Jumaat, April 27, 2012

15th Anniversary and Mee Rebus!

Japanese mee rebus!

Hari ini genaplah perkahwinan kami selama 15 tahun. Pada hari ini 15 tahun yang lalu, aku melafazkan akad dan kami sah sebagai suami isteri. Berlangsung dirumah kakak sulung aku, Kak Anne, dihadiri cuma seramai 200 orang sanak saudara, teman-teman rapat dan kaum keluarga serta rakan-rakan dari tokyo. Kecil tetapi sangat bermakna untuk aku. Perkahwinan kami bolehlah diibaratkan sebagai mee rebus yang Aunty buat. Semua rencah ada dan berwarna-warni. Cukup rasa......tapi kadang-kadang dia jadi pedas sebab tergigit cili padi! Pedas cili padi tadi akan terasa selama beberapa saat ataupun minit tapi akan hilang selepas beberapa suap disulami dengan kuah ubi, telur rebus, taugeh dan segala macam lagi. "Turbulence", aku tak nafikan memang ada.....hahahahahahaha.......itu, sebab termasuk dalam "air pocket...". Tapi oleh kerana pilot dan co-pilot bijak mengendalikan keadaan, para penumpang semuanya selamat sampai ke destinasi!

Aunty W's mee rebus special!

Kami ada plan nak makan malam pada malam ini . Reservations dah aku buat. Kesian kat anak-anak kena tinggal lagi but anyway, both of us need time to ourselves too! Anak-anak paham dan semalam Yuya ada tanya, "Papa hari Jumaat nanti keluar dengan mama kan?". Maksudnya, anak-anak aku tahu yang setiap hari Jumaat kalau tak ada function di hotel, kami akan makan malam sama-sama dulu dirumah dan selepas makan, aku dan aunty akan keluar berdua. Adakalanya ke Alexis GE Mall, Starbucks di Ampang Point atau KLCC, Bangsar Village ataupun mana-mana yang mempunyai dessert dan kopi yang sedap. Kami gemar keluar dan makan cake serta ILLY Coffee. 2-3 jam dok merapu bercerita segala macam, ketawa, masam muka dll. Sama macam mee rebus yang penuh segala rencah!

Aunty W preparing mee rebus for Marina

Aunty is good in cooking. Itu bukan sebab dia aunty dan partner aku yang membuatkan aku kata lagu tu...dak aiiihhh...Banyak unsur yang membuatkan aku rate dia sebagai a good cook! Considering that she is a japanese, anthony bourdain pun akan tabek spring! Aku suka bila dia masak mee rebus. Lain pada tu, kurma ayam, nasi tomato, nasi beriani, nasi minyak, darrcha, ayam dan udang masaalah, parpu telur, nasi ayam, vindaloo, asam pedas, semuanya menjadi! Alhamdulillah syukur....anak-anak pun akan request apa nak makan over the weekend especially bilamana abang balik kerumah. Tapi ada satu request hujung minggu ni. Aunty mintak aku pulak masak...hahahahahaha.....ok...ok...aku akan masak for lunch this sunday...insyAllah!

Doting mother..

Aku dan aunty ada berbincang mengenai percutian keluarga. Jadi oleh kerana itu, aku akan bertungkus-lumus mengumpul dana untuk perjalanan pada bulan Disember nanti. Tapi bulan 12 ni selalunya ngeri sikit sebab anak-anak nak masuk sekolah...Marina akan masuk darjah 1 makanya aku dan aunty kenalah tekan gear 5 untuk memenuhi segala tuntutan pelajaran depa. Itu sajalah harta yang aku mampu bagi kat anak-anak. Yang lain depa cari sendiri. Kerja, motor, kereta, rumah waima nak kahwin sekalipun, depa kena usaha sendiri......aku pun buat macam tu dulu...sedari aku berumur 18 tahun aku dah tak pakai duit arwah mama dan bapak lagi...semuanya aku pakai duit yang aku usahakan sendiri dari kerja-kerja halal aku sebagai tukang cuci public area di shangri-la hotel, jual ice-cream di swensens, tukang buang sampah dan cuci toilet di Baskin Robbins serta banyak lagi...pesan aku pada depa, buatlah kerja dengan jujur...jangan sekali-kali menipu....insyAllah rezeki akan berpihak pada kita! Depa angguk walaupun tak paham! Hahahahahaha...

Planning for another good family outing

Aunty banyak membantu dalam segala macam urusan aku sewaktu didalam dan diluar negara. Kadang-kadang terdetik satu perasaan sayu mengingatkan yang aunty bersendirian melaksanakan tanggungjawab. Masalahnya aku bukanlah sorang yang pandai menyusun kata-kata untuk aku luahkan perasaan aku kat dia. Selalunya aku akan menulis dan menulis didalam blog aku betapa aku sayangkan dia dan keluarga. Tak ada apa yang lebih penting pada aku kecuali seorang isteri yang taat dan setia yang sentiasa berada dibelakang suami serta anak-anak yang baik (dalam pelbagai segi) serta menghormati orang tua serta rakan-rakan..Aku rasa dunia aku complete......

Aunty W

Perkahwinan selama 15 tahun banyak mengajar kami erti pengorbanan...banyak mengajar kami erti kesetiaan...especially aku yang selalu tidak berada dirumah...banyak mengajar aku erti bersabar...bantu-membantu, sayang-menyayangi.....aku kini sedang mengharungi chapter kedua bukan saja didalam kehidupan harian, pekerjaan tapi juga dialam perkahwinan. Semoga Allah SWT merestui perjalanan aku yang masih panjang ini......kepada Wakana Kamimura, isteri aku dulu, kini dan selamanya, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-15 and may Allah bless us all!"...............bak kata pepatah Leonardo Da Vinci dan Van Gogh, "Life is like a plate of MEE REBUS. You never know what you'll get!!" Hahahahahahah.....have a fruitful weekend people!!!!

Ahad, April 15, 2012

SDARA


Hisham 84, Kudo 85, Atin 85 and Domang 85

2-3 hari ni aku dikunjungi oleh beberapa orang teman lama yang sudah agak lama aku tak jumpa. Seronok tak terhingga...aku memang pun dok menunggu peluang-peluang yang semacam ni untuk mengeratkan tali silaturrahim yang walaupun tak pernah terputus tapi agak suam-suam kuku. Namun begitu, kami sentiasa berhubung melalui sms ataupun email dan juga FB Sdara. Tak kiralah senior ka...junior ka...semuanya menjadi sangat mesra. Inilah kelebihan kami....untuk depa yang datang, aku ada masakkan sikit spaghetti with cream and cheese sauce with lots of vege. Mungkin tak sesedap mana...makanya aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau begitu terjadi. Tapi aku rasa, it's not the taste of pasta that matters....it's more to meeting each other yang membuatkan kami sangat happy dan tak ingat dunia!

Hisham Sheikh Osman ni senior aku setahun dan dulu merupakan olahragawan sekolah. Apa saja sports yang dia tak masuk? Semuanya kalau dia masuk, dia akan sapu bersih...part tu yang aku tak tahan sesangat tu. Syahdu aku tengok dia sorang sapu semua medal kat sekolah dulu! Sedangkan aku pulak dari form 1 sampailah form 5 memanjang masuk final 100m. Tambah syahdu lagi terkedu bilamana aku tak sekali pun pernah menang nombor 1 sampai 3 selama 5 tahun tu walaupun tiap-tiap tahun aku masuk final! Kalau tak percaya, tanyalah kat Matt London tuh! Hisham ni gila main hoki dan merupakan pemain hoki NS yang hebat sewaktu di zaman persekolahan dulu. Tak ada tandingan...pukulan yang deras akan membuatkan penjaga gol lawan baca doa sebelum mengadap Hisham ni...Hisham duduk di Seremban sekarang..

Sebelah Hisham tu Kudo. President batch 85. Melanjutkan pelajaran ke Australia dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kangaroo daripada pelajaran! Sekembalinya dari belajar, Kudo menyertai MAS bukan sebagai pramugara tetapi sebagai pakar engine kapal yang tak boleh nak terbang! Bijak dari zaman sekolah si Kudo ni....asal dari Pilah...dok bersembang dengan dia, masa kami habis dengan hilai-tawa nostalgia lama....

Sebelah tu pulak si Atin...Adoi...si Atin ni adalah product yang tak payah tunggu result SPM keluar. Lambat katanya....sebelum result keluar depa dah ke luar negara..mana datang kebijaksanaan depa ni aku pun tak tahulah.....ada jugak bertanya tapi explanation yang terlalu panjang menyebabkan aku jadi malas nak belajar...hahahahhah...Atin ke US melanjutkan pelajaran dan kini menjawat jawatan hebat di sebuah syarikat petroleum terkenal negara.

Sebelah Atin tu pulak si Domang. Jugak dari Seremban dan kini masih di Seremban walaupun bekerja di KL. Orang kuat di salah sebuah syarikat telekomunikasi tersohor. Lama kami dok bersembang sambil makan pasta yang aku masak, drebar si Domang dah terlelap....hahahahahahha...bertambah sakit perut aku bergelak ketawa bilamana Domang dengan bangga mengatakan bahawa dia datang dari "Set E" kelas bahasa Inggeris! Manakala aku pulak di "Set A" kelas bahasa Inggeris...Domang cakap dia bangga sebab dari form 1 sampailah ke form 5 dia kekal di set E. 3 kali ambik english test dan akhirnya pass dengan kelebihan hanya 6 markah yakni 506 dari mata lulus keseluruhan sebanyak 500! Walaupun set E, Domang berangkat jugak ke Amerika......hahahahahahahaha...tambah sakan kami gelak!

Sumpah aku tak nampak muka korporat langsung pada kesemua kawan-kawan aku ni...aku tak boleh nak bayangkan kalaulah depa kat office, macamanalah garangnya depa ni....hahahahahahahahah...muka-muka depa mengingatkan aku sewaktu kami berumur 13 tahun di asrama sekolah! Beratur panjang bila waktu nak mandi, beratur panjang bila nak masuk dewan makan, bersama-sama seramai 5-6 orang share sebatang rokok di toilet asrama, sama-sama kena ketuk-ketampi dan helikopter dengan seniors, sama-sama makan nasi kawah dan sama-sama jugak dok merapu sana dan sini! Hahahahahahah...those were the days!

Noneng 85

Yang kat atas ni pun sorang tokoh korporat besar.....dia pakai BMW X5......aku cakap kat dia, apa bezanya kereta dia dengan honda cub EX5 aku? Tu yang muka nampak tersenyum simpul tu! Budak ni pun terlepas ke US jugak suatu waktu dulu...kawan aku yang ni memang colorful...dulu ada jugak dia melawat aku masa kat renaissance hotel dulu. Quite sometime ago! Since dia dah tahu aku ada kat mana, makanya, aku jemput dia datang bertandang ke hotel kecik ni selalu-selalu...tapi kalau nak datang, tolong bagitahu aku dulu sebabnya aku tak ada restaurant. Jadi apa yang aku masak untuk lunch hari tu, insyAllah kita akan dapat jugak makan sama-sama....sama macam aku masak spaghetti hari tu. Sememangnya aku nak masak pasta....and since ramai yang datang, jadi aku cuma perlu tambahkan pasta dan lebihkan saucenya...no worries...apa yang ada, aku jamu.....Sama jugak macam last friday, sebelum interview dengan magazine, aku sempat masak. Then ada guest VIP yang nak datang, makanya, aku masak nasi lebih.....buat sardine sikit, sayur bayam, goreng ikan kurau masin campur bawang dan buat sambal cili hijau sikit.....settle..guest aku tambah nasi 2 kali...hahahahahahahah...

Ehsan 82 and Naz 96

2 orang lagi sahabat aku ialah Ehsan 82' dan Naz 96'. Obviously Naz aku tak sempat jumpa sebab dia lahir pun aku dah nak habis sekolah...walabagaimanapun, keserasian kami tak dapat dielakkan. Mengetahui yang dia juga bekas pelajar SDAR, tiba-tiba kami jadi rancak berbual! Ehsan 82' pulak, jangan ceritalah....Tu tengah dok pekena pasembor Bangsar...reason being is, pasta yang aku masak dah habis!!! Hahahahahahah...Ehsan ni senior aku 3 tahun. Masa aku form 1, dia form 4. Terra main takraw ni...kesayangan sabarudin...Ehsan pernah bermain untuk pasukan sepaktakraw NS selama beberapa tahun. Posisinya sebagai pelibas berbisa. Baik sungguh Ehsan ni...Aku rasa aku tak pernah kena panggil dengan dia. Selalu cuma dok tengok dia dari jauh saja. Nak bersembang pun tak berani. Masa tu walaupun aku form 1, aku dah main dengan pasukan bawah 15 tahun yang rata-ratanya pemain tingkatan 3. Ada jugak dari tingkatan 2 seperti Biddu dan Nick Yassin! Dari tingkatan 1 cumalah aku dan Lan Hasan...(sorang banker terkenal la ni..).

Pertemuan-pertemuan dengan sdarians seperti ini sangatlah menyeronokkan. Cerita kisah-kisah lama, kongsi cerita pasal cikgu yang sama, menceritakan kenakalan masing-masing...menceritakan denda-denda yang dikenakan kepada kami oleh seniors ataupun guru disiplin, membuatkan kami bergelak sakan sampai terbahak-bahak...oh ya, ada sorang lagi yang aku rasa terpanggil nak sebut kat sini yang mana pencapaian dia amat-amat dibanggakan. Dia merupakan bekas Headboy masa aku ditingkatan 1. Dari dulu lagi ketokohan dia dah pun terserlah. Dan kejayaan dia hari ni adalah sesuatu yang aku dah jangkakan....gambar terakhir dia yang aku tengok ialah apabila dia beruniform segak berjalan di belakang Yang Di Pertuan Agong sewaktu pertabalan tempoh hari. Jadi dikesempatan yang tak seberapa ini, walaupun aku tahu dia tak membaca blog merapu aku ni, aku tak kisah.....as a fellow sdarian, as a former junior to him, aku nak ambik kesempatan ni nak mengucapkan tahniah kepada brother Mastor yang kini dah pun bergelar Datuk Mastor. Di mana ada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Disitulah akan ada senior aku.....Datuk Mastor! Ok...good night and have a pleasant weekend people!

Selasa, April 10, 2012

Untopiccable!

Aku duduk kat sebelah sini!

Salam semua. Hari ni aku berada kat office untuk memastikan semua perjalanan function akad nikah berjalan lancar seperti yang dirancang. Semalam aku sempat bertemu dengan bakal pengantin dan kami berborak-borak sikit kat lobby dan di function room. Mereka sangat teruja nak melalui gerbang perkahwinan. Datang meninjau persiapan terakhir dan memastikan yang tidak akan ada sesuatu pun yang tertinggal. Nampak gayanya depa berpuas hati. Alhamdulillah...diwajah terpancar sinar kebahgiaan! I wished them all the best...ini semua mengimbau kembali detik-detik perkahwinan aku dulu, yakni hampir 15 tahun yang lalu.  Aku baru pulang dan jugak baru bekerja. Mengumpul wang sebanyak mungkin selama 6 bulan semata-mata untuk mengadakan majlis yang ala kadar untuk jemputan seramai 200 orang. Ramai yang membantu dengan ikhlas. Terutama sekali jiran kakak aku, Kak Nor. Kak Nor banyak berkorban waktu dan tenaga dan penuh dengan idea-idea yang sangat menarik. Kak Nor jugak menjadi bidan terjun pengapit kepada Wakana, membantu dalam memperjelaskan adat-istiadat perkahwinan melayu jika ada apa-apa yang perlu diperjelaskan. Tadi sebelum aku bersembahyang jumaat di masjid bangsar, aku sempat makan tengahari di Citrus, sebuah restaurant yang terletak di tingkat 2 Bangsar Village 1. Sambil makan dan bersembang, aku tiba-tiba mengalih pandangan ke dalam restaurant dan terlihat sekumpulan wanita sedang menjamu selera sambil berborak sakan. Aku perasaan yang sorang wanita berbaju merah dan berambut putih lebat sedang memandang aku. Dia senyum dan aku senyum...aku bingkas bnangun dan sebagai tanda hormat aku melangkah kaki ke meja beliau dan memberi salam sambil menghulurkan tangan. Salam aku disambut. Katanya, "Kak Nor dah nampak Shah dari tadi....tapi tak mahulah nak tegur sebab Shah duduk makan dengan orang penting.." Aku senyum dan membalas..."Biarlah Shah yang bangun tegur Kak Nor sebab itu yang lebih afdal!". Kami bersalam sebentar dan bertanya khabar sambil aku diperkenalkan pada wanita-wanita lain sebagai adik bongsu kepada Kak Anne.....

Cuaca yang menawan..

Kelmarin pagi aku berlari-larian menguruskan kerja-kerja rumah dan hal anak-anak. 7.30 pagi aku menghantar abang ke sekolah Yakob Latif di Jalan Peel sebab abang ada lawan bola 3 penjuru dan depa menang kesemua perlawanan. Pukul 8 pagi aku bergegas pulang untuk mengambil dan menghantar Yuya pulak ke Cheras untuk latihan bolasepak. Pulang dari Cheras aku dan aunty terus ke pasar. Menghampiri pasar ampang, Marina bagitahu yang dia nak balik dulu dan tak mahu ke pasar. Kami membuat pusingan dan menghantar Marina balik kerumah. Wiwit dah tunggu. Pecut ke pasar. Jam 9.30 pagi kami menuju ke kedai untuk sarapan sebelum pulang ke rumah. Sempat minum dan berborak berdua mengenai anak-anak dan lain-lain. Waktu-waktu sesingkat ini sangat penting untuk kami bertanya khabar....pukul 10 pagi kami menuju kerumah dan meninggalkan kesemua barangan yang dibeli sebelum bergegas keluar untuk pick up Yuya yang sudahpun selesai menjalani latihan bolasepak. Sebelum pulang kerumah aku melencong ke jalan peel untuk melihat abang. Abang baru lepas perlawanan pertama dan menang besar 4-1 dan sedang bersiap-sedia untuk perlawanan ke dua pulak. Aku tinggalkan abang di padang untuk balik ke rumah supaya aunty dapat masak untuk makan tengahari.  Lepas makan aku kembali menjadi sibuk dan ke hotel untuk melihat function yang berlangsung. Penting untuk aku berjumpa organiser. Organiser puas hati dan mahu mengadakan function lain pulak nanti ditempat kami. At the same time ada satu family talipon aku dan mahu organise satu function "chinese tea ceremony" dan sangat impress dengan hotel kami ni bila dia sendiri datang melawat sejam kemudian. Tarikh terus dipersetujui. Rombongan itu nanti akan mengambil beberapa bilik kami. Alhamdulillah! Pukul 5 aku menghantar abang ke asrama....Untuk makan malam aunty buatkan aku tempura soba. Simple tapi sangat sedap!

Excellent chocolate!

Semalam aku tiba-tiba terlelap sementara menunggu Anugerah Berita Harian. Masa tengah-tengah syok tidur tu, tiba-tiba aku terlihat kelibat Faizal Tahir masuk kedalam bilik aku. Dia tanya, "Eh Shah, kau perform tak?" aku dengan muka selamba menjawab, "Ya...aku perform malam ni...tapi kau nyanyi lagu apa?". Dia jawab, "Aku macam biasalah...". Faizal T angkat kepala tanda soalan dia belum berjawab....aku kata, "Aku nak jumpa Ramli sat lagi baru nak decide...". Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik aku diketuk 3 kali...tiba-tiba ada suara kecil comel familiar menyapa aku. "Papa...ada sms...". Laaa....aku terjaga bila Marina goyang-goyangkan bahu aku sambil menghulurkan talipon kat aku! Hahahahahahahahah.....

Masa di London hari tu, aku belikan anak-anak aku cokelat paling besar dalam dunia sorang satu batang panjang. Untuk aunty tersayang, aku belikan yang lebih special lagi hasil buatan tangan BUTLER'S. Dibalut didalam kotak cantik dan beriben. Ada 9 ketul kat dalam tu. Sekembalinya aku ke Kl, aku tanya kat aunty, pasal apa tak makan? Dia tanya aku nak makan tak? Aku kata nak...dan dia kata let's share! Satu malam dia tokak setengah, dia suapkan ke mulut aku setengah.....esok pun sama dan lusa pun sama.....sekembalinya aku dari Bali, aku tanya aunty mana pi belen cokelat yang aku beli untuk dia tu.....aunty jawab, "Abang dah tokak semua....." Huahgh.....huahgh....huahgh.........

Buku yang aku beli dan enjoy baca

Aku suka beli dan baca buku-buku cerita seperti yang kat atas tu. Amazing....pompuan mat salleh tu beasal dari Holland dan menetap di NZ kalau tak salah aku. Mengembara kepelosok dunia sampailah ke PETRA. Berkenan dengan budaya masyarakat bedouin PETRA dan berkahwin dengan orang besouin lalu tinggal disana sehingga sekarang. Husband dah mati dan ada beberapa orang anak yang semuanya lahir dan membesar di PETRA. Dia disuruh menulis buku dan dikunjungi oleh kebanyakkan pembesar-pembesar negara yang berkunjung kesana termasuklah Queen Elizabeth dan Queen Latifah! Depa menggesa agar dia membukukan pengalaman kehidupan dia disana..lalu terhasillah buku diatas.....hahahahahahah

Aku bersarapan pagi disini..

Semasa aku di London, aku berkesempatan bersarapan pagi disalah sebuah cafe yang sungguh ramai pengunjungnya. Aku sampai 5 minit sebelum pintu dibukak. Katanya bakeries kat situ sedap makanya aku kesana awal. Sedang menunggu hot chocolate, bau croissant dari oven yang boleh dilihat tetamu membuatkan aku bertambah lapar! Kami berempat kesana. Matt London, aku, beserta 2 orang tetamu kenamaan negara. Perbualan sangat santai berkisar kepada arah tuju business dan jugak masa depan aku yang tak pernahnya berhala tuju...hahahahahhahah...2 jam kami disana, bercawan-cawan hot chocolate serta berbakul-bakul croissant kami bedal. Outlet Manager bermurah hati meng offerkan diri untuk mengambil gambar kami. Sorry aku tak boleh memasukkan gambar mereka disini kerana tetamu-tetamu aku tadi sangat "private" orangnya! Matt meminta diri dengan sangat sopan (sepanjang aku kenal Matt berpuluh-puluh tahun, inilah Matt yang paling sopan!!! Hahahahahahah, jangan marah bro!).

Sarapan pagi itu juga mengingatkan aku pada pengalaman bersarapan pagi di Bern suatu waktu dulu. Aku gemar mengunjungi cafe-cafe kecil yang terletak dipekan-pekan kecil sekitar kawasan tersebut. Maka setiap pagi aku akan mengatur langkah tak bersepadu ni kemerata pelosok cafe dan adakalanya aku terlupa yang aku dah masuk kesitu awal pagi tadi sampailah ditegur oleh tuan punya kedai, barulah aku tersedar yang aku dah masuk 2 kali! Hahahahahahah....Hot chocolate and a piece of freshly baked croissant will be my ultimate choice. Aroma hot chocolate dan croissant yang segar really make my day! I would say that breakfast is my main meal setiap kali aku travel kemana-mana....cuaca yang dingin, melihat orang-ramai lalu lalang dengan pelbagai gaya dan fesyen, bentuk badan mereka yang tidak obese....(walaupun ada..), dandanan rambut yang tersisir rapi, briefcase yang melekat kemas ditangan ataupun handbag yang tersisip dalam genggaman memberikan aku suatu pengalaman berada dirantau orang yang sangat istimewa bagi aku....a new experience and new ideas...Ishhh...bilalah aku nak jalan lagi ni........ok people....have a pleasant day today.....(reminding to myself!) Hahahahahahah....got to go!

Rabu, April 04, 2012

Not Entry!

Warning!

Sekali lagi tugas aku membawa aku ke Bali. Memastikan semuanya berjalan lancar. Aku sukakan pekerjaan aku lantas, tidak terasa penatnya dan masa jugak berlalu dengan pantas sekali. Sampai di Bali tengahari, tuanpunya hotel penginapan sendiri yang datang menjemput. Hubungan kami akrab setelah hampir setahun setengah aku menginap di hotelnya setiap kali aku ke Bali. Bilik aku selalunya bertukar kerana aku sukakan ambiance yang berbeda.  Katil bersaiz king untuk aku amat selesa sekali. Terasa seperti pulang ke rumah. Waktu-waktu sebegini lantas mengingatkan aku pada katil diasrama sekolah pada tahun 1981 dulu. Waktu itu katil aku double decker dan aku tidur ditingkat atas. Tidak ada papan pengalas membuatkan katil aku melentur kebawah! Kesian kat kawan aku...Setahun kemudian barulah diletakkan papan pengalas......

Sunset..

Aku pergi ke Tanah Lot dan mengambil masa yang panjang untuk bersantai, ngopi sambil menunggu bermulanya Kecak sekitar jam 6.30 petang. Kali ni aku ada banyak waktu. Pukul 4 aku dah ada di situ. Dulu tak sempat nak buat apa-apa dan kemana-mana kerana masih kurang arif lagi bijaksana....at least sekarang ni masih ada waktu. Bayaran masuk ke Tanah Lot dah naik dari RP10,000 ke RP30,000 tepat pada hari aku melawat yakni 1 hb April. Untuk tarian Kecak pulak, tambahan RP50,000 dikenakan. Bagi aku masih ok harganya (exchange in bali is 2850, di Sanur). Kali ni aku tak beli apa-apa pun. Masuk dan terus duduk kat kedai kopi berhadapan dengan ular sawa, 3 round aku minum kat situ sambil tengok orang lalu-lalang yang pelbagai rupa dan saiz! Ini memberikan aku lebih banyak idea untuk menulis. Cukup waktunya aku beli tiket, berjalan santai masuk ke dalam dan duduk diatas platform buluh. Depan aku stage dan belakang aku pulak matahari sedang terbenam!


Bliss..

Aku suka suasana yang sebegini. Tenang bilamana mendengar ombak menghempas pantai. Waktu-waktu sebegini mengingatkan aku pada pantai kecil di depan rumah aku di Henry Gurney Telok Mas dulu. Rumah aku diatas lereng. Hujung minggu aku  akan turun ke pantai yang berbatu dan bermain air. Betul-betul depan rumah aku. Pokok ketapang tumbang ke laut menjadi papan anjal tempat aku "dive". Manakala belangkas pulak menjadi sarapan aku. Rasa betul-betul macam terdampar kat pulau! Itulah yang menjadi modal pembikin-pembikin movie dari Hollywood melamar Tom Hanks untuk menjadi salah satu daripada pelakon depa.....errr..cuma Tom Hanks tak makan belangkas...hahahahahah!

Ramai yang buat wedding photography kat situ..

Ramai sungguh pasangan keatas tu untuk bergambar. Ada yang saja suka-suka dan tak kurang yang mengambil gambar pra-perkahwinan walaupun depa sendiri tahu yang kemungkinan besar depa tak akan kahwin! Hahahahahah.....Manakala pasangan yang tak sempat kahwin pasal terjatuh gaung pun ada! Hebat sungguh Tanah Lot ni! Ombak agak deras dan peluncur-peluncur yang terdiri daripada penduduk tempatan mula membanjiri kawasan. Aku suka tengok tapi tak pernah mahu mencuba kerana aku kurang minat dengan surfing ni. Yang aku ingat tentang tentang surfing ni cumalah lagu "Surfing USA" kalau tak salah aku!



Aku!

Ni masa aku dalam perjalanan nak ke tempat Kecak diatas bukit tu. Letih aku jalan. Turun 2 kilo setengah! Tiket dah pun dibeli awal-awal lagi dan penonton dah pun memenuhi ruang. Dari segenap pelosok dunia. Tepat jam 6.30 malam, persembahan kecak pun bermula. Yang bagusnya disini, bahasa di dalam tarian kecak itu dilakukan didalam pelbagai bahasa kerana tetamunya dari pelbagai negara. Ada bahasa Sanskrit, Inggeris, Jepun dan bahasa Indonesia dan ditariknya salah seorang penonton untuk melakonkan satu babak, katanya lebih dekat@seru! Jadi aku dan penonton-penonton lain lebih memahami jalan certanya...
 
Jauh disebelah kanan gambar ialah stage untuk persembahan..

Kali ini banyak tempat-tempat makan yang berjaya aku kunjungi. Malam pertama aku makan di hotel saja. Malam kedua aku makan di sebuah restoran yang agak mewah dengan seafoodnya yakni "Bale Udang Mang Engkin" di Nakula Timur, Denpasar, +623618947007. Pondok-pondok terletak diatas kolam yang mana tetamu boleh mencecahkan kaki kedalam kolam sambil digigit-gigit kecil anak-anak ikan. Jangan risau kerana kaki anda akan masih cukup sifatnya setelah membayar bil! Hari ketiga aku makan tengahari di Natrabu, Sanur manakala malamnya pulak aku ke sebuah restoran di Ubud. Bagus tempatnya dan sedap masakannya. Lupa aku namanya. Malam seterusnya aku ke Cafe Wayan. Kalau di google cafe ni, kita akan jumpa dan Cafe Wayan tersenarai sebagai salah satu Cafe yang terbaik di Bali. Macam biasa, menu aku mesti ada gado-gado kalau aku makan disini kerana aku nak cari keunikan rasanya berbanding dengan kita. Tempat-tempat makan yang aku kunjungi adalah tempat-tempat yang aku reccommend kepada sesiapa saja yang datang ke Bali. Aku tak akan reccommend tempat-tempat yang tak bagus kerana itu akan mendatangkan sedikit rasa bersalah didalam diri walaupun aku tak kenal semua pembaca blog merepek aku ni! Dan satu lagi, aku tak dapat commission...hahahahahahah!

Aku tak pasti samada depa hidup atau mati lepas bergambar!

Selepas menonton, aku terus kembali ke Ubud. Sampai Ubud dah pun pukul 9 malam dan badan terasa sangat lemah. Aku teguk satu botol air bersaiz besar dan terus keluar untuk berjumpa dengan partner disalah sebuah restaurant yang aku selalu terlupa nama walaupun dah berkunjung sebanyak 3 kali! Hahahahahah...Had a not so small dinner....balik saja ke bilik, santai di balkoni, aku terus menyambung kerja-kerja yang terbengkalai dan kembali merancang program untuk  keesokan harinya. Aku masuk kebilik dan melelapkan mata pada pukul 2 pagi. Pukul 6 nanti aku dah nak bangun untuk menguruskan apa-apa yang patut untuk hari yang baru! Itulah aktiviti aku selama di Bali pada trip kali ni. A hectic week indeed but that's what I really love doing! Mencari rezeki halal untuk anak-anak dan isteri di KL.....Have a pleasant week ahead people! 

Khamis, Mac 29, 2012

Curry Land Part 4

Hahahahahah....aku nak pi jalan lagi ni....macam aku banyak duit dan macam biasalah aku pi jalan selalunya sorang-sorang....Kalau aku ada masa aku akan update blog dari destinasi terbaru aku. Eh aku bukannya kerja dengan Travel Agent ataupun Travel Log Air Asia yang selalu dok keluar makan angin tu...hahahahahah

Hyde Park

Gambar kat atas tu mengingatkan aku kat rumah lama arwah nenek aku kat Kuala Kedah dulu. Tepi rumah tu ada kolam dan pagi dan petang akan ada banyak itik berjalan lenggang kat situ. Aku suka tengok depa berjalan. Comeyy sangat! Bila aku kat Bali, aku tengok lagilah banyak itik ni berkeliaran sampaikan ada restaurant yang menggunakan nama itik ni kat restaurant depa, "Bebek Di Tepi Sawah" dan sangat masyhur hinggakan para pembesar negara Indonesia juga mengunjungi restaurant ini.

Marble Arch

Susunan bunga-bunga yang sangat menarik perhatian aku terutamanya pada musim spring. Sewaktu aku di bandaraya Geneva, susunan bunga cantik seperti ini dhiaskan di "jam besar" dan ini menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia! Ishh, kita kan banyak bunga....awat tak buat lagu tu? Atau mungkin aku terlepas pandang. Jadi kalau sapa-sapa pernah tengok susunan dan hiasan seperti diatas di mana-mana bandar di Malaysia, bagitahulah kat aku. Teringin aku nak ambik gambar untuk tatapan semua!

Oxford Street

Lelaki ni berdiri diatas tong ditepi jalan yang sangat sibuk. Laluan jutaan pelancong asing. Dia jugak menjadi ikon dan merupakan daya tarikan bilamana beratus-ratus pelancong akan berhenti untuk mengambil gambar ataupun bergambar dengan dia. Setiap permintaan untuk bergambar akan dituruti. Ucapan terimakasih dengan gerak badan menarik membuatkan pelancong terhibur dan bertepuk tangan. Malangnya seorang "Mime Artist" (betoi ka aku tulis MA ni, atau ada nama lain?), telah ditangkap dan dihalau dari laluan pejalan kaki di bukit bintang. Budak lelaki yang berasal dari ipoh itu mencari rezeki dengan cara tersendiri. Kalau aku, aku akan masukkan dalam kalendar pelancongan dan aku akan galakkan ramai lagi artist seperti ini untuk beraksi di bukit bintang berhadapan dengan maybank dan aku akan lakukan promosi besar-besaran untuk adik-adik sebegini.....

Piccadilly

Bila bas berhenti, aku tertarik pada budak lelaki ni yang sebenarnya melepaskan lelah setelah melakukan kerja-kerja pembaikan bangunan. Cuaca sekitar 20C membuatkan dia terlena sebentar sementara orang ramai teruja dan mengambil gambar dia. Bangunan hebat seperti ini mengingatkan aku pada Italy. Sebuah negara penuh sejarah dan muzium hebat yang pernah aku lawati sewaktu cuti musim Easter dulu.



One of the cafes

Aku sangat meminati cafe-cafe kecik macam ni. Disulami dengan cuaca yang baik, menikmati sarapan pagi ataupun makan tengahari sangatlah mengasyikkan. Aku suka tempat-tempat sebegini bilamana tetamunya berpakaian kemas dan diberikan proper service. Sepertimana yang aku cakap dulu, sewaktu aku di Paris, aku pernah beratur panjang semata-mata untuk masuk ke "Cafe de la Paix" yang sangat femesz tu. Aku tak makan banyak. Cuma black coffee dicicah dengan croissant segar! OMG...awesome sambil menikmati keindahan pemandangan dan juga pejalan kaki yang menggayakan pelbagai fashion musim bunga!


Westminster

Setiap kali aku lihat gambar ni entah kenapa aku teringatkan cerita "Harry Porter". Hiasan tiang lama dan signage yang dijaga rapi menjadikan ia sebagai suatu tarikan tersendiri.....tangga menuju ke lantai bawah sangat "mysterious" bagi aku untuk diterokai. Apalagi jika ia merupakan jalan menuju ke lorong-lorong belakang London zaman dahulu kala.....my next visit, aku akan cuba mencuri waktu untuk menyusuri jalan yang pernah dilaui oleh "Jack the Ripper!"

Menarik

Aku melalui jalan ini yang mengingatkan aku kepada perbualan aku dengan salah seorang bekas perisik. Waktu itu aku bersama beliau sedang menaiki taxi untuk ke "Fortnum and Mason" untuk makan tengahari. Didalam taxi itu, mat salleh pemandu bertanya kepada partner aku tadi apakah kerja dia, lantas dia menjawab "I'm a spy" dengan jujur. Aku kaget melihatkan keterbukaan dia menjawab soalan tadi. Pemandu taxi melihat berkali-kali decermin pandang belakang untuk melihat samada partner aku berjenaka ataupun tidak. Pemandu taxi bertanya apa tugas beliau dan dia menjawab "i'm like james bond!". Pemandu taxi bertanya samada kami mahu melawat Ian Fleming ataupun tidak dan mencadangkan satu kedai yang pemesz dengan "spy gadget" di tengah-tengah bandaraya london! Hahahahahahah.....

London Tour Bus

Aku menaiki bus untuk melihat tempat-tempat menarik di London. Berharga 27 pound untuk seharian suntuk, aku rasa berbaloi! Aku menggunakan earphone untuk mendengar penerangan didalam bahasa inggeris. Namun excitement aku terganggu angkara perbualan kuat 2 orang lelaki di sebelah aku. Depa duduk disebelah kanan aku dan perbualan depa diikuti dengan deraian ketawa manyakitkan hati aku. Teringin untuk menegur tapi tatkala melihat lengan depa yang sebesar peha aku, niat aku terbantut! Yang berbaju orange mempunyai tattoo memenuhi tangan kiri. Ini tambah melemahkan semangat aku untuk menegur. Sekali-sekala depa berpaling kearah aku dan aku senyum tengok depa. Lengan bertattoo semacam ni mengingatkan aku pada waktu aku giat bermain rugby untuk Royal Selangor Club didalam kejohanan Cobra 10's sekitar awal tahun 90 an. Menentang pasukan club dari NZ membuatkan aku bersemangat untuk bermain mati-matian. Waktu itu posisi aku sebagai pemain fullback. Tendangan bola tinggi "up and under" daripada pasukan lawan akan membuatkan lutut aku goyang untuk menangkap bola. Sesampainya bola ketangan aku, rempuhan maha dahsyat daripada fullback depa membuatkan ingatan aku hilang sementara! Hahahahahah...

Alright people, aku akan sekali lagi ke luar negara besok pagi dan jika berkesempatan, aku akan laporkan cerita terbaru dari sana. Atau mungkin juga aku akan bercerita tentang london lagi! Doakan kesihatan aku semoga segala tugasan dapat dilakukan dengan lancar. InsyAllah....till then, good night people!

Sabtu, Mac 24, 2012

Curry Land Part 3

Beautiful cherry blossom..

Trip aku yang ini amatlah bermakna. Selain daripada dapat menjejakkan kaki aku kali pertama di pekan kecik ni, aku jugak dapat bertemu semula kawan lama aku yang dah lebih dari 10 tahun aku tak jumpa. Bercerita sakan kami pasal zaman sekolah rendah yang mana Matt London ni merupakan Head Boy di sekolah rendah Banda Hilir, Melaka tahun 1979 manakala aku pulak take over position dia pada tahun 1980 sebelum aku ke Alor Setar. Coincidently kami sama-sama dapat masuk SDAR but obviously Matt merupakan senior aku setahun. Kami sama-sama dalam pasukan olahraga sekolah, kami sama-sama satu block yakni Bendahara, kami sama-sama satu bilik at one time dan kami sama-sama amat passionate dengan rugby dan bermain dalam satu pasukan waktu disekolah dulu. Sudah pastilah pertemuan dengan Matt London di London amat-amat memberi makna untuk aku. Aku akan sentiasa "cherish" pertemuan dan persahabatan kami ini. Matt dah ada 2 orang anak dan telah pun membuat keputusan untuk menetap di London selama-lamanya memandangkan anak-anak dia pun dah sekolah kat sini (kalau nak datang london dan perlu tempat penginapan dan lain-lain, Matt is at your service! Hahahahah)....sama macam sorang pengusaha restaurant Malaysia yang terkenal yakni Tok Din yang dah 31 tahun menetap di London. TD berasal dari Kancut, Alor Setar tapi dilahirkan dan membesar di Kampung Kastam, Gelugor,Penang. Datang ke London 31 tahun dulu untuk belajar Accountaccy tapi menukar haluan sebagai tukang masak. Sekarang merupakan pengusaha tersohor disini. Aku berkesempatan makan 2 kali kat sini dan ternyata Restaurant Tok Din sentiasa penuh dan aku terpaksa buat booking untuk dinner. Available time for me was only at 9.30pm. TD tutup pukul 10.30 malam tapi tetamu Mat Salleh berduyun-duyun datang....well done TD!



Souvenir shop

Aku jadi "pig crazy" (direct translation = gila babi. Hahahahahah) bila tengok kedai souvenir kat sini. Semuanya menggoda nafsu remaja aku. Tapi aku sabar....bak kata aunty kat aku selalu, "sabarlah sikiiiit!". Dia tahu aku jenis tak sabar. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai dapat. Dan jugak aku mahukan sesuatu tu dengan cepat. Kebaikan daripada sikap aku ni ialah, usaha yang keras untuk mendapatkan sesuatu sehingga aku berjaya. Sebagai contohnya kerja haruslah sempurna dan aku akan pastikan yang semuanya ditahap terbaik untuk aku, guests aku dan associates aku semuanya. Manakala sikap aku nakkan result yang cepat pulak, kebaikannya ialah aku tak suka delay dan aku nak tengok result. Tak kira baik atau buruk...kalau baik, aku akan usahakan yang lebih baik lagi manakala kalau result tak baik, aku akan cari jalan penyelesaian. Tapi aunty cukup marah dengan aku bila aku tak sabar....katanya banyak buruk dari baik...tu pasal dia selalu pesan kat aku, "sabarlah sikit...!@#$%^&*". Hahahahahahahah.....(gelak galak ni, ataupun orang kedah kata, gelak chaih!). Anyway, macam tulah kerja aku. Kerja dihotel mahupun ketika aku menjaga pembesar-pembesar negara, semua nya perlu dilakukan dengan cepat. Aku bernasib baik kerana boleh melakukan "split second decision" dan itulah kelebihan aku walaupun tak semua decision itu berpihak kepada aku. Bottom line is, the job gets done dan tetamu aku dapat result yang baik. Tapi ada jugak beberapa kali decision aku bercanggah. Oleh itu aku akan cepat-cepat bertukar arah tanpa tetamu aku tahu macamana aku berusaha untuk memenuhi permintaan depa. Selalu aku bercerita yang aku ni umpama itik yang dok berenang kat River Thames (kalau ada), yakni, diatas permukaan air nampak tenang tapi kaki di dalam air tu bergoyang atau kelam-kabut bagai nak gila. Pokok pangkalnya walaupun aku jadi kelam-kabut, tetamu aku tak perlu tahu.....hahahahahahah.....muka mesti tenang dan confident. Aku tak menipu tapi aku berusaha walaupun banyak ranjau dalam memenuhi kehendak semua orang...Nah...oleh itu, aku akan selalu mahukan jawapan yang cepat dan kemahuan aku  (dengan cara yang diredhai) haruslah dipenuhi! Boss lama aku dulu yakni Marc Cosyns yang sekarang ni GM di Lisbon Marriott (boleh google nama ni) dalam appraisal untuk aku ada menulis bahawa aku seorang yang "bekerja keras" dan sangat "bullish" dalam memperjuangkan kebenaran mengikut peraturan...tak ada kona-kona budak ni...(dia lah kata...hahahahah) 
 
Bayswater, I stayed at the end corner!

Bangunan-bangunan sini masih di kekalkan dengan bentuk asal. Facade tak boleh diubah dan kalau diubah, kita akan disaman. Saman pulak bukan "kecik anak @ small kid" (direct translation lagi ni...tu yang ZAABA marah kat aku...hahahahah). Meletup-letup kalau kena. Therefore, bangunan depa berusia beratus-ratus tahun! Kalau kita, selagi boleh runtuh dan bina kondominium, undang-undang pun boleh diketepikan....something is really not right somewhere. This is a personal opinion...tengok sajalah Pudu Jail mahupun sekolah di Bukit Bintang dulu tu....oh mann....these are buildings yang boleh dimasukkan didalam kategori "heritage" dan harus dipelihara dan dimasukkan didalam peta pelancongan sebagai monument ataupun bangunan warisan yang harus dilawati setiap kali melancong ke Malaysia. Something "not to be missed" ataupun "10 places, a must visit" dan disiapkan dengan tourist guide @ guided tour".


Palace of Henry VIII. Awesome!

Ini merupakan tempat penginapan Henry VIII beratus-ratus tahun dulu. Masih dikekalkan dengan bentuk asal walaupun beberapa tahun lalu dah terbakar! Memerlukan satu hari untuk pusing habis. Aku pusing tak habis....tapi puas dapat tengok bilik beradu, bilik baca, jamban tong dia dll...hahahahahahah....aku suka...pasal tu aku suka ke istana Johor yang ada muzium tu sebab muzium tu ada bilik meeting dan bilik tidur....serta kaki harimau yang dikeraskan dan dijadikan ash tray!"?. well done for preserving the heritage!


Senjata yang diguna pakai beratus tahun dulu..

Yang kat atas tu aku ingatkan apa, rupanya tombak, senapang dan pistol yang disusun rapi. Cantik dan patut dijadikan panduan oleh muzium-muzium kita di Malaysia. Jugak disertakan dengan cerita-cerita menarik pasal senjata-senjata tu semua. Kelebihan depa. Henry VIII ni ada 6 isteri. Ada yang mati, ada yang kena penggal kepala (pasal infidelity yakni isterinya menduakan dia dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain...err...pada pasangan-pasangan kita, janganlah buat lagu tu! Aku berdoa sangat-sangat sebab aku pasti parut sakitnya dikhianati itu sangat besar dan effectnya akan sampai ke mati!!!)


Melakonkan satu babak!


Aina from Tandop Aloq Setaq taking order

2 kali aku makan kat Jom Makan. Location yang tersangat baik. Mesti berjuta-juta dibelanjakan. Restaurant yang simple tapi exclusive, tatarias yang ringkas dll. My prediction is, "What A Waste!".  Semalam siang sewaktu aku lalu kat Trafalgar Square at about 1pm, aku tengok tempat tu kosong....then malam pulak sewaktu aku ke Del Aziz di Westfield for dinner, sengaja aku melepak kat small piazza yang ada kat depan Jom Makan. Ternyata kosong kalau nak dibandingkan dengan Wagamama ataupun Meat Restaurant. Restaurant lain yang sederet dengan JM penuh tetamu sampai kat luar. Aku tak tahu sapa punya restaurant ni dan sapa punya projek. Tapi aku pasti yang projek ni menelan belanja yang besar dan aku rasa projek ni mempunyai masalah! Walaubagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi aku yang tak sekolah ni. Do not quote me on this!


Bought a book here

Aku selalu lalu kat depan kedai ni di Notting Hill dan ada sekali tu aku berhenti dan beli sebuah buku kat sini. Collection yang melimpah-ruah dan tajuk-tajuk yang sangat menarik perhatian. Kedai ni disyorkan oleh salah seorang bekas pembesar negara. Aku cuba masuk dan lihat koleksinya dan ternyata aku tak hampa. Lepas beli, aku melepak pulak diluar kedai kopi sebelah Daunt tu yang menjual pizza. Minum hot chocolate di luar sambil membaca buku pada suhu 19C-20C adalah "heaven" untuk aku. Terasa macam aku minum kopi dan membaca novel di "Cafe de la Paix" di Paris dulu......Allahuakbar....rezeki yang Allah bagi kat aku la ni sangat besar nikmatnya.....aku tak kaya wang ringgit tapi alhamdulillah aku bersyukur....Have a pleasant and productive weekend people........

Khamis, Mac 22, 2012

Curry Land Part 2

Gimmick yang sangat menarik perhatian aku

Amboi banyak sungguh barang-barang yang ada kat tempat ni. Nasib baik hujan dan aku jadi sejuk-gedi...kalau tak, dah pasti aku akan mengganas. Tengoklah gambar kat atas tu. Mesin jahit lama depa susun elok-elok pun cantik bila depa display lagu tu. Tak teringat pulak nak buat macam tu masa aku pakai mesin singer yang kena goyang-goyang dengan kaki tu!

Aku pun join depa beli payung sama!

Mula-mula aku sampai dah mula hujan. Aku ingat aku water-proof, rupa-rupanya tidak....yang tu dulu masa muda remaja...hahahahahahah...la ni dah lenguh sikit...aku lupa! Julin mata aku cari kat mana depa beli payung. Last-last aku jumpa kedai souvenir yang jual payung harga souvenir! But since aku mai nak cari souvenir, aku pun bayar lah harga souvenir...hahahahahah

Makanan, sayuran yang sangat fresh...

Tempat-tempat yang macam ni bila aku lalu aku mesti teringat masa kat Florence, Italy dulu. Di luar bilik aku tinggal tu ada pasar pagi yang macam ni dan depa susun sayur-sayuran pelbagai warna kat dalam tong kayu. Sangat cantik dan menaikkan nafsu aku...hahahahah....lalu saja dan tengok tak beli sayur apa pun sebab kalau aku beli, aku nak masak kat mana?

Bola rugby kulit style lama pon ada!

Gerai ni aku suka sebab dia ada banyak alat-alat sukan gaya medieval! In fact kalau tengok betul-betul ada pulak bola rugby ala-ala tahun 1886 zaman Jack The Ripper dulu. Nanti this weekend kalau aku lalu kat situ dan kalau harga mengikut kata aku, aku beli 7 buah! Beli 1 tak guna sebab nanti tendang masuk rumah sebelah!


Macam Jonkers Street, Melaka..

Aku pun suka tengok bangunan-bangunan kat sini. Aku berhenti dan ambik gambar sebab bangunan kat situ cantik dihias dengan pokok bunga dan dinding yang dicat pelbagai kaler. 10 minit jugak aku dok belek bangunan dan ambik gambar. Bila aku pusin belakang, ada lagi 5 orang dok ambik gambar yang sama macam aku dengan tanpa tujuan dan tanpa halatuju....sama jugak dengan aku...hahahahahah


Warna-warni yang meriah

Ada banyak kedai makan, kedai minum, kedai antik dan yang paling menarik perhatian aku ialah kedai souvenir, susunan yang bijak memang memeningkan kepala aku pada apa yang aku nak beli. Depa ni jahat sungguh! Maklumlah depa tahu aku memang "banyak duit!!!". Pelbagai bangsa ada kat sini...china, arab, india, portugis, eropah timur dan tak kurang locals....err, selain daripada melayu sorang (yang dok pi balik...pi balik...tanpa tujuan dan matlamat!)

Sangat professional

Sedap depa ni main muzik. Suara pun sedap jugak. Siap boleh request lagi...pasai apa budak-budak Music School kita tak buat lagu ni? Mungkin bukan "culture" kita selain daripada takut kena perambat! Tapi aku rasa kalau depa berani, semua pengalaman ni akan meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan audience!

Accapella from music school boys! Insane!

Itulah yang aku kata tadi, budak-budak ni dari satu famous school kat london dan depa menyanyi ala-ala "Manhattan Transfer". Sedap dan jalinan suara yang harmoni membuatkan depa dikerumuni oleh ratusan pengunjung...kalau masuk "British Got Talent" ni anytime boleh menang!

So people, tunggu lagi cerita aku dari pekan kecik bernama London! Keep on reading people!



Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...