Rabu, Disember 10, 2014

Penang Street Art

 
Penang Street Art yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevich sangat dekat dengan aku. Bukan kerana aku pandai melukis ataupun sering mengunjungi galeri-galeri lukisan (adalah sedikit) tetapi kerana aku mengenali secara agak dekat pelukis yang aku panggil Zach itu. Beberapa tahun yang lalu aku mendapat satu booking untuk menginap selama sebulan di JDR daripada seorang pengunjung yang berasal dari Lithuania..Proses kemasukannya kami lakukan seperti biasa. Beliau merupakan seorang lelaki bertubuh kecil, kurus, pendiam dan berpakaian selekeh. Datang dengan hanya sebuah beg kecil. Ada seorang lelaki tempatan yang mengiringi beliau sewaktu mendaftar masuk. Kami sempat bersalam sebelum beliau memohon izin untuk masuk ke bilik. Letih katanya..Keesokan harinya aku lihat beliau membawa banyak tong-tong cat masuk ke bilik. Aku risau kerana takut cat yang dibawanya akan memenuhi dinding bilik mahupun katil yang cadar kesemuanya berwarna putih! Sangkaan aku nyata tersasar kerana sewaktu aku masuk kebilik beliau bersama pengemas bilik, aku lihat semua tong-tong catnya tersusun rapi walaupun didalam keadaan yang telah digunakan!
 
 
Sewaktu beliau pulang ke bilik, aku sempat bertemu dan bertanyakan apakah pekerjaan yang dilakukan. Beliau menjawab yang beliau merupakan pelukis jalanan. Aku tak faham..beliau menjelaskan yang beliau sedang melakukan satu projek berhampiran dengan JDR iaitu melukis papan tanda sebuah galeri lukisan yang berada hanya 2-3 buah jaraknya dari tempat aku bertugas. Siang beliau tidur tetapi malamnya beliau bertugas sampai ke pagi. Aku berkesempatan melihat kerja beliau yang dilakukan sewaktu tengah malam. Tidak begitu menampakkan sebagai sebuah lukisan yang menarik kerana hanya sebahagian sahaja yang telah siap. Selang beberapa hari setelah semuanya habis dilakukan, aku terpegun. Nampak simple tetapi sangat memberikan erti. Aku tak tahu nak menceritakan dengan panjang lebar kerana aku bukanlah orang seni. Tetapi aku tertarik...Satu lagi lukisan dinding beliau yang ada di Jalan Maarof di Bangsar ialah di traffic light simpang ke masjid Bangsar. Dahulunya dinding ditepi itu dipenuhi dengan juraian rumput-rumput panjang yang tak terbela. Zach mengambil inisiatif dengan melukis gambar seorang budak lelaki sedang mengintai disebalik juraian rumput panjang. Aku sekali lagi terpesona..Aku perasan yang setiap kali kereta ataupun motorsikal berhenti, pandangan pemandu pasti akan tertumpu kearah lukisan didinding tersebut. Lukisannya mengurangkan stress para pengguna jalanraya dan sedikit-sebanyak menimbulkan rasa gelihati!

 
Beliau ada memberitahu aku yang beliau akan berada di Pulau Pinang selama beberapa bulan. Kami bersalam dan beliau berlepas ke Pulau Pinang. Selang beberapa minggu, aku tersentak apabila membaca sebuah artikel didalam suratkhabar STAR yang menceritakan tentang kesungguhan beliau melukis gambar-gambar menarik yang sangat dekat dengan hati masyarakat kita didinding-dinding bangunan tinggal di sana. Bermula daripada situ, aku berazam untuk mencari lukisan-lukisan beliau jika aku berkesempatan untuk pulang ke Pulau Pinang. Bersempena dengan musim cuti sekolah yang panjang ini, aku membuat tempahan keretapi tempat tidur untuk ke Tanjong, menginap dirumah kakak ipar/abang aku dan mengatur langkah dengan program Street Art dan Street Food hasil nukilan Zach. Aku menyusuri beberapa jalan diwaktu siang yakni disekitar masjid Kapitan Keling tetapi oleh kerana cuaca yang sangat panas dan orang yang terlalu ramai hingga terpaksa beratur untuk berfoto dengan lukisan dinding bermotifkan dua kanak-kanak menunggang basikal, aku batalkan saja hasrat menjejak disiang hari dan digantikan dengan pencarian diwaktu malam. Selepas makan malam di Gurney Drive, aku, anak menakan aku yang bernama Syahir dan anak-anak mula menjejaki lukisan-lukisan beliau. Satu persatu aku temui..Lebih senang dan tenang. Senang kerana tidak ada orang pada waktu tengah malam dan tenang kerana cuaca tidak panas. Setiap lukisan dapat kami potretkan dengan mudah kerana ada lampu limpah yang dipasang berdekatan. Setelah kesemuanya dapat aku rakamkan, aku mula mengorak langkah pulang. Hati aku puas kerana aku berasa lebih memahami hasil yang dilakukan oleh Zach. Seorang lelaki muda daripada sebuah negara kecil yang dipanggil Lithuania!

12 ulasan:

Al-Manar berkata...

ayang kita tidak mempnyai pemuda berbakat dan berani menunjukkan kebolehan seperti pemuda itu. Kita salah gunakan bakat!

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum...

Eh...mana gambar yang dia lukis kat Bangsar tu? Nak juga kakcik tengok.

Gambar2 kat Penang ni kakcik pernah rakam sewkatu kakcik berkunjung ke sana pada tahun lepas... :)

mokja berkata...

dekat Gambang ada juga satu dua lukisan dinding.Entah2 Zach juga yg lukis.

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Akak tinggal di Penang hampir 6 tahun tp rasanya waktu itu takda lukisan2 ini...
Rindu betul dgn Penang....

Ibu n Abah berkata...

Hahaaaa
Itulaaa rupanya pelukis budak menyorok dalam semak kat masjid bangsar tu...
Rupa2nya...pelukis dari Lithuania
Ingatkan kerja anak Malaysia...
Cantik akak suka sangat..

Uncle berkata...

Salam Pakcik (Al Manar).

Benar. Bukan saya tidak menyokong lukisan grafiti didinding...tetapi jika dilakukan dengan cara dan niat yang betul serta lukisan yang tidak menimbulkan kemarahan kepada masyarakat sekeliling, apa salahnya....kalau tak salah saya kini perkara sama dilakukan di Kuala Trengganu untuk masyarakat Tionghua ataupun Baba yang menetap di KT...

Uncle berkata...

Kakcik Nur.

Kakcik nak kena pergi ke situ. Itu merupakan simpang nak ke Masjid Bangsar/ Beriyani Mahbob dan TMC. Terletak didinding sebelah kiri jika dari Jalan Bangsar..

Uncle berkata...

Mokjadeandell.

Mungkin juga. Zach pernah juga mengadakan pameran di Penang. Beliau sempat menginap di tempat saya sebelum ke PP untuk exhibition tersebut awal tahun ini..

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

6 tahun dulu rasanya belum ada...

Uncle berkata...

Salam semua.

Saya amat sedih apabila melalui jalan Maarof yang saya nyatakan ada gambar seorang budak sedang mengintai dari juraian rumput menjalar liar didinding telahpun dicontengkan dengan warna/cat hitam. Kini semuanya telah terpadam tetapi lukisan dinding itu tetap terpahat didalam minda saya!

Hafitah berkata...

kami pi penang minggu ni. Tak sempat tgk street art ni. Ramai sgt ahli rombongan. Kesian budak-budak besar nak tengok tapi budak-budak kecik meragam. Kenalah abg dan kak mengalah. Tak cukup pi penang 3 hari, kena buat lawatan ulangan ni.

Uncle berkata...

Salam to you Cikgu Hafitah.

Wow lama betul kita tak bertemu dialam maya ini. Apakhabar Hafitah, apakah Hafitah masih mengajar disekolah yang sama kerana anak daripada one of the directors/owner juga sedang belajar disekolah itu sekarang....Kalau Hafitah masih disitu dan masih menjaga hal ehwal pelajar, tolong tengok-tengokkan pelajar ini ya....nanti saya pmkan namanya...baik budaknya dan sangat geliga dan outspoken! Boleh jadi pemidato hebat kalau Hafitah yang gilap! Btw, I think the last time we communicated was years back when I was still in Mekah, no? You take care and regards to your lovely family!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...