Selasa, Mac 01, 2011

Happy birthday to you......

Hari sabtu lepas aku duduk tak senang kat rumah. Aku tak kerja tapi sibuk menguruskan hal anak-anak. Mana dengan abang talipon mintak dia di pick-up dari asrama, mana dengan nak berlari ke marrrket dan mana dengan aku yang lately ni malas nak memandu! Macamanalah aunty dok buat sorang-sorang masa bertahun-tahun aku tak duduk kat rumah? Aku heran dengan tenaga dan pengorbanan dia. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal aunty. Entry ni aku buat special tribute untuk kakak aku yang tersayang, kakak aku yang super-duper tu, yang selalu aku dok bercerita tapi tak pernah ada gambar. Rumah kakak aku nilah yang aku dok menumpang selama beberapa tahun kat DJ masa aku dok "kerja jual aiskrim" kat swensen's dulu.....

(heppi bessday kak anne...)

Kak Anne aku ni very the bestest! Masa aku sekolah kat seremban dulu, rumah KA lah akan menjadi tumpuan aku bila dapat bercuti. Weekend saja aku mesti ada kat rumah KA. Bila aku nak balik ke seremban, dengan KA lah aku buat muka welfare dan dalam dok jelin kat aku, KA hulur jugak RM15 masa hantar aku kat Puduraya untuk aku, dan aku balik naik bas SKS ke Seremban. Sekali-sekala KA akan melawat aku kat sekolah. Dalam entry aku yang lama dulu, aku ada bagitahu yang kakak aku, mama dan arwah bapak akan melawat aku kat sekolah dan bawak aku keluar makan tengahari kat Bilal Restaurant berhampiran dengan stesyen bas lama. Pekena beriani sepinggan, sendawa 2 kali, KA hantar aku balik asrama...masa nak balik tu lah hingus aku meleleh...sedih tak terhingga sebab tak tahu bila lagi nak dapat makan beriani pree!

(kak anne pakai baju pink sebab she's in the pink of health!!!)

Aku heran dengan perangai kakak aku ni sebab dia tak pernahnya marah atau bertanya bila aku bukak peti ais rumah dia cari makanan walaupun aku dah tak duduk dengan KA. Aunty dulu marah kat aku sebab aku dok selongkar (walaupun secara semulajadi bukan itu perangai aku...). Aunty cukup pantang kalau orang pandai-pandai geledah peti ais dia kecuali ahli keluarga. Bagi depa (orang jepun), itu sangat privacy...Jadi masa dia tengok aku buka peti ais KA dan cari makanan atau minuman, dia tarik aku kesebelah dan marah kat aku...after a while, aunty paham dan aku jugak mula paham culture dia. Berbalik pada KA, tak pernah sekalipun dia bertanya kat aku....oleh kerana KA ni selalu dok jamu kami adik-beradik makan, rezeki KA aku tengok, tak pernah putus....peti ais KA tak pernahnya kosong dan dapurnya sentiasa ada saja makanan. Amazing!!!!

(errr...yang ni tak kena mengena dengan kak anne ataupun cerita aku ni...)

Satu hal lagi berkenaan kakak sulung aku ni, tak pernah sekali pun aku dengar dia complaint tak sihat. Tiap-tiap kali aku jumpa, dia mesti cakap yang dia sihat. And true enough, memang dia sihat. Fizikal sihat sebab dia rajin bersukan. Kadang-kadang main badminton...kadang-kadang dia pi jogging...mental pulak sihat sebab masih lagi kuat bekerja walaupun dah hampir menjangkau 60 tahun! Masih rajin membaca dan menulis...Muka memang tak pernah aku nampak susah hati sebab KA selalu dok senyum....(bila berteman....KA tak senyum bila dia duduk sorang-sorang...heh3...). Oleh kerana hati dan fikiran dia yang sihat.....KA aku ni nampak muda dari usia dia dan lebih bertenaga dari orang-orang lain yang sebaya dengan dia. Amazing!!

Banyak sebenarnya cerita aku dengan KA. Tapi tak boleh nak tulis kat sini sebab terlampau banyak yang aku nak cerita pasal KA. Semuanya yang sangat menarik perihal KA. Tak dak satu pun yang tak kena pada pandangan aku. Arwah mama dulu pun KA lah yang paling lama menjaga. Rumah KA ni dah jadi macam HQ kami adik-beradik. Tempat kami berkumpul adik-beradik semua. So, to my beloved sister, wishing you a "Happy Birthday" dan semoga panjang umur dan diberkati Allah SWT sentiasa....

12 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Happy birthday kak anne...
kak anne senyum jar....sweet!!
sonok uncle ada sister yang super dupper macam ni....
wish u de best kak anne;-)

Ibu n Abah berkata...

salam uncle..
memang seronok punya kakak yang menggantikan arwah ibu kita...
Alhamdulillah.. uncle masih punya kakak yang penyayang dan boleh bergantung dan bermanja...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

KN ucapkan happy birthday buat KA...

Uncle berkata...

Salam Dila.
Memang ini kakak super duper....apple zapple! Susah nak cari macam ni....

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Untung sangat...hahahahah once in a while kami akan jumpa...selalunya kat HQ! Anak2 KA pun dah tak dak lagi...sorang kat hawaii, sorang kat colombo sorang kat kl tapi semua dah kahwin...takpa KA suka jalan melawat cucu!!! Jadi dia tak sunyi..

Uncle berkata...

Salam KN.
Thanks for the b'day wish...will convey to KA!

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle,

Mesti best ada kakak seperti ini. Biar ibu-bapa dah tak ada tapi masih ada tempat berkumpul adik-beradik. Syukurlah....

"Belated Happy Birthday buat Kak Anne"

Yours truly berkata...

salam uncle..

betul lah, Kak anne memang nampak muda.!! cerita la lagi pasal kak anne, nak belajar jadi kakak yg baik juga..

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Saya beruntung kerana masih ada adik-beradik yang sangat prihatin...ada sorang lagi kakak saya yang juga sangat prihatin....and my brothers too! Rasanya Arwah mama dan arwah bapak have done a very good job to keep us together!

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
I'm sure that you are a good sister to your brothers and sisters. Approach lain2 tapi matlamatnya satu! KA sorang yang sentiasa mendengar dan memberi pendapat bernas everytime when we have challenges....in fact masa saya kahwin pun KA lah yang bertungkus lumus organisekan....or course with the help of other family members!!

hasliza berkata...

Salam bos....We miss u la bos......lucu gak baca ur story...hope u sihat....Liza...langkawi

Uncle berkata...

Salam Liza.
Good to get some news from you....keep on reading as i have lots of stories to tell...hahahahah

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...