain bolasepak bagi memberi masa kepada mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Kelas tambahan banyak diadakan untuk para pemain bolasepak ini kerana pihak sekolah amat prihatin dan pada masa yang sama amat risaukan apakah keputusan PMR budak-budak bolasepak ni nanti! Aku tak terkecuali kerana sepanjang tahun program latihan dan perlawanan mereka sangatlah padat. Aku cuma mampu menasihati dan berdoa agar abang dan rakan-rakannya nanti beroleh kejayaan yang mampu membanggakan ibubapa dan juga pihak sekolah! Tetapi setelah 3 bulan tidak bermain, kami telah dapat mengenalpasti banyak kelemahan-kelemahan yang memang dijangkakan. Pemain tidak lagi alert dan sharp seperti sebelumnya dan yang amat merisaukan ialah kelemahan dari segi stamina dan pertambahan berat badan masing-masing. Nampak gayanya, coach pada tahun depan haruslah berusaha lebih lagi. Para pemain juga mesti menambahkan waktu latihan dan kontrol apa-apa yang dimakan setiap hari!
|
| Pasukan ragbi SDAR B15
Kehebatan pasukan rugby SDAR memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Pada tahun ini saja mereka telah menjuarai kejohanan rugby bawah 15, 16 dan 17 peringkat Negeri Sembilan dan yang terbaru, pasukan bawah 15 tahun menjuarai peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perlis pada minggu lalu. Syabas adik-adik yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Aku sangat berbangga! Sekarang ini mereka mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang tak pernah aku dapat dan rasai dulu. Jersey sahaja dah complete set. Waktu aku dulu, jerseynya dibeli di Thailand dan seluar kami pulak memang tidak seragam. Bertampung-tampung warna seluar ditengah padang. Mereka kini juga mempunyai sebuah gym yang serba lengkap dengan segala kemudahan untuk memantapkan stamina dan bentuk fizikal. Tahniah kepada adik-adik yang menjadi johan kebangsaan minggu lalu! Kami sebagai bekas pelajar sangat berbangga!
|
| Coach Lan membentuk strategi baru..
Coach Lan akan meninggalkan pasukan ini pada tahun depan dan beralih kepada pembangunan bolasepak peringkat bawahan yakni menjaga pasukan tingkatan 1, 2 dan 3. Pasukan bawah 15 tahun sekarang mencapai matlamat sekolah dengan pencapaian-pencapaian yang sangat membanggakan hasil kerja keras Coach Lan selama 3 tahun. Program pembangunan bolasepak kelolaan Coach Lan sangat berhasil. Para ibubapa ada menyatakan kegusaran mereka jika Coach Lan tidak lagi menjadi jurulatih mereka pada tahun depan. Mereka risau yang jurulatih baru tidak mampu mencapai pencapaian baik Coach Lan. Para pemain juga berpendapat sama. Aku hanya mendengar luahan perasaan mereka. Dalam diam aku cuba mengatur satu lagi perlawanan pada pertengahn disember nanti dengan sebuah sekolah sukan dari Negeri Sembilan. Harapan aku agar sedikit sumbangan tenaga aku seperti ini dapat memberikan hasil kepada anak-anak itu nanti! InsyAllah. Kini aku lebih selesa bergerak sendirian. Ini aku lakukan agar segala perancangan aku tidak terganggu. Aku akan berusaha agar setiap bulan akan ada satu perlawanan berkualiti sehinggalah kehujung tahun 2014. Ini bermakna mereka akan bermain 12 perlawanan berkualiti bermula Januari depan. Harapan aku juga agar para jurulatih, pihak sekolah dan para ibubapa akan menyokong usaha-aku ini. Hanya inilah saja yang aku mampu sumbang untuk sekolah ini.
|
| SDAR rugby team mendengar arahan..
Walaupun telah lama aku meninggalkan bangku sekolah yakni tahun 1985, tetapi jauh dilubuk hati aku, ketika bersama-sama dengan rakan-rakan, kami masih seperti berumur 17 tahun. Bercerita mengenai kisah-kisah lama walaupun cerita-cerita tersebut sudah diualangi beribu-ribu kali. Alumni kami sangat kuat. Bekas pelajar seperti aku mempunyai Yang DiPertua yang sangat komited. Aku rasa dia meluangkan masa lebih kepada Persatuan Bekas Pelajar dan juga sekolah daripada di pejabatnya sendiri. Setiap majlis yang dianjurkan oleh bekas pelajar, dia akan berada bersama-sama dan jika ada apa-apa majlis disekolah, dia juga akan berada disana! Setiap batch pula mempunyai ketua masing-masing. Dan ketua-ketua inilah yang akan bermesyuarat dengan YDP sekerap mungkin. Pelbagai aktiviti diadakan bersama. Selain daripada itu, setiap batch dan juga setiap negeri akan menganjurkan sessi TT (teh tarik sesssion) setiap bulan kalaupun tidak setiap minggu. Sessi-sessi sebeginilah yang kami gunakan sebaik mungkin untuk bertanya khabar, berbincang mengenai business dan pelbagai topik lagi dan tidak terkecuali apakah yang dapat kami sumbangkan kepada adik-adik SDAR di Sungai Gadut? Apa juga kejayaan yang dicapai oleh adik-adik disekolah akan kami rai kan sebagai kejayaan kami juga. Begitu juga apabila adik-adik kami disekolah mempunyai masalah, masalah itu akan dikongsi bersama dengan abang-abang seperti kami dan akan dibincangkan di FB dan jalan penyelesaian akan dicari!
Baiklah sehingga berjumpa lagi, selamat malam, have a nice and productive week ahead people...good night!
|
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan aga...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
(memang nak kena belasah budak Burma sorang ni!) (macam nilah muka dia bila dok bersoal-jawab dengan polis sebelum lari..) (kerja kuat budak...











