Jumaat, Jun 19, 2009

Abang dan Mekah

(hospital ajyad yang dah nak roboh)

(tu lobby hotel tu, tengok depa pecah batu kat mana?)

(kereta sebelah kanan tu semua ambulance bawak mayat)

(traffic jam lepas sembahyang Jumaat)

Hari ni aunty sms aku bagitahu yang abang dah dapat result periksa. Macam biasalah ada A dan ada B. Walaupun aku balik sekejap tempoh hari, kemudian ditambah dengan tuition yang aku dan aunty organisekan last minute yakni sebulan sebelum periksa, result abang tiba-tiba jadi lebih baik dengan mendadak. Walaupun masih tak berapa bagus kalau nak ikutkan piawaian aku, tapi aku bangga dan kembang hidung sebab nampak peningkatan. Dalam sibuk-sibuk main bola tiap-tiap hari, dengan homework dan tuition lagi, abang meningkat sebanyak 70%. Hmmm, aku ingat tak sebaik tu sebab baru mula tuition dan lagipun aku tak ada kat rumah nak kejar dengan rotan. Abang buktikan yang dia boleh buat. Sebenarnya dia memang boleh buat cuma lately ni dia terlebih main. Ishhh...macam siapalah perangai abang ni? Yuya pulak mungkin minggu depan baru dapat result. Ngeri.....tu belum sekolah menengah lagi tu! Tu belum Marina nanti, lagi ngeri!

Dulu UPSR dibuat masa kami didalam darjah 5. Aku ambik exam tahun 79'. Belajar bagai nak rak, padahal baru darjah 5 kat sekolah bandar hilir. Siap pergi tuition lagi kat cikgu wong kat bukit cina. Geng aku masa tu Azli Omar. Kami selalu berlumba siapa dapat nombor 1. Memanjang dia nombor 1 dan aku nombor 2 atau 3. Ada sorang lagi geng aku nama Malek budak Semabok. Kami 3 orang lah yang dok jalan kaki lepas sekolah makan cendol kat Stadhuys then jalan kaki lagi pergi bukit cina ikut jalan belakang. Habis tuition sama-sama naik bas sebab satu jalan. Azli kat Klinik Telok Mas sebab mak dia bidan kat situ! Betul-betul tepi jalan sebelah kanan kalau dari Alai nak ke Telok Mas. Aku ingat kalau kereta terbabas, mahu masuk kat dalam klinik tu. Kami jugak lah yang selalu tangkap ikan betok dan masukkan dalam balang. Kami jugaklah yang tangkap ikan guppy kat longkang depan sekolah. Kami jugaklah yang ikat kaki kumbang besar warna hitam tu kemudian bagi dia terbang macam helikopter! Lepas darjah 6 kami semua terpisah dan dah tak jumpa sampai sekarang. Azli dengan Malek masuk RMC (Royal Military College) dan aku tersadai kat Seremban. Last sekali aku dengar, Azli pergi Ireland dan sekarang jadi doktor manakala dak Malek dah jadi orang kuat askar. Kelas.......

4 gambar kat atas tu sebenarnya gambar yang aku ambik dari tingkap bilik aku. Memang macam nilah keadaan setiap Jumaat. Semua orang berlumba-lumba nak ke Haram. Dari seawal jam 10.30 pagi orang dah berpusu-pusu pergi. Kesian kat depa yang duduk jauh. Kalau tak sakit kaki boleh sakit lutut dibuatnya. Kadang-kadang ada jemaah yang duduk sampai 1km jauhnya. Kesian aku tengok kat makcik dan pakcik tu. Tapi apa nak buat, package dah macam tu.

Paling jauh aku rasa kalau jalan, masa aku kat Shanghai dulu. Sebab nak jimat cermat tak nak ikut tour, aku sanggup jalan kaki pusing satu Shanghai sampai kat Bund dengan Yuyuan Garden. Janji dalam back pack aku, air mesti ada. Tak makan takpa aku sanggup! Geng aku masa tu si Hamidi. Kalau tak percaya tanyalah si Hamidi ni. Sampai melecet-lecet kaki dengan paha dia. Heh3...Dak Hamidi ni sekarang dah jadi GM kat Pulau Sibu Resort. So kalau siapa-siapa nak pergi sana, bagitahu aku dan aku akan bagitahu kat dia. Boleh buat Scuba sekali. Tapi jangan lupa ambik lesen dengan PADI. Korang jangan main rembat terjun tiruk tak tentu pasal, karang tak timbul aku tak bertanggungjawab! Sendiri mau ingat.....heh3...

10 ulasan:

CM berkata...

Dear uncle

hari ni mas nk cerita panjang sikit dengan uncle,2,3 hari tak sempat tinggal jejak,sibuk dgn result bebudak tu lah..tapi tetap jenggok uncle,pi sekejap kt blog loftikamikaten..aduh!!uncle hemsem yer uncle disitu dishoot dgn camera ribu hengget tu.natural beauty gitu,inginku tapau gambar tu,tapi takut aunty marah!!!aunty mohon ampun yarrr,tak niat serong...he,he

uncle!!bagus yer uncle ni alert dgn study anak2.balik mesia nanti jadi Pengerusi PIBG lah,bgtau mak bapak lain ikut cam uncle care ttg study anak2,jgn salahkan cikgu jer bila result tak bagus..

Uncle jom kita cerita pasal melaka.cheqtau benau lah kt mana klinik Telok mas tu,he,he,betul kata uncle kalau keta terbabas betul2 masuk klinik..tapi ni satu kisah benau tak tipu tahun lepas rasanya..ada satu lori terbabas betul2 depanklinik tapi bukan sebelah kanan sebelah kiri,langgau(speaking melaka sikit yer) orang kg tengah beli buah..4 org mati serta merta ktsitu,skrg depan klinik ada sekolah n kawasan lapang wat pasau ramadhan..jadi betullah firasat uncle ttg keta terbabas tu..he,he

Wah uncle ikan betok( nek rock kenal tak ikan betok)..org tempat lain panggil ikan puyu kan??semua yang uncle main tu,semua saya main gak dgn abg ngah saya yg sebayadengan uncle..kumbang hitam kita ambik kt pokok kelapatumbang kan ,ikat dgn benang,pas tu tengok dia terbang fuyoo,best yer..abg ngah saya lagi jahat dia masukkan kumbang dlm baju budak pompuan..he,he

Sebab sayacikgu sejarah saya sangat gila dengan kisah2 nostalgia ..kt blog uncle lah tempat sayacari makanan sejarah cam tu.. lagi best kalau ada pepatah pujangga tokoh2sejarah dunia,he,he

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Semoga prestasi abang akan terus meningkat. Teruskan memberi motivasi pada abang, Insya Allah dia akan cemerlang.

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas. Eh tengok ke gambau tu? Uncle tak sempat nak kolor rambut tu...sebab tu nampak jerebu semacam!

Oh...dah ingat klinik bidan tu yea....tu lah klinik yang Uncle selalu pergi walaupun tak kena-mengena! Azli Omar tu memang best friend Uncle dulu. Kat manalah dia sekarang ni...

Pepatah pujangga akan Uncle selitkan nanti. Tak boleh buat selalu, nanti modal habis cepat. Heh3...

Uncle berkata...

Dear KN.
InsyAllah. Saya sentiasa pantau prestasi anak-anak dari jauh. Itu tanggungjawab saya KN. Kalau prestasi menurun, saya kaji balik apa yang tak kena....eh betul ke ni?

tinta berkata...

salam uncle..
tahniah utk abg. moga terus meningkat. ini menunjukkan abg memang ada potensi mcm .. hehe sapa lagi.

PINATBATE berkata...

tahniah utk abang!

Uncle berkata...

Dear Hayati.
Amboi lama tak dengar cerita. Jangan lupa sambung apa-apa yang dah buat kat sini dulu i.e. sembahyang 5 waktu dan kalau nak lebih baik, berjemaah lah kat masjid2 terdekat..challenge untuk kita selalunya tak terikut dengan apa yang kita dah buat kat sini.

P/S: ikan bilis banyak lagi, kalau tak sempat si dollah ensem tu goreng, Uncle gigit2 je ikan bilis tu...sedap jugak...heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks a lot....Uncle tumpang teerhutang budi dengan aunty yang dah banyak berkorban...yang ni Uncle tak tahu macamana nak balas.....any suggestion?

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

rajin adik rajin...rajin lah belajar...bila besaq nanti...boley tunjuk ajar.. hait!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Rasa2 pernah dengaq lagu ni...bukan ka lagu Melly Gosloew ni? Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...