Selasa, Februari 23, 2010

23/2/10

(dok belajar taketombo kat Japanese Club Taman Seputeh)

(tenaga pengajar dari Jepun)

(3 beradik tekun dok belajar)

(dok main kat luar bangunan)

(letih sangat!)

Hari ni panas sungguh. Duduk dalam panas, duduk luar panas...bila aku tengok langit, nampak mendung sikit. Semangat aku pun mula berkobar ingatkan nak hujan. Tunggu sampai kemalam, tak hujan-hujan jugak! Teringat masa aku nak kahwin dulu. Depa semua dok kalut takut-takut hujan. Bagi aku, hujan ka panas ka, aku tetap kahwin jugak! Dalam aku dok sibuk bersiap pakai baju melayu nak bersanding, aku pun naik ke bilik atas. Masa aku jenguk kot tingkap nak tengok kot-kot jemputan dah sampai, aku ternampak ada baju buruk tersangkut kat atas bumbung. Aku tanya, sapalah punya kerja dok baling habis baju dengan seluar kat atas bumbung....rupa-rupanya depa kata nak tahan bagi tak hujan! Aku gelak sorang-sorang....hebat sungguh penangan "tok moh" kita! Kalau macam nilah rupanya, habislah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang dok meniaga payung! Heh3...

Minggu lepas, ada aunty hantar sms kat aku bagitahu yang dia bawak budak-budak semua pergi Japan Club kat Taman Seputih untuk belajar permainan tradisional Jepun. Nama dia kalau tak silap aku, "taketombo". Bunyi macam KOMBO RTM kalau takpun KFC COMBO! Hentam sajalah labu! Yang penting depa tak lupa permainan tradisional tok-nenek depa. Yang tu aku suka sangat. Walaupun depa membesar dengan persekitaran melayu dan belajar di sekolah ugama, tapi depa mesti kenal asal-usul depa jugak. Itu penting bagi aku. Thanks to aunty!

Ada orang kat sini bagitahu aku yang ada satu kedai makan yang katanya famous kat sini. Depa panggil "gulai kalut" kalau tak salah aku. Aku senyum sorang-sorang....aku tanya apa tu gulai kalut? Rupa-rupanya, gulai tu depa masak la-la tu jugak. Pergerakan dan proses membuat gulai tu sangat cepat, jadi depa panggil gulai kalut. Classic sungguh. Aku masih tak sempat nak merayap lagi selama aku kat sini.

Masa aku bawak kereta nak ke pekan untuk menghadiri satu meeting, kat simpang jalan, aku terserempak dengan kerbau yang terlepas dari bendang. Tali terjuntai dari leher dia. Sayang aku tak bawak kamera. Kalau ada, mahu aku ambil gambar dan masukkan dalam entry ni. Bukan pasal aku jakun, tapi pasal aku dah lama tak tengok kerbau. Dulu masa kat Penang, ada ayam jantan besar dok main kat belakang rumah. Abang masa tu dalam lingkungan umur 2-3 tahun. Abang terkejut tengok ayam jantan tu besar sangat. Dia lari bila ayam berkokok lantang. Muka dia panic...aku tanya dia pasal apa dia lari dan muka panic? Dia cakap ada anjing besar kat belakang rumah! Heh3...

Masa aku datang sini 27 tahun dulu, lampu jalan pun tak ada lagi. Klinik makcik aku pakai generator. Bila sampai satu time tu tiba-tiba generator mati......terkulat-kulat aku tepi jalan sorang-sorang dalam 2-3 minit. Bila depa pasang balik generator, aku terkejut beruk sebab depan aku ada bapak kerbau! Jadi cerita aku dengan abang lebih kurang serupa. Sama-sama jakun!

Tak pernah terpikir dalam kepala otak aku yang la ni aku akan datang sini. Tapi bagi aku, rezeki kat mana-mana. Macam aku cakap dulu, kalau rezeki aku ada kat Vanuatu, kat Vanuatu lah aku bekerja. Sama macam kawan aku sorang tu yang dari Indonesia. Tiba-tiba keluar dalam FB dia dah ada kat Vanuatu dengan wife dia.....heh3...pun ada!

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku belum sampai. Aku teringin nak kerja kat kapal tapi masih belum berkesempatan. Dulu masa QE2 tengah hangat, ada aku buat application tapi tak pernahnya dipanggil. Mungkin rezeki aku bukan dengan kapal. Tapi masa kecik dulu aku selalu jugak naik kapal. Kapal navy PX dari jeti gelugor ke Pulau Jerejak. Lepas tu aku naik feri dari Penang pergi ke seberang. Ada sekali tu aku bawak abang naik feri. Abang tak pernah naik feri. Jadi dengan kereta Kancil Super Saloon aku, kami pun beratur panjang kat pengkalan Tun Uda (kalau nama tu depa pakai lagi). Punyalah panjang que dia. Bila naik feri aku tengok abang punyalah seronok tak sangga. Aku senyum puas tengok dia seronok. Tahun 70-an dulu Penang merupakan sebuah pulau bebas cukai. Kalau naik feri tanpa kenderaan, aku jadi letih sebab nak kena beratur panjang sebab kastam akan check apa yang kita bawak...bila depa stop, aku pun dah lupa!

Naik sampai ataupun bot tengah-tengah malam, aku belum try lagi. Tadi ada aku bersembang dengan kawan aku. Aku tanya pasal apa kat tengah laut lampu dok lip-lap...lip-lap....dari jauh nampak macam "mastorra" mami jarum pun ada! Dia kata depa tengah dok mencandat sotong dan kalau nasib baik kadang-kadang boleh dapat sampai 60kg.....aku terkejut...huh? 60 kg? Aunty pun 48kg.......heh3...tak sangka pulak aku yang sotong lagi berat dari aunty!

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

que nk nek feri tu stll pnjang lg smpai la ni ankel.. ahiksss..
aritu qaseh mai sini, msa kami nk blik kolumpo sj2 la gtai singgah penang sat, jenjln..
p kot bridge & cdg nk blik nek feri.. tgk2 que pnjang sgt, trus straight nek bridge blik.. huahuahua..

kucingorengemok berkata...

waa, molek sungguh marina tidur, hehehe

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah, uncle dh mula menyesuaikan diri dgn persekitaran di tempat baru , cuma rasanya uncle mesti sibuk banyak (bukan sibuk sikit) he he

uncle masih di F&B or post lain di sana ?

all the best tu u uncle

zorro berkata...

Salam,
How is Langkawi, Boss? Dah settle down ke? Ada tak Robae bagitau dia dah dapat keje kat One World Hotel as Restaurant Manager? Senang hati dia dah dapat keje. Hope you are fine in Langkawi...

PINATBATE berkata...

comelnya marina tidur..

azieazah berkata...

Wahh banyak sungguh kenangan UNCLE, kan? Jauh berjalan, banyakler pengalaman..

Saya dulu pun, pertama kali naik feri pun, seronok tak hengga dahh..

Baguih la bebudak tu didedahkan dengan pelbagai budaya warisan ibu ayah.. Beruntung depa sbb perkahwinan campoq ni depa belajaq banyak lagi perkara unik...

azieazah berkata...

UNCLE, masih di Langkawi tak April nanti?

Saya akan ke Langkawi, insyaAllah 16-19 April nanti.. Rasanya di Cenang tu tempat menginap..

ada harapan berjumpa?
tapi cemana ler nak contact Uncle noooo....?

email saya: azieazah_07@yahoo.com.
thanks...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
kira unty pun aktif gak ngan japan society ni erk, best ghitew
uncle sehat ke....apa cerita terbaru ni uncle

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
Ingat juga aku nmengikut hang pi Langkawi dulu...1981 or 1983?? Can't really recall the year but....parents didn't know (jgan tiru dio rumah)...yes, it was with bot ikan....lama jugak, beras terbakar was still there at Pdg Matsirat, electricity was from generators...those were the days, it was towards the end of the 'sumpah Mahsuri'...so called la, Tun Mahathir baru je jadi PM 16.7.1981

Uncle berkata...

Dear UP.
Amboi jauhnya pusin! Awat tak pi brown garden sat? Dah dekat sangat la tu!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Marina letih sangat dok main dengan abang-abang dia sehari suntuk....tapi bagi Uncle, apa saja yang Marina buat, semuanya comel!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Post tu ada la lain sikit....ada la beza macam post hoki dengan post bola! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Zorro.
I got an sms from robbie. Thank God....good for him! Go Robbie GO!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tu baru Marina...belum Papa dia lagi....lagilah comel....tu yang tak pernah tidur pakai kain pelikat tuh! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Hazlan.
Ala saja mengusik...bila jauh2 ni macam tulah....heh3...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
I've sent an e-mail to you.....looking forward to seeing you and your family here...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Tak banyak cerita terbaru Uncle...masih dok lagu tu jugak...makan tidur, tidur, makan....

Uncle berkata...

Dear IQ>
Yes...yes...yes....it was indeed US! That was fun...Masih menjadi mystery macamana kau boleh ikut aku ke langkawi...nanti if I meet your parents I'm gonna tell them, mate! Mahu kena rotan ponggong nanti...heh3...

Aunty W berkata...

Taketombo tu, "Bamboo Helicopter" macam Doraemon n Nobita pasang kat kepala utk terbang. tapi ni bukan pasang kat kepala, cuma baling je.
Yuya was very happy to make it. OKlah, anytime kalau ada masa, I can take them there.
Pakcik2 & Makcik2 ajar Taketombo tu very active. They went to Japanese school to teach, next month pi International school (ISKL)pulak!
Anysay, aunty W pun active jugak, besok pagi pi market beli ikan, pkl 10:30 bawa budak2 to friend match, then lapas dinner Abg mesti nak pergi "Minum". habis...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear uncle,

fuuuh! lama dok tunggu entri baru. uncle bizi. kalut sikit! eh eh..nak tau camner rase gulai kalut tu..heh3

take care!

Uncle berkata...

Dear Aunty W.
Thanks for being the best mother in the world to the kids....appreciate all your effort and all that you have done to the family! Love you lots!

Uncle berkata...

Dear KN
Tak dan nak cari gulai kalut tu lagi...insyAllah satu hari saya pi makan, ambik gambar gulai kalut dan ambik gambar makcik kalut tu sekali! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...