Rabu, November 17, 2010

Lama sungguh!

(Yuya belajar jadi conductor nak ganti Johari Salleh dan bukannya untuk Intrakota!)

(Abang dah habis sekolah rendah!)

(Abang dihari khatam quran...)

(Rambut aku yang tak chat...heh3...)

(khemeh kami kat feringgi stone..)

Ngam-ngam 2 minggu aku tak update blog aku. Bukannya aku dah kehabisan modal, tapi aku tersangat sibuk lately. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan family dan jugak sibuk buat-buat sibuk! Heh3...Mula-mula aku sempat lari ke Penang sekejap. Lama aku tak balik dan semenjak arwah mama meninggalkan kami, aku masih tak balik-balik lagi. No doubt rumah tu kosong tapi di rumah tu jugaklah aku membesar, jadi macamana aku tak balik? Salah besar tu. Aku bertolak malam dan singgah beberapa kali di R&R sebab aku minum air banyak! Sampai saja kat Brown Garden malam tu, bergelimpangan kami tidur kat depan TV. Esok paginya terasa badan aku sengal-sengal sebab dah lama tak bawak kereta lama-lama....or was it because of age factor? Heh3...Program di Penang memang berlambak-lambak. Selain daripada makan dan makan berlambak-lambak, aku jugak finally dapat pergi melawat kat Hard Rock Hotel. Beli apa-apa yang patut, ronda satu Penang Island dengan anak-anak dan lepas tu tak lupa pergi camping setengah hari kat Batu Feringgi. Satu spot yang sangat tak ada orang masa kami sampai tapi penuh dengan manusia bila kami nak balik! Oh ya, aku baru teringat. Kami balik Penang masa cuti Deepavali...

Sepanjang kat Penang, aktiviti kami sekeluarga dah tentulah cuci rumah. Atas, bawah, toilet, tukar curtain, tukar cushion cover, kemas almari, buang sampah, lap tingkap dan jugak potong dan cantas pokok-pokok yang dah mati. Oleh sebab aku kerja bertungkus-lumus, berat aku naik lagi! Aik? Aku talipon kat kawan aku masa kecik dulu. Nama dia aku tak pernahnya tahu tapi aku panggil dia Baji. Baji ni anak cikgu. Rumah dia cuma selang 2 biji rumah dari rumah aku. Selalu dia melepak kat rumah aku main askar-askar, main bola selain daripada main "police and thief!" circa 1976 masa aku umur 8 tahun dan Baji umur 4 tahun! Kami bersembang sakan kat depan rumah aku sambil pekena kopi kaw tanpa gula.....herot muka Baji masa dia hirup kopi! Heh3...

Last week debaran aku mengalahkan dok tunggu Zulhasni dengan Josiah Ng lumba basikal...aku jadi saspen sebab masa perjalanan pulang ke Penang, aku dengar announcement kat radio dalam kereta yang keputusan UPSR akan diumumkan pada 11hb November. Katanya, mak bapak yang terlebih saspen boleh ke sekolah lepas pukul 10 pagi untuk ambik result. 10hb November aku dah rasa nak tunggu kat depan sekolah...ala-ala tunggu launching of "blackberry" kalau takpun ala-ala tunggu opening movie "Harry Porter" yang baru...beratur panjang-panjang 2 hari 2 malam sebelum! Aku saspen sebab 2 bulan abang tak ke sekolah. Sebulan sebab sibuk dengan olahraga MSSS dan sebulan lagi sebab latihan bolasepak untuk MSSM pulak...Haru-biru aku. Masa tulah baru aku teringat kat arwah mama dengan bapak! Betapa haru-birunya depa nak tunggu keputusan periksa aku yang sememangnya haru-biru! Hah...padan muka aku! Abang pulak aku tengok muka selamba saja....macam tak ada periksa langsung! 3 jam aku tunggu. Aku tengok mak-bapak budak lain pun muka pucat-lesi macam aku jugak...heh3...finally cikgu sampai kat perkarangan sekolah daripada PPD dengan keputusan UPSR. Habis kereta cikgu kena kerumun macam Paris Hilton sampai kat Narita Airport! Cikgu pulak dok announce satu persatu. Dia kata subject BM meningkat berapa peratus lah....markah maths naik berapa peratus lah...yang tu kami mak-bapak tak mahu dengar...yang kami (aku rasa actually aku sorang kot!) cuma nak dengar result anak-anak kami.....wahai cikgu....percayalah...batin kami tersiksa!!!!

Lepas 45 minit cikgu membebel pasal overall result, barulah cikgu kata dia nak announce...pergh.....berpeluh-peluh aku. Pandai pulak cikgu start dengan alphabetical order....anak aku mula dengan huruf A, jadi cepatlah kot depa announce...Lepas 3-4 orang budak cikgu announce, tiba-tiba nama the next student tu dia panggil, ".....pelajar seterusnya yang berjaya mendapat 5A ialah......JEPUN!". Aku terkedu...laaaa, rupa-rupanya cikgu abang panggil dia Jepun ka? Baru aku tahu! Marina sengih kat aku.....aku sengih kat Marina......kami pegang tangan sambil sengih sama-sama..........................................

Selang sehari lepas tu, aku dapat surat daripada sekolah ugama yang menyatakan bahawa, hari penyampaian hadiah akan diadakan dan sekolah bertanya kalau-kalau aku boleh menyumbang sesuatu. Aku tanya ustazah nak sumbang apa? Kalau nak sumbang suara, suara aku dah memang sumbang.....ustazah kata jangan sumbang suara tapi sumbang telur....jadi aku pergilah beli telur sepapan dan rebus sebelum dihantar kesekolah malam tu jugak sebab depa nak balut buat "egg flower". Next day tu kami sekeluarga ke dewan sekolah ugama to witness abang khatam Quran. Alhamdulillah...aku lega...malam tadi kami makan besar kat Mc Donald. Makan bagai nak gila. Nugget saja 29, burger sorang 2, fries berlambak-lambak atas meja...air berliter-liter kami minum...balik rumah semua menyesal sebab berat badan semua naik, termasuklah Marina!!!!

All in all, aku berbangga dengan pencapaian abang sebab abang gila sukan especially bola. Sampai abang tak pergi sekolah pun cikgu dah tak perasan...cikgu cuma perasan yang abang tak pergi sekolah bila aunty pi jumpa cikgu mintak homework untuk abang buat masa di shah alam ataupun kajang waktu abang centralise training. Pergh....macam ni pun ada! Aku jugak berbangga sebab abang sampai menangis tak nak tuition dan tak nak pergi sekolah ugama masa mula-mula dulu sebab terlampau letih....tapi bila dalam kereta dan aku tanya abang pasal sekolah dia yang dah habis, pasal sekolah ugama yang akhirnya dapat khatam dan pasal latihan bola yang tak mengenal hari, abang pandang aku dan cakap, "...memang berbaloi!".

Aku park kereta dan dalam hati aku terucap, "Abang, I love you now and will always love you....this is just the beginning..."

36 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah

tahniah buat abang kerana berjaya mengapai impiannya dan juga impian uncle dan untie

semoga terus suksess dlm pelajaran dan juga dunia sukan

insyallah

Kakcik Seroja berkata...

Tahniah Abang.. tahniah juga buat ibuayah Abang... :)

Tanpa Nama berkata...

salam uncle

Alhamdulillah & tahniah atas kejayaan cemerlang abang "jepun" hehehe
Kepenatan dan kepayahan dia terbalas juga..begitu juga dgn pengorbanan uncle dan untie.
Semoga dia akn terus cemerlang didlm pendidikan dan juga sukan.
bleh jadi role model utk adik2 dan teman2 yang lain juga..

apodiolaie

kucingorengemok berkata...

tahniah JEPUN dan keluarga jepun! heheh...

nadz berkata...

Assallamualaikum uncle,

Seronoknya uncle ...! Tahniah buat Abang atas pencapaian UPSR.

Lepas ni akan bermulalah episod lain pula dalam peperiksaan .. semoga abang akan terus berjaya.

selamat hari Raya Aidil Adha buat uncle dan keluarga.

Uncle berkata...

Salam dan terimakasih Rezeki...ala, ni baru permulaan...banyak lagi halangan dan cabaran mananti. Sama jugak macam kita dulu2!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Lepas ni abang dan yuya akan ambil exam pada tahun yang sama....bertambah putih lah rambut saya...

Uncle berkata...

Salam apodiolaie...
aik, orang jempul ke bongek? Bila uncle dan aunty bercerita, kami berdua tersenyum puas buat masa ini....harapan kami berdua pun supaya abang menjadi tauladan yang baik pada adik2....

Uncle berkata...

Salam KOG.
Tapi masa takraw asian games Malaysia lawan Jepun, kami tak tahu nak sokong mana satu....

Uncle berkata...

Salam Mama Nadz.
Kami baru nak mula episod anak-anak ni...orang lain dah boleh tersenyum bangga....kami masih lagi dok cuak!

Asnija berkata...

Salam Uncle,
Tahniah buat abang...
Semoga terus berjaya dalam akademik dan kehidupan dunia akhirat...

ps: memebesarkan anak lelaki...memang bukan calang-calang cabarannya...as long as dia aktif bersukan..insyaAllah produktif lah dia tu...
Congrats to you and auntie...

Uncle berkata...

Salam Asnija.
Terimakasih tak terhingga. Pening kepala membesarkan anak-anak membuatkan saya lebih faham penat-lelah arwah mama dan bapak dulu...tu yang buat saya rasa kecil sangat!

taj berkata...

Salam Uncle...


wahhh...makin hensem abang...
tentu uncle begitu rasa bangga dan bersyukurkan...
semoga anak2 uncle menjadi penyejuk jiwa dan dpt berbakti pd kedua2 orang tuanya...
insyaAllah

Uncle berkata...

Salam Taj.
Macam tu lah harapan semua ibubapa terhadap anak-anak dia..

Tanpa Nama berkata...

tahniah abg..!! tahniah ankel..!!

PINATBATE berkata...

salam Tahniah Abang!!
semuga terus cemerlang!

azieazah berkata...

Perhhh! Memang berbaloi..!

Tahniah, tumpang gumbira! Tumpang bangga!!

Sebak pun ada, sayu pun ada, sebab si AYAH jarang ada masa nak monitor pelajaran anak2, tapi perhatian sangat berkualiti.

Berbaloi UNCLE...!

Ibu n Abah berkata...

uncle..
tahniah buat abang...
kejayaan ini adalah kejayaan buat uncle dan aunty yang mengorbankan masa yang bukan sedikit dalam menentukan kejayaan anak-anak...
satu contoh yang baik buat akak dan ibu bapa yang lain....
Alhamdulillah....

Uncle berkata...

Salam Pet and thanks for the words...

Uncle berkata...

Thanks to you Pinat.
tanpa anda siapalah saya....(rasa macam dok pegang trophy!) heh3...

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Memang betul. Saya tak ada banyak masa nak tengok2kan anak-anak tapi alhamdulillah...aunty ada sebagai ganti and she has done the best!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Setiap ibubapa ada formulanya yang tersendiri untuk mencaturkan perjalanan anak-anak....kami buat yang termampu saja dan ini baru hurdle yang pertama, banyak lagi hurdles yang terpaksa kami dan anak-anak kami tempuhi..

catz berkata...

Salam,

congrats to Abang and uncle and the whole family.
eh makin ensem pulok abang.
hahhaah..
auntie tetap vouge...
congrats u ols.

:)

Uncle berkata...

Thanks Catz.
Tapi takkan abang dengan aunty saja? Uncle tak ada ka?

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle. congrats to abang. dah besaq panjang dah bujang pun. Sonok tgok bdk2 skarang dah ada graduation day. KAlor baju pun lawo.

Marina, happynya

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

alhamdulillah...tahniah buat abang & uncle & aunty & all in the family...hehehe

insyaAllah, berkat kesabaran & kegigihan mendidik anak2..suatu hari nanti mereka akan berjaya dgn cemerlang. semoga abang berjaya dunia & akhirat...

seronok kan uncle bila tgl result abg dpt 5A...uncle tak tidur kot malam tu...KN bayangkan uncle dok tersongehhhh dgn aunty...jgn maraaa...gurau2 jer..

Uncle berkata...

Salam KN.
Ala....ini baru intro....sekarang saya tengah bayangkan macamanalah KN dok menjaga dan mendidik anak-anak sampai berjaya dulu...besar pengorbanan KN dan Abang......saya kagum.....orang jepun kata URAYAMASHI! mAKSUDNYA JELEZZ

Uncle berkata...

sALAM dILA.
thanks for the words....masa Uncle dulu dapat pensel 2B 5 batang sebab dapat 5A! Heh3...

AiNiey berkata...

TAHNIAH buat uncle dan family..
tahniah jugak buat abang

Uncle berkata...

thanks a lot ainiey.
macam uncle selalu katalah...ni baru nak start ni....still a long way to go!

DEENSetia berkata...

Tahniah untuk Untie yang terutamanya... She should get all the credit. Second is u Uncle, the greathest Father On Earth!, 3rd Is abang Orang Kuat Jepun yang PAndai main bola dan Belajar.

p.s: Uncle I have special request, blh tolong tukar tak your blog background ni dari hitam legam ke warna yang ceria dan redup cikit. Kerana mataku terasa seperti "berkunang2" setelah membaca artikel yg panjang dan sentiasa menarik Uncle selalu ni... Berpinau2 selepas melawat blog ini...

Uncle berkata...

Salam Deen yang tersangatlah setianya!

InsyAllah Uncle akan tukar tapi sekarang Uncle tak dan nak tukar...nanti Uncle akan buat jugak...mesti!

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik

Taniah buat abang dan pak cik sekeluarga,,,walaupun selalu ditinggalkan, abang dan mak cik telah buktikan....segala pengorbanan pakcik sekeluarga telah membuahkan hasilnya.
Memang benar kata pak cik masih banyak lagi rintangan di hadapan, insyaallah...dengan niat yang betul kejayaan menanti pak cik di hadapan,,,,,hehehe ....

TQ :>>>>>

Penyamun yg masih berusaha untuk kejayaan,,,

mokja berkata...

Tahniah Abang.
UPSR the beginning,
PMR the launching..Arts/Science
SPM the determining..which Uni.
So good luck in all your undertakings....
Teringat balik kenangan masa ke JPN ambil keputusan sekolah.Kalau ceria GB ,tanda baik...kalau senyap ....fahamlah ibubapa/anak murid/cikgu.

Uncle berkata...

Salam Penyamun...
terimakasih diatas ingatan tuan penyamun. Uncle sentiasa berpesan pada abang agar sentiasa berusaha. Uncle dan aunty bersusah-payah pun untuk anak-anak sahaja. Kami tak kaya tapi untuk pelajaran anak-anak, insyAllah kami usahakan!

Uncle berkata...

Mokjadeandell, salam...

amboi ayat tu rhyme la pulak.....sedap pulak kalau ulang2 banyak kali...heh3...thanks yea and you keep well and take care!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...