Sabtu, Januari 16, 2016

Memories

Tokyo 1992, with Mitsuko Owaki sensei

Assalamualaikum anda yang budiman. Telah 2 minggu tahun 2016 berlalu. Apakah yang telah berlaku pada kehidupan aku selama 2 minggu ini? Sewaktu aku mendaftarkan Yuya pulang ke asrama di VI pada tanggal 3hb Januari yang lalu, aku terserempak dengan rakan lama yang sama-sama belajar bahasa Jepun dengan aku di Wisma Belia dulu. Pertemuan yang tak dirancang. Beliau bertudung litup menyebabkan aku bertambah sukar untuk mengenali. Aku melangkah masuk ke dewan makan tempat taklimat kemasukan asrama diadakan. Berdiri ditepi tingkap dan tanpa disedari ada seorang wanita menegur aku. Aku sebenarnya berhenti betul-betul disebelahnya! Aku cuba recall. Dia sebut nama aku dan selang beberapa saat baru lah aku dapat figure out siapakah gerangan wanita tersebut. Masyallah. What a small world!

Syikin mendaftarkan anak bongsunya ke sekolah yang sama dengan Yuya. Sempat kami berborak kecil sebelum berjanji untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain!

Syikin seorang yang sangat pemurah. Pemurah dengan senyuman dan juga pemurah dengan kudrat. Sering membantu rakan-rakan yang memerlukan. Kini anak-anak Syikin telahpun besar panjang. Ada yang telah menamatkan zaman persekolahan dan yang bongsu telahpun berumur 13 tahun. 

Selang beberapa hari kami kembali berhubung dan cuba untuk kumpulkan lebih ramai lagi rakan-rakan lama. Malangnya semua sibuk dan yang available hanyalah Anwar. Itupun datang dari Bukit Beruntung! Hari dan waktu diatur dengan baik. Bertemu jam 2.30. Cafe tak sibuk sangat. Walaupun hanya kami ber 3. Banyak perkara yang kami bualkan dari sewaktu berada didalam kelas yang sama dulu hinggalah kepada kehidupan kami di Tokyo. Semuanya menimbulkan keriuhan dan gelak ketawa. Nikmat nilai persahabatan yang terjalin tak dapat nak aku rungkaikan.

Sewaktu kami sedang mengambil kursus bahasa Jepun, aku sering keluar malam bersama Anwar. Moto kapchai aku sering rosak. Anwar memakai motor RXZ dan itulah moto yang paling besar dalam group kami pada waktu itu. Habis semua gerai di Brickfields dah kami redah. Anwar masih muda waktu itu. Sekitar awal 20-an kalau tak salah aku. Berfikiran sangat matang dan juga seorang yang rajin belajar. Banyak juga yang aku tak berapa faham akan aku rujuk kepada beliau. Anwar seorang yang "tak tahu malu". Di dalam mempelajari sesuatu bahasa asing, perasaan "tak tahu malu" ini sangat penting. Hentam saja walaupun salah. Daripada situ kita akan timbul keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Apabila bertutur dengan sensei pula, mereka akan betulkan kembali struktur ayat, tatabahasa dan pelbagai lagi. Ini membuatkan beliau lebih cepat "menangkap" daripada pelajar-pelajar lain termasuklah aku! Sifat beliau itu juga kemudiannya menular kepada aku. Aku jadi iri apabila keluar dengan Anwar di Tokyo. Beliau kedengaran lebih selesa berbahasa Jepun berbanding aku. Bertitik-tolak daripada situ aku berazam tidak akan menggunakan bahasa inggeris didalam pertuturan aku dengan masyarakat setempat. Sebanyak mungkin. Berlaku juga keadaan terdesak apabila sesuatu perkara yang nak aku ucapkan, aku tak dapat mencari perkataan yang sesuai. Dalam kes seperti itu, aku akan menggunakan bahasa inggeris. Terpaksa.

Berbalik kepada rakan aku, Anwar ni tadi. Dah berpuluh tahun kami tak bertemu. Beliau masih slim seperti dulu. Senyuman dan ketawanya masih sama. Jika aku bertemu dengan beliau di Guatemala sekalipun aku masih boleh mengingatinya. Anak-anaknya dah pun besar. Anak sulung sedang melanjutkan pelajaran di amerika. Mewarisi kebijaksanaan ayahnya, aku pasti.

Bangsar 2016 without Mitsuko Owaki sensei

Bukan senang nak berjumpa dengan rakan-rakan lama ni. Dari satu pertemuan yang tak direncanakan, kini telah 2 kali kami bertemu dalam masa seminggu. Aku pasti selepas ini akan banyak lagi bakal berlangsung didalam kumpulan yang lebih besar. Insyallah.

Pengajaran kepada adik-adik
  1. Belajarlah lebih daripada satu bahasa. Jangan malu bertutur walaupun salah. Adik-adik akan rugi jika tidak mampu berkomunikasi didalam pelbagai bahasa. Jangan ambil mudah. Semua ini untuk masa depan adik-adik. Apabila adik-adik menghadiri temuduga nanti, penguasaan bahasa melayu dan inggeris amatlah penting. Markah adik-adik akan meningkat secara mendadak jika adik-adik boleh bertutur didalam bahasa mandarin ataupun tamil. Apatah lagi bahasa antarabangsa yang lain. Inilah kekurangan masyarakat kita. Jangan malu. Ini merupakan sedikit investment yang bakal membawa pulangan yang besar kepada adik-adik! Pada umur yang sebegini (masih muda!) Uncle akan kembali masuk ke kelas bahasa tak lama lagi untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Jika Uncle pada umur 48 ini masih mahu belajar dan kembali ke kelas bersama anak-anak belasan tahun ataupun awal 20-an, kenapa adik-adik tidak? Think about it!
  2. Uncle sangat mementingkan nilai persahabatan. Uncle ada ramai kawan dari seluruh dunia. Sekali-sekala Uncle akan mengirimkan berita kepada mereka. Kawan yang hilang tetapi bertemu semula seperti yang Uncle ceritakan diatas akan terus diingati dan dihubungi. Banyak yang kita boleh belajar daripada mereka. Jangan hidup sebatang kara. Selepas membaca entry Uncle ini, cuba stop, pause and think, berapa ramaikah kawan yang telah adik-adik hubungi selama seminggu ini? Jika tidak, mulakan sekarang dengan seorang!
Okay semua, aku doakan hari minggu ini akan lebih memberi makna dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang. Have a great weekend people!



12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Anak ke 3 kakcik lebih pandai berbahasa Inggeris dari yang lain termasuk makayahnya. Bila ditanya macamana dia boleh berbahasa Inggeris, jawabnya 'dari tengok kartun. Dulu takde kartun berbahasa Melayu'. Dan dia memang berani bercakap walaupun 'tak betul' kerana dari situlah dia belajar...

Tanpa Nama berkata...

Uncle...

Setuju bab xbleh malu bila belajar bahasa asing.

Atau alternatifnya guna cara short cut mcm Uncle...cepat fasih bahasa Jepun sbb kna dijajah dek Jepun sejak 20tahun yg lalu hingga kini!

Ha..ha

"Saya bukan Robot"

Uncle berkata...

Kakcik Nur.
Itu merupakan satu cara yang baik. Salah satu cara kami menguasai bahasa jepun dulu ialah dengan mendengar lagu dan juga menonton cerita-cerita lama jepun. Penyanyi-penyanyi lama seperti Matsuda Seiko dan ramai lagi. Lirik mereka kami hafal dan terjemahkan dan kemudian bincang bersama didalam kelas. Begitu juga dengan cerita lama Jepun. Setiap minggu kami ada peperiksaan. Mitsuko Owaki sensei sangatlah baik dengan kami hingga pernah mengikut saya balik ke rumah kami di Brown Garden, Pulau Pinang!

Uncle berkata...

Apakhabar "Tanpa Nama?"

Short cut tu memang cepat "sebelum diikat" tapi kadang-kadang dia jadi lambat bila dah lama-lama! Tu yang kena ada inisiatif sendiri untuk masuk kembali ke kelas dan dalami lagi bahasa tersebut. Saya ada beberapa "mission" yang perlu diselesaikan. Makanya penguasaan bahasa ini pasti membantu. Kemudian saya akan beralih ke bahasa peranchis yang telah saya tinggalkan agak lama. Pronounciation saya masih bagus, insyallah cuma penyusunan ayat untuk bertutur telah lemah kerana tidak menggunakannya dengan agak lama dan nahu yang sedikit membataskan saya. Selepas french insyallah italian ataupun spanish. Hahahahaha...cerita macam bagus! But then again, it keeps my mind "working"

Ibu n Abah berkata...

Hahahahaahah
Nyampuk ketawa sebab ayat uncle kena jajah dgn jepun...
Puas pikir akak lagi tua dari uncle, apasal akak tak jumpa zaman jepun uncle pulak jumpa.
Alhamdulillah
Kita belajar, kita pandai dna kelebihannya pada kita....
Semuga penjajahan uncle oleh jepun hingga ke Jannah...

Uncle berkata...

Terimakasih Ibu n abah. Sejak dulu saya minat bahasa. Tapi Cikgu bibah selalu bg markah rendah kerana bahasa saya tunggang-langgang. Sampai lah kini....

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle..dil menyinggah lagi..peringatan yang sangat berguna.tqq
1-belajar bahasa..- mmg satu peringatan yg baik..dulu abah dil pernah dikecam pada tahun 80 an..masukkn abg dil sekolah cina..kemudian selepas tu dil pula..dengan alasan org sekeliling kami akan jadi macam cina..tapi abah keraskan hati..bila kami sekolah situ..kami dapat mnguasai 3 bahasa..bm(sbb memang ada kelas khas dgn budak cina dan dari situ kita tau..banyak juga bm yg kita tak paham)..bahasa cina.. dan bi.. bila masuk u..kena ambik bhs ketiga jadi dil ambik german...sebab kelas bahasa jepun penuh.(dulu mnt cite jepun) dan bila kawen kena belajar cakap arab sebab dil duduk di negara ini..mmg sgt mencabar..sebab xde asas..alhamdulillah walaupun berterabur sebab dialek arab banyak juga..dil cuba juga...dan akan terus belajar dan belajar lagi..sehingga akhir hayatnya...
2-jaga hubungan dgn sahabat ....dan saudara juga... Dil memang seorang yang pentingkan ukhuwah ..pada dil biar org mngkin x ingt kita tapi kita jgn lupa org..in shaa Allah ukhuwah itu indah..dan dalm quran ada disebut..jagalah silaturrahim in shaaallah berkat hidup kamu...

syukran jazilan ya akhi..kullu enti bikhair..(nak cakap jepun x reti...hihi)

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Dil.
Silalah "singgah selalu" (nama tempat makan di jb!). Tahniah Dil kerana menguasai pelbagai bahasa. Tak ramai adik--adik kita sebegitu. Sewaktu uncle belajar di Switzerland dulu, uncle diberikan pilihan samada belajar bahasa perancis ataupun german. Uncle tak sanggup ambil bahasa German kerana ada masculine, feminine dan neutral manakala bahasa perancis hanya ada masculine dan feminine sahaja. Jadi uncle opt for french instead. Kemudian bekerja di Geneva yg rata-rata bercakap perancis. Dil, kita bernasib baik kerana berpeluang. Tapi pokok pangkalnya minat dan usaha. Itu yg uncle Cuba titipkan kpd adik--adik pembaca sekelian...

Nek Rock berkata...

Psstttttttttt Uncle, Nek akan cuti2 Malaya in March and April.

Nanti kita roger ya..oh ya Uncle dah ada Whatsapp kan, meh lah kasi number kat Nek, mudah skit nak psstttt:))

Belum terlewat kan, Wishing Everyone A Happy New Year 2016!!

Lady Windsor berkata...

AsSalam Uncle
Saya selamanya kagum dengan sesiapa saja yg boleh bercakap dengan fasih bahasa yang bukan terbit dari bahasa ibundanya. Cikgu saya dulu sentiasa ingatkan kami sesiapa yang boleh kuasai banyak bahasa, dia boleh menakluk dunia. Saya faham maksudnya, menakluk dunia melalui pembacaan.

Berasa kesal juga sbb saya sendiri tak praktis bahasa Siam walaupun akar umbi pada awalnya kami boleh cakap Siam. Sekolah Arab tiga tahun dan saya boleh cakap Arab sikit-sikit. Bila banyak berjalan, tahu juga perkataan asas bahasa lain cuma bahasa ni kalau tak praktis, habis ghaib senyap kan.

Ok, gambatte! (haha betul tak penggunaannya ini?

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Nek Rock.

Boleh kita jumpa nanti. No saya masih yang sama...just in case kalau takde, ni dia...016-2417321.....Nak dengar cerita pi haji ni....tak sabar! Hahahahaha...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Lady Windsor.

Uncle pernah bercerita mengenai rakan Uncle semasa bekerja di Geneva dulu yang bernama Patrick. Patrick ni budak Suisse. Dia boleh berbahasa Perancis, Jerman, Italian, Spanish dan bahasa asal Suisse yakni Romansh.

Bahasa ni harus ada minat. Uncle minat dengan bahasa. Last Saturday Uncle pergi ke kelas Jepun hanya untuk mengambil "special test" untuk mengetahui level Uncle. Alhamdulillah semuanya ok dan akan berada di level "advance". Lepas semua selesai dalam 1-2 tahun, insyallah akan menyambung semula bahasa Perancis yang terbengkalai sejak 1996!

Uncle doakan agar Lady Windsor kembali mengambil/belajar bahasa Thai walaupun secara sambilan. Tetapi haruslah berguru. Kalau belajar melalui pembacaan sahaja, kita tak boleh menjadi mahir! All the best to you and good luck!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...