Selasa, Mac 10, 2009

Al Haram

(seronoknya makan beriani kambing...)

(tepi katil aku mesti ada family aku)

(dinner aku for the past 2 days...semangat nak kurus!)

Hari ni aku rasa lega sikit sebab dah bertambah relax berbanding dengan satu-dua hari yang lepas ataupun masa aku mula-mula bertolak balik sini dulu. Thanks to Aunty yang sentiasa bagi encouragement dan pada fellow bloggers yang sentiasa faham perasaan aku yang gundah-gulana hari tu. In fact tu bukanlah experience aku kali pertama macam tu. Dari kecik-kecik lagi aku dah tak duduk dengan family aku sama-sama sebab dari umur 13 aku dah duduk kat sekolah. Adik-beradik aku selama tu, kawan-kawan aku lah...sampai dah beranak-pinak ni pun aku macam tu jugak. Nomad betullah aku ni...walaupun dah ada experience berpuluh-puluh tahun tapi hati dan perasaan aku pada keluarga tetap tebal.

2 hari lepas masa aku first time pergi Haram lepas balik sini aku masuk ikut pintu tepi jejambat sebab hotel ni pun sebelah jejambat tu saja. Very close. Zam-Zam dengan Hilton lagi jauh dari location hotel ni...naik kat atas. Aku tengok banyak kawasan yang dia dah tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Maklumlah sekarang masih low season lagi. Aku perasaan yang lantai marble dia dah tukar. Mungkin dia polish masa aku tengah cuti ataupun dia tukar, aku tak pasti tapi yang confirm, memang cantik dan berkilau-kilau. Aku sampai dah terus nak sembahyang jadi tak sempat nak belek yang lain-lain. Hajat hati nak masuk sebelah kanan dekat dengan tempat sa'e tapi area tu pun tutup. Aku suka sembahyang kat situ sebab aku boleh mengadap pintu kaabah walaupun dari jarak jauh. Keadaan masih lagi tenang. Tak sesibuk musim haji. Obviously....sembahyang agak cepat aku rasa. Bacaan-bacaan dia pendek. Tak se panjang Ramadan. Lepas bagi salam dan lepas berdoa untuk aku, ahli keluarga dan kawan-kawan yang sewaktu, aku pun bangun. Lama tak minum air zam-zam. Aku ambik segelas. Lega...to those who are here for the first time, ada 2 container untuk air zam-zam. Satu sejuk dan satu lagi room temperature yang ditulis merah kat tong dia. Jalan keluar was very smooth. Tak banyak traffic dan orang masih boleh dikira walaupun jangkaan aku adalah dalam belas-belas ribu, in which, this is still considered as very low!

Cuaca? Kalau tengahari dan petang panas tapi tak membakar lagi. It's around 33C but at night masa aku keluar jalan kat Bin Dawood (Mydin kat SJ), it was windy....nice...so kepada kawan-kawan aku yang teringin nak buat umrah, this is the best time lagipun next week dah cuti sekolah...mai lah...mai lah...sayang duit ka? Eh jangan macam tu...Singapore, Phuket boleh pi takkanlah sini tak boleh mai....my suggestion is datanglah masa muda dan masih bertenaga sebab nanti tak larat nak jalan baru nak mai, ala....susah sikit lah...aku ni pun dah sakit lutut, sakit belakang, apa lagi yang umur 65 atau 70 keatas....

Isnin, Mac 09, 2009

Men At Work

(part of lobby yang kami pecah untuk 400 pax dining area)

(cafetaria aku yang baru siap tapi tak cun lagi)

(aku tambah buat bilik untuk order taker aku)

(horey...meja aku dah besar sikit...then ada pulak almari!)

Aku la ni tengah duduk-duduk kat tepi tingkap bilik aku yang mengadap tempat Sa'e sambil minum hot chocolate, dengar lagu-lagu Jepun yang very nostalgic untuk aku (courtesy from Aunty) yang aku dok tunggu dah lama. Group nama "Tube" and masa lagu-lagu dia famous di Jepun circa 1992, aku masa tu tengah bekerja kat Tokyo Bay Hilton. Dan lagu-lagu Tube memang famous especially during summer season dan most of the advertisements memang pakai lagu dari group Tube ni. In fact kalau dengar lagu-lagu dia memang very refreshing...cerita pasal pergi vacation during summer....jumpa girlfriend masa summer etc....very nice. And guess what, that's when I met Aunty....heh3...gambar-gambar Tube memang penuh kat densha (keretapi)dengan chikatetsu(keretapi bawah tanah). Memang famous dan masa tu semua orang pakai Walkman yang "besaq nala" tu. Those were the days.....sat saja dah almost 20 years aku kenal Aunty!

So semalam aku pi ronda kat F&B Department aku. Banyak aku tengok yang masih tak kena lagi. Butcher aku bocor lagi. Jadi la ni contractor tengah hacking floor untuk tambahkan "water proofing". Leceh la buat kerja macam ni...budak-budak masih yang sama lagi. Depa peluk, depa cium, depa shake hand...amboi....aku rasa celebrity chef pun tak macam ni...kalau Anthony Bourdain ka Susur Lee ka tengok aku mesti tarik muka 44! Heh3....Jangan marah aku ya all celebrity chefs....Lepas ronda satu hotel, aku start buat appointment untuk jumpa semua managers aku, chefs aku, chief steward aku. By tomorrow habis, then baru aku nak pergi Finance Department sekejap sebab nak tengok all the past 2 months figures yang aku rasa ada yang tak kena....mmmmm....by next week I will start with my new training programs. Mainly topik-topik yang berkenaan dengan servis, courtesy dll untuk rank and file then different training for managerial levels. That includes doing a financial report etc. Ala...yang simple-simple je untuk depa ni...then baru start planning untuk summer, ramadhan and hajj....banyak la jugak nak buat!

Staff aku jumpa aku depa kata, apa yang tak kena dengan aku? Lepas belek sana belek sini baru depa nampak yang rambut aku dah hitam! Discount 10 tahun. Heh3...Aku rasa cerita Benjamin Button tu samalah dengan aku! Semalam aku pergi spot check kat cafetaria during breakfast and lunch. Alamak ada beriani kambing la masa lunch....tahan...tahan....control Uncle control.......aku pun dengan semangat waja yang berkobar-kobar, terus naik bilik, call Room Service, cakap kat Jashim suruh ambik buah kat bilik aku, potong and send back to me for my dinner at 7.30pm! Can you believe it? In fact aku sendiri hantuk-hantuk kepala kat dinding toilet, guling-guling kat corridor sebab tak percaya....heh3....masa aku balik 2 malam lepas aku timbang badan aku dah 76.8kg then semalam aku timbang dah turun sikit jadi 76.4kg aku tibai minum air banyak-banyak. Yesterday breakfast sebab aku dok round, aku terlupa nak makan. Then lunch aku makan arthichoke sikit as salad then pasta with cream sauce sikit for lunch and fruits for dinner...eh kalau Aizat boleh turun 41 kg takkanlah aku tak boleh.....gambarre Uncle......

Kembali ke Mekah

(3 stooges..)

(4 stooges strikes again)

(the super heroes!)

(the incredibles)

MasyAllah beratnya rasa hati...tuhan saja yang tahu...pagi masa nak balik tu aku sempat bersarapan kat Pelita Ampang Point dengan family. Big breakfast man....when I say big, it's really big man....balik ja dah tercungap-cungap. Mandi dan berkemas, buat apa-apa yang patut then terus keluar. Sekali ni aku tak nak memandu. Aku suruh Aunty yang bawak jadi aku bolehlah merenyeh dengan anak-anak aku kat belakang. Siap cakap kat Aunty suruh bawak pelan-pelan lagi. Kelas....

Sampai ja kat airport aku dah mula resah. Lepas checked-in aku pi minum sekali lagi dan Abang nak makan sandwich pulak. Wah Abang ni memang nak cepat besar sungguh. Baru 2 jam tadi makan 2 keping roti pisang! Yuya pun apa kurang, pagi tadi makan roti canai dan sekarang makan laksa Penang pulak. Laksa? Tak lah sedap sangat..Lepas makan bawak budak-budak main kat KFC so that aku dengan Aunty dapat sedikit ruang untuk pesanan terakhir. Aunty cakap dia tak nak pikir yang aku nak balik sebab nanti dia mesti jadi sedih and kalau dia sedih, budak-budak lagilah sedih. Mmmmm betul jugak. Pukul 2 petang, aku pun jalan kat polis yang check passport tu. Turun tangga dan menuju kat imigresen tulah perjalanan yang aku paling benci dalam dunia sebab anak-anak aku masih dok melambai tangan lagi dari tingkat atas. Lepas clear imigresen aku nekad. Terus jalan, jangan tunggu lagi...

Flight tak penuh, cuma ada 64 passengers je. Memang MAS ni kaya betul! Aku siap golek-golek kat dalam flight. Seat was comfortable sebab aku mintak kat "emergency exit". Lapang sungguh. Ruang saja lapang sedangkan hati aku tak lapang langsung...in-flight movie pulak paling boring dalam dunia. Bayangkan, ni lah rekod dunia, 4 kali aku tengok cerita James Bond yang sama ulang-ulang! Tengok luar boring, tengok dalam boring, last-last aku tutup mata jelah....tapi tutup mata, otak pulak dok pikir kat anak-anak, takkan nak tutup otak pulak? Isyh... hargu sunggoh aih...aku rasa, ni semua gara-gara Marina yang dah mula bercakap!

Sampai airport Jeddah, aku cepat-cepat pergi kat immigration. Clear...lega...luggage? Luggage pun clear, lega...ala, bukannya apa pun, 18 kilo je..tupun, beg itself aku rasa dah 10 kilo! Nasib baik berat aku depa tak kira....kat luar airport, ulat-ulat dah tunggu. Kena SR150...mmmm.....welcome to Saudi....sampai Mekah, "kayu" tu pulak hantar aku kat Dar al Tawhid. Aku cakap Al Safwah, dia mintak lagi SR50! Nasib baik Manager aku dah tunggu....sampai bilik, aku tengok newspaper 25/12/2008 ada lagi kat meja aku. Aduh, sedihnnya, tu lah paper yang aku baca sebelum balik KL dulu! Syahdunya...Mata dok kelip - pok kelip pok....sampailah pukul satu pagi! Pukul 5 pagi aku dah terpacak atas katil tak tahu apa nak buat sementara tunggu Subuh. Teringat lagi......aduh.....buat stretching sikit, pumping sikit, sit-up sikit....pakai baju terus turun. Budak-budak semua terkejut tengok aku walaupun memang depa tahu aku dah balik. Heh3...siap hangpa....

Jumaat, Mac 06, 2009

Last Day

(man...look at the smile....)

(my heart melts...)

(kurma ayam, nasi minyak, gelama masin, cabai hijau sikit, acar....mmmmm heaven...!)

(books to bring back including Paulo Caulho, finally bought his!)

Aku tak tahu macamana nak menghamburkan kata-kata sekali ni. Sedih? Memang aku sedih nak meninggalkan keluarga aku yang sangat-sangat aku sayang, Aunty, Abang, Yuya dan Marina. Bayangkan, tiap-tiap hari semua akan berkumpul dan bercerita, makan sama-sama, pergi jalan sama-sama dan kemudian aku akan duduk dengan anak-anak aku melayan kerja rumah, tiap-tiap petang mengambil dan menghantar Abang dari sekolah ugama ke sekolah kebangsaan untuk berlatih bolasepak dan malam pulak berguling-guling dan bergolek-golek kat atas katil, atas lantai, tepi toilet, gelak-ketawa mengekek-ngekek sampai tertidur! Amboi cepatnya masa....rupa-rupanya dah 2 bulan aku kat KL dok melayan keluarga. Bagi aku dan keluarga, masa tu berlalu dengan pantas tapi bagi para pekerja aku, berselang 2 hari e-mail akan sampai bertanyakan khabar bila aku akan balik semula ke Mekah. Manager aku si Mainul lah yang selalu berkhabaran dengan aku. Mainul akan update apa-apa cerita yang berlaku didalam department aku. Very efficient.

Teman-teman aku yang di Saudi i.e. Yanbu dan Jeddah serta lain-lain tempat tak akan aku lupa. Baru semalam bertukar-tukar message dengan depa. Thanks Ghaz and Qashah. Looking forward to seeing all of you again in Mekah. Pada ex-colleague di Renaissance KL, yes, it's time to move on after a long break. To the old boys, let me know when are you guys going to Mekah, I can arrange and open Saudi Chapter there. Cesar Ritz alumnis, the "roti banjir" was excellent mann...KL office mates....especially Zaleena Khalil, "Blogging Rocks!", neighbour aku kat sini, tolong tengok pokok serai dengan karapoley sat naaaa....

To Aunty, Abang, Yuya and Marina.....I've tried my level best to be the best husband and the best father that you can be proud of during this short periofd of time. Papa dah cuba buat yang terbaik untuk semua tapi macam biasa, ada kalanya tak kena jugak...Ramai orang dan banyaklah citarasa...Papa sayangkan kamu semua, sebab tulah Papa sanggup cari rezeki di tempat lain walaupun di tempat kita tak kurang peluang yang ada. Ini perjalanan yang Papa pilih, bukan Papa nakkan semua duit ataupun harta yang dikumpul (kalaupun ada) tapi Papa buat semua ni semata-mata untuk masa depan anak-anak Papa. Papa akan terus bekerja mencari rezeki untuk kita anak-beranak tak kira dimana....itu janji Papa pada kamu semua....semoga Allah memberkati, I love you all...

Selasa, Mac 03, 2009

Ice skating?





Last Saturday after visiting my mum kat rumah Kak Lit in SJ, biasalah bersama-sama dengan rombongan Cik Kiah, aku pun terus pecut pergi Subang Parade. Malu nak cakap, actually aku rasa-rasalah macam tak pernah pergi sana pun...First yang aku notice was the parking area. Setiap lot ada indicator in the form of a blinking light, red for occupied and green for vacant. Brilliant!. Then aku perasan, alamak, besarnya...penat aku nak jalan pi balik - pi balik. Lepas lunch kat atas aku cari money changer sekejap. Alamak the exchange is very bad....

Jalan pusing-pusing then Yuya ternampak ice-skating rink. Huh ada skating rink? Aku ada baca lah dalam paper tapi tak pernah pergi pun..Yuya beria-ia nak skate. Kopak jugak aku. So masa tu aku jadi babysitter je. Aunty, Abang dengan Yuya horey-horey kat dalam. Aku tercanguk je tengok depa. Hati teringin tapi kederat dah kurang....bukannya apa, aku takut lutut kanan aku tercabut walaupun sekarang aku dah mampu lipat lutut aku kiri-kanan-depan-belakang dan atas-bawah! Dulu ada jugak ice skating rink kat PJ Asiajaya. Masa tu aku dalam darjah 5 circa 1980. Tingkat atas. Dia selalu pasang lagu Barry Manilow sampai aku boleh hafal...Tapi macam biasa, Abang aku yang main. Joey. Pergh...pandai betul dia..sekarang macam aku jugak, rambut dah putih (esok ke lusa ke nak cat lah...) Ghazaaz jangan jeles rambut aku dah hitam!

Cerita pasal ice skating ni, teringat jugak masa aku kat tempat orang putih dulu. Ada aku cerita kat dalam old entry aku yang dah bersawang tu. Ala, cerita aku dengan Rio (Chef dari Jakarta Hilton) pergi Saas Fe jalan-jalan....siap main ski lagi, tapi macam biasa, baru 2 tapak dah tergolek....tapi macam orang selalu kata, "ala...malu apa, orang bukan kenalpun!". Memang mimpi ngeri betul yang tu!

Berbalik pada cerita Yuya and the gang, pergh, sampai basah-basah seluar jatuh. Nasib baik ada training bola pulak lepas tu, kalau tak memang sah duduk situ sampai ke malam.

Last Sunday I bought 5 newspapers. MM, BM, KA, MA dan Sunday Times. Aku memang suka membaca. Tu tak dapat dinafikanlah. Ada article "Kebun Nyior" which caught my attention. . Aku selalu cerita pasal Sekolah Francis Light, Padang Brown makan satay etc...and true enough. 2 pages were published on those topics. Heh3....syoknya baca...Siti Penang ada baca dak? Kat bawah tu siap ada gambar lagi dan dalam gambar tu kalau dapat di besarkan, kat situlah kelas aku masa darjah 2 tahun 1976 dulu dan padang tu lah yang aku lari pecut dari kelas masa nak tengok Mak "potong mata..." heh3...

Isnin, Mac 02, 2009

Otanjyobi Omedeto

(Muka-muka kelaparan)

(Senyum dalam paksaan!)

(Muka lega lepas makan)

Sebenarnya birthday Aunty jatuh pada hari Sabtu minggu depan yakni 7hb March. Aku tua dari Aunty cuma sebulan. Jadi sekarang ni kami dah dan akan berumur 41 tahun. Anyhow, sebab at the moment flight aku dah booked on the 7th petang pukul 3, jadi last Friday aku dah pakat siap-siap dengan ahli-ahli jawatankuasa aku, Abang dengan Yuya nak buatkan surprise birthday dinner kat Aunty. Abang dengan Yuya memang teruja nak buat. Sekejap-sekejap dok bisik kat telinga aku. Depa tanya aku, nak buat kat mana? Aku pun pikir. Hari Jumaat malam mesti traffic jam gila ni, kalau hujan pulak, pergh...parah nanti. Aunty pulak datang dari office kat Sunway. Ambik Kesas, then kat Tasik Permaisuri mesti sangkut lagi....mmmm ngeri...ngeri...then nak pick-up Abang main bola kat sekolah lagi. So kami plan nak bagitahu Aunty suruh balik awal sebab Abang dengan Yuya teringin nak makan kat "Secret Recipe" Bandar Baru Ampang. Tak lah jauh pun...kalau golek-golek pun sampai..

Aunty kelam-kabut balik sebab nak bawak budak-budak. Kami semua dah siap cuma nak tunggu Abang mandi dan tukar baju sebab baru lepas main bola. Head to SCBBA. Horey....nak makan..nak makan..kek, aku dah order 2 hari lepas. Tiramisu. Aku makan chicken with black pepper sauce, partner makan chicken with mushroom sauce. Abang soup and spaghetti dan Yuya pun sama. Marina macam biasalah, semua dia gasak! Lepas makan dan terlentang, keluar pulak Tiramisu...masa tu baru Aunty perasan itu birthday dia yang kami buat awal seminggu! Kami bagi kad dan Yuya beli keychain dari kedai buku sekolah. Oh ya lupa nak cakap, pagi tu aku pergi MPAJ sebab nak bayar cukai pintu. Jadi lepas bayar, clerk tu bagi pen MPAJ as a present. Warna "merah ang-ang" lagi..aku bagi kat Yuya pagi tadi tak perasan yang pen tu pun dia balut sekali dengan keychain as a present...heh3....Aunty ketawa bila tengok pen tu, terharu!

Kek Tiramisu tu taklah macamana yang aku expect sebab terlampau banyak sponge, sampai 3 layer! Tapi kira oklah...aku prefer the soft mousse type Tiramisu. Yang tu lagi best. Anyway, semua balik dengan perut yang tersangatlah kembang semangkuknya..To Aunty, "Happy Birthday To You and We Love You So Much!" Muah3...

Selasa, Februari 24, 2009

DVD





Hari ni lepas bawak Abang pergi Hospital Ampang buat check-up lutut dia, aku terus bawak Abang pergi Ampang Point. Pusing-pusing sampai aku sendiri pusing. Dah lah hujan lebat bagai nak gila. Basah kuyup aku. Aku dengan Abang parking Harley Davidson kami kat bawah (car park) then naik atas. Jumpa pulak kedai DVD. Cari punya cari, ternampak lah satu DVD Indonesia yang selalu aku dengar dan baca dalam surat khabar. Katanya bagus. Lagu dia sedap, mestilah kalau Melly Goeslaw yang buat...anyway, aku pun belilah "Ayat-Ayat Cinta". Depa kata baguih...aku pun balik terus pasang sambil dok layan Marina. Cerita dia, mmmm okaylah....actually aku cuma suka dengar lagu dia. Yes 3... I know...aku dah ketinggalan zaman..aku rasa cerita ni dah setahun kot..frankly speaking, aku kurang minat cerita ni. Acting was stiff...voice intonation was monotonous...but anyway, that's my personal opinion, I may be wrong..aku pun bukannya pandai sangat pasal movie ni..

Selain dari tu aku ada jugak beli few DVD's yang aku ingat nak tengok bila-bila aku balik sana nanti. Kalau-kalau boring tak tau nak buat apa. Dalam banyak-banyak tu ada lah terselit satu movie tajuk dia "Messenger", which is about our Prophet Mohammed. Very interesting and educational. Actually aku dah tengok movie ni masa aku kecik dulu. Tapi sekali ni, saja nak bagi anak-anak aku tengok pulak sebab sekarang ni depa tengah dok belajar kat sekolah pasal topik yang serupa. Yuya cakap kat aku, "Mmmm barulah paham apa ustad cakap..."

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...