Selasa, Jun 21, 2016

Bot



Cantik pulak bila tengok gambar bot ikan ni. Gambar ni aku ambil sewaktu aku bertugas di Langkawi beberapa tahun yang lepas. Aku tak tahu apa nak buat hari tu, ambil kunci kereta, ronda-ronda, sampailah kat muara sungai ni. Lepak sekejap, tiba-tiba bot ni lalu, aku capai kamera, snap dan kemudian aku terkebil-kebil....kenapa aku snap? Walaubagaimanapun tujuan kita mengambil gambar ialah untuk memahatkan momen dan memori indah sebagai kenangan..

Aku dan bot/sampan ni dah ada hubungan sejak dulu lagi. Dari aku berumur 5 tahun aku dah mula naik bot dari jeti di Gelugor menuju ke Pulau Jerejak untuk melawat arwah bapak aku yang bertugas dengan Jabatan Penjara Malaysia waktu itu. Hampir setiap minggu aku akan kesana dengan arwah mama. Kadang-kadang bermalam dan kadang-kadang hanya untuk menghantar makanan kepada arwah bapak. Seronok naik bot tetapi bunyi enjinnya yang bising membuatkan aku jadi pekak selama 30 minit perjalanan dan 10 minit lagi 'post' perjalanan. Aku dengan arwah mama terpaksa menjerit walaupun kalau ikutkan, ayat perbualan kami sangatlah sopan....."Mama, cheq nak terkencin..." dan arwah mama pulak menjawab, "tunggu sat naaa...dah nak sampai ni...". Tapi dalam bot kami terpaksa menjerit untuk berkata-kata..maka intonasinya, dah jadi lain. Seakan-akan aku menengking arwah mama! Hahahahahaha

Bila aku berumur 14 tahun, aku dan kawan adventurous aku yakni IQ travel all the way dari seremban ke kuala kedah. Hanya kami berdua. Keluarga kami tak tahu apa satu. Dari kuala kedah kami naik bot ikan menuju langkawi. Seronok sangat sebab tangan dapat cecah air sepanjang perjalanan ke langkawi! Kalau lah sekarang ni aku diberi kesempatan sekali lagi menaiki bot ikan tersebut ke langkawi. Kompom aku demam! Hahahahahaha.....

Apabila aku berada di Tokyo dulu, fine dining tempat aku bekerja yang bernama Ma Maison (tokyo bay hilton) tingkap-tingkapnya mengadap ke teluk. Pemandangan menakjubkan apabila melihat kapal-kapal belayar. Terasa seolah-olah ia sangatlah hampir. Ada juga aku terleka sebentar apabila membuat 'flambe' kepada tetamu kerana terlalu asyik melihat kapal-kapal besar lalu. Nasib baik peach melba yang aku sediakan didepan tetamu tak terbakar!

Suatu hari tu, bila cuaca baik, aku cuba menaiki bot pelancong menyusuri sungai Sumida. Botnya cantik. Orang bersesak-sesak didalam bot tersebut. Perjalanan tidaklah begitu lama tetapi pemandangannya kali ini sangat menarik kerana kita melihat Tokyo dari aras pandangan yang berbeza. Dari sungai! Menyusuri sungai Sumida, kita akan melalui banyak jembatan yang merentangi sungai. Setiap jembatan ini ada ceritanya. Aku suka sangatlah kalau ada cerita disegenap pelosok tempat.... hahahahahaha.....

Bila aku belajar di Le Bouveret dan kemudiannya bekerja di Geneva, aku sering menaiki bot di Lac Leman. Tasiknya amatlah luas dan beberapa bandar berada disekelilingnya. Tak reti aku nak bercerita tetapi dengan bahasa mudahnya, sekolah aku berada disebelah sini tasik. Separuh perjalanan dan masih lagi menyusuri tepian tasik, kita akan sampai di sebuah bandar kecil yang bernama Montreaux. Memandu lebih kurang 40 minit lagi kita akan sampai disebelah sana tasik dan bandaraya hebat yang dipanggil Geneva! Faham ka? 

Pier dimana bot ini mengambil penumpang di Geneva terletak berhampiran dengan Noga Hilton. Jika ada masa terluang, aku dan rakan akan menaiki bot ini sewaktu musim panas. Mengelilingi sebahagian tasik sambil diberikan penerangan. Apabila lalu disesuatu kawasan berbukit elit, kita akan diberitahu bahawa rumah diatas bukit yang kita nampak itu ialah kepunyaan "so and so".....para penumpang pun mula berbunyi "uuuuuuuu.....", "aaaaaaaa....." sambil tangan sibuk mengambil gambar. Hahahahahahah....Aku tak ada duit masa tu (sekarang pon) jadi, aku tak ada kamera! Walaupun aku tak ada kamera, tetapi alhamdulillah aku masih ingat setiap apa yang berlaku dan lihat seolah-olah ianya hanya baru semalam! 

Sunda Kelapa di Jakarta merupakan satu lagi port yang aku amat suka. Sekiranya aku diberikan kesempatan oleh Allah untuk melawat/bekerja di Jakarta sekali lagi, aku pasti akan melawat pelabuhan ini. Bagi aku pelabuhan Sunda Kelapa ini sangat unik. Kapal/botnya masih seperti yang dulu. Bermuncung tajam melengkung keatas seolah-olah mendongak. Apabila aku berada disitu, aku terasa seperti dibawa ke zaman dahulukala. Jam waktu tetiba berhenti. Aku terbayang kapal-kapal dagang membawa hasil muatan berupa rempah dan macam-macam lagi. Wah.........tak sama macam bot Pulau Jerejak....

Jangan ditanya kenapa secara tiba-tiba aku bercerita pasal bot. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa.....hahahahhahahaha....

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Seronok kakak baca entri uncle ni. Ternyata banyak betul tempat yg uncle jelajah dari tempat kelahiran sehinggalah pelusuk dunia rantau lain. Bot dan scenery aje yg berbeza. Pengalaman yg tak mungkin boleh diulang terutama zaman kecik dulu. Sayangnya dulu tak dicaptured dgn kamera ye:)

Kakak ni dah tua tak pernah sekali pun naik bot jgn uncle tak tahu hihi... sekarang lagi dah tua kena bot yg macam dlm gambar tu mahu kakak demam sebelum naik:)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Uncle cerita pasal boat pun dah hilangkan rasa mengantuk.. suka baca pengalaman uncle bekerja di luar negara :))))

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Sebenarnya ada lagi kisah bot termasuklah kapal vietnam bernama "Hai Hong" yang tenggelam berhampiran Pulau Bidong sekitar hujung tahun 70-an dulu yang waktu itu membawa pelarian Vietnam. Ada juga cerita pasal bot yang saya naik ke Pulau Besar di Melaka...hahahahahahaha...puasa lah kak...lupa nak cerita! Kikikikiki....

Tapi yang paling 'lejen' saya rasa ialah cerita saya yang mengembara dengan sorang lagi 'budak gila' yang nama IQ tu. Kami 14 tahun (form 2) dah melancong ke Langkawi tanpa pengetahuan keluarga! Duit bukannya ada pon! Naik bas dari sikamat ke terminal seremban, sks ke kl, mara ke butterworth, entah apa nama bas ke kuala kedah dan bot ke langkawi! Baru 14 tahun!!! Hahahahahaha....

Uncle berkata...

Seri Kandi Tanah Jauhar.

Terimakasih kerana membaca cerita Uncle yang sememangnya dari dulu sangat "nakal!" Hahahahahahahaha....bacalah lagi ya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...