Isnin, Mac 14, 2016

Full House!

Lapar..

1976

Masa aku kecik dulu, aku suka kucing. Aku jumpa kucing liar didalam longkang didepan rumah dan aku bawak balik. Ini terjadi sewaktu aku menetap di Brown Garden, Penang dulu. Kucing tu punyalah aku sayang....siang malam aku main dengan kucing tu. Dari halus sampailah ke besar. Anyway, dah menjadi resam kucing ni yang suka sangat tidur dibawah/belakang tayar kereta dan arwah mama pulak selalunya pergi kepasar diawal pagi, makanya dengan tidak sengaja, arwah mama dah menggelek kucing aku yang sedang nyenyak tidur. Aku bangun nak ke sekolah terus terkejut sebab darah dan otak bersepah-sepah di beranda rumah! Aku sedih, kutip, dan tanam di anak sungai berhampiran rumah aku. Dulu didepan rumah aku ada satu anak sungai mengalir lesu. Sekarang kalau aku balik, aku cari sungai tu dah tak jumpa. Dah naik kawasan perumahan disitu......

Lepas pada tu, sewaktu aku nak ke Melaka ikut arwah bapak transfer dari Pulau Jerejak ke Henry Gurney Telok Mas, kami dapat tiket free naik keretapi dari Butterworworth sampai Gemas sebelum trak dan van Penjara Malaysia datang pikap di stesyen keretapi. Seronoknya naik keretapi sebab kami dapat bilik kelas 1. Ada 2 katil bertingkat. Maksudnya ada 4 katil dalam bilik tu. Ada sinki. Sebelum naik keretapi yang sangat "luxury" bagi aku pada tahun 1976/1977, kami beli bekal nasi briyani dari Dawood Restaurant yang sangat famous di Penang. 

Aku ada lagi sekor kucing yang aku nangis terisak-isak waktu nak pindah ke Melaka. Dipendekkan cerita, aku masukkan kucing tadi dalam karung yang dah aku lubangkan untuk pengudaraan, aku bawak ke Melaka. Bila aku bukak karung kucing tu, aku tengok kucing tu terus melengkar letih tak bermaya. Aku letakkan dia di tempat yang selesa dan aku bagi makan. Lepas sehari, kucing tadi dah kembali berlari merata cerok. Aku letih!

2016

Marina jumpa kucing liar dibawah rumah dan dibawanya balik. Dibaginya makan. Marina memanggilnya Miko. Tiap-tiap malam kucing tu akan mengiau mintakkan makanan. Selang beberapa lama, Marina bagitahu yang kucing tu bunting. Aku pun tak perasan! Lepas beberapa bulan, Miko pun beranakkan 4 ekor anak kucing comel. (Sekor mati). Aku serabut! Aku bagitahu yang aku nak hantar anak-anak kucing tadi ke SPCA. 2 hari 2 malam Marina menangis....aku serabut..

Dulu waktu berumur beberapa hari, suara anak-anak kucing tak kedengaran. Kini setelah berusia 2 bulan, selain daripada suara Marina, aku dah mula dengar suara 3 ekor anak kucing dan seekor mak kucing. Kadang-kadang aku tak pasti yang aku dengar tu adakah suara kucing ataupun suara Marina!

Dulu acapkali aku sebut bahawa keluasan rumah aku hanyalah sekangkang kera. Kini tidak lagi. Ia telah berubah menjadi sekangkang kucing! Siapa yang menghuni rumah aku kini

  • aku
  • aunty
  • azumi
  • yuya
  • marina
  • wiwit
  • mak kucing
  • along kucing
  • angah kucing
  • achik kucing

Aku PASRAH!



16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sekali lagi - kakcik baca catatan sambil gelak...

Kucing pun ada Along Angah dan Achik... :)

Kakcik tak boleh bela kucing sebab sifat sabar kakcik sangat kurang lagipun sebagai penghidap athma, bulu kucing adalah merupakan satu alahan (alasan!)... :)

norh berkata...

hahahaha...semakin bertambah ye famili uncle..

kat rumah mak norh, ada 4 ekor kucing yg sangat la manja dengan adik norh..sampaikan tido pun memang sekali la..

kat rumah sendiri, norh tak bela kucing tapi ada kucing2 selalu lepak kat sini sbb banyak pokok..sejuk sikit katanya..hehe

bila dah tinggalkan makanan kat depa, hari2 la depa ziarah..hehehe..ada pak kucing, mak kucing dan 2 anak2 kucing yg nakal..suka buat org terkejut.. :p

Omong Mak Long..... berkata...

Geli hati baca ni. Keluarga Mak Long semua pengemar kucing. Masa Emak sihat beliau ada 20 ekor kucing, kucing kutip, kucing orang letak tepi tangga semua ada. Full house hahahaha.. Faham sangat pasal tu.

ummi_khalish berkata...

salam alaik uncle..dil baca sambil gelak2..aduiyai..sampai 4 beranak tu... takpelah..bertabahlah hati ye..anak-anak dil pun suka kucing..cuma nasib x boleh bawa mai umh...jadi kenalah jumpa di luar je..huhu...

Uncle berkata...

Kakcik.

Marina bagi nama kat 3 ekor kucing tu tapi sampai sekarang saya tak tahu kucing nama sekian yang mana satu? Comel bila anak-anak kucing berkejaran didalam rumah tapi tak comel bila mula mencakar kusyen dan langsir. Grrrrr...

Uncle berkata...

Omong Mak Long.
Memang comel Mak Long...tapi tak comel bila saya kena buang najis kucing-kucing ni semua! Patutlah rambut saya banyak uban! Hahahahahaha.....

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Dil.
Nasib baik anak sekor lagi dah takada dan bapaknya pon tak ada......kalau tidak, habislah rumah Uncle.....

Uncle berkata...

Norh.

Kalau rumah Uncle besaq, seronoklah jugak...btw, setiap pagi pukul 6 dia akan geselkan badan badan kat pintu bilik....dia nak masuk toilet.....tapi bila masuk, cuma nak minum air dalam baldi...in fact dia ada toilet sendiri....(pasir bau oren lagi!) mewah sungguh kucin ni.....nak bagi tulang, Uncle kena marah! Kata depa nanti kucin tercekik...aik? Bukan dulu makan tulang ka?

Damiamikhaila berkata...

Damia ada 2 ekor kucing. Jantan nama Chika, betina nama Kitty. Chika tu, dah bela setahun baru tau jantan. Ingat betina.Kalau tak, mesti nama Chiko. Hehehe...

Uncle berkata...

Wahhhh dah setahun baru perasan? Hahhahahahaha...Semalam saya tanya Marina, macamana nak kenal 3 ekor anak kucingnya? Marina jawab yang nama ini (saya lupa), mata besar nama sekian....mata tak besar nama sekian dan mata sepet nama sekian...Saya tambah blurr!

Kakzakie Purvit berkata...

Tak boleh salahlah Marina sebab ada darah papanya mengalir dalam dirinya. Like father like daughter hihi...

Bela ajelah uncle. Kakak ni yg geli dan takut pun terpaksa juga bela bila anak-anak kakak pun suka sampai terjerit-jerit melenting-lenting kakak dibuatnya tapi tetap kakak bagi juga makan masa anak-anak tak ada rumah. Kakak pun risau sekarang ni tak tahu nak buat macam mana.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.
Hari tu anak-anak kucing tu main belakang tv. Ditarik-tariknya kabel...seharian kami takada siaran! Tapi bila tengok anak-anak kucing ni berkejaran, nampak comel pulak....cuma saya letih dengan bau tahi kucing!

liza berkata...

uncle, kami tak bela kucing....tapi ada sekor anak kucing ni selalu duk kat pintu dapur....kami bg makan....sampailah dia jadi remaja dan asyik beranak jer....setiap kali beranak, dia bawak anak2 dia naik duk kat dlm siling....kdg2 dia bawak makanan utk anak2 dia...pernah sekali ulat sampai jatuh2 ke dlm rumah sbb makanan/anak dia yg mati kat dlm siling....panggil bangla suh cuci dlm siling....termuntah2 bangla tu....

dan kucing tu sampai skrg masih aktif beranak....hemmmmm

NEKCIK berkata...

Iyalah Uncle..kucing tu nak cari tempat berkasih sayang..suka dia dpt kluarga penyayang.nekcik pernah ada 13 ekor..sekarang hanya ada 4...dah biasa ada..sunyi klau takde kucing...kongsi duit pencen dgn depa ni lah

Uncle berkata...

Liza.

Uncle pon pening dengan kucin ni...Ingat nanti nak pi "potong" sajalah...letih sunggoh. Kadang-kadang ingat aunty belikan ikan untuk masak kat Uncle, rupanya dia beli ikan nak jamu kucin!

Uncle berkata...

Nekcik.
Sunggoh....bukannya murah nak jaga kucin.....sebulan mahu ratoih-ratoih jugak tu! Mengalahkan duit baya tuition!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...