Isnin, September 22, 2014

Anak-anak

Semalam hari Ahad, aku cuti. Bangun awal seperti biasa. Anak-anak masih berdengkur. Hasrat nak keluar ke pasar awal terpaksa aku batalkan kerana hujan turun dengan lebat. Duduk melangut diserambi rumah sambil menyaksikan titisan-titisan hujan yang sesekali merembis masuk kedalam rumah apabila sliding door kaca, aku buka luas. Membancuh secawan kopi, aku kembali ke serambi. Melangut lagi sambil berfikir apa aktiviti aku bersama anak-anak pada hari ini. Hujan mula reda. Perlahan-lahan aku menuju ke motor untuk ke pasar. Ikan bawal sekilo RM14 di luar pasar manakala disebelah dalam pasar dijual RM17! Aku beli yang diluar...Ayam RM8 sekilo. Aku beli 2 ekor...dah RM37! Terus tersedak....sayur jangan ceritalah harganya. Barangan kering yang lain tak kurang hebatnya. Perlahan aku jalan menuju ke kedai kopi. Sambil meneguk teh tarik kepala otak aku laju membuat kiraan. Itu sahaja dah RM100 aku habis pagi ni. Apakah akan terjadi 10 tahun dari sekarang? Apa pulak yang akan berlaku pada waktu anak-anak aku nanti? Aku buntu!
 
 
Balik ke rumah, semuanya dah bangun. Aku letakkan barang-barang yang aku beli didapur. Pagi ni aku merancang nak bawa anak-anak breakfast di Taman Muhibah. Katanya meriah. Ada yang bagitahu bahawa makanan disitu juga sedap. Abang juga bersemangat untuk turut serta dengan adik-adiknya. Cepat anak-anak bersiap, mungkin kerana lapar. Kami terus menuju ke destinasi. Mencari parkir rupanya merupakan masalah yang paling besar dipagi minggu. Lepas dapat parkir satu lagi cabaran tiba. Nak cari meja pulak. Terpaksalah kami berdiri disebelah meja pakcik yang tengah membayar harga makan dan minum. Pakcik jeling aku, aku senyum.....dia terus bangun dan kami terus duduk. Banyak van bergerak menjual makanan sampai aku pun tak tahu mana nak pilih. Sewaktu makan, kelihatan ramai kanak-kanak yang berpakaian hitam seragam Silat Fatani sedang melakukan latihan disebelah meja kami. Pemandangan yang menarik sewaktu bersarapan. Habis diet aku terbarai pagi ni. Anak-anak senyum puas...

Aktiviti seterusnya cuma melepek kat depan tv. Marina terus keluar berjumpa dengan kawan-kawan yang kalau tak salah aku berjumlah 8 orang kesemuanya. Bersedia dengan swimming suit masing-masing sambil menolak basikal. Marina berlari keluar diikuti kawan-kawan yang lain. Basikal dilempar diatas rumput dan kesemuanya terjun ke dalam pool. Mengekek-ngekek gelak ketawa. Macam-macam fesyen ada. Ada terjun tiruk, ada terjun pusing-pusing, ada kepala dulu, ada kaki dulu dan ada juga yang punggung dulu! Ketawa aku sorang-sorang. Pool tak lah jauh. Cuma 5 meter dari balcony aku. Jadi kalau aku ngopi, masih boleh melihat Marina di pool. Dulu masa Azumi dan Yuya berumur sekitar Marina, mereka juga begitu. Dari tak tahu berenang sampailah pandai berenang hanya dengan belajar terjun dan berenang "free style" setiap hari. Gaya renangan mereka kini juga sangat "smooth". Tak ada kocakan air yang besar. Aku rasa kalau hantar ke Pusat Renang Bukit Jalil, anytime boleh masuk mana-mana team. Ada aku cadangkan dulu tetapi mereka kurang berminat.

 

Hari ni pulak aku mengambil cuti gantian. Kesempatan ini aku gunakan untuk menghantar Marina ke sekolah. Semalam aku menghantar abang-abang balik ke asrama. Marina jadi bosan. Tak ada orang yang nak bertengkar dengan dia katanya! Dalam hati aku ketawa walaupun muka aku nampak serious. Balik dari gym pagi tadi aku berhenti di gerai tepi jalan berhampiran simpang ke Taman Dagang untuk membeli sesikat pisang. Marina suka makan pisang dan setiap kali aku lalu disimpang tersebut setiap kali itulah aku bernekad nak berhenti dan beli pisang untuk Marina. Sampai kesudah aku tak beli. Tapi hari ni aku bawak balik pisang untuk Marina. Selain tu aku belikan jugak danish dari Tous Les Jours. Croissant kosong yang Marina mintak belum siap sewaktu aku sampai awal pagi tadi. Aku belikan sekeping besar croissant untuk aku dan itulah yang akan menjadi santapan malam aku nanti.

Cuaca nampak elok. Marina tak tahu yang aku memang berniat nak menjemput dia dari sekolah nanti pukul 6.30 petang. Aku pasti yang dia akan tersenyum bila nampak aku bertenggek diatas motor buruk aku ni dengan helmet extra didalam bakul motor. Lepas tu aku nak bawak dia pergi beli "slurpee" di 7-11 sebab semalam dia kata dah lama tak makan......kesian anak perempuan aku sorang nih! Baca petikan di bawah ni.......
 
My Promise To My Children!
 
For as long as I live,
I will be your parent first,
And your friend second,
I will stalk you, flip out on you,
Lecture you, drive you insane,
Be your worst nightmare
and hunt you down like a bloodhound when I have to,
because I love you!
When you understand that,
I will know you have become a responsible adult.
You will never find anyone else in your life
who loves, prays, cares and worries about you more than I do.
If you don't mutter under your breath, "I hate you" at least once in your life,
I'm not doing my job properly
(unknown quotes)

 

2 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sama juga yang suami kakcik fikir dan nyatakan pada kakcik sewaktu balik dari pasar 'zaman anak-anak kita nanti, entah berapalah harga ikan sekilo....'

Uncle berkata...

Betul tu Kakcik. Ada kemungkinan harga ikan kembong bakal melebihi RM20! Hahahahahaha.....Maggi Goreng kat kedai mamak dekat rumah saya pon RM6! Kalau tak salah 5 peket maggi di Speedmart cuma lebih kurang RM3.90!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...