Selasa, November 30, 2010

Bangkok Part 1

(marina dengan muka sakana dia!)

(aku dan kawan lama aku...aku perasan yang rambut dia masih hitam!!)

(Pam buat2 busy masa nak ambik gambar)

(apalah depa jual tu?)

(mata marina tak kelip2 tengok kasut2 ni semua)

(disalah satu pasar malam kat Bangkok)

(tengok pipi aku dah tembam!)

(Abang bangga jadi juara siap pakai malaysian flag lagi...ala2 asian games!)

(coach lain semua dok tanya abang umur berapa.....passport abang siap, just in case!)

(saujana mata memandang....aku rasa aku paling besar...heh3...)

Hari Jumaat pagi kami dah bersiap nak berjalan. In fact bukan hari Jumaat, to be precise, kami dah siap dari Khamis lagi dah! Bukannya siap apa, siap budak-budak tak boleh tidur sebab nak ke Bangkok! Depa punyalah seronok....aku pun tumpang seronok sebab berkesempatan bercuti dengan keluarga. Kami ambik kesempatan ke Bangkok sebab abang ada perlawanan bolasepak peringkat antarabangsa kat sana. Ada pasukan dari Singapore, Australia, China dan jugak tak lupa dari negara tuan rumah sendiri yakni Thailand. Adalah dalam 12 team semua kalau tak silap aku. Aku dah pesan awal-awal suruh travel light sebab kapal terbang ni tak boleh bawak lebih...nanti charge dia pun lebih...heh3....aku lupa nak bagitahu kat TF yang aku nak bercuti....kalau tidak, mungkin dia bagi satu dan suruh aku bawak sendiri ke Suvarnabhumi...

Sampai kat airport, semua orang dok tengok budak-budak pakai baju sponsor tunggu flight. Melepak kat depan Mc Donald sambil bergambar sakan...aku pun tumpang sakan sama...heh3...check in and boarding langsung tak menjadi masalah. Semuanya on time. Tak macam nak ke pulau puaka tu...memanjangnya tak ikut time! Puaka sungguh! Bila kami boarding, masyAllah, meriah sungguh budak-budak tu. 2 jam perjalanan langsung tak terasa tapi aku rasa, penumpang lain mesti dok menyumpah sebab satu team dah jadi macam 10 team dalam kapalterbang tu! Aku terdengar orang belakang aku cakap kat kawan dia yang inilah flight yang paling bising yang dia pernah naik....apa nak buat, hidup mesti ceria!

Sampai kat Bangkok masih lagi on time. Lamunan kami terhenti sebab immigration punyalah queue panjang. Nasib baik aku bawak Marina. Kami dapat priority lane. Thanks to Thai Airport Authority yang sangat prihatin. Kat situ kami tinggalkan abang sebab abang akan menginap di perkampungan sukan di Hotel Ramada. Kami naik teksi terus ke hotel kami di Ramkhamhaeng. Jammed was quite bad tapi masih masuk akal lagi. Sampai kat hotel, kawan lama aku tahun 94 dulu dah tunggu. Budak Siam ni lah yang selalu aku dok bercerita sakan kalau aku ada menyentuh topik pasal Siam. Masa dalam kelas dulu dia duduk kat depan aku. Kami sama-sama kerja kat Geneva dulu. Walaupun dah agak lama, kami masih lagi berhubung rapat. At least seminggu sekali kami mesti bertanya khabar. Aunty pun kenal rapat dengan Pornpajong Watcharaparn @ Pam ni. Pam pun pernah datang KL tengok Yuya masa babay dulu. Masa kami sekeluarga ke Hatyai dulu, Pam lah yang jemput kami dengan kereta dia kat BKH masuk ke Hatyai dan mak dia personally tunggu kami dan masak makan tengahari untuk kami. Baik sungguh family dia. Adik dia pulak bekas pelakon dan model iklan kat sana. Aku ada jugak tanya kat Pam, adik dia sihat ka? Tapi bila perasan aunty jeling kat aku, aku tukar dan tanya mak-pak dia sihat ka? Heh3....

Lepas check in, Pam bawak kami pergi makan malam kat tepi apartment dia which is only seberang jalan tempat aku duduk. Tak lah jauh mana pun. Pam kata senang dia nak jaga kami dan jumpa kami. Kalau kat tempat lain Pam mungkin tak sempat sebab dia sibuk kerja. At least kalau kat situ, awal pagi sebelum pergi kerja dia boleh datang tengok kami dan malam lepas kerja dia boleh bawak kami pergi makan....amboi baik sungguh kawan aku ni....Tu yang aku kata tu, aku bernasib baik sebab dapat kawan-kawan yang baik....

Apa kami makan malam tu? Sorry...bersembang sakan, aku terlupa nak ambik gambar...tapi yang mesti untuk aku, extra dish of Pad Thai. Yang tu mesti untuk aku. Very nicely done, balanced and tasty. Ahhh...thai food.......

Ahad, November 28, 2010

Commersial Break

Salam untuk semua yang dok paksa diri untuk baca blog aku.....at the moment aku dok bersenang-lenang di Bangkok. Merehatkan diri sat bagi mencari idea-idea baru.....heh3.....horey-horey ni................

SABHAI....SABHAI......(betoi ka dia tuleh lagu tu?). Akan menulis balik bila aku balik minggu depan......errr...aku nak sambung horey-horey sat...........(dengan anak-anak dan isteri tersayang...)

Rabu, November 17, 2010

Lama sungguh!

(Yuya belajar jadi conductor nak ganti Johari Salleh dan bukannya untuk Intrakota!)

(Abang dah habis sekolah rendah!)

(Abang dihari khatam quran...)

(Rambut aku yang tak chat...heh3...)

(khemeh kami kat feringgi stone..)

Ngam-ngam 2 minggu aku tak update blog aku. Bukannya aku dah kehabisan modal, tapi aku tersangat sibuk lately. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan family dan jugak sibuk buat-buat sibuk! Heh3...Mula-mula aku sempat lari ke Penang sekejap. Lama aku tak balik dan semenjak arwah mama meninggalkan kami, aku masih tak balik-balik lagi. No doubt rumah tu kosong tapi di rumah tu jugaklah aku membesar, jadi macamana aku tak balik? Salah besar tu. Aku bertolak malam dan singgah beberapa kali di R&R sebab aku minum air banyak! Sampai saja kat Brown Garden malam tu, bergelimpangan kami tidur kat depan TV. Esok paginya terasa badan aku sengal-sengal sebab dah lama tak bawak kereta lama-lama....or was it because of age factor? Heh3...Program di Penang memang berlambak-lambak. Selain daripada makan dan makan berlambak-lambak, aku jugak finally dapat pergi melawat kat Hard Rock Hotel. Beli apa-apa yang patut, ronda satu Penang Island dengan anak-anak dan lepas tu tak lupa pergi camping setengah hari kat Batu Feringgi. Satu spot yang sangat tak ada orang masa kami sampai tapi penuh dengan manusia bila kami nak balik! Oh ya, aku baru teringat. Kami balik Penang masa cuti Deepavali...

Sepanjang kat Penang, aktiviti kami sekeluarga dah tentulah cuci rumah. Atas, bawah, toilet, tukar curtain, tukar cushion cover, kemas almari, buang sampah, lap tingkap dan jugak potong dan cantas pokok-pokok yang dah mati. Oleh sebab aku kerja bertungkus-lumus, berat aku naik lagi! Aik? Aku talipon kat kawan aku masa kecik dulu. Nama dia aku tak pernahnya tahu tapi aku panggil dia Baji. Baji ni anak cikgu. Rumah dia cuma selang 2 biji rumah dari rumah aku. Selalu dia melepak kat rumah aku main askar-askar, main bola selain daripada main "police and thief!" circa 1976 masa aku umur 8 tahun dan Baji umur 4 tahun! Kami bersembang sakan kat depan rumah aku sambil pekena kopi kaw tanpa gula.....herot muka Baji masa dia hirup kopi! Heh3...

Last week debaran aku mengalahkan dok tunggu Zulhasni dengan Josiah Ng lumba basikal...aku jadi saspen sebab masa perjalanan pulang ke Penang, aku dengar announcement kat radio dalam kereta yang keputusan UPSR akan diumumkan pada 11hb November. Katanya, mak bapak yang terlebih saspen boleh ke sekolah lepas pukul 10 pagi untuk ambik result. 10hb November aku dah rasa nak tunggu kat depan sekolah...ala-ala tunggu launching of "blackberry" kalau takpun ala-ala tunggu opening movie "Harry Porter" yang baru...beratur panjang-panjang 2 hari 2 malam sebelum! Aku saspen sebab 2 bulan abang tak ke sekolah. Sebulan sebab sibuk dengan olahraga MSSS dan sebulan lagi sebab latihan bolasepak untuk MSSM pulak...Haru-biru aku. Masa tulah baru aku teringat kat arwah mama dengan bapak! Betapa haru-birunya depa nak tunggu keputusan periksa aku yang sememangnya haru-biru! Hah...padan muka aku! Abang pulak aku tengok muka selamba saja....macam tak ada periksa langsung! 3 jam aku tunggu. Aku tengok mak-bapak budak lain pun muka pucat-lesi macam aku jugak...heh3...finally cikgu sampai kat perkarangan sekolah daripada PPD dengan keputusan UPSR. Habis kereta cikgu kena kerumun macam Paris Hilton sampai kat Narita Airport! Cikgu pulak dok announce satu persatu. Dia kata subject BM meningkat berapa peratus lah....markah maths naik berapa peratus lah...yang tu kami mak-bapak tak mahu dengar...yang kami (aku rasa actually aku sorang kot!) cuma nak dengar result anak-anak kami.....wahai cikgu....percayalah...batin kami tersiksa!!!!

Lepas 45 minit cikgu membebel pasal overall result, barulah cikgu kata dia nak announce...pergh.....berpeluh-peluh aku. Pandai pulak cikgu start dengan alphabetical order....anak aku mula dengan huruf A, jadi cepatlah kot depa announce...Lepas 3-4 orang budak cikgu announce, tiba-tiba nama the next student tu dia panggil, ".....pelajar seterusnya yang berjaya mendapat 5A ialah......JEPUN!". Aku terkedu...laaaa, rupa-rupanya cikgu abang panggil dia Jepun ka? Baru aku tahu! Marina sengih kat aku.....aku sengih kat Marina......kami pegang tangan sambil sengih sama-sama..........................................

Selang sehari lepas tu, aku dapat surat daripada sekolah ugama yang menyatakan bahawa, hari penyampaian hadiah akan diadakan dan sekolah bertanya kalau-kalau aku boleh menyumbang sesuatu. Aku tanya ustazah nak sumbang apa? Kalau nak sumbang suara, suara aku dah memang sumbang.....ustazah kata jangan sumbang suara tapi sumbang telur....jadi aku pergilah beli telur sepapan dan rebus sebelum dihantar kesekolah malam tu jugak sebab depa nak balut buat "egg flower". Next day tu kami sekeluarga ke dewan sekolah ugama to witness abang khatam Quran. Alhamdulillah...aku lega...malam tadi kami makan besar kat Mc Donald. Makan bagai nak gila. Nugget saja 29, burger sorang 2, fries berlambak-lambak atas meja...air berliter-liter kami minum...balik rumah semua menyesal sebab berat badan semua naik, termasuklah Marina!!!!

All in all, aku berbangga dengan pencapaian abang sebab abang gila sukan especially bola. Sampai abang tak pergi sekolah pun cikgu dah tak perasan...cikgu cuma perasan yang abang tak pergi sekolah bila aunty pi jumpa cikgu mintak homework untuk abang buat masa di shah alam ataupun kajang waktu abang centralise training. Pergh....macam ni pun ada! Aku jugak berbangga sebab abang sampai menangis tak nak tuition dan tak nak pergi sekolah ugama masa mula-mula dulu sebab terlampau letih....tapi bila dalam kereta dan aku tanya abang pasal sekolah dia yang dah habis, pasal sekolah ugama yang akhirnya dapat khatam dan pasal latihan bola yang tak mengenal hari, abang pandang aku dan cakap, "...memang berbaloi!".

Aku park kereta dan dalam hati aku terucap, "Abang, I love you now and will always love you....this is just the beginning..."

Rabu, November 03, 2010

Central Market

(yang tertulis kat dinding luar restaurant..)

(satu lagi sudut menarik kedai tu)

(salah satu sudut menarik restaurant ni)

(salah satu lorong berliku kat CM)

(orang bagi umpan cacing, depa pi sua kaki jadi umpan!)

Entah macamana satu hari tu aku teringat nak pergi ke Brickfield. 2-3 hari aku dok baca yang PM kita akan buat pelancaran Little India dengan PM India, aku pun teruja nak pergi tengok sama. Sewaktu tahun 1991 dan masa tu aku tengah dok belajar bahasa jepun, aku selalu ke sana untuk makan malam. Kawasan belajar aku taklah jauh mana jadi kat situlah aku akan melepak dengan annuar dan jugak hafiz. Kadang-kadang chong pun akan ikut sekali. Gerai yang selalu kami pergi adalah yang disekitar YMCA. Bolehlah tukar selera sekali-sekala. Kalau tidak, asyik-asyik dok makan kat canteen ataupun MCOBA boring jugak! Actually aku pergi tu bukan pada hari sebenar pelancaran sebab aku tahu kalau aku pergi hari tu, maknanya aku akan sangkut dalam jam berejam-jamlah! Aku pergi a few days before the launching.

On the way back, aku tengok jam masih awal lagi. Aku tanya budak-budak, mana lagi nak pergi? Depa laju cakap, "..jom pergi minum..". Aku kata jom kita pi Central Market. Aku masuk parking kat CM. Aku terkejut, memang parking kosong habis walaupun masa tu pukul 8 malam dan hari Sabtu! Aku parking betul-betul kat depan pintu masuk CM. Ni first time aku dapat parking kat situ...sungguh, aku tak tipu...ada stage dibuat kat tepi untuk martial arts exhibition. Aku applaud the idea sebab aku tengok ramai mat salleh dan tourists khusyuk dan ralit dok tengok pertunjukkan silat lah, karate lah, taek kwon do lah....Well done! And in fact pertunjukkan tu semua diadakan setiap hari sabtu malam...

Aku masuk ke dalam CM. Wow...terkejut lagi aku sebab dah banyak perubahan dilakukan disitu. Semuanya dibuat untuk locals dan tourists. 1st floor aku dah tak nampak Restaurant Kampung Pandan Kari Kepala Ikan lagi...almost 15 years ago, Kak Anne selalu bawak kami makan kat situ sekeluarga. Jadi tiap-tiap kali aku pergi kat situ, aku mesti teringatkan makan tengahari ataupun makan malam yang KA selalu belanja kami sekeluarga termasuklah arwah mama dan arwah bapak dulu. Aku tanya kat aunty, bila kami last sekali pergi CM dan aunty cakap 10 tahun sudah! Huh? 10 tahun sudah? Biar betul ni! Banyak sungguh perubahan. Kalau dulu di ground floor di paling tepi, ramai pelukis-pelukis potret akan berkumpul mencari rezeki dan kat situlah aku selalu ternampak pelukis femes (femes sebab depa pun penyumbang ke majalah gila-gila dan gelihati). Sekarang ni pelukis semua dikumpulkan di Annexe sebelah belakang. Then masa muda dulu tempat melepak aku salah satunya ialah Riverbank sebab kalau tak salah aku itulah tempat yang HIP dan FUNKY selain GROOVY pada masa tu, siap dengan live band lagi! Heh3...memang hebat...

Sambil dok berjalan mata aku dok logg-liagg...logg-liagg lagi ralit dok tengok barang. Ada sikit frustration sebab kebanyakkan barang kat situ adalah merupakan barangan-barangan import dari negara-negara luar. Kalau nak diikutkan yang local cumalah dalam lingkungan 20% daripada keseluruhan barangan. Haiya.......Latuk Ng.....tolonglah tengok-tengok sikit.....Para pekerja pulak, alamak.....macam barangan jugak, cuma sikit saja locals...yang lain-lainnya samada diimport legally ataupun diimport illegally! Hmmm....hello-hello, pada yang berkenaan diluar sana, sila jengok-jengok kat CM tu...

Aku lalu kat satu selekoh dan perasan ada satu restaurant melayu yang agak menarik perhatian aku. Aku part restaurant baru ni (baru untuk aku tapi tak baru untuk depa), mulalah aku suka nak try. Kami sekeluarga masuk kedalam. Cari satu sudut menarik, duduk, order, explore the whole restaurant, belek menu lagi sekali tapi kali ni aku scan menu tu betul-betul sebab katanya restaurant melayu. Jadi aku nak tengok samada menu dia bercirikan melayu ataupun berciri campuran dari negara seberang....Nama dan bahan-bahan yang digunakan amat menarik, begitu jugak dengan menu minuman herba. Aku order teh tarik sebab nak rasa samada depa pakai teh masjid ataupun tidak. Memang ternyata depa pakai resipi sendiri menggunakan akar-akar kayu dan susu kalau tak salah aku, digantikan dengan susu soya supaya lebih memberi impak kesihatan. Tastenya lain dari lain tapi aku enjoy. Taklah rasa terlampau manis sampai boleh naik 2 kilo sekali minum! Aku bersembang dengan salah sorang staff kat situ. Semuanya local. The best part is the cashier. Tak silap aku cashier ni dah hampir-hampir 60 tahun umur dia dan dengan bersemangat dok introduce kat aku menu terbaik @ best selling menu depa sambil dok bercerita kat aku kelebihan-kelebihan pucuk-pucuk paku dan akar-akar kayu yang dah turun-temurun digunakan oleh orang-orang kita. Wow...well done makcik! Kudos to the owner too! Decor kat dalam restaurant tu pun menarik perhatian aku. Ini termasuklah package-package tehh yang dijual. Packaging yang lebih kurang BOH tapi lebih menarik dan mampu dikomersialkan.

Aku pasti restaurant-restaurant yang macam ni kalau di advertise didalam majalah-majalah pelancongan, brochure-brochure tourism malaysia, iklankan di bas hop-on hop-off, masukkan kedalam website lonely planet, pasti akan mendapat sambutan! Dan sekali-sekala ikut mempromosikan restaurant ni di expo-expo pelancongan diluar negara...ala...contactlah MATRADE ka....Tourism Malaysia ka.....aku bet, mesti menjadi bualan hangat. Err, makanan, kami tak try malam tu sebab anak-anak kata cuma nak minum...jadi malam tu kami cuma minum sampai kembong perot! Heh3...

Dan sudah tentu lepas minum, kami pakat ramai-ramai cari toilet. Bayaran sorang 50 sen (kalau tak silap aku) tapi berbaloi sebab unik dan lain dari tandas-tandas yang lain. Masuk toilet ni pun dah "an experience by itself!". Kali ni aku tak ambik gambar toilet sebab ramai sangat yang dok pakai. Satgi, mampueh aku kena hambat!

Rabu, Oktober 27, 2010

Gigih/Marrket

(makcik kacang putih di Muzium Negara)

(UNIQLO akan datang ke KL!!! Yeay!!!!)

(dalam tu ada karaoke...kelasss...)

(tokay kedai ikan kerin' tu tadi)

Semasa aku kecik dan bersekolah rendah dulu, kat tepi sekolah Francis Light Penang, ada satu makcik tua berbangsa India yang menjual kacang putih. Makcik tu pakai kain batik dan baju yang ala-ala baju kedah. Rambut disikat rapi dan sanggul dicucuk rapat belakang kepala. Aku suka makan kacang. Jadi makcik ni lah yang aku selalu jumpa setiap kali ke sekolah. Tak mahal. Cuma sekupang! Ada satu lagi makcik yang berbangsa India dok sibuk meniaga kacang jugak, kat tepi sekolah Union di Penang. Aku tengok depa ni tabah...sabar...dan aku pasti yang duit jualan kacang tu semua adalah untuk anak-anak depa. Untuk digunakan ke arah kebaikan.

Ada sekali aku usung anak-anak aku melawat ke Muzium Negara. Selepas parking dan masuk ke kawasan berpagar, di sebelah kanan kita dapat tengok kereta proton pertama, gerabak keretapi dan macam-macam lagi. Anyway, yang tu semua tak menarik sangat perhatian aku. Yang menarik perhatian aku ialah sorang makcik disebelah kiri aku yang aku tengok gigih di bawah terik matahari. Sentiasa tersenyum bila tengok orang lalu-lalang.....tangan dia dok gamit sapa-sapa saja yang dok berjalan. Aku senyum kat makcik ni dan mintak permission nak ambik gambar. Dia senyum kat aku sambil mengangguk kepala. Rupa makcik ni mengingatkan aku balik pada cerita aku masa kecik-kecik dulu masa dok beli kacang putih di tepi sekolah Francis Light dan jugak di tepi sekolah Union circa 1975 dulu!

Ni bas yang dok ada kat tepi rumah aku. Err...tak lah tepi sangat...adalah sepelaung untuk sampai kat tempat bas ni...beberapa minggu sudah depa dok buat promosi pasal satu kedai baju berasal dari jepun. Nama kedai tu UNIQLO. Kalau aku kat jepun, kedai yang aku selalu melawat ialah UNIQLO. Aku suka fashion yang ada dan yang paling aku suka ialah harga dia...memang murah. Tapi itu price di jepun. Aku tak tahu pulak price depa kat sini nanti bila depa masuk ke bukit bintang pada 4 november nanti. Masa aku ke tokyo dulu, aku beli jeans aku kat sana. In fact setiap kali kalau aku atau aunty balik kampung, memang situlah tempat kami shopping. Bayangkan jeans aku cuma lebih kurang 2,800 yen which at that time cuma berharga lebih kurang RM70. Jadi baju, t-shirt aku dan aunty serta anak-anak aku semuanya di beli di kedai ni. In fact kalau ada orang nak ke Jepun, aku akan bagitahu, pilah cari kedai ni. Ada merata-rata kat Jepun. Good to know that depa nak masuk KL lepas ni. Kalau tak salah aku, sapu tangan aku pun aunty beli kat sini selain daripada seluar kecik aku! Heh3...sapa-sapa yang berminat, bolehlah google. Hmm...aku tak dapat commission pun!

Bila berkesempatan, aku akan pi marrket. Takdak marrket lain yang aku suka kecuali marrket ampang. Aku dah kenal depa. Sebetulnya kami dah panggil nama masing-masing tiap-tiap kali berjumpa. Macam tulah rapatnya aku dengan tokay ikan, tokay ayam dan tokay sayur kat sini. Actually depa kenal aku sebab depa nak duit aku....aku tahulah! Seronok kat situ sebab banyak aktiviti yang dapat aku tengok. Bila bersama aunty kat situ, aku teringatkan masa aku pi marrket jelutong dengan arwah mama dulu. Mama selalu marah sebab aku asyik nak ikut mama. Mama ada banyak benda nak beli. Aku pulak masa tu kecik lagi dan selalu dok tarik tangan mama kalau aku dah boring. Tu yang buat mama naik angin kus-kus kat aku. Dengan mata mama paling besar dalam dunia masa dok jeling aku siiiaaap-siiiaaap, dengan tangan dan jari gaya mencubit macam tangan ketam lapar dan dengan badan yang besar berdiri di celah-celah gerai ikan temenung dengan gerai santan, kelibat mama memang mengerikan. Buat aku tak tidur 7-8 malam. Mata terbeliak dan mulut berbuih meracau!

Masa aku kat marrket ampang tu aku nampak ada satu kedai yang agak tersorok. Dari tepi, yang aku nampak cumalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dok makan dan minum. Tapi dalam diam, ada jugak aku terdengar bait-bait patah lagu Cina tahun 50-an...Muzik sangat sedap dan mendayu tapi suaranya tunggang-langgang. Bab tunggang-langgang tu aku tak minat....yang aku minat ialah keunikan tempat tu. Kedai buruk. Pelanggan pulak makcik dan pakcik tua. Lagu pulak daripada era 50-an....aku jadi asyik dan seronok. Aku cuba rapat pergi kat kedai tu dan tengok suasana santai kat situ.....menarik sekali. Mungkin dikesempatan lain aku akan cuba masuk sekali lagi dan cuba rakamkan lagi gambar-gambar special dari kedai tua tu!

Setiap kali aku ke Penang, aku akan cari kedai kopi tua. Ada sekali aku dan aunty bernasib baik sebab aunty terjumpa kedai ni masa dia dok google sebelum kami ke penang dulu. Nak cari tempat ni mak aii...punyalah berpusing satu penang sampai pening! Tapi bila dah jumpa, memang berbaloi. Aku lupa tempat ni kat mana tapi dah dekat Weld Quay dan dekat Balai Bomba. Celah-celah bangunan...Masa aku masuk kedalam, suasana meriah sama macam kat kedai di ampang tadi cuma lebih terjaga dan nampak sikit mahal...kami makan dan minum. Pinggan dan gelas semuanya style lama. Meja dan kerusi kopitiam. Perabut dan tangga ke tingkat dua semuanya dari era 50-an dan aku rasa dah tak boleh jumpa lagi dah la ni...yang menarik perhatian aku ialah "dance floor" kat tengah-tengah restaurant ni. Dan menurut cerita tokay kedai kopi ni, zaman tok dia dulu memang ramai pedagang yang akan melepak kat situ dan menari.....kelassss.....

Jumaat, Oktober 22, 2010

SDAR 815 Reunion Part 2

(singh)

(badang)

(lan)

(kudo)

(apam)

Singh

Ni lah orang yang aku dok bercerita dulu. Nilah satu-satunya Singh yang hidup dalam "zaman batu" sama-sama dengan aku dan penyamun-penyamun lain dulu. Singh ni lah dulu yang dok buat maggi mee pakai air sejuk dari toilet yang memanjang tersumbat. Kalau tak dapat gayung, baldi rendam baju pun kami rembat untuk rendam maggi. Oleh kerana "alat pemanas" kami dah kena rampas dengan warden, jadi kami cuma rendam maggi tadi dalam air sejuk....."krup-krap...krup-krap"...masa kami tokak!" Sebab tu lah aku ada cerita dulu yang maggi kami kadangkala ada tambahan perisa FAB ataupun BREEZE! Satu yang aku respect sangat kat Singh ni pasal dia tak lokek pengetahuan. Memanjang mengajar aku ataupun at least nasihatkan aku untuk belajar, yang mana kedua-duanya aku tak ambik pot! Rumah budak Paroi Jaya ni lah tempat kami melepak kalau tak ada aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah lain yang kami nak buat. Sekarang ni Singh dah jadi doktor gigi kat segambut. Jadi kalau siapa-siapa nak cabut atau nak bagi cantik gigi, carilah Singh ni kat Segambut. Harga dia memang best in the world....mahal sikit dari gleneagle! Heh3...

Badang

Jangan tanya aku pasal apa kami panggil dia badang. Yang ni memang buleh masuk "misteri nusantara". Dah banyak bomoh dan tok cha kami jumpa tapi jawapan yang diterima masih menghampakan....Depa pun tak tahu mana datangnya nama Badang tu. Payah-payah aku kena tanya kat Edry Halim! Badang ni memang menghairankan penyamun-penyamun lain...masa kat sekolah, pegang batang penyapu pun terbalik....la ni kami dengar dia merupakan salah sorang pemain music underground negara yang tersangatlah popular. Pernah keluar dalam magazine dan pernah membuat persembahan di luar negara. Nama band dia aku dah lupa. Pernah jugak aku dijemput untuk pi tengok show dia tapi pasal aku sibuk, aku tak sempat nak pergi. Badang ni mendapat ilmu main gitar masa dia belajar kat US dulu. Yang tambah menghairankan kami ialah pasal budak ni sangat pendiam masa kat sekolah......sorang pelajar yang sungguh bijak bistari!

Lan

Ni geng yang sama-sama gila sukan dengan aku. Yang membezakan kami cuma sikit saja....dia gila sukan dan gila belajar tapi aku pulak gila sukan dan cakap orang yang rajin belajar tu gila! Amacam, tak banyak beza kan? Budak ni aku heran sungguh. Mana dia curi masa belajar pun aku tak tahu. Masuk kelas sama time dengan aku, balik kelas pun sama....main takraw, bola semuanya sama time dengan aku.....pergi prep malam dan balik pun sama waktu dengan aku....tapi bila sampai result, dia A1 aku pulak F9! Ada yang tak kena ni....Lan ni prefect tapi kami cukup sayang kat dia. Masa kami lawan bola atau takraw kat Tunku Durah dulu, dia la yang tolong sorokkan "benda" tu kat dalam kasut boot dia.....kasut boot aku kena check....kasut boot dia tak kena....tok moh mana dia jumpa, aku sampai kesudah tak tahu! Apalah budak ni dok jampi kat pak guard-pak guard tu semua!

Kudo

Ni pulak Presiden seumur hidup kami. Dia lah satu-satunya yang masih pakai slogan sekolah kat pintu opis dia..."ILMU UNTUK BERJASA". Nak cakap apa pun tak boleh sebab dia ni presiden den! Karang kalau dia report yang kami ni jahat mahu kena public caning nanti...Pun budak negori. Maklumlah...sekolah kat tempat dia....taiko besar ni walaupun dulu badan tak lah besar! Very happy go lucky person. Tak pernahnya serious. Kalau aku duduk sembang dengan dia kat kedai kopi, memang sah dia tak masuk opis......boleh habis 3-4 gelas teyy sekali mengadap. Tokay teyy kalau tengok dia mesti senyum memanjang...Ni pun kepala otak geliga ni. Kuat belajar, pergh.....mengalahkan orang lain. Kalau sapa-sapa tak paham selalunya Kudo ni lah tempat yang orang selalu buat rujukan....termasuklah "yours truly". Tulah sebabnya aku sampai la ni masih tak paham-paham! Heh3...

Apam

Budak ni memang ada meninggalkan "legacy" yang tak dapat diikuti oleh semua budak-budak yang tertinggal. Boleh dikatakan sebagai salah sorang yang sangat femess masa kat sekolah dulu. Ni pun gila rugby jugak. Pasal dia gila rugby tapi rugby tak gila kat dia, dia bersumpah nak ikut hair style yang ala-ala bola rugby jugak...bak kata Haris Iskandar, "Halus.....". Dulu selalu jugak aku boleh minum dengan dia kat kedai kopi tapi la ni mak aiiii...punyalah susah nak dapat si Apam ni....mengalahkan TF, tokay kapalterbang tu! Duduk kat Paroi Jaya jugak. Satu lorong dengan Singh dan merupakan "partner in crime" kami dulu. Weekend activity kalau kami tak ziarah rumah Singh, rumah si Apam ni lah yang kami pergi dengan muka tak malu semata-mata nak lari daripada nasi kawah kat dewan makan sekolah...heh3....

Pada semua kawan-kawan aku yang kat atas tu, dikesempatan yang singkat ni aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau selama ni banyak benda yang aku buat menyusahkan anda semua. Tapi memang itulah tujuan aku......itulah kawan namanya......kawan kalau tak menyusahkan kawan, sapa lagi...yea tak.....larik..................

Selasa, Oktober 19, 2010

SDAR 815 Reunion Part 1

(ni bukan dok tengok race motor!)

(sorry yea...semua dah berpunya!)

(ni semua muka-muka yang budak-budak junior ngeri ataupun menyampah tengok dulu...heh3...)

(ni lah muka2 form 1 tahun 1981 dulu..)

(malam tu tangga ni reban!)

Tanggal 16hb Oktober 2010 merupakan tarikh keramat untuk batch tahun 1981-1985 sebab pada hari tu lah hampir 60 bekas pelajar tingkatan 5 tahun 1985 dapat berkumpul beramai-ramai sambil mengenang kisah-kisah lama yang nostalgia selain daripada mengenang nasib!

Aku sampai dengan IQ dan berselisih dengan Doyan the Organiser. Dapat topi special sorang satu...tu kira hadiah yang paling berharga untuk kami pada malam tu selain daripada dapat bersembang dengan kawan-kawan lama yang sama-sama tenggelam timbul 25 tahun sudah!

Function room dah disiap meriah bagai nak kenduri kahwin dan budak-budak semua datang dengan semangat yang berkobar-kobar disebabkan perut lapar bagai nak gila. Ada yang posa 3 hari 3 malam sebab nak melantak malam tu....macam-macam kelibat muncul, Kiss ada, Singh ada, Ketard ada, Judd ada, Juntas ada, Labu ada, Marley ada, IQ ada, Noneng ada, Chelayer ada, AJ ada dan ramai lagi yang aku tak mampu nak sebut sorang-sorang....bak kata iklan astro dulu-dulu..."Semua Ada..."

Special appearance malam tu mestilah kawan lama kami yang kami panggil "Cheng" sebab muka dia macam Cheng Ho! Cheng ni pulak merupakan kawan lumba lari aku masa time dok ligat dulu...habis padang sekolah kami lari. Habis bangunan sekolah kami lari jugak sebab kena kejar dengan cikgu disiplin! Cheng dah lama menghilangkan diri disebabkan sibuk, mengalahkan Salman Khan! Memang langsung kami tak jumpa kecualilah budak-budak Johor Chapter yang selalu buat gathering kat tengah-tengah rembang, tengah-tengah padang polo! Jadi, bila Chico datang dan usung sekali budak-budak Johor yang sempat dia usung, kami sebagai adik-beradik berasa sungguh terharu. Aku rasa macam nak nangis tengok Cheng. Bukan aku sorang saja yang macam tu, malah budak part time banquet pun sama naik nak tereyak walaupun dia tak kenal si Cheng tu! Dikesempatan ni aku nak ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada Chico yang bersusah-payah cuba mencari seramai mungkin kawan-kawan dari Johor. In fact ada 2-3 orang lagi dari sana yang tak berkesempatan nak datang sebab tugas ataupun komitmen-komitmen yang lain. Aku dan lain-lain faham. Aku doakan semuanya selamat dan panjang umur. Semoga dikesempatan lain, kita dapat berjumpa lagi!

Gambar-gambar yang kat atas semua tu merupakan gambar-gambar yang kami ambik kat luar hotel sebab tak sempat nak bergambar kat dalam hotel! Kacau-bilau jadi bila semua dah berkumpul. Aku tak boleh nak bayangkan kalau semua lebih 100 orang datang...mahu kami kena halau malam tu! Actually ngam-ngam lepas kami keluar dari function room tu, kami dengar pinggan-mangkuk pecah jatuh berderai dari 1st floor ke ground floor. Yang tu aku pasti bukan pasal depa tunjuk perasaan kat kami...heh3...err...let me re-phrase balik...."mungkin depa tunjuk perasaan kat kami!", fullstop!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...