Aku berdiri 3 dari kanan. Rambut putih, baju merah ang-ang! |
Aku ada diberitahu mengenai satu sesi menjaga kesihatan yang berlangsung secara santai di Tasik Titiwangsa setiap hari Jumaat pukul 8.45-9.45 malam. Ada yang memberitahu aku tempohari. Beliau juga sertakan no talipon seorang wanita untuk aku hubungi dan bertanya apa yang ingin aku ketahui. Setelah berhubung dengan wanita berkenaan, aku pun mengorak langkah untuk turut sama. Buang rasa segan dan aku sempat memberitahu mereka bahawa jika aku jadi pergi, kemungkinan besar aku bakal menjadi peserta yang paling senior. Beliau mendengar cerita aku dengan tekun dan memberitahu aku yang mereka amat terbuka dengan kategori umur. Hahahahaha....biar aku bagitahu kepada mereka walaupun aku tahu aku muda belia!
Jadi, sebulan sebelum Ramadhan, hari Jumaat pukul 8.45 malam, aku pun tercegat kat tepi tasik titiwangsa. Di pondok yang sekarang ni ada banyak basikal disediakan. Dah macam pesta suasana malam di tasik titiwangsa sekarang ni. Aku suka keadaan begitu kerana ia lebih kepada santai dengan keluarga. Ada basikal untuk seorang, 2 orang, 3 dan juga 4 orang. So, satu family boleh naik sama. Memang meriah!
Aku talipon dulu dari bawah pondok untuk pastikan yang kumpulan tu dah ada. Aku jalan perlahan kearah mereka dan perkenalkan diri. Ternyata kesemua mereka lebih muda dari aku tetapi penerimaan mereka membuatkan aku juga rasa seusia mereka. Hahahahahaha...Setelah selesai memperkenalkan diri, coach pun mulakan aktiviti regangan. Longgar seluruh badan rasanya. Setelah 10 minit memanaskan badan, maka mulalah sesi berpeluh. Nampak senang tetapi menitik peluh aku ke lantai. Baju aku basah. Perut, dada, bahu dan lengan aku serta peha dan betis dah mula terasa. Bukannya lama mana pun. Cuma satu jam tetapi kesannya amat baik untuk aku. Senang-senang aku dah bakar 300-500 calories dalam masa satu jam. Untuk umur aku yang 'remaja' ni cukuplah! Pada yang lain-lain aku rasa mungkin 1000-1500!
Esok paginya aku terasa 'menangkap' dikeseluruhan tubuh. Aku ok dengan keadaan begini. Ianya "feel good pain" untuk aku. Badan tak boleh dimanjakan sangat. Kalau manja, naik lemak nanti...hahahahahaha.....Pada minggu seterusnya juga begitu. Apabila hujan mula turun, kami berpindah ke squash court pulak. Squash court ni tertutup dan terletak di sebelah tenis court dan land marknya ialah Satay Station. Lepas workout jangan pergi makan kat Satay Station pulak....itu bukan berkurang calories tapi bertambah calories jadinya! Hahahahahaha....
Minggu lepas dan minggu sebelumnya kami terpaksa berpindah ke squash court kerana hujan turun sewaktu kami baru nak mulakan latihan! Itu tak mampu melemahkan semangat aku. Malah aku jadi tambah berkobar-kobar! Tiba-tiba sewaktu aku sedang mengetatkan ikatan tali kasut, ada seorang wanita menegur aku. "Eh Uncle pon ada? Bila start?". Aku melihat wanita itu dan senyum sambil bagitahu yang aku dah mula sebulan yang lalu. Dia kata dia baru mula. Kami berbalas senyuman. Dalam perjalanan dari tasik nak ke squash court, otak aku mula bekerja keras. Hisshhhh....mana aku jumpa wanita nehh......bila aku jumpa dia nehh.....kat mana aku jumpa dia nehh......mana dia tahu nama aku nehhh.........Hmm....perah punya perah, tiba-tiba aku teringat bahawa inilah wajah yang selalu aku nampak diawal pagi sewaktu aku berada di MJ.
Sebelum masuk ke squash court untuk memanaskan badan, aku sempat bertanya beliau apa aktiviti hujung minggu yang selalu dibuatnya. Beliau menjawab, Sabtu pagi saya masuk hutan! Huh? Masuk hutan? Kemudian, sambungnya lagi, 2-3 kali seminggu beliau akan berada dikawasan Chow Kit especially lorong-lorong dibelakangnya untuk sama memberi makan, motivasi dan lain-lain lagi kepada rakan jalanan. Wah...hebat sangat wanita ini. Berkorban waktu senggang sendiri semata-mata untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Amat murni hatinya. Aku terasa kecil....
Kadang-kadang aku merasa hairan melihat orang sekeliling aku yang boleh makan dan terus makan tanpa henti. Aku yang tengok jadi ngeri. Anyway, kepada sesiapa yang agak free pada hari Jumaat sebelah malamnya, pergi sajalah ke tasik titiwangsa dibahagian tengah tu. Ramai orang kayuh basikal kat situ. Group ni ada ditengah-tengah. Senang nak cam. Kalau nampak sekumpulan manusia terasa muda tapi tak berapa nak muda, maksudnya kami lah tu! Datang saja dan jangan lupa bawak air sebotol sebab anda akan berpeluh gila nanti! See you there people!
14 ulasan:
Seronoknya aktiviti yang disertai itu... :)
Kakcik Nur juga dijemput hadir jika ada kelapangan!
bestnyer uncle..:-)
*lama x komen...lama x jenguk..internet di mesir demam x kebah..hehehe....
Senaman lasak macam mana tu Uncle sampai berjurai peloh... Kalo ada peluang dan masa nak jugak ikut sama bila balik bulan depan. Lemak dah bertepek nih hahaha
Ummi_khalish
alamak kesiannya.....masa Uncle kat Mekah/madinah dulu Uncle selalu bertengkar dengan IT Manager hotel sebab selalu berlaku gangguan. Kesian jugak kat dia sebab bukan salah dia.....hahahahahah....Internet masa tu sangat penting sebab setiap ahad Uncle akan skype dengan keluarga. Nak tengok muka depa....mimik muka depa masa kecil selalu buat Uncle mengigau siang dan malam. Hahahahahaha...
Omong Mak Long.
Eh nak balik cuti ka Mak Long? You have my number kan......boleh kita pi ngopi dengan Pak Long.....dan kalau free Mak Long boleh join sekali exercise tu....HIIT! Sikit ja.....hahahahaha...
Kalau kakak perhatikan lingkungan kawan-kawan uncle adalah mereka yg peka dengan keadaan sekeliling bukan saja hal kesihatan tapi hal kemanusiaan itulah yg kakak salute.
Kakak dak pandai tunggang basikal. Kalau pandai kakak pun suka cycling.
Kakzakie Purvit.
Alhamdulillah. Jika kita berada dalam lingkungan rakan-rakan yg positif, kita juga akan menjadi positif. Begitulah juga sebaliknya.
Kak, tunggang basikal ni bagus. Kawan saya sorang tu memang gila kayuh basikal. Tak cukup Malaysia sampai ke Papua New Guinea di pergi kayuh..
Assalam, uncle. Bestnya dapat join aktiviti mcm ni, tahniah uncle!!
Waalaikumsalam SKTJ.
Uncle sukakan hari Uncle yang padat. Oleh itu Uncle akan merancang seminggu sebelumnya. Sebagai contohnya pada hujung minggu ini, Sabtu pagi Uncle akan berada di Tasik Ampang untuk mengeluarkan peluh. Petangnya ada rumah terbuka di Sg Buluh yang perlu pergi dan malamnya menonton Jason Bourne. Ahad pula Uncle ada perjumpaan dengan old boys sambil bermain badminton di Ampang Sports Planet dari 7-9 pagi.
U too should be actively involve with activities with family and friends!
Terasa nak join
Tapi nak kena hilangkan penyakit Malas
Malas nak drive jauh dari Bangi ke ttwangsa...
Ibu N Abah.
Apa salahnya...marilah....bila ada kesempatan! Hahahahha...ataupun akak boleh join program Kevin Zahri di Bangi. It's a 6 weeks program. Cuba google nama tu dan cari dikawasan Bangi. Program akan bermula pada 13/8. Silalah daftar! Saya akan mula dengan program yang sama tetapi di Ampang! Health is Wealth!
bestnya aktiviti uncle..bagus aktifkan diri ni..
Husna Rahman.
Uncle memang suka padatkan waktu cuti dengan aktiviti. Jika tidak ada perancangan, Uncle akan hanya terbaring depan tv dan tak berbuat apa-apa. Amat merugikan sekali. Oleh itu, Uncle selalu rancangkan hujung minggu Uncle untuk menjadi padat dengan aktiviti-aktiviti sihat.
Catat Ulasan