Selasa, April 19, 2016

815 Goes To Perhentian!


Trip kali ini telah dirancang sejak penghujung tahun lepas lagi. Diperhalusi beberapa kali, di bawak berbincang melalui whatsapp group hampir saban hari, dibuka booking kepada semua budak-budak 85 seawal tahun. Hangat dibicarakan saban hari berbulan lamanya. Akhir sekali pada bulan Februari, pembayaran dibuat kepada pihak hotel. Bermula dari situ, kami mula merangka apakah aktiviti santai yang bakal dilaksanakan sepanjang 3 hari 2 malam kami disana nanti. Gilos merancangkan segalanya secara terperinci. Beliau yang merangkap "ketua penyamun" pantai timur memang tak menang tangan. Pelbagai perkara harus diselesaikan dan dijadualkan. Mana dengan tugas seharian dan keluarga beliau sendiri. Tetapi oleh kerana penyamun-penyamun ni semua adalah rakan-rakan sekolah sejak kecil, segala usaha ditumpukan kearah kejayaan "outing" ini. Thank you Los!


 
Yang berkereta dari KL telah mula sampai ke Kuala Besut sehari sebelumnya. Aku dan Lan H mengambil penerbangan "kelip-kelip" pada pagi hari Jumaat dan kemudiannya di picked up oleh kawan "hantu" aku yang aku ceritakan minggu lepas! Hahahahaha...kami terus memecut ke Kuala Besut dan bertemu dengan yang lain. Rakan-rakan Kelantan yang tak turut serta dalam trip ni seperti Gapo dan Piterr tetap juga menunggu di jeti kb hanya semata-mata untuk bertemu rakan-rakan sejak kecil. 

Selesai sembahyang Jumaat, kami terus berjalan ke jeti dan menunggu bot "belalang". Tepat pada waktunya kami bertolak. Laut agak bergelora dan ini membuatkan kami terlompat-lompat diatas bot. Dalam laut yang agak kuat arus dan ombaknya, cerita-cerita lucu tetap terpacul keluar dari mulut masing-masing! Kami bergelak sakan walaupun dalam hati masing-masing aku rasa pasti risau melihatkan laut yang sebegitu! Semua tak sabar nak sampai ke jeti Perhentian Kecil kerana dah tak sanggup dengan cuaca tak menentu. Nampak macam ganas! Hahahahahaha

Sampai di jeti kami terus menuju ke Shari-La Resort. Proses check-innya amat cepat dan kami diberikan bilik masing-masing. Resort penuh dengan tetamu luar negara yang datang semata-mata untuk merehatkan minda (macam aku), snorkelling (macam aku) dan juga diving (bukan macam aku). Kejap saja meletakkan beg dibilik masing-masing, kami menuju ke 'private beach' untuk acara snorkelling yang pertama. Oleh kerana badan aku tak berapa nak sihat, aku tak terjun ke laut. Acclimatise dulu, kata orang putih...hahahahaha..

Rakan-rakan yang lain dah tak sedar diri. Semua rasa macam umur 17 balik! Sesekali mata liar memandang ke kiri dan kanan kalau-kalau ada warden yang menunggu nak menangkap kami. Hahahahahaha...

Lepas puas berendam, kami balik ke bilik, mandi dan menukar pakaian untuk makan malam. Nothing much waktu dinner kecuali semuanya lapar dan makan macam bukak puasa! Lepak sekejap sebelum masing-masing nak pergi minum pulak....kami terus ke OMBAK. Aku sukakan tempat ini kerana bagi aku ia memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pelancong-pelancong asing. Tempatnya luas, bersih, kesemua pekerjanya memakai pakaian seragam lengkap, chef kemas dengan topi tingginya, staff sentiasa alert dan tidak hanya berlonggok ditepi bar sambil berbual kosong tetapi sentiasa bergerak manakala manager/ownernya pula seorang wanita muda yang berpakaian cantik/sopan sentiasa cuba memenuhi kemahuan tetamu. Wah...ini amat 'fresh' bagi aku kerana ditempat-tempat lain di pulau ini tidak sebegini. Kebiasaannya mereka lebih 'laid-back' dan tak 'aggressive'. Mungkin kerana tidak ada standard yang perlu dipatuhi dan juga tidak ada pemantauan tetapi amat berbeza dengan OMBAK. OMBAK memenuhi citarasa aku dan sekiranya aku kembali menjejakkan kaki ke Perhentian Kecil, sudah pasti OMBAK bakal menjadi pilihan aku untuk bersantai!



Selesai OMBAK, mata masih terang...ada juga yang melangkah pulang ke bilik masing-masing kerana terlalu letih memandu dan berjaga. Lain-lain tu termasuklah aku, mula mengatur langkah ke "Long Beach". Long Beach dipenuhi oleh mat salleh. Beberapa bar terletak dipantai dan suasana seolah-olah pesta! Jika rasa tidak sesuai, tak perlulah melangkah ke sana. Kami tak jadi nak melepak di Long Beach memandangkan tidak ada tempat untuk kami duduk selain hari pun dah nak ke tengah malam. Walaubagaimanapun aku tahu yang pestanya berterusan hingga ke dinihari!

Berpeluh-peluh kami berjalan naik bukit turun bukit didalam kegelapan malam. Sampai bilik, aku rasa tak selesa sebab berpeluh. Aku mandi dan cuci baju sikit! Melepak lagi di balkoni bersembang dengan rakan-rakan dari kecil merupakan satu nikmat yang tak reti nak aku ucapkan! Pukul 1 pagi (memang waktu tidur aku walaupun dirumah), aku masuk tidur. 

Lepas subuh aku mengatur langkah menuju ke pantai untuk melihat matahari naik. Sorang diri. Yang lain terus sambung tidur lepas solat dan aku tahu pastinya semua kawan-kawan aku terlalu letih. Tunggu dan tunggu. Dari pukul 6.15 pagi hinggalah ke pukul 7 pagi. Hari dah cerah tapi matahari tak nampak naik pulak! Tiba-tiba aku teringat yang matahari naik di pantai lain dan aku tunggu di pantai lain! Hahahahahahahahaha...macm ni punya manusia pon ada! Tapi cerita tu aku tak bagitahu sesiapa hari tu sebab aku pasti kena 'bahan'. Aku kenal sangat penyamun ni semua!

Lepas sarapan, kami bersiap untuk aktiviti snorkeling di 5 tempat berbeza. Semua tak sabar nak terjun especially yang kali pertama..hahahahahaha...Aku suka aktiviti ini. Berada bersama kumpulan rakan-rakan penyamun menyebabkan aku berasa sangat selesa dan seperti kata kawan aku, "rejuvenating". Demang dan Wak B terus buat 'diving' sebelah petangnya pulak. Gila budak-budak ni!

Pukul 2.30pm baru habis dan kami terus menaiki bot menuju ke kampung nelayan untuk minum dan makan ringan. Ringan ke kalau makan sotong goreng tepung yang besar dan panjang? Hahaha..Balik ke hotel kami makan lagi sebelum melangkah penat ke bilik masing-masing. Sekitar 5.30pm kami sekali lagi berkumpul dan melepak di beach. Modal untuk bercerita dan modal untuk 'mengutuk' rakan-rakan memang sentiasa ada! Puas!

Malamnya ada bbq dinner. Aku tak boleh nak makan banyak sebab sepanjang bersama rakan-rakan, kerja kami hanyalah makan dan makan dan makan. Duduk bersembang lagi macam tak ingat dunia. Sampai buffet semua habis diangkat pun kami masih bertenggek mengadap laut! Kali ni bila balik ke bilik kami dah tak bersembang panjang. Letak saja kepala, terus jalan!

Breakfast terakhir kami bersama rakan-rakan di Perhentian Kecil. Demang dan Wak B sekali lagi bergegas untuk 'diving' kali ke dua sebelum pulang. Kami hanya melepak di cafe dan kemudiannya di bilik sambil menunggu waktu untuk pulang. 

Berpeluk sakan dengan Rodhi sebelum pulang kerana kami tak tahu bila akan bertemu beliau lagi. Rodhi merupakan rakan sdara 85 juga tapi dah 15 tahun menginap di Pulau Perhentian. Banyak cerita dia. Memang seorang penglipurlara!

Di jeti Kuala Besut sekali lagi kami bid farewell untuk sementara waktu sebelum mengatur rancangan seterusnya. Yang pasti bulan October nanti kami akan bergerak secara berkumpulan ke JB. Apa programnya, akan aku update 6 bulan lagi. Hahahahahaha

To all my beloved blood brothers, Dr Min, Gilos, Iq, Lan H, Ma'e, Naha, Apam, Joe Rengkek, Ketat, Nyem, Demang, Wak Beng and Rodney (also to those who were not present), once again, love the friendship, love the company...you guys are awesome. Till we meet again....14/5 for another 'makan busat' hahahahahaha.....take care bradas!

12 ulasan:

Unknown berkata...

In shaa Allah ...trip perhentian can be our annual event to visit ketua penyamun pulau bro Roddy .. Thanks to all for the supports given ...adios ... Our perhentian motto "shut up & dive"

Uncle berkata...

Thank you Los....elok jugak kalau buat annually...hopefully bertambah ramai tahun depan...motto tu memang best Los! Hahaha...

mokja berkata...

Pernah ke Perhentian sekali dua.Mmg cantik dan mendamaikan. Tak lupa ikut bot pi candat sotong.Gayat dioleng ombak tapi seriously that was an awesome experience.
Bln 5 anak2 nak ke sana dgn sepupu2 mereka.Harap depa enjoy their stay there.

Uncle berkata...

Memang seronok berada disana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya...Gilos kat atas tu dah plan satu lagi percutian ke Perhentian tahun depan. Semoga ia bertambah meriah dan kami bertambah akrab!

Kakcik Seroja berkata...

'Cantik' nama gelaran masing-masing...hahaha...

Pernah sekali ke Pulau Perhentian. Saat suami dan anak-anak mandi laut dan main pantai, kakcik tinggal seorang di chalet sambil makan nasi lemak. Tahu-tahu tiba-tiba sahaja seekor ular (kecil je) 'tercegat' depan kaki! Apalagi...melompatlah jawabnya. Panggil sesiapa sahaja yang ada depan mata. Puaslah pekerja resort tu memunggah katil semua mencari sikecil itu tapi sampai sudah tak jumpa... Mujurlah kami tidak bermalam di sana.

Uncle berkata...

Nama gelaran tu semualah yang kadang-kadang buat anak-anak kami tercengang tak tahu nak cakap apa! Tu belum kira, Ayam dan kembarnya Cicak, Katak, Kuda, Buaya, Kucing, dll. Macam kat zoo! Hahahahahaha...

Kakzakie Purvit berkata...

Bila uncle gunakan perkataan "Gila budak-budak ni" - sah kakak dapat rasakan masa tu uncle dgn semua yg dah jadi bapak budak bahkan entri sebelum ini uncle kata ada yg dah jadi atok mesti rasa macam masih di form 5 lagi. Enjoy betul sampai membayangkan jeling-jeling kot ada warden nampak apa yg dibuat haha... kelakarlah uncle.

Kakak yg baca pun enjoy tau:)

Uncle berkata...

Kakzakie!

Tak boleh nak lepas daripada kenangan dengan penyamun tu semua! Hahahahahahaha....Jadi kakak boleh bayanglah bagaimana perangai kami disekolah dulu! Hahahahahaha...Kesayangan cikgu-cikgu kami nehh...especially warden! Hahahahahaha...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Dah dapat bertemu
Mmg kita akan rasa sangat selesa bila bersama teman2 yg sama membesar dgn kita. Perasaan itu tak ada dengan teman waktu dewasa...

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Betul sangat tu. Inilah kawan yang paling lama saya kenal dan menginap bersama. Kadang-kadang tu cuti sekolah pun kami tak balik rumah diwaktu berumur 13 tahun...kami terus mengikut kawan-kawan balik ke pantai timur, johor dan lain-lain. Saya ada bercerita dulu perihal saya dan Iq yang naik bas dari seremban ke kl ke butterworth ke kuala kedah dan naik bot ikan ke langkawi! Kami hanya pergi sehelai sepinggang dan baru berumur 14 tahun waktu itu, tahun 1982!

Wak DD berkata...

Apa agaknya rasa 'Teh Tarik Dangdut' ?

Uncle berkata...

Wak DD,

baru perasan message kau masih belum berjawab. Sorry brada...about the drink, "Teh Tarik Dangdut", aku tak sampai hati nak order sebab terbayang muka kau! Wak DD (Wak Dangdut!) hahahahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...