Isnin, Mei 09, 2011

Mother's Day

Dah lama aku nak bagi sesuatu kat aunty. Tapi malangnya, dengan kelekaan aku, tidak keprihatinan aku, tak memandang serius pada aunty yang dah 14 tahun bertungkus-lumus untuk aku, aku rasa sangat-sangat bersalah pada aunty. Perasaan bersalah ni memang dari dulu lagi. Asyik dok bersalah! Ada sekali tu, birthday aunty pun aku lupa! Aunty tak cakap banyak, tapi bila aku masukkan entry yang aku lupa pasal birthday aunty, ada jugak comment yang tibai aku atas dan bawah... hahahahah. Takpa itu memang salah aku dan aku mengaku!

(horey, aunty dapat kasut..)

Hari jumaat lepas aku keluar dating dengan aunty. Anak-anak tinggal kat rumah. Tak lah pi mana pun, aku selalu kat KLCC sebab senang untuk cari parking. Lagipun aku memang duduk kat Ampang. Masuk elevated highway, salah satu exitnya dah masuk parking. Habis cerita! Anyway, nak dipendekkan cerita yang panjangnya sepurnama ni kalau aku nak cerita. Banyak kedai kami masuk. Dari Todt's, Jimmy Choo, Entah apa-apa nama lagi dan ada jugak kedai yang baru satu hari dibuka pun kami rembat masuk! Dalam banyak-banyak yang dicuba, ada satu yang sangat aunty berkenan. Aku perati betul-betul dan pesan kat Nurul suruh ingatkan kasut tu dan aku akan ke kedai tu balik esoknya. Aku kenyit mata kat Nurul dan Nurul pun kenyit mata kat aku...hahahahah. Seperti yang aku dah janji dengan Nurul, aku pergi lagi sekali ke kedai tu esoknya dengan Yuya. Aku kena bawak Yuya sebab aku tak ingat parking kereta kat mana. Satgi masuk KLCC naik Toyota, aku keluar naik X6! Hahhahahahahah. Aku pun belilah sepasang kasut kat aunty yang aku tahu aunty paling teringin nak pakai brand ni dah bertahun-tahun lamanya. Saiz kaki aunty, design yang dia suka semuanya aku dah register dalam kepala otak aku.

(horey jugak, aku dapat aunty!)

Kami makan malam tu kat tepi pool saja. Sekali ni aku suruh aunty cuma duduk dan makan. Aku dan anak-anak yang akan uruskan semuanya. Err, actually wiwit yang buat semua....aku cuma mengaku ja! Hahahahahah. Lepas makan dan lepas Yuya bagi card kami dekat aunty, aku pun keluarlah terhegeh-hegeh bawakkan present tadi kat aunty. Aunty terkejut sebab aku belikan kasut yang dia suka semalam tu....

(horey-horey, aunty dapat aku!)

Kami anak-beranak duduk makan sama-sama kat tepi tu dan bersembang. Tak sedar rupa-rupanya AF dah start, Abang dengan Yuya lari balik rumah dan Marina sambung main dengan katak kat padang. Sekali-sekali aku dengar Marina dok bergelak sakan dengan katak. Aku tak tahu apa depa dok gossip! Manakala aku denga aunty pulak masih lagi dok bersembang pasal hal anak-anak yang mula dah membesar walaupun Marina dengan Yuya tak besar-besar lagi....Sambil dok pegang tangan, kami dok berkira-kira apa yang akan terjadi 10 tahun dari sekarang? 20 tahun dari sekarang dan 30 tahun dari sekarang? Apakah kami masih lagi berpegang tangan? Apakah kami masih lagi boleh bercerita dari hati ke hati seperti sekarang? Bolehkah kami menyelami hati budi masing-masing didalam suasana sebegitu lagi? Akhir sekali kami berjanji yang perkara seperti ini harus berulang....Thank you WK for being the best mother to the 3 beautiful kids and for being the best wife to me for the past 14 years!

(horey..horey..dan horey.. aunty dan aku dapat 3 orang anak!)

Pada adik-adik yang gatal nak kahwin dan pada adik-adik yang baru merenyam dan pikir nak kahwin, Uncle nak pesan sikit...
1) Jangan buat acuh tak acuh pada pasangan
2) Jangan diam kalau ada masalah dengan pasangan
3) Jangan sembunyi apa-apa daripada pasangan sebab pasangan kita selalunya ada 6 sense
4) Luahkan perasaan sayang pada pasangan. Don't keep it. Takut dah terlambat kalau nak diucapkan nanti
5) Listen, listen and listen to your partner as if you are still dok berdating masa muda2 dulu
6) Understand your partner likes and dislikes...kalau rasa-rasa tak paham, tanya sampai paham sebab kadang-kadang spouse ni tak bagitahu directly. Dia cuma hint dan harap kita dapat hint dia dan tambah malang kalau kita tak dapat "hint" tu!

Pesanan ini adalah khas untuk adik-adik semua dan pada Uncle jugak yang memanjang terlupa...tu yang aunty mulut muncong tu....hahahahahah. To WK, "Happy Mother's Day and we love you so much...thanks for all that you've done...." MUAH 1000X!!!!!

(HOREY! kami adalah sebuah keluarga!)

20 ulasan:

kucingorengemok berkata...

memang tabik kat aunty dari dulu, esp masa uncle kerja jauh kat mekah!

ps: fridge uncle simpan tepi pool ka?

Uncle berkata...

Salam KOG.

Fridge tu punyanya cafetaria owner dulu-dulu yang ditinggalkan...hahahahahh

Aunty pulak dari dulu lagi dah bertungkus-lumus menjaga keluarga dan Uncle pulak yang tak reti mengenang jasa...

norh berkata...

so sweet both of u..
Happy Mother's Day to Aunty... :)

Hazlan Zakaria berkata...

hahaha salam

happy mother's day.....kepada aunty dan sesiapa bergelar ibu....

salam.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Uncle suami yang baik kepada isterinya....
anak2 juga yang mendapat kesannya..
semuga jodoh uncle dan aunty kekal selamanya di dunia dan di akhirat...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

semoga kekal berbahagia hingga ke hujung nyawa...

best pesanan2 uncle tu...for me too!

anne rmz berkata...

salam uncle.

i baru abiskan all the post. seronok baca. btw, uncle beruntung having a great family. semoga berbahagia sentiasa..

Uncle berkata...

Salam Norh.
Nak kata semuanya sweet tu tipu sangatlah Uncle ni. Tapi kenalah Uncle paham lebih dari biasa...hahahahah

Uncle berkata...

Salam HZ.
Terimakasih kerana ada kata-kata pujangga....semoga HZ sekeluarga jugak dilimpahi rahmat dan berkekalan selama2nya!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya cuba untuk menjadi yang terbaik tapi pasti ada banyak kesalahan dan kesilapan...masih teringat lagi dengan lagu "Better Man!"

Uncle berkata...

Salam KN.
Pesanan tu adalah untuk saya jugak yang pastinya!!

Uncle berkata...

Dear/Salam Anne.
Thanks for reading...alamak berapa hari ambik masa nak baca semua entry Uncle? Kesian....anyway, thanks a lot and hope that you learned something from it! Take care and keep on reading!

Kakzakie Purvit berkata...

Cukup ke1000x muaaahhh tu. Apa-apa pun kakak suka auntie yg cool.

Kasut pun cantik. Pandai juga buat surprise.....

taj berkata...

Salam Uncle....

happy mothers day to untie....

HOREY...dpt tips dr uncle...tq tq tq...

Ma Gold Dor berkata...

Uncle..

drp citer2 Uncle sebelum ni pon memang wa salute kat auntie....kat Uncle jugak... hope u all hepi forever...dunia akhirat...

PINATBATE berkata...

Terima kasih atas pesanan itu uncle,semuga bahagia berpanjangan hingga ke syurga. Amin.

Nora berkata...

Salam Uncle,

A good reminder for me yang tak lama lagi nak kawen ni.. ;) Semoga Uncle & Aunty bahagia hingga ke syurga!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Kalau nak ikutkan memang tak cukup. Hahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Taj. Marilah kita sama-sama ingat mengingatkan!

Uncle berkata...

Salam Ma Yusuf.
Thanks a lot. Same to you too!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...