Sabtu, Januari 02, 2016

Universal Studio Singapore


Assalamualaikum wbt pembaca yang aku sayangi sekelian. Kali ini alhamdulillah aku berkesempatan untuk bercuti selama 4 hari dan aku bawak keluarga ke selatan tanahair. Tak pernah aku menetap lama di JB. Ni lah kali pertama. Sebelum tu aku dah berniat nak bawak anak-anak ke Universal Studio Singapore (USS) cuma aku tak zahirkan kepada mereka. Kesian anak-anak lama tak ke theme park yang menepati piawaian "theme park!". Kebetulan Azumi pun dah habis SPM dan diberikan pelepasan cuti dari tempat kerjanya, jadi kami sepakat untuk mengambil 4 hari 3 malam cuti. Marina jadi tak sabar kerana  dia akan ke 2 theme park. USS dan Legoland di Nusajaya.

Kami memulakan perjalanan di awal pagi disebabkan faktor cuaca. Seronok memandu. Semua kecoh bercerita. Aku taklah boring sangat. Melepasi Seremban dan menuju ke Melaka, kesemua penumpang aku dah tertidur! Hahahahaha...

Sebelum sampai ke Nusajaya, rakan aku bagitahu supaya aku singgah dulu di JPO. Cadangan yang sangat baik. Aku cilok masuk JPO dan cilok sepasang kasut buat aku pakai waktu pergi meeting nanti. Anak-anak lapar. Bila tanya nak makan dimana, semua jawab serentak, "Kampachi.....!". Gulp!

Banyak yang depa lihat. Baju, seluar, kasut dan harganya juga berpatutan cuma kadang-kadang model yang kita mahu tak ada...mungkin stok barunya lambat tiba. Rasa aku...orang punyalah ramai..maklumlah cuti sekolah. 

Kami teruskan perjalanan ke Nusajaya. Menggunakan waze untuk mencari hotel. Aku menginap di sebuah hotel kepunyaan junior aku yang bernama "Ariana Hotel". Tempatnya masih baru. Jika ada sesiapa yang nak ke Legoland, bolehlah menginap di hotel ini. Kalau dari Ariana Hotel, senang sangat nak ke Legoland. Ikut jalan belakang yang tak banyak kereta dan voila...10 minit dah sampai. 


Sebelah malamnya aku dijemput oleh rakan batch aku, Aidi Salihin yang berasal dari Sarawak tetapi dah berpuluh tahun tinggal di Johor. Kami makan di "Singgah Selalu" yakni sebuah kawasan makan yang luas dan ada live music. Daging rusa menjadi pilihan. Wahh...meriah sungguh. Hilang penat memandu disiangnya apabila bertemu dengan rakan lama dan isterinya. Banyak perkara yang kami bualkan. Kesemuanya berkisar kepada zaman kami di sekolah dan cerita mengenai keluarga masing-masing! Marina menguap sakan! Hahahahahaha..Terimakasih banyak-banyak Aidi Salihin dan isteri!

Balik ke hotel kami tergolek terus. Walaupun masih awal yakni sekitar 10 malam, mata aku dah juling itik. Tengok lantai nampak ceiling...tengok ceiling nampak lantai...sebelum aku nampak benda-benda yang lagi pelik, baik aku tidur dulu!


Esoknya, aku seperti biasa dah bangun awal. Memang rutin aku kena kejutkan sorang-sorang. Masyallah punyalah payah anak-anak nak bangun. Pukul 8 kami bersarapan di kedai sebelah hotel. Ariana tidak menyediakan sebarang jenis makanan. Tapi jangan bimbang kerana ada convenient store disebelahnya dan ada 2 restaurant sederet dengannya. Oh ya, Ahmad Idham Film Academy hanya di depan hotel. Jadi setiap waktu kami akan terserempak dengan beliau dan para pelakonnya yang juga menginap di hotel yang sama selama kami disitu.....

Kami akan bertolak ke Singapore pada pukul 9 pagi. Jadi 8.30 pagi kenderaan yang aku tempah beserta pemandu telah tiba untuk mengambil kami. Pemandu memberikan borang immigresen untuk diisi. Tepat jam 9 pagi kami mula bergerak melalui Tuas. Sengaja aku memilih weekday dan jauh sikit dari cuti x'mas kerana tak mahu tersangkut di check point. Memang tak busy kata pemandu. Tapi dalam tak busy tu pun kami mengambil masa selama 2 jam untuk lepas. Bayangkan kalau busy!


Kami memang dah ada tiket yang dibeli online. Setiap tiket berharga SGD70 dan kami juga membeli express ticket yang berharga SGD50. Jadi setiap orang aku belanjakan SGD120 hanya untuk tiket! Ditukar ke matawang kita, masyallah dah RM370 setiap tiket! Apa salahnya sekali-sekala. Jika aku ke Tokyo Disney, harga tiketnya juga begitu. 

Kesian aku lihat pada mereka yang tidak mempunyai "express pass". Terpaksa menunggu sekurang-kurangnya sejam untuk menaiki setiap ride. Alhamdulillah by 5pm boleh dikatakan semua rides dah pun habis dinaiki. Aku rekomen untuk beli express pass tu walaupun harganya sedikit mahal. Segala-galanya bagus kecuali aku terkilan dengan seorang petugas disitu. Aku tanya pukul berapa show di kolam air tu akan bermula dan dia dengan nada keras memberitahu aku, "why didn't you look at the notice board before asking?" Aku tersentak...Wow......

Aku jadi hairan apabila anak-anak lelaki aku semuanya tak sanggup untuk menaiki "Battlestar Galactica" roller coaster tetapi Marina beriya-iya mengajak dan naik dengan aunty. Wah...hebat budak ni. Azumi tak berani dan Yuya serta aku takut pening! Hahahahahaha....Flower Power!

Kami berjanji untuk bertemu semula dengan pemandu pada pukul 5.30 petang di entrance tempat kami diturunkan. Dan tepat pada waktunya, beliau muncul! Dari situ kami mula bergerak ke beberapa tempat yang biasa dikunjungi oleh pelancong ke singapura. Jalan agak lengang dan pemanduannya selesa. Tidak rushing. Sekitar 7-7.30pm kami mula menuju ke immigresen sekali lagi. Cuaca dah mula gelap. Untuk keluar ke JB kami terpaksa mengharungi 2 jam lagi kesesakan lalulintas. Marina setengah pengsan kerana nak ke toilet. 

Sampai di JB kami terus makan malam dan kemudian pulang ke hotel. Trip kali ni rasanya menggembirakan anak-anak. Alhamdulillah....

Esoknya pulak ada kawan lama aku sorang lagi, Fuad Mustadak mengajak kami makan tengahari. Alhamdulillah, rezeki. Beginilah bila kawan ramai! Hampir 2-3 jam kami berborak mainly perihal pasukan bolasepak JDT yang hebat! Kalaulah Azumi dapat bermain dengan pasukan senior JDT! Hahahahahaha....aku pencen dan jadi manager saja! Usai makan tengahari, Fuad menghantar kami balik ke hotel dan aku terlelap menanti panggilan dari aunty untuk mengambilnya dan Marina dari Legoland. Malamnya aku tak boleh nak kemana sebab badan dah mula rasa tak sihat. Aunty dan anak-anak keluar makan. Tinggallah aku sorang kat bilik. Sungguh tak bermaya. Mungkin terlalu letih dan badan kekurangan air. Aku rasa...Ajakan sorang lagi kawan lama aku untuk dinner pun terpaksa aku tolak. Rasheed Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Chico sorang lagi budak jb yang agak sering aku cerita kat sini. Malam tu saja 4 kali aku ke tandas. Pulang ke KL keesokan harinya, aunty yang memandu dari JB ke KL! Thank you...thank you...

Alhamdulillah. Walaupun percutian ni singkat tetapi waktu bersama keluarga amatlah berharga bagi aku. Lepas ni sorang demi sorang akan meninggalkan rumah. Walaupun waktunya masih jauh lagi tetapi aku dah dapat rasakan kesunyian nanti tanpa anak-anak. Hahahahaha...being emotional sikit! Hiishhhh merepeklah!

Pengajaran untuk adik-adik!

Ada jugak ni...bukannya tak ada...walaupun bercuti tetapi pengajaran mesti ada ya adik-adik semua! 
  1. hubungan silatulrahim bersama rakan-rakan haruslah dijaga. Berbuat baik kepada masyarakat sekeliling dan insyallah masyarakat sekeliling akan berbuat baik kepada adik-adik. Didalam entry ni Uncle menjuruskan kepada nilai persahabatan Uncle bersama rakan-rakan sekolah dulu. Walaupun Uncle tahu mereka sangat sibuk tetapi mereka masih lagi mencari waktu agar kami dapat bertemu. Tidakkah ini rezeki dari Allah?
  2. sesuatu yang adik-adik mahu lakukan, haruslah ada perancangan yang teliti. Didalam entry ini Uncle maksudkan percutian Uncle. Uncle telah merancang setiap detik itu dengan teliti. Kenderaannya, kewangannya, makan-minumnya dll. Maka, setiap apa yang adik-adik ingin lakukan haruslah dirancang terlebih dulu. Begitu juga dengan "career" adik-adik. Jika tiada perancangan yang teliti, cita-cita adik akan tercapai lebih lewat. 
  3. hati-hati apabila makan...pastikan daripada sumber yang bersih. Bukannya apa, lepas bersarapan bagai nak gila, Uncle dapat "cherry-berry" (istilah dari kak lit - my sister) dan 3 hari berulang ke tandas!
Ok semua, dikesempatan awal tahun baru ni aku nak memohon ampun dan maaf jika terdapat mana-mana entry yang menyentuh perasaan pembaca secara sengaja mahupun tidak sengaja. Aku juga manusia yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Dengan itu, aku akhiri entry kali ini dengan, "Akemashite Omedetou Gozaimasu!" yang membawa maksud, "Selamat Tahun Baru!"


22 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Catatan perjalanan yang menarik. Baru2 ini kakcik ke JB tapi walaupun bawa passport tak juga masuk ke Singapore.

Lain kalilah... :)

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik.

Saya pun sebenarnya dah berpuluh tahun tak masuk ke Singapore. Kali terakhir rasanya masuk beli "lychee" dengan arwah mama ikut rombongan "W.I" dari Telok Mas! Tahun 1977 kot hahahahahah.....

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Walau akak dah pi USS rasa macam nak pi lagi bila baca kisah perjalanan uncle...
Terbaek dari seorg bapa buat keluarganya...

Uncle berkata...

Terimakasih Ibu n abah kerana komen yg diberikan. Inilah yg buat saya semangat lagi menulis..

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle..salam jenguk dari bumi mesir..lama dil x komen...entry uncle jarang yang tidak menarik.terima kasih kerana selalu terapkan nilaikn kekeluargaan yang boleh kita praktikkan bersama..semoga kita semua di bawah jagaan yang maha esa...amin..:-)

Ibu n Abah berkata...

hahahahahahaha
Akak dan suami selalu teringat dan ketawa teringat Org melaka selalu buat rombongan cik kiah pi singapore beli Lychee....
Entah2 arwah mak mertua akak dari pernu dan arwah emak uncle dari telok mas pernah serombongan ke singapore beli lychee......

Uncle berkata...

Assalamualaikum Ibu n abah. Oh Mak ai, orang Pernu ke rupenye!. Dekat bebenau le kite!!! Betul tu mungkin pernah berpersatuan sesama...ha-ha...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam ummi khalish.
Pasti Dil sibuk di bumi Mesir. Satu yg uncle ingin buat ialah mengkaji pembuatan pyramid..OK, kirim salam Abang dan peluk cium utk anakanda!

Omong Mak Long..... berkata...

Seronok bila dapat pergi sesuatu tempat dengan keluarga. Mengiratkan hubungan silaturrahim keluarga tersayang. Sekarang anak-anak kami semua sudah kerja jarang dapat peluang untuk bersama pergi ke mana-mana. Enjoy the children, Uncle. Anak-anak cepat membesar siang malam siang malam ..dah nak berkira nak terima menantu.

Uncle berkata...

Betul seperti apa yg Mak Long katakan. Cepat betul masa berlaku...ngeri pulak rasa bila sorang demi sorang bakal meninggalkan rumah! Gulp!

iryantyismail berkata...

assalamualaikum uncle..selamat tahun baru...
:-)) seronok kan sesekali bercuti...

take care uncle

Tanpa Nama berkata...


Best pak cik... tahun ni pak cik boleh bawa depa di Tokyo Universal Studio pula,,,,hahaha

Awang

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty Ahamad.
Memang meyeronokkan apabila melihat anak-anak seronok. Itu lah kegembiraan kita bila ada anak-anak..

Lady Windsor berkata...

Perghhhh!! banyak peristiwa menarik ni..
kampachi
ariana hotel
daging rusa
ini semua kena take note kalau kami-kami nak p Johor neh..


Uncle berkata...

Assalamualaikum Lady Windsor.
Ya ya ya....sila ambil perhatian pada nama-nama tu....sangat penting. Ha-ha....uncle nak start beli majalah JELITA la lepas ni....OK ka?

Uncle berkata...

Aik, lama Awang tak masuk sini! Apakhabar rakyat disana? Awang jaga depa elok-elok na....

Lady Windsor berkata...

Ok sangat tu Uncle. sila beli majalah Jelita letak kat JDR..silap gaya boleh tulis pasal JDR untuk halaman deko ahaa..:)

Uncle berkata...

Akan diusahakan....wink!

Uncle berkata...

Lady Windsor, mari ler....bukan tak biasa!!

rezeki berkata...

Salam Uncle

Alhamdulillah, quality time with family , saya pi Universal Studio,sementara anak2 pi naik rides, saya lepak2 je, nak suruh saya naik , mampuih tak berani naik hehehehe

Unknown berkata...

Assalam. Begitu mahal nak masuk USS rasanya tidaklah saya ke sana.. hehe..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Othman Zan.
Hanya perlu pandai merancang. Sekali lihat memang tak mampu rasanya tetapi jika perancangan dilaksanakan awal, setiap bulan sedikit demi sedikit insyAllah "anda mampu melakukannya!" Hahahahahahah.....Uncle merancang untuk menyaksikan perlawanan rugby world cup di Jepun pada tahun 2019 nanti. Perancangannya masih jauh. Uncle sudah mula menabung sebanyak RM300 sebulan. Rata-rata orang akan mengerutkan dahi jika tidak ketawakan Uncle. Tetapi sila Othman Zan kira berapakah jumlahnya, yakni RM300 x 48? Uncle kini telah 6 bulan menabung!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...