Selasa, Jun 16, 2009

Food....

(mahmud dok lap fire extinguisher aku kat pantry)

(lepas makan ikan bilis, aku terlena!)

(ikan bilis CY)

(sebelum kena baham)

(bilal tengah pasang prop untuk aku ambik gambar food)

Aku nak ucapkan terimakasih sekali lagi kat fellow blogger aku yang nama CY sebab bagi aku ikan bilis masa dia datang hari tu. Ada aku cerita very brief hari tu. Tuhan maha kuasa. Walaupun aku tak kenal dengan CY, tapi melalui blog kami berjumpa ditanah suci Mekah.

Nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas masa aku off dan tak tahu apa nak makan, aku dok melilau dalam bilik sorang-sorang. JDrama aku dah tengok, berita TV3 aku dah tengok, paper Arab News 2 minggu sudah aku dah baca, aku selongkar almari dan teringat kat ikan bilis CY. Aku ambik segenggam, panggil budak RS datang bilik, suruh dia kasi kat Dollah (NR panggil Dollah ensem!)pesan kat Dollah suruh goreng dengan bawang dan kacang, omelet sejemput dan nasi putih. 1.30pm lepas sembahyang Jumaat, budak aku hantar kat bilik. Seronok tak sangga aku dapat makan ikan bilis. Macam tak pernah makan! Masa dok makan tu aku teringatkan parcel yang Kak Anne hantar kat aku dulu masa kat Suisse. Punyalah mahal dia hantar, mengalahkan harga makanan! Masa tu baru aku terasa ish....nikmatnya kalau dapat makan kat rumah. Selalunya kalau kat rumah tu, sebelah mata pun tak pandang. Tapi bila duduk kat tempat orang, makanan tu dah jadi makanan terbaik pernah aku rasa.

Dalam pada tu aku teringat pulak masa aku kecik dulu. Since kami ramai dan duit tak banyak, makanan yang ada kat rumah semuanya dicatu. Mama pandai control. Apa yang mama masak dari benda yang paling simple, boleh jadi makanan yang paling sedap dalam dunia. Since masa tu banyak kekurangan, aku belajar appreciate food yang dihidangkan. Bagilah aku makan apa pun, sedap ka tak sedap ka, semuanya aku akan makan habis tak bersisa. Part ni aku selalu pesan kat anak-anak aku sebab kami dari generasi yang berbeza. Depa tak tahu erti susah. Semua yang depa nak dah terhidang kat depan mata. Aku pulak terbalik. Kalau nak apa-apa, mesti usaha dulu sampai dapat, barulah merasa. Aku pesan kat anak-anak aku kalau aunty masak apa-apa, pasti makan sampai habis dan cakap terimakasih. Alhamdulillah sampai sekarang, masa nak makan, anak-anak aku akan baca doa makan, kemudian akan sebut "itadakimas" yang maksudnya lebih kurang macam nilah...."terimakasih dengan rezeki ni..." dan lepas habis makan, depa dan termasuklah aku sekali akan cakap "gochisosama...." yang bermaksud lebih kurang, "terimakasih sekali lagi...bla...bla...bla...". Aunty akan sambut dengan menyebut "Hait..." dan anak-anak aku termasuklah aku sekali akan usung pinggan masing-masing ke dapur. Bagi aku adat dan budaya ini sangat penting. Pertama, dia mengajar kita menghormati orang yang memasak. Kedua, dia mengajar kita menghargai makanan yang diberi. Ketiga, anak-anak aku akan habiskan makanan yang diberi dan yang ni mengajar depa supaya faham erti kesusahan orang-orang lain yang tak cukup makan dan yang terakhir menunjukkan appresiasi kita yang makanan tu sedap dan jangan membazir. Semua tu penting untuk proses pembesaran depa. Sampai sekarang, kalau makanan tu tak sedap, anak-anak aku akan habiskan jugak makanan yang kat pinggan dan akan cakap sedap bila ditanya walaupun makanan tu tak sedap. Aunty selalu terharu bila sampai part ni....dan kadang-kadang kalau tak lalu pun anak-anak aku akan mintak tambah sikit lagi. Aunty puas....aku senyum...

19 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Terliur pulak KN tgk ikan bilis tu..esok nak goreng bilis jugaklah..makan dengan bubur nasi!

Betul tu uncle...anak2 kita mewah dgn makanan tak sama mcm zaman kita dulu. Masa KN dulu susah...lauk ayam tu sebulan sekali kot! So mcm uncle kata tu betul..kita nak kn selalu cerita kat depa supaya depa appreciate dgn rezeki yg dianugerahi Allah. Kena sentiasa bersyukur dgn rahmat Allah SWT.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam Uncle
waduh dapat ikan bilis goreng, sedap tuh. Kalau aada nasi lemak letak ikan bilis tu Pasti sedap jua bah)

** Uncle
photog Food tak dak ka?

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang patut terlioq pun KN oii....kalau lama tak kena, memang sedap rasa dia. Ratah macam tu depan tv pun saya buleh..

Pasal anak-anak ni, memang saya selalu dok pesan kat depa. "Depa Mudah Lupa!".....

Uncle berkata...

Mmmm memang number one in the world...kena pulak CY bawak dari jauh. Huh? Nasi Lemak? Ohhh tidak...........................

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

saya sangat terharu membaca entri kali ini. insya allah, apa yang uncle ajarkan di sini, saya cuba untuk amalkan bersama keluarga. memang satu ajaran yang sangat berguna dan semakin dilupakan. Budaya menghargai usaha dan penat lelah ibu memasak seharusnya disemai dan disuburkan. Terima kasih di atas perkongsian ini.

p/s : saya dah 3 kali pergi felda. Selalu lupa nombor tepon uncle. Nak naik atas pun, tak tahu nak cari kat mana. Hehe.. nanti sebelum balik msia, insya allah kita pekena teh tarik skali. Bila waktu uncle free?

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Uncle suka berkongsi dan kalau baik, jadikanlah pengajaran. Menyebut Itadakimas dan Gochisosama tu budaya Jepun turun-temurun dan kalau kita olahkan dengan budaya kita, mesti lebih menarik. Kesian orang tua kita yang bersusah-payah masak dan anak-anak cuma tahu membebel. Sekarang kita dan jadi mak dan ayah.......

Nombor telefon Uncle is 0561634344. Call me whenever you are here. No problem...

PINATBATE berkata...

salam Uncle..
hari ni saya masak nasi goreng utk bekal anak-anak..sayangnya kehabisan stock ikan bilis..saya ganti masukkan ayam dan telur tapi teringat-ingat pulak ikan bilis kat entry ni..terliur..

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ok. thanx.

kucingorengemok berkata...

saya pun tak boleh tak habis food, mmg mak marah. tapi part kata tq to org yg masak tu mmg patut ditiru lah uncle. saya pernah nangis sbb penat masak menu special hari tu and semua org balik lambat... haha (emo la pulaaak). but they did say sedap lps makan, hehe.

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Uncle dulu tiap2 hari bawak bekal nasi goreng pergi sekolah jadi tak pernah merasa makanan kat kantin sekolah. Dari situ Uncle belajar sikap jimat-cermat. Air pun bawak dari rumah.

Uncle berkata...

Dear KOG.
Uncle paling tak suka kalau orang tamak, semua makanan nak ambik tapi last sekali tak habis. Orang macam ni patut jadi macam filem "Cast Away" je. Lagipun monyet kan selalu pesan....".......orang tamak selalu rugi!"

siti tanjung berkata...

terharunya sy baca..nak2 pulak sy yg tgh berposa ni.. mumy..ceq lapaq...heeeeeee

Uncle berkata...

La...posa ka? Awat cheq tak habaq? Buleh hantaq korma ayam kat cheq...mamu siap letak ubi benggala yang nala-nala punya kat cheq...thu...dia....habaq mai nak apa lagi? Satu tanjong mamu pi ronda cari kat siti..

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

alaaaaaaaa asik terlepas jer bila tak ronda banyak lak entry uncle..ehhehee

oppss ini macam nek nak hire dollah ensem jadik tukang masak nek boleh:))

haaa memang betoi kat msia ikan bilis sampai tengek tak dimakan, kat sini jatuh sekor dalam sink pun kutip semula bergitu lah kalau dah merantau we will appreciate semua, bukan tak ada ikan bilis kat sini jual ada, cuma nakkkkkkkkkkkk gak ikan bilis dari mesia..ehhehe

a good lesson for all dari uncle ni, pada yg ada anak2 kecik marilah sama2 didik anak2 untuk menghargai penat lelah kedua ibu bapa

take care uncle

Uncle berkata...

Dear NR.
La..la...la...la..la...

Dollah ensem pandai memasak,
Masak pulak dengan bergaya,
Kalau NR dah ambik si Dollah,
Sapa pulak nak masak kat saya?

Jawab NR jawab....

Nek Rock berkata...

huh kena jawap ke, gulpppp

dollah yg ensem penuh bergaya
sambil masak sambil tersengeh
letih uncle tak bermaya
hari2 makan taugeh

hahaah letih aaa oiii nek tak reti bab2 pantun ni fail, dulu bab2 ni nek fonteng..hahhaha

Uncle berkata...

Kelas..........memang number one in the world! Ni kalau ruangan berbalas pantun kat radio dulu antara RTM, NR mesti menang ni!

Nek Rock berkata...

ahhaahhahaah shhhhhhhhh kang cikgu mas dengar, dia terer bab2 pantun ni..lalaalalla

Uncle berkata...

Shhhhh jangan cakap...jangan cakap...malu kita nanti!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...