Sabtu, Disember 12, 2015

Hujung tahun

Marina (kiri) dan Fyra

Cerita 1

Semasa aku mula bekerja dulu, hujung tahun merupakan waktu yang tersangatlah sibuk. Sibuk dengan bookinglah, sibuk dengan menu barulah, sibuk dengan decorationlah dan pelbagai lagi. Itu juga waktu yang amat meletihkan aku terutamanya apabila bekerja dengan rakan-rakan yang celebrate x'mas. Bukannya apa, kawan-kawan yang celebrate x'mas tu akan bercuti. Jadi kami yang beberapa kerat nilah yang terpaksa bekerja lebih masa. Hahahahahha. Dari pagi sampai ke petang, sampai ke malam dan sambung lagi sampai ke pagi dan ke petang serta malam. Pusingannya menghampiri 48 jam. Pagi masuk kerja aku akan sibuk dengan reservations dan mengatur meja-meja untuk disambungkan. Petangnya sibuk dengan linen yakni table cloths, decorations dan lain-lain. Malamnya sibuk dengan dinner. After closing, sibuk dengan clearing dan preparation untuk breakfast pada paginya nanti. In between, kepala dah terhoyong-hayang! Sarapan dah mula tapi kebanyakkannya turun lambat sebab public holiday. Breakfast tutup pukul 11 pagi tetapi tetamu turun pukul 10.45 dan bertanya kenapa breakfast tutup awal! Hahahahahahaha....11.30 pagi terpaksa clearkan breakfast untuk disiapkan lunch atau sesetengah tempat dibuatnya "long hitea". Berderu lagi tetamu sampai dari jam 12.30 petang sampai jam 5. Aku tambah terhoyong-hayang....Buffet tutup pada pukul 5 petang. Sekali lagi aku sibuk untuk clear dan reset untuk satu dinner lagi. Begitulah kerja aku bila masuk ke hujung tahun. Selang beberapa hari, proses sama berulang untuk sambutan tahun baru pulak!

Pengajaran 1 untuk adik-adik

Apabila adik-adik sudah mempunyai jawatan yang lebih besar hingga membolehkan adik-adik menemuduga, sila pastikan bahawa adik-adik mempunyai pilihan pekerja yang seimbang. Ini untuk memudahkan kaum lain untuk pergi bercuti apabila tibanya waktu festive!

Cerita 2

Apabila masuk ke sambutan tahun baru di hotel-hotel pulak, sekali lagi aku menjadi tersangat busy dan sesekali timbul perasaan ngeri. Sambutan sangat meriah. Dekorasi mengalahkan majlis kahwin. Menunya dah berharga ratusan ringgit untuk seorang. Diwaktu begini, aku dah "mangli" dengan kesibukan dan kekalutan last minute. Aku lebih ngeri dengan rakan-rakan sekerja yang secara tiba-tiba "sakit perut" dan tak dapat datang bekerja! Ada berlaku kepada aku beberapa kali. Ini ialah kerana mereka nak bersuka-ria menyambut tahun baru di dataran merdeka....Daripada 3 orang yang harus menjaga satu station, terpaksa diubah kepada 2 orang menjaga satu station. Ada pernah berlaku 3 orang menjaga 2 stations! Memang parah! Mana dengan nak clearkan meja, resetkan meja, buffet harus di replenish sentiasa dan nampak cantik selain buffet equipments yang harus ditukar kepada yang bersih setiap 30-40 minit sekali! Wahhh...memang sibuk....

Pengajaran 2 kepada adik-adik

Pastikan adik-adik membuat schedule dengan teliti. Maksudnya, pada hari-hari dan waktu-waktu penting, adik-adik mestilah meletakkan para associates yang bertanggungjawab dan berdisiplin tinggi untuk bekerja pada waktu peak. Ini untuk mengurangkan "kejutan" apabila tibanya waktu puncak! Kepada yang "agak nakal", letakkan mereka di waktu pertengahan shift supaya mereka boleh membantu sewaktu late breakfast, setting up for lunch dan juga sebahagian setting up for dinner sebelum "orang kuat" masuk untuk dinner! Yang "kurang nakal" boleh diletakkan diwaktu pagi kerana waktu-waktu begini, tetamu kebiasaannya turun lewat. Jika mereka turun lewat, para pekerja yang shift dipertengahan tadi sudah bersedia...

Cerita 3

Ada juga berlaku, tetamu membuat tempahan untuk 4 orang tetapi yang datangnya 7 orang dan begitulah seterusnya. Ada yang baik hati memohon agar diberikan perhatian kerana mereka telah datang dan tidak mahu berasa malu kepada tetamu yang telah dibawa. Mereka memohon maaf kerana tidak memberitahu lebih awal. Ada juga yang tidak membuat tempahan tetapi datang secara tiba-tiba dengan harapan akan ada cancellation dan mereka boleh masuk. Ada juga yang perangainya memang tak pernah buat reservations langsung tetapi akan tiba untuk makan!  Ada juga sesetengahnya yang akan meninggikan suara dengan harapan associates akan gerun dan mula memberikan perhatian! Hahahahahaha....Aku dah lama buat benda ni makanya dah ribuan ragam dah aku lihat dan handle. Semuanya mengujakan dan pada masa yang sama menyeronokkan! Kebiasaannya alhamdulillah aku masih dapat memuaskan hati semua orang.

Pengajaran 3 kepada adik-adik

Apabila tetamu datang melebihi daripada yang sepatutnya, adik-adik jangan panic. Muka kena tenang kerana jika adik-adik mula panic, tetamu akan bertambah panic. Hahahahahaha...Lihat sekeliling dan cuba rangkakan ruang baru untuk tetamu. Of course mereka akan duduk dimeja yang sama. Jangan diasingkan kerana ini bakal menimbulkan kemarahan. Tunjukkan yang adik-adik mahu membantu. Jangan "tarik muka" seolah-olah berkata "kenapalah tetamu ni menyusahkan orang!!!". Bercakap dengan organiser sahaja. Jika adik-adik bercakap dengan orang lain, adik-adik akan mendapat 10-20 pendapat serta keinginan yang berbeza! Pening nanti! Explain pada organiser yang reservations dah penuh tetapi adik akan tetap cuba carikan penyelesaian. Jika bukan di tempat yang telah ditetapkan pada awalnya, mungkin disudut yang agak jauh tetapi dapat kumpul kesemuanya sekali. Uncle pasti usaha adik-adik akan terus diingati! Jika adik-adik menunjukkan kesungguhan untuk membantu, tetamu yang keras akan menjadi lembut. Tetamu yang panic akan menjadi tenang. Yang pasti, adik akan dikenang dan tempat adik akan sentiasa dikunjungi dan pada masa yang sama, mereka akan bercerita mengenai pengalaman hebat mereka kepada rakan-rakan yang lain! Free marketing for you!

Ada juga yang datang dan akan marah-marah kepada adik. Ada pelbagai teknik untuk menangani cabaran-cabaran sebegini. Yang penting bagi adik-adik ialah, be a good listener. Tumpukan perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan. Lihat mata mereka apabila bercakap ataupun mendengar. Jangan sekali-kali mengalihkan pandangan ke tempat lain sewaktu mereka bercakap dengan adik-adik. Itu kurang sopan.  Kerutkan sikit dahi sebagai tanda memberikan perhatian. Hahahahahahaa.....Anak mata jangan berubah ke tempat lain. Lihat betul-betul dan amati setiap apa yang diluahkan. Pada masa yang sama minta izin untuk menulis dan membuat catatan. Jangan berkata apa. Biarkan mereka habis bercakap. Rasa apa yang mereka rasai. Ini dipanggil "empathy". Setelah selesai, usulkan cadangan penyelesaian. Jika adik tak mampu membuat keputusan, dapatkan manager ataupun sesiapa yang boleh membuat quick decision. Tetamu yang not in a good mood tidak mahu menunggu lama. Mereka juga tidak mahu cabaran/masalah itu tergantung begitu sahaja. Itu bakal menyemarakkan lagi kemarahan mereka!

Kesemua yang Uncle terangkan diatas kebanyakkannya tidak ada didalam buku. Malangnya adik-adik harus tempuhi ini semua sebelum adik-adik boleh bijak menangani masalah. Oleh kerana itu, apabila adik-adik ditegur, anggaplah ia sebagai satu pelajaran berguna yang bakal membuatkan adik-adik lebih kental! 

Jadi kepada adik-adik lepasan SPM yang kini sedang bekerja part time dihotel-hotel ataupun restoran-restoran, enjoy and have fun....kesemua ini bakal menjadi pengalaman berguna kepada adik-adik sekelian! Hahahahahaahahahha.....Have a pleasant weekend people!



8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Pengalaman adalah universiti terbaik dalam kehidupan sekiranya kita 'mahu belajar', kan? :)

Uncle berkata...

Betul Kakcik Nur.
Yang penting fokus, jangan putus asa, berdisiplin dan berani menempuh cabaran...insyallah akan berjaya!

iryantyismail berkata...

assalamualaikum uncle..susah naknertenang kalau dapat pelanggan yang banyak ragam...grrrr

Omong Mak Long..... berkata...

Bertugas seperti Uncle sangat mencabar, perlu banyak sabar, pantas berfikir dan berupaya membuat keputusan terbaik, muka dan mulut mesti manis sentiasa. Syabas Uncle...sudi berkongsi ilmu kepada anak-anak muda yang berminat di bidang perhotelan.

Uncle berkata...

Apakhabar Mak Long.
Saya lebih suka berkongsi pengalaman yg basics. Yg lebih tinggi boleh saja baca buku-buku management. Yg penting bagi saya ialah "asas" adik-adik saya harus kukuh. Jika basics pon tergagap-gagap, apabila menjawat jawatan yg lebih tinggi adik-adik akan lebih gagap! Cerita-cerita benar saya harus difahami mengenai yg tersirat. "Read between the lines". Sbg contohnya bila saya bercerita perihal " punctuality" pekerjaan yg masuk shift pagi, jika adik-adik saya pandai "membaca" ia juga menceritakan sedikit-sebanyak mengenai "managing skills" dll lagi...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.

Betul tapi kalau adik-adik pandai, insyallah semua cabaran akan senang ditangani...

Tanpa Nama berkata...

berapa umur Marina sekarang? dah nampak mature and very tall.

memberi tunjuk ajar kepada pelapis sangat manfaat.

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Tanpa Nama.

Marina berumur 9 tahun pada tahun ini. Taknak makan banyak sebab nak jaga badan katanya! Hahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...