Jumaat, Oktober 21, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 7)

Kumpulan remaja..

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Minggu lalu dan minggu-minggu yang mendatang, aku bakal menjadi sedikit sibuk. Aku juga tak pasti samada aku berkesempatan menghadiri majlis minum petang esok (sabtu 22/10) di Shah Alam bersama teman-teman itm aku dulu ataupun tidak. Teman-teman ada yang  akan datang dari Kedah dan Seremban manakala selebihnya dari KL. Aku ada beritahu yang semuanya tergantung kepada jadual 'ad-hoc' aku. Sebetulnya aku kurang gemar perkara yang memerlukan aku secara tiba-tiba. Tetapi kadangkala perkara tersebut tak dapat dielakkan. Just in case jika aku tak dapat berkumpul bersama, aku harap dan doakan agar pertemuan esok bukanlah pertemuan yang terakhir. 

2-3 hari yang lalu, aku dan rakan membuat temu janji untuk bertemu di HRC. Light dinner, discussion and right after bertemu rakan-rakan lain pula. Aku sampai sedikit awal dan menalipon rakan. Katanya, akan turun sebentar nanti. 30 minit kemudian beliau muncul di lobby hotel dan kami mengatur langkah ke HRC yang terletak disebelahnya. Banyak yang kami bualkan. Beliau juga rakan nasi kawah seremban aku dulu. Sewaktu di HRC, aku perhatikan yang para pekerjanya amat ramah dengan tetamu. Apalagi dengan tetamu yang sering berkunjung ke situ. Mereka akan berusaha mendapatkan nama dan terus memanggil nama tetamu tersebut tatkala berbual. 

Setelah light dinner, kami terus melangkah keluar dan menuju ke cafe yang terletak dihotel sebelahnya. Duduk, minum dan bersembang sakan apabila kami dikunjungi oleh 2 orang lagi rakan nasi kawah...Kesempatan berada disesebuah hotel seperti itu aku pergunakan sebaiknya. Pemilik hotel tersebut ialah 'orang kita' tetapi aku lihat perjalanan hotelnya sama seperti hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang lain. Bangunannya diseliakan dengan baik sekali. Aku masuk ke tandas dan agak terpegun dengan tatarias walaupun hanya sebuah tandas. Bila aku masuk ke tandas, ia lantas mengingatkan aku kepada sejarah awal aku bekerja dihotel lebih 25 tahun lalu dan ditandas awam seperti itulah tempat aku bekerja! Cuci mangkuk tandas, cuci urinal, cuci lantai, cuci cermin, bagi tissue kepada tetamu yang nak keluar dan banyak lagi. Sewaktu mencuci tangan aku tersenyum sendirian!

Aku terpegun dengan professionalnya management yang ada. Aku pasti mereka mempunyai team yang hebat. Aku juga pasti mereka tidak 'masuk campur' urusan day-to-day ataupun perjalanan operasi hotel tersebut walaupun mereka sebenarnya memang boleh. Sebelum aku kembali ke tempat duduk aku, aku sempat bertanya kepada seorang associate yang kebetulan lalu didepan aku. Aku bertanya apakah pemilik hotel tersebut sering datang dan memberitahu pekerja apa yang harus dilakukan? Jawapannya, tidak pernah walaupun pejabatnya hanyalah ditingkat 3 atau 4 hotel tersebut. Wow.....

Sedikit mengenai progres apa yang sedang berlaku di tempat aku kini ya...Alhamdulillah pemunggahan barang dan penyimpanan telahpun selesai. Kini kontraktor telahpun mengeluarkan kesemua 'fittings' termasuk, lampu, penghawa dingin dan lain-lain lagi. InsyAllah minggu depan tingkap pula akan dibuka dan disimpan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Setakat ini alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Minggu depan penghadang ataupun 'hoarding' akan dipasang disekeliling kawasan setinggi 10 kaki mengikut undang-undang setempat. Setelah penghadang dibina, barulah kerja dalaman akan dijalankan. Pada waktu itu aku hanya mampu untuk melihat dan mungkin merakamkan gambar sahaja. Kesemua instructions akan hanya datang daripada architect. Jangan terlalu ramai yang membuat keputusan atau memberi kata, aku pasti kerja akan tidak menjadi lancar. Banyak hotel yang dah aku lihat yang tergendala pembinaan dan pembukaannya disebabkan oleh campur tangan banyak pihak. 

Jika adik-adik dan rakan-rakan ingin membuka hotel, haruslah ada tertulis syarat-syarat kerja/fungsi bagi setiap orang. Jika adik-adik bekerjasama dengan hotel antarabangsa, pelbagai terma akan diberikan. Pemilik atau diatas kertas dipanggil sebagai 'client' tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran sewenang-wenangnya. Pemilihan tenaga kerja juga akan ditentukan oleh pihak 'operator' berkenaan kecuali 2 posisi tertinggi/terpenting yakni GM dan FC yang mana adik-adik boleh membuat pilihan. Walaupun begitu 2 jawatan tersebut bukanlah orang yang adik-adik bawa masuk ya......adik-adik akan diberikan senarai candidates untuk dipanggil bertemu dan adik-adik boleh memberitahu 'operator' GM mana dan FC mana yang adik-adik rasa menepati kehendak! Jika adik-adik membawa masuk kenalan adik-adik semata-mata kerana ingin membantu kenalan, adik-adik akan menghadapi masalah. Kemungkinan besar mereka tidak tahu 'culture' perhotelan. Ada juga pernah aku lihat, GM sesebuah hotel datangnya dari luar industri! Jika ini berlaku, semuanya tak akan 'sync'. 'Language' akan menjadi berbeda. Tidak ada kesinambungan dan ini amat merbahaya. Pastikan bahawa rakan yang adik-adik nak bawa masuk itu mempunyai pengalaman luas didalam bidang tersebut. 

Aku pernah duduk bersama seorang pengusaha hotel yang hebat yang tak mahu namanya disebutkan. Beliau memberitahu perkara yang sama kepada aku. "Let the expert run the show". Dan aku bersetuju sekali dengan pendapat beliau. Walau bagaimanapun, adik-adik sebagai pemilik hotel masih mampu memberi teguran dan nasihat jika dilihat bahawa perjalanan hotel adik-adik agak tidak seperti yang dijanjikan. Adik-adik yang juga pemilik hotel tersebut sememangnya ada hak untuk memanggil 'operator' dan memberikan amaran lisan kepada mereka agar mereka kembali ke landasan yang betul. Tetapi janganlah sampai masuk ke dapur dan mengarahkan chef untuk membuat itu dan ini. Kesan jangka pendek ialah, chef-chef tersebut akan berhenti kerja! Hahahahahahaha....

InsyAllah jika ada kelapangan dari pelbagai segi, aku akan ke Bangkok pada bulan disember nanti. Tujuan aku kesana adalah untuk melihat konsep-konsep hotel disana. Kini banyak bangunan-bangunan lama diberi nafas baru. Begitu juga di Cambodia, Laos dan Vietnam. Konsep menarik sebegitu amat membuatkan aku terasa lebih ingin tahu. Untuk punya perusahaan sendiri? Hmmmm rasanya tidak.....Aku bukan seorang pengusaha...Aku cuma 'enjoy' buat apa yang aku enjoy buat! Oleh sebab itu aku masih melakukan perkara yang sama walaupun kadangkala agak rutin. 

Kepada adik-adik, apa saja perkara yang nak adik-adik usahakan, pastikan adik-adik mempunyai ilmu. Jika adik-adik tidak mempunyai ilmu, carilah. Belajarlah. Bertanyalah. Selain daripada itu, pastikan adik-adik 'memberi' kepada yang memerlukan. Pak Teddy Rachmat (sila google nama ini dan dengar ucapan-ucapannya di youtube) ada menyatakan, "Less For Me, More For Others and Enough For Everyone!". Have a great weekend people!







4 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Benar uncle
Pemilik dan pentadbir kena mainkan peranan masing2. Tak boleh satu kapal banyak kepala. Boleh patah kemudi...
Selamat berangkat ke Bangkok.. Akak pun belum pernah ke Bangkok. Suami dah janji nak bawa bila sihat nanti...
Selamat menimba ilmu di Bangkok...

Kakzakie Purvit berkata...

Bila seluruh management punya integrity tinggi walau boss tak turun bawah masing-masing tahu jalankan tanggungjawab itu yg jadi cantik penghasilan keseluruhannya uncle.

Kakak pernah kerja dengan developer/client buat golf resort (s'porean). Betullah kami sekadar memantau. Tak boleh suka-suka tukar itu-ini. Semua kena melalui consultant engineer & architect yg kita dah lantik. Buat amendment drawing pun kena ada approval pihak majlis bandaraya tak boleh sesuka kita aje. Banyak amendment lagi lewatlah construction di site.



Uncle berkata...

Ibu N Abah.

Pertemuan di Bangkok nanti akan berlangsung pada bulan June 2018. Itu merupakan pertemuan bekas pelajar yang dikelolakan oleh rakan saya Carla yang berasal dari Korea tetapi menetap di Bangkok kini. Ia bakal mengumpulkan seramai 50 paling ramai. Meeting of old friends dan topik perbincangan pastilah mengenai bidang kerjaya kami. Bertukar-tukar pendapat! Hahahahahaha...tak sabar rasanya!

Uncle berkata...

Kakzakie.

Betul tu. Begitulah caranya apabila bekerja. Pembinaan ditempat saya juga sedang berlangsung dengan rancaknya sekarang. Saya tak boleh sewenang-wenangnya menyuruh kontraktor melakukan sesuatu. Ianya haruslah melalui architect yang kami jumpa untuk bermesyuarat 2 minggu sekali itu. Melalui architect tersebut barulah arahan boleh dikeluarkan dan diterima kontraktor.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...