Isnin, September 05, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 3)

Masjid Jamek setiap Ahad, 4.30pagi.


Assalamualaikum adik-adik dan pembaca budiman. Seperti juga minggu lepas, gambar diatas tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak ceritakan dibawah ni nanti. Itu hanyalah sebagai 'iklan santai' sebelum kita masuk ke topik yang lebih berat. Gambar menunjukkan aktiviti pagi minggu yang aku rasa amat bermakna untuk diri aku. Bermakna kerana aku dapat bersama-sama dengan para sukarelawan yang muda belia seperti Bubu, Robby, Mommy, Chef Farid, Cacing serta Chief Vimmy dan beberapa orang lagi. Bertemu rakan-rakan jalanan dan berbual dengan mereka memberi keinsafan kepada aku. Aku berpeluang melihat diri sendiri dan aku bersyukur kerana masih bernasib baik dengan diberiNya kesihatan yang alhamdulillah, fikiran yang masih waras, rumah untuk berteduh serta makan-minum yang terhidang sentiasa. Oh ya tak lupa juga bersyukur kerana aku ada 'kapchai' yang memudahkan pergerakan aku kesana-sini. Kepada sesiapa sahaja yang free pada hari Ahad, silalah datang ke Masjid Jamek KL. Para sukarelawan akan berada disitu sejak dari pukul 4.30-7.30 pagi kebiasaannya. Bila datang, sila perkenalkan diri untuk memudahkan urusan. Sukarelawan berada didalam kawasan masjid. Parkir untuk kereta agak terhad kerana masjid sekarang sedang diperbaiki untuk kelihatan lebih cantik.

Baiklah. Sekarang dah pun masuk ke bahagian ke 3. Kita telahpun faham sedikit-sebanyak apa yang berlaku serta apa yang harus dilakukan. Adik-adik haruslah fokus dengan apa yang adik-adik nak laksanakan. Be it a small project ataupun projek yang besar. Fundamentalsnya tetap sama. Sekaranglah waktunya adik-adik dan rakan kongsi mula duduk berbual dengan lebih serius mengenai halatuju projek. Pada waktu ini keputusan telahpun ada samada adik-adik sendiri yang akan melaksanakannya ataupun adik-adik hanya bertindak sebagai orang-orang dibelakang tabir sahaja. Jika adik-adik mengambil keputusan untuk menjalankannya sendiri, aku cadangkan agar adik-adik stop, pause and think. Apakah adik-adik memang mempunyai kepakaran? Jika tidak, siapakah yang boleh dipercayai untuk melaksanakannya? Jika ya, apakah position-position yang akan diwujudkan nanti dan berapakah gaji yang harus disediakan? Adik-adik boleh mula membuat 'market survey' tentang posisi yang bakal ada nanti dan juga jumlah gaji yang dibayar dipasaran sekarang? Ini ialah anggaran yang hampir tepat. Of course sebelum ini adik-adik juga haruslah membuat anggaran. Harus dibandingkan anggaran dulu dan anggaran terbaru adik-adik. Kebiasaannya untuk posisi sebagai seorang waiter, gaji bersih yang mampu dibawa pulang ialah sebanyak RM1200-RM1300. Ada sesetengah hotel di KL yang gaji waiter boleh mencapai hingga RM2700 sebulan. Manakala dibahagian dapur, gaji adalah sedikit kurang daripada 'front of the house' walaupun posisi/gred kerja mereka adalah sama. 

Housekeeping

Apa yang penting disini adik-adik perlu tahu jabatan manakah yang diperlukan didalam sesebuah organisasi. Bagi hotel yang kecil adik-adik harus memastikan mereka yang dibawa masuk ini mahir didalam beberapa tugas. Multi skill. "Rule of Thumb" menyatakan bahawa ratio pekerja ialah sama dengan jumlah bilik yakni 1:1. Maksudnya jika adik-adik mempunyai hotel yang mempunyai 40 buah bilik, para pekerja juga haruslah berjumlah 40 orang. Come on...... Itu dulu. Itu 30 tahun dulu. Waktu itu banyak tugas terpaksa dilakukan secara manual. Kini segala-galanya telah berubah. Adik-adik haruslah memastikan yang mereka bekerja dengan efficient. Bagaimanakah adik-adik nak pastikan yang mereka bekerja dengan efficient? Adik-adik harus sediakan latihan yang mencukupi. Barangan (tools) yang mencukupi. Adik-adik harus berada bersama-sama mereka untuk menunjukkan 'best practises'. Setiap tugas yang/bakal dilaksanakan harus mempunyai waktu untuk selesai. Sebagai contohnya, housekeeping associate yang baru atau kurang pengalaman memerlukan hingga 1 jam untuk mengemaskan bilik dengan baik tanpa pengawasan manakala yang berpengalaman pula hanya memerlukan 30 minit. Setiap pergerakan didalam bilik yakni cara-cara pembersihan bilik haruslah diajar satu persatu walaupun nampaknya sangat remeh. Ramai yang tidak tahu bahawa pergerakan terbaik untuk mengemas bilik ialah dengan mengikut pusingan jam ataupun clockwise. Jika tidak adik-adik akan jadi kelam-kabut!

Sewaktu interview, adik-adik jangan terlalu percaya dengan apa yang dipertuturkan oleh pemohon. Sebaik-baiknya diadakan pertemuan sebanyak 2 kali dengan calon yang sama supaya in between, adik-adik boleh menalipon majikan mereka dan bertanyakan mengenai prestasi kerja mereka. Aku selalunya amat berhati-hati apabila seseorang yang aku interview itu sangat manis mulutnya. Adik-adik juga harus hati-hati apabila calon tersebut memperlecehkan majikan sebelumnya semata-mata untuk menarik perhatian adik-adik untuk mengambil mereka. Tidak mustahil mereka akan bercerita yang kurang enak mengenai adik-adik apabila memohon kerja ditempat lain pula. 

Housekeeping department amatlah penting kerana kebersihan sesebuah hotel terletak ditangan mereka. Ini merangkumi ruang taman dan parking spaces, public areas termasuklah public toilets, surau, lobby, restaurants, pejabat dan sudah semestinya bilik tetamu dan juga laundry. Adik-adik harus tahu tugasan mereka. Jika adik-adik tidak tahu, silalah belajar. Belajar dalam ertikata membaca. Paling mudah ialah melalui internet. Adalah lebih baik adik-adik sendiri mencari pengalaman bekerja dibahagian housekeeping ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah tugasan mereka. Adik-adik harus tahu jenis-jenis linen dan saiznya. Adik-adik harus tahu mengenai fabric dan cara penyuciannya serta chemical yang boleh digunakan. Untuk mendapatkan linen yang berkualiti, adik-adik harus tahu berapakah 'thread countnya' dan banyak lagi. Bukan senang ya adik-adik! Florist juga terletak didalam Housekeeping Department. 

Aku bernasib baik kerana housekeeping merupakan jabatan pertama yang aku masuk pada tahun 1987 dulu dan tugas pertama aku waktu itu ialah sebagai 'public area attendant'. Maksudnya aku akan standby menjaga bilik air di paras lobby. Aku harus check tong sampahnya, sinkinya agar tidak ada setitik pun air, jambannya sentiasa kering dan harus berbau segar. Didalam bilik air juga aku ambil kesempatan untuk mengasah penguasaan bahasa inggeris aku dengan berbual kecil dengan tetamu. Aku pastikan yang rambut aku tersisir rapi. Mulut, badan dan tangan aku tidak berbau. Nah....adik-adik sila ambil iktibar ya. Sekali lagi aku nak tegaskan bahawa bekerja di bahagian housekeeping bukanlah semudah yang disangka. Maka oleh itu aku syorkan adik-adik sendiri bekerja di jabatan ini selama beberapa ketika untuk mengetahui apakah tugasan seorang 'housekeeping attendant' itu. 

Kali ni aku bercadang untuk menceritakan sedikit-sebanyak tugasan setiap jabatan agar ia memberi idea kepada adik-adik semua. Aku selalu berpendapat bahawa untuk menjadi majikan yang baik, adik-adik haruslah tahu tugasan setiap jabatan itu. Lebih afdal jika adik-adik sendiri mempunyai pengalaman. Dengan adanya pengetahuan, adik-adik tidak akan ditipu. Pernah berlaku associate cuba berlagak lebih pandai dari ketuanya. Maka itulah kelebihannya apabila adik-adik mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang lengkap mengenai apa yang adik-adik nak laksanakan. 

Jumpa lagi minggu depan. Sebelum aku sign off, jika ada pembaca yang nak bertanya soalan, janganlah segan. Tanya saja. Berkenaan hotel ya....insya Allah aku akan cuba jawab sebaik mungkin. 


6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Jariah yg tak semua org mampu buat di subuh hening inilah dia uncle. Salute!

Itulah pentingnya ilmu kena ada. Interview pun kadang kena goreng. Realitinya bila dah kerja baru tahu. Jadi buat dua kali pertemuan memang terbaiklah uncle. Cantik perancangan yg uncle buat. Kalau kakak pun tak terfikir (is not my line anyway hihi...)

Kakak harap dpt mengikuti terus kisah uncle ini. Best juga.

ummi_khalish berkata...

penerangan yang sangat terbaik..tq uncle..walau mungkin dil x mampu..tapi sekurangnya ada ilmu...teruskan berkongsi ilmu ye...dil setia membaca..walau adakala x boleh nak komen..line masih siput..hehehe... smoga Allah pelihara dan berkati kita smua...

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Disini saya juga ingin menyeru kepada adik-adik yang berkesempatan untuk sama-sama singgah di masjid jamek. Jika ada yang suka jogging dan kayuh basikal sewaktu hari minggu yang digazetkan tanpa kenderaan tu, marilah ke masjid jamek dulu dan lepas tu pergilah kayuh....hahahahaha...

Berbalik kepada interview ini tadi, saya memang suka buat 2 kali. Bukannya 2 kali kerja. Ini untuk memastikan yang saya dapat yang hampir baik jika tidak yang terbaik. Namun, dalam 2 kali itu pun kadang-kala saya terlepas pandang beberapa fakta...Proses tersebut rasanya adalah normal berlaku dimana-mana dan saya hanya mengikut/belajar daripada tempat kerja lama saya dulu....jadi, apa yang elok, saya ambil sebagai panduan. Yang tak elok juga saya ambil tetapi dijadikan sebagai sempadan yang tak boleh diulang.

Uncle berkata...

Ummi_khalish

Perkongsian ilmu ini Uncle anggap sebagai 'khidmat sosial' yang Uncle perlu laksanakan agar apa yang Uncle tahu dapat dikongsi bersama dengan adik-adik. Jika modal besar tidak ada tetapi masih mahu melaksanakan, seperti yang Uncle kata, basisnya adalah sama cuma adik-adik perlu sesuaikan dengan budget sahaja. Kalau nak buat tapi duit tak ada cukuplah dengan menggunakan kontenar yang adik-adik boleh ubahsuai. Kontenar yang boleh dibeli dengan harga RM3500 sebuah (kalau tak salah) dan kemudian buatkan pintu, tingkap, bilik air, pasangkan ac, kedapkan bunyi, ventilation yang lengkap dll. Voila dah siap. Interiornya boleh dibuat mengikut hotel siap bercarpet. Uncle rasa dalam RM15,000 dah boleh dapat sebuah.

Jika ada adik-adik yang masih tak mempunyai budget dan ingin menjalankan business 'homestay', silalah daftar dengan pihak berwajib, hadiri kursus, bacalah di internet mengenai program-program homestay yang dilaksanakan diluar negara dan buatlah bersungguh-sungguh. Jangan saja buat untuk kenduri kahwin, hari raya ataupun graduation ya.....

Ummi-khalish, terimakasih kerana masih membaca dan meninggalkan nota walaupun keadaan internet tak mengizinkan disana. Akhirkata, sila jaga kesihatan!

NEKCIK berkata...

Nekcik pun mengikuti bengkel online Uncle ni ..sejak anak kerja kat bidang peehotelan boleh lah jugak sembang sembang pasal kerjaya nya

Uncle berkata...

Nekcik, terimakasih kerana membaca. Saya pon tak sangka dah jadi macam 'bengkel online' pulak dah! Hahahahahaha....harapan saya agar cerita-cerita saya ini dapat dimanfaatkan untuk memajukan diri. Apabila diri dah maju diharapkan kita dapat memajukan pula orang sekeliling kita!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...