Selasa, April 23, 2013

Arman Azumi

 
Seperti yang aku nyatakan didalam entry aku yang sebelum ini, apa saja minat dan kemahuan anak-anak akan cuba aku penuhi. Ternyata buat masa ini minat anak-anak aku sangat kuat kearah bolasepak. Entry yang lepas, aku sibuk dengan perlawanan bolasepak Yuya, kini aku menjadi sibuk dengan perlawanan bolasepak abang pulak. Kalau disekolah, abang lebih dikenali sebagai Arman ataupun Jepun tetapi dirumah kami lebih selesa memanggil abang dengan panggilan Azumi! Abang dah terbiasa dengan panggilan pelbagai nama. Masih menoleh kebelakang jika dipanggil dengan nama-nama tersebut walaupun bagi aku agak "confusing!" Oleh kerana pada minggu lalu aku tak berkesempatan untuk bercuti, maka aku menggantikannya dengan hari Isnin yakni semalam sebagai hari libur aku. Bersempena pulak dengan hari abang bermain bolasepak mewakili zon bangsar ke peringkat negeri. Kesempatan itu aku ambil untuk sama-sama memberi sokongan kepada abang pada pukul 11 pagi sewaktu menentang SMK Desa Petaling. Perlawanan sangat sengit dan berkesudahan dengan pasukan abang mengalahkan pasukan SMK Desa Petaling. Tahniah abang dan pasukannya!
 
 
Sewaktu aku nak masuk ke sekolah Vokasional Setapak, Aku ter masuk sekolah Vokasional Perempuan yang terletak betul-betul ditepi JPJ. Aku termalu sendiri bilamana kakak pengawal keselamatan memberitahu aku bahawa pelajar-pelajar disitu tak main bola sebab semuanya murid-murid Sains Rumahtangga! Kakak tu suruh aku menyusur ke jalan besar dan bila nampak CLTEX katanya, buat pusingan U dan masuk ke dalam. Aku ikut arahan beliau sebab dia pakai "uniform!" Terimakasih aku ucapkan. Sewaktu aku nak park motor disekolah Vokasional Setapak buat pelajar lelaki, aku ditegur oleh sorang lelaki bernama Vignesh yang juga satu tujuan dengan aku yakni menyaksikan perlawanan bolasepak. Dia perkenalkan diri sebagai pemberita sukan dari Malay Mail dan aku perkenalkan diri sebagai bapa kepada salah seorang pemain. Kami sempat minum teyy tarik dan makan karipap dikantin sekolah dan diwaktu itu banyak yang kami bualkan mengenai perkembangan sukan bolasepak di negara ini. Vignesh agak sependapat dengan aku mengatakan bahawa bolasepak Malaysia masih tidak kemana dan ranking tambah merudum! Panjang kami bual dan topik menjadi tambah hangat. Sedar tak sedar perlawanan dah pun nak bermula. Vignesh masih sibuk "interview" aku dan ibubapa lain serta jurulatih-jurulatih lain. Kami bertukar-tukar nombor talipon dan janji akan berhubung lagi untuk sama-sama membincangkan topik yang sama!
 

 
Malam tadi aku terima sms daripada Vignesh yang menyuruh aku membeli suratkhabar Malay Mail keesokan harinya yakni hari ini. Aku jadi semakin bersemangat untuk bangun pagi. Selesai solat subuh aku terus menghantar abang ke sekolah kerana abang ada latihan bolasepak sebagai persediaan untuk perlawanan seterusnya. Pukul 6.30 pagi aku dah sampai ke VI. Tinggalkan abang di asrama, aku memecut shirley davidson aku lagi membelah kepekatan subuh. Nyaman dan sungguh mengasyikkan memandu diwaktu pagi sebegini. Jangan hujan sudah...kuyup aku nanti! Aku terus menhala ke Celebrity Fitness di Bangsar. Tepat jam 7 aku dah mula bergerak diatas treadmill. Kali ni aku cuma berjogging perlahan selama 30 minit kerana badan aku masih sakit-sakit akibat ke gym 7 kali seminggu pada minggu lalu. Selesai treadmill aku beralih ke stretching. Hari ni cuma santai. Tak boleh nak buat "weight" setiap hari. Rabak dada, rabak lengan....tepat jam 8 aku dah mengatur langkah ke locker room untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja pulak. Dalam perjalanan, aku berhenti di tepi jalan dan meninjau suratkhabar MM. Check terus ke belakang dan aku dapati ada satu article menarik disitu.....benar seperti yang dijanjikan oleh Vignesh, beberapa perkara yang beliau rasa penting telah dimasukkan ke dalam suratkhabar. Alhamdulillah ada juga berita anak-anak di VI. Hahahahahahaha, satu KL baca! So people, enjoy reading the article below!
 

10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kira reporter tu tak tipulah uncle. Even dia pun ada mentioned nama uncle juga..

Betul jarang sekarang ibu-bapa yg sibuk nak ambil tahu kegiatan anak pada waktu hari bekerja. Itu yg reporter ini salute pada group ibu-bapa anak-anak sekolah anak uncle ini. Kakak pun salute juga:)

Yours truly berkata...

tahniah buat uncle dan pasukan Azumi. saling support tu yg bersemangat lebih..

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Kami sangat sepakat demi anak-anak. Setiap bulan kami akan mengadakan perjumpaan dan berbincang mengenai halatuju anak-anak kami. Saya berpendapat bahawa jika ibubapa menunjukkan kecenderongan kearah minat anak2 yang positif, anak-anak akan membesar dengan pwrsekitaran yang sihat....ada ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak2. Tiada waktu untuk diluangkan bersama anak-anak, melihat buku2 sekolah mereka, duduk berbincang, mengikuti aktiviti anak2 dll. Bahkan jika sudah mengadap komputer, mampu tersenyum dan ketawa....sedangkan bersama anak-anak, nak diluangkan 30 minit sehati pun belum tentu lagi! Sangat menyedihkan!!

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.
Kumpulan kami yang digelar VIPSG (Victoria Institution Parents Support Group) sangat aktif menganjurkan mesyuarat setiap bulan, mengikuti pasukan bolasepak VI U15 kemana-mana perlawanan dan yang terbaru, kami akan mengadakan sessi motivasi esok selama beberapa jam di VI khas untuk pemain2 bolasepak U15. Pakar motivasi didatangkan khas. Pakar motivasi ini mengadakan sessi di TV, syarikat korporat dan juga buat pelumba basikal negara dan atlit negara yang lain. Ini semua adalah hasil jaringan rapat antara para ibubapa dan juga jurulatih bolasepak serta guru2 matapelajaran. Dan kami laksanakan dengan sukarela!

The Singing Pilot berkata...

Alaaaa apsal muka uncle xde dlm article tu. Bru up sket stock market haha

Uncle berkata...

TSP.
Uncle selalunya "behind the scene!" Hahahahahaha malulah katakan....

zorro berkata...

Dalam gambar tu Cikgu Yusof kan? Itu my teacher masa secondary school dulu tu....

Uncle berkata...

Salam Zorro.
Were you in VI before? Yes...cikgu Yusuff...

zorro berkata...

I was in Cochrane Road School. Cikgu Yusoff ni our football coach and our school was the best during th 80's under his guidance....dia ni la yg menaikkan nama Azman Adnan dan yg lain lain...

Uncle berkata...

Zorro.

You're right....Cikgu Yusuff banyak menaikkan nama pemain2 sekolah ke peringkat kebangsaan.Sekarang Cikgu Yusuf merupakan Head Coach di VI. Cikgu Azlan Hasan yang menjadi coach U15 VI sekarang ni merupakan bekas pemain pertahanan kebangsaan...VI mempunyai barisan jurulatih yang sangat2 berwibawa!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...