Khamis, November 19, 2015

Melawat Cikgu Azizi Sihab

Cikgu dan Zul Raymond. Sebak..


Idea untuk mencari cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu tiba-tiba berlegar didalam kepala aku. Lantaran itu, aku ajukan persoalan tersebut kepada ahli jawatankuasa batch aku yang lainnya. Tanpa disangka, idea yang aku anggap hanya cakap-cakap kosong, diterima baik oleh pihak ajk dan disyor agar diberitahu kepada ahli-ahli yang lain.. Bertitik-tolak daripada situ, aku menghubungi Cikgu Azizi dan bertanya apakah tarikh 8/11 sesuai untuk kami bertandang ke rumahnya di Tanjung Karang? Tarikh pertama tidak dapat diteruskan kerana Cikgu Azizi ada acara dan tarikh kedua yakni 15/11 telah dicadangkan dan alhamdulillah, Cikgu Azizi telah bersetuju. Kami hanya menurut kelapangan Cikgu sahaja. 


Setiap malam kami membuat perancangan demi perancangan untuk mendapatkan seramai mungkin bekas anak-anak murid Cikgu Azizi walaupun aku tahu amat sukar untuk mengumpulkan mereka memandangkan kesemuanya sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tetapi alhamdulillah sokongan yang aku dapat amatlah memberangsangkan. Yang tak dapat pergi berziarah hanya mengirimkan salam dan aku pasti jika mereka tidak ada rencana keluarga sudah pasti program menziarahi Cikgu Azizi akan menjadi agenda utama mereka.


Cikgu Azizi Sihab

Dapat kami kumpulkan seramai 14 orang kesemuanya. Tempat pertemuan pertama ialah Cendol Bakar Tanjung Karang. Tepat pukul 11 pagi semua berkumpul disitu. Cikgu diberitahu yang kami sedang "menyendol". Sambil makan/minum cendol kami tak putus-putus bercerita mengenai Cikgu Azizi. Bagaimanalah rupanya nanti...bagaimanakah pula reaksi Cikgu Azizi yang bakal melihat bekas anak-anak muridnya lebih 30 tahun lalu diwaktu kami mula remaja. Berseluar pendek, berstokin panjang dan berkasut kulit hitam! Mencari rumah Cikgu Azizi bukanlah mudah. Walaupun menggunakan waze kami tetap harus berhenti dan bertanya. Salah satu tempat yang kami berhenti untuk bertanya ialah sebuah kedai runcit yang jaraknya hampir 1.5km jauhnya dari rumah beliau. Sewaktu menyebut sahaja nama Cikgu Azizi, penjaga kedai runcit tersebut terus menunjukkan jari kearah jalan yang harus kami lalui untuk sampai. Agak terpinga-pinga aku kerana sejauh itu masyarakat mengenali diantara satu sama lain walaupun Cikgu Azizi sendiri tidak pernah mengajar disekolah berhampiran! Hebat keakraban masyarakat disitu!


Seorang demi seorang mula sampai dan akhirnya perkarangan rumah Cikgu Azizi penuh dengan pelbagai jenis kereta dan motor berkuasa tinggi. Moto aku? Aku tinggalkan dirumah Iq dan carpool dengan beliau ke Tanjung Karang. Kalau aku naik cub aku, kemungkinan besar aku masih tak sampai walaupun dah melebihi 2 jam! Hahahahaha....Berpeluk sakan kami sewaktu bertemu.

Banyak cerita-cerita lama yang dibualkan. Nama cikgu-cikgu lama kami seperti Cikgu Sabaruddin, Cikgu Latif, Cikgu Mat Hashim, Cikgu Sazali Sam, Cikgu Malik, Ustad Shafie, Ustad Dollah dan ramai lagi membuatkan kami ketawa terbahak-bahak kerana ada banyak cerita-cerita nakal kami disebalik nama-nama tersebut. Mereka merupakan warden kami dulu termasuklah Cikgu Azizi sendiri yang terpaksa mendisiplinkan kami dari "fly" dan pelbagai kerja-kerja nakal kami.

Perancangan awal kami ialah untuk ke rumah Cikgu Azizi, minum, bawa beliau makan tengahari dimana-mana restaurant terbaik di Tanjung Karang yang beliau sendiri pilih, hantar Cikgu Azizi pulang ke rumah, solat zohor berjemaah dan farewell....walaubagaimanapun, kami pulak yang disurprisekan oleh Cikgu Azizi bilamana isteri beliau mula mengeluarkan lauk satu persatu. Ketam, kepah, lala, ayam, dipping sauce dan banyak lagi. Steamboat pon ada. Nasi putih satu periuk besar yang cukup untuk 20 orang makan! Mungkin Cikgu lupa yang kami dah berumur 47 tahun dan bukannya 17 tahun yang mempunyai selera makan yang amat besar! Hahahahahaha...Terimakasih cikgu.


Makan dan makan sampai lupa dunia. Ketawa terbahak-bahak bilamana Cikgu Azizi menceritakan bahawa isterinya dulu belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban....la.....MPRM tu kat atas sekolah kami. Dulu kami tunggu bas untuk ke pekan Seremban dari bus stop MPRM lah....siap tukar baju lagi sambil curi-curi isap rokok! Menurut kata isterinya, beliau sering menggunakan public phone di pak guard SDAR (rumah sewanya disebelah main gate SDAR dan waktu itu hanya bergantung kepada public phone) dan disitu jugalah pertemuan berlangsung dengan Cikgu Azizi hingga ke jinjang pelamin.....Phewiiittt...kami bersorak riuh! Hahahahahahaha......

Dipenghujung pertemuan, aku yang mewakili rakan-rakan lain menggenggam erat tangan Cikgu Azizi lalu memohon ampun dan maaf serta memohon keredhaan ilmu yang beliau ajarkan kepada kami berpuluh-puluh tahun dulu.....Berpeluk sedih dan airmata tergenang di kelopak mata masing-masing...masyAllah.....akhirnya misi pertama kami untuk bertemu guru-guru yang mengajar kami dari tahun 1981-1985 tercapai dengan Cikgu Azizi Sihab sebagai guru pertamanya. Puas hati aku bila dapat memeluk beliau, memohon ampun dan maaf kerana aku tahu aku (mungkin yang lain juga) telah banyak melukakan hati beliau secara sengaja maupun tidak sengaja.

Kami batch 81-85 dengan ini ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Cikgu Azizi kerana telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami selama kami menjadi anak murid beliau dulu. Nama cikgu tak pernah kami lupakan. Jasa cikgu terhadap kami akan sentiasa terpahat didalam jiwa kami.....

12 ulasan:

Khushairi berkata...

Terima kasih Uncle yang mencetus idea, kami sentiasa berdoa untuk cikgu Azizi semoga sentiasa diberkatiNya...

Uncle berkata...

Terimakasih pada semua yg menjayakan program "jiwa murni" ini. Terimakasih tak terhingga kepada khusha our photographer yg hasilnya seindah "national geographic"...

ROZAN berkata...

Ulasan tidak banyak. Tapi bila Wak beng cerita bab menangkap udang galang pakai hurricane lamp dan paper clip yg diikat dgn benang, walaemak satu ilmu baru dari Wak beng.

Unknown berkata...

TQ Uncle, masuk gak gamba aku ngan moto dlm blog ko

Ahmad nazrimi berkata...

Tahniah uncle dan kawan2..mencari balik guru yang puluh2 tahun mengajar..SubhanaLLah..1 idea yang menarik untuk di follow lain2 group..

Uncle berkata...

Mhd Nizam Osman.

Hanya moto terpilih sahaja yang boleh masuk blog ni..hahahahaha

Uncle berkata...

Ahmad Nazrimi.

Harapan Uncle agar program ini dapat kami lanjutkan kepada guru-guru lain setiap 3 bulan..insyallah..

Uncle berkata...

Raden Azlane.
Tok, aku pun tak pernah dengar! Kita tunggu Wak B usahakan....

Kakzakie Purvit berkata...

Subhanallah... terharu kakak
Abang and the group pun ada buat macam ini uncle tapi kakak tak ikutlah sebab cikgu mereka. Tapi memanglah bertemu balik dgn cikgu yg telah mengajar setelah berpuluh tahun bertemu lagi mestilah moment yg tak mampu buat airmata ditahan lgai. Pasti luruh punyalah..

Tahniah kepada uncle and the gang:)

Uncle berkata...

Kakzakie, macam tulah keakraban kami dan saya doakan persahabatan ini kekal. Kami bukan lagi kawan, dah jadi "beradik-beradik!"

Remieroy berkata...

Terbaiklah Uncle...tak sangka ajakkan cikgu Azizi dlm FB menjadi nyata...lg seronok sbb dpt berjumpa beliau secara beramai -ramai. Terus dejavu teringat masa dia mengajar kita dulu....tp apasal moto Hj Nizam Bo jer yg terpilih moto aku x layak ke masuk blog hang? Kikiki....

Uncle berkata...

Assalamualaikum Remieroy.

Kawan lama sejak dari sekolah rendah, zaman henry gurney, zaman sdar, sampailah ke zaman dewasa dan berkeluarga.....hahahahaha...perjumpaan dengan cikgu azizi sihab memang menyeronokkan. Apalagi dengan kehadiran 14 orang remaja dewasa! Cikgu pun nampak sebak apalagi kita ni anak-anak muridnya!

Tentang moto kau tu aku mintak maap banyak-banyak....dia masih kanak-kanak dan tak boleh didedahkan selalu. Bila dia dah besar macam moto matbo, aku masukkan yerr....hahahahahaha...jangan marah chelayer!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...