Isnin, Mei 12, 2014

Pesanan untuk Yuya

 
Dengan huruf 'kanji' yang tepat, Yuya membawa maksud "Help from Heaven". Lama Papa dan Mama mencongak dan mencari nama yang sesuai. Nama Jepun sahaja bagi Papa dan Mama, agak 'sabishii'. Maka dengan itu dihadapan nama Yuya, Papa dan Mama tambahkan Kamal Ariffin. Maka terbentuklah satu nama panjang yang amat memberi makna besar kepada Papa dan Mama.
 


Yuya dah berumur 13 tahun pada tahun ini. Sungguh cepat masa berlalu. Papa masih ingat sewaktu Yuya kecil dulu, Yuya sangat comel. Berkulit putih melepak dan seringkali disalah anggap bahawa Yuya ialah seorang budak perempuan. Begitu juga apabila Papa membawa Yuya pulang ke kampung halaman di Tokyo. Apabila Papa dan Mama membawa Yuya berjalan-jalan, ramai makcik-makcik yang akan menegur dan mencubit pipi Yuya. Mata Yuya yang besar membuatkan Yuya sangat comel dan sentiasa menjadi perhatian. Ada sekali kita sekeluarga berkhemah di National Park di Jepun dan tinggal didalam karavan. Abang menjaga Yuya dengan sangat baik. Dipimpinnya tangan Yuya kesana-kemari. Papa yang memandang dari jauh berasa sangat tenang! Walaupun selalu bertegang leher dengan Yuya, Marina juga amat sayangkan Yuya. Ditulisnya mesage-message yang menyentuh perasaan apabila Marina berenggang dengan Yuya walaupun hanya beberapa hari!




Yuya mempunyai karektor yang sangat berbeza berbanding dengan adik-beradik yang lain. Yuya lebih santai menyuarakan pendapat. Ketidakpuasan hati akan tenang dizahirkan. Walaubagaimanapun sikap bertanggungjawab Yuya terserlah bilamana Yuya diberikan tugasan yang memerlukan Yuya memberikan perhatian yang lebih. Yuya akan cemas jika tidak mampu melaksanakan apa-apa saja didalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sebaik mungkin Yuya akan menyelesaikan satu persatu. Yuya juga mempunyai sikap yang sangat prihatin terhadap ahli keluarga. Yuya sangat concern jika ada yang tidak kena dirumah. Selalu memuji masakan mama...tidak mengabaikan solat juga membuatkan Papa sangat berbangga!
 

 
Papa tahu Yuya sentiasa mahu melakukan yang terbaik didalam apa jua yang Yuya lakukan. Berusahalah Yuya dengan bersungguh-sungguh dan jangan mengaku kalah dipertengahan jalan. Papa pernah jatuh...Papa kembali bangkit perlahan-lahan, tidak menoleh kebelakang dan kembali mengorak langkah. Papa mahu Yuya juga begitu. Apabila Yuya berada di 'comfort zone', itu merupakan satu jerat yang akan memerangkap Yuya dikemudian hari apabila Yuya terleka. Sentiasalah berhati-hati didalam apa juga bidang yang Yuya ceburi. Berusahalah...

 
Tanggungjawab Papa terhadap Yuya akan berakhir setelah Yuya berjaya didalam pelajaran. Papa tak kisah apa saja bidang yang ingin Yuya ceburi. Laksanakanlah dengan penuh dedikasi. Laksanakan kerja Yuya dengan penuh disiplin. Jangan sesekali menipu. Papa tak pernah mengajar anak-anak Papa menipu didalam apa juga bidang. Jika Yuya berjaya didalam pelajaran, berjaya didalam bidang pekerjaan, segala kejayaan itu haruslah bermaruah..Papa dan Mama tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin melihat kejayaan Yuya. Happy 13th birthday Yuya! We love you so much...

10 ulasan:

mokja berkata...

Happy Birthday Yuya..semoga diberi Allah dalam segala kebaikan dunia dan akhirat.Every child is a special child in the eyes of the parents..make your family proud of you ok.
Love from makcikson

Uncle berkata...

Salam Mokjadeandell.

On behalf of Yuya, saya nak ucapkan terimakasih kepada Makcikson! Selamat Hari Ibu juga kepada Mekcikson!!!

Kakcik Seroja berkata...

Happy birthday Yuya... :)

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik Nur......Pak dia tumpang seronok!

Ibu n Abah berkata...

Selamat menyambut ulangtahun Yuya
Uncle
Dah bertahun mengikuti perkembangan yuya.. Mmg akak akui uncle bertuah mendapat anak2 yg sgt bijak, berbudi tinggi dan kejayaan akan mudah mereka gapai....
Alhamdulillah uncle

Hazlan Zakaria berkata...

Salam Pakcik

Selamat ulang tahun untuk yuya...
Moga tercapai apa yang di cita-citakan..Amin

Uncle berkata...

Terimakasih Ibu n Abah.
Semoga mereka mengambil iktibar dari resam padi.....saya hanya mampu berdoa..

Uncle berkata...

Salam Pakcik Lan.
InsyAllah...itu juga yang saya doakan..

Kakzakie Purvit berkata...

Hapapy birthday Yuya. Kalau Yuya membaca N3 ini auntie percaya Yuya tahu bagaimana dan apa yg diharapkan oleh mama/papa...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Semua ibu dan ayah mengharapkan kejayaan anak2...saya tidak terkecuali! Begitu jugalah dengan mereka bila dewasa nanti..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...