Hujung minggu lepas sewaktu anak-anak dah mula cuti sekolah selama seminggu, aku mengambil kesempatan untuk ke KLCC setelah agak lama aku tak kesana. Aku bagitahu Yuya dan Marina. Aku nampak kedua-duanya amat beriya-iya bila diberitahu. Marina cepat bersiap tak seperti kebiasaannya. Yuya juga begitu. Kali ni aku tak perlu menunggu lagi. Ini sudah bagus. Ada perubahan.
Dalam kereta, Marina dan Yuya tertidur. Dari rumah aku ke KLCC menaiki AKLEH hanya mengambil masa 10 minit dan terus masuk ke kawasan parkir. Sangat mudah.Makanya aku lebih gemar untuk ke KLCC daripada tempat lain. Mencari kedai yang mahu Yuya dan Marina kunjungi tidak ada disitu. Kami harus ke Avenue K yang hanya dipisahkan oleh terowong bawah tanah. Tak perlu naik dan keluar ke jalanraya utama dan melintas. Sangat mudah.
Dalam melangkah ke H&M, aku terpaku dengan kemerduan suara dan alunan muzik yang dimainkan oleh 3 orang anak muda yang ber"busking" disitu. Aku berikan sedikit wang kepada Marina untuk diletakkan ke dalam tabung topi anak-anak muda tersebut. Penyanyinya mengucapkan terimakasih kepada Marina. Marina senyum.
Aku tak pernah sampai ke H&M disitu. Setiap kali aku menjejakkan kaki ke H&M aku pasti teringatkan "winter clothes" yang aku sering beli di toko yang sama di Geneva sekitar tahun 90-an dulu. Harganya sangat murah dan kualitinya juga boleh tahan. In fact disini pun harganya masih berbaloi. Manakala designnya juga mengikut 4 musim. Aku sukakan pakaian disitu. Tak perlu yang jenama mahal. Asalkan aku selesa dan puas hati dari segi kualiti dan harga, aku dah ok!
Aku tanya, Yuya nak beli apa, katanya dia mencari jacket kerana sering kesejukan setiap kali menonton wayang. Kami terus ke bahagian lelaki dan mencari jacket. Yuya mencuba beberapa helai tapi ternyata agak besar walaupun bersaiz S. Akhirnya Yuya dapat saiz XS yang dicarinya. Muat dan padan dengan badannya yang lampai. Warna juga sesuai. Kami ke counter untuk membayar. Yuya menyeluk tangan ke poket seluarnya dan mengeluarkan segumpal wang kertas. Jacket bernilai RM79.90 dan Yuya membawa RM80. Yuya tersenyum puas selepas membayar. Aku yang memerhati juga berasa puas.
|
RM69.90
Marina naik ke tingkat atas. Tingkat yang menjual pakaian kanak-kanak perempuan. Aku lihat dia sedang menggayakan sehelai pullover bertema kucing didepan cermin. Aku yang ada ditepi tersenyum melihat gelagat Marina. Diambilnya satu dan dicuba. Ternyata sesuai. Aku tanya samada Marina nakkan baju tu atau tidak. Marina angguk-anggukkan kepala. Dia kata, "Takpa...Marina bawak duit..". Berjalan ke cashier dan mengeluarkan segumpal wang kertas sama seperti Yuya. Wang Marina berjumlah RM70. Baju bernilai RM69.90 Baki untuk Yuya dan Marina selepas membeli baju masing-masing ialah 10 sen. Ini semua merupakan simpanan duit sekolah yang tidak dibelanjakan selama beberapa bulan.
Alhamdulillah. Mereka faham dengan konsep berjimat cermat yang aku cuba terapkan. Peratusan nikmat dan kepuasan akan lebih meningkat jika duit yang dibelanjakan itu adalah duit sendiri. Perkara seperti ini aku terapkan sejak mereka kecil lagi. Kepada Azumi juga begitu. Aku pesan yang beliau harus menyimpan sebanyak 20%-25% daripada gaji yang diterima. Aku terkejut apabila diberitahu bahawa bulan pertama termasuk insentif, beliau mendapat hampir RM2,000! Manakala bulan kedua pula berserta insentif, Azumi bakal menerima hampir RM3,000! Sebanyak itu untuk anak yang baru tamat SPM. Yang hanya beberapa hari lalu menyambut ulangtahun yang ke 18 tahun! Aku pasti beliau mampu mendapat lebih banyak lagi jika berdisiplin dan berusaha keras.
|
|
Dome, Pavillion
Keesokan harinya selepas menghantar Azumi pergi kerja kami terus berlegar-legar di Pavillion. Aku jarang datang ke sini kerana pertamanya, tak ada sebab. Keduanya aku malas nak masuk ke kawasan Bukit Bintang yang sesak especially kalau hujan!
Lepas Azumi ke tempat kerjanya, kami pun meronda mencari buku. Lepas penat cari buku, kami gi minum jap di Dome sambil tengok persembahan hebat tarian singa! Lama aku tak tengok. Sekali-sekala seronok pulak melihat aksi akrobatik para pemainnya. Ternyata Malaysia mempunyai pasukan yang terbaik didunia! Kalau aku yang lompat, mahu rasanya dagu tersangkut kat besi depan! Hahahahahahaha.....
Cuti tahun baru ni jadi panjang sebab bersambung-sambung. Anak-anak pun cuti tapi aku tak boleh kemana sebab Azumi bekerja. Seronok tengok dia keletihan balik kerja dan pergi kerja bawak bekal dalam beg plastik. Aku tanya, kenapa tak makan di foodcourt Pavillion? Dia kata, "mahallah Pa!". Hahahahahahaha.....Bila balik kerja, aku tanya macamana kerja hari ni? Jawabnya, "letihlah Pa!". So bila aku berkesempatan berdua dengan Azumi bila aku pick up, aku selitkan sikit....."macam tulah susahnya nak cari duit......!".
Have an excellent weekend people! To all those yang gilakan rugby, nanti pukul 1 pagi ada game ya...6 Nations!
|
12 ulasan:
Pastinya Azumi sangat menghargai setiap sen yang dia dapat dari hasil kerja yang dilakukannya. Begitu juga dengan adik-adiknya. Alhamdulillah. :)
Kakcik tak pernah tahu pun tentang H&M sehingga anak kakcik yang ketiga itu sangat beriya2 untuk membeli pakaian di situ!
alhamdulillah..pandai mereka berjimat cermat dan membeli dengan wang yg dikumpul sendiri...sayu hati tengok keceriaan wajah marina....
dil pun mengajar anak dil berjimat cermat biarpun masih kecil lagi..nak apa2 kena kumpul sndiri..dil pun dibesarkan dengan cara begini...semoga anak2 kita sntiasa menjadi penyejuk hati keluarganya..ameen...
Lama lagi rasanya boleh jenguk KL.Cakap ttg baju sejuk teringat cikson beli sweater kat day market di Edinburgh. Balik rumah belek2 tag...made in Thailand. La mai jauh2 beli barang Padang Besaq rupanya.
Bijak uncle menerapkan ilmu kewangan pada anak2.
Azumi sangat berpuas hati. Sebahagiannya digunakan utk mendapatkan lesen memandu kereta/moto. Malam tadi kami dibelanjanya makan malam di Chili's Bangsar Shopping Center....yeayy!
Ummi khalish.
Bukan senang nak senang..yg pipih tak datang melayang, yg bulat tak datang bergolek...semuanya perlu usaha. Menyimpan/menabung juga "usaha". Satu lagi yg uncle seringkali bagitahu ialah, " jangan berhutang!". Biar kita tak ada kemewahan asalkan kita tak berhutang walaupun dengan ibubapa kita sendiri.
Mokjadeandell.
Memang begitulah kebiasaan selepas beli. Pasti melihat buatan negara mana. Saya tak terkecuali..ha-ha..ramai yg membeli pelbagai barangan di Mekah seperti sejadah, tasbih, kopiah dll. Bila belek tag, hampir semuanya dari China! Ha-ha!
Assalamualaikum Uncle,
Seronok baca enteri ini. Bukan mudah hendak didik anak-anak jadi orang. Mak Long lagilah ada lima putera dan puteri. Alhamdulillah semua sudah berkerja. Yang best tu,Uncle bila anak-anak bagi sesuatu hadiah pada kita..saat itu Allah sahaja yang tahu perasaan di hati..sedih ada, gembira ada bercampur bersyukur..ah tak dapat nak bayangkan. Tulah gembira dalam tangisan hahahaha
Waalaikumsalam Mak Long.
Memang lain rasanya bila anak yg belanja/belikan. Selepas abang bayar dinner malam tadi saya tanya, "duit abang cukup ke nak sampai ke hujung bulan?". Perasan bercampur-baur! Ha-ha
Hasil yg disemai uncle dan auntie dah mula menampakkan hasilnya.
Suka kakak dpt tahu Azumi mahu bawa bekal sebab jarang remaja lelaki yg bekerja mahu membawa bekal berbanding remaja perempuan.
Adik-adik pun pasti akan ikut jejak abang mereka.
Alhamdulillah
Azumi dah merasa hasil keringatnya sendiri
Marina dan Yuya beli pakaian dari wang tabungan sendiri
Kita sebagai ibuayah mmg rasa berbangga.
Apa yg diajar mereka faham dan buat.
In syaa ALLAH dah besar nanti mereka akan tahu payahnya mencari rezeki dan nikmat menabung.
Kakzakie Purvit.
Ini hanya permulaan perjalanan yang jauh bagi mereka. Apa yang kami mampu buat ialah berusaha menitipkan nilai-nilai murni agar menjadi pegangan mereka nanti. Selain daripada itu kami hanya mampu berdoa.
Semalam saya ada memberitahu aunty bahawa apa yang saya buat ini hanyalah untuk masa depan mereka. Tak ada apa lagi yang saya nak kejarkan. Untuk diri kami berdua ialah rumah kecil kami, kemudahan asas, kesihatan yang baik serta satu lagi yang tak boleh saya lupakan begitu sahaja ialah sekurang-kurangnya 2 kali setahun saya nak berjalan ke luar negara...hahahahaha...(yang last tu mesti ada!)
Ibu n Abah.
Hingga semalam, aunty masih emotional dengan belanja abang! Hahahahahahaha.....Katanya, tak sangka abang menghabiskan beratus ringgit untuk belanja kami makan. Dulu asyik-asyik mintak duit. Kini dia pulak yang belanja kami! Hahahahahahaha.....
Catat Ulasan