Khamis, November 10, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 1

Welcome dinner di "Jom Ngopi"

Assalamualaikum semua yang dikasihi. Sekali lagi group aku merancang untuk bertemu rakan-rakan di Selatan tanahair pulak. Planning ini tercetus sewaktu kami sedang minum-minum santai menuju ke Pulau Perhentian awal tahun ini. Tujuan lawatan ini ialah untuk mengukuhkan tali persaudaraan diantara kami selain melawat rakan-rakan lain yang selama ini tak berkesempatan untuk datang ke Kuala Lumpur menghadiri segala perjumpaan kami.

Perancangan diatur dengan baik sekali. Ada yang memandu dan ada juga yang mengambil pesawat terus ke Senai dari Kuala Lumpur. Ada juga yang terbang terus usai mesyuarat di Bandar Seri Begawan. Gila budak-budak ni. Oleh kerana aku baru pulang dari Bali, aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil cuti pada Jumaat lalu sebaliknya terbang ke destinasi setelah selesai kerja pada hari itu. Rakan-rakan lain dah pun berangkat seawal jam 8 pagi lagi. Yang memandu, program mereka juga penuh sepanjang jalan. Selain daripada menunggu satu per satu kereta yang akan muncul di R&R yang ditetapkan, perjalanan tersebut juga diselang-seli dengan beberapa 'pitstop' untuk bertemu rakan-rakan Negeri Sembilan Chapter dan Melaka Chapter. Betok drive dari Tanjung Malim, bertemu lain-lain di pitstop pertama sebelum bergerak beramai-ramai ke Selatan. 

Di Seremban, Kudo menunggu dengan setianya. Riuh-rendah bila bertemu. Gayanya seperti berpuluh tahun tidak bersua sedangkan whatsapp tak pernah putus selama 24 jam! Gila budak-budak ni.....

the best 'asam pedas' ever is available here!

Group meneruskan pemanduan ke Johor melalui Melaka. Bandaraya Bersejarah. Disana, Juntas dah menunggu. Sekali lagi budak-budak ni semua tak tolak rezeki. Makan serta minum bagaikan belum bersarapan dan minum pagi! Makk aiii....Aku yang masih bekerja jadi tak keruan dek whatsapp messages yang masuk tak henti-henti dan bercerita mengenai perjalanan mereka. Cerita-cerita lucu memenuhi kotak simpanan whatsapp aku. Sampai beratus-ratus jadinya. Kadang-kadang beribu dalam satu hari!

Aku bergegas ke SJ selepas kerja untuk bertemu LH dirumahnya. Tinggalkan moto, kunci tayar, lockkan helmet aku, bid farewell kat moto dan kami dipandu isteri LH ke Subang Airport. Flight delay selama 15 minit. Message dihantar ke Wak Didi yang bakal menunggu kami di Senai nanti. Again I flew with Malindo. Choice aku sekarang! Aku, LH dan IH (anak dak LH) dapat seat depan sekali. Aku suka sebab leg roomnya lebih besar dan selesa. Tambah selesa sebab sebelah aku tak ada orang! Hahahahahaha...Journey was very smooth. Pramugari duduk betul-betul depan aku. Hahahhahahaha...

Setelah mendarat, di arrival hall, aku dah nampak Wak Didi berbaju melayu setia menunggu kami. Bersalam-salaman dan berpeluk sakan bagai 30 tahun tak berjumpa! Wak Didi memecut laju menuju JB yakni tempat pertemuan kami bersama yang lain. Chico dan Johor Chapter menjadi hos kali ini. Pertemuan dan makan malam berlangsung di Jom Ngopi yakni sebuah cafe santai kepunyaan Chico yang lokasinya ialah di bawah pejabat beliau sendiri!

Oleh kerana aku sampai dah pukul 10 malam, hanya kami ber 6 saja yang makan. Yang lain-lain dah melantak awal lagi. Menu special malam tu ialah "Asam Pedas Gearbox". Aku ialah penggemar asam pedas. Daging, ayam, ikan, ekor, semuanya aku suka. Asam pedas melaka, dah aku makan. Di KL pun begitu juga. Yang dibuat dirumah apatah lagi. Secara jujurnya, (personal opinion) ini merupakan asam pedas yang terlazat pernah aku rasa. Bukan kerana Chico tu kawan baik aku, tidak..kalau tak sedap aku akan bagitahu tak sedap walaupun kawan. Oleh kerana aku makan dah lewat, niat untuk menambah terpaksalah aku pendamkan. Setelah makan, aku ke dapur dan mencari chefnya untuk personally ucapkan tahniah kepada beliau kerana resipinya (aku pasti adunan Chico). Well done!

Diluar, keadaan masih huru-hara dengan budak-budak riang yang asyik bercerita. Tak puas duduk, hampir kesemuanya berdiri! Johor Chapter yang ada malam tu seperti Chico, Wak Didi, Banjo, Cheng, Bob, Aidi, Azer serta Ad (ada lagi yang tertinggal ke?) memang host yang best. Buah tangan dibawa bersama untuk diagihkan kepada kami. Semuanya makanan ringan yang famous di Johor. Kerepek pisang, ubi, serbuk kopi dan banyak lagi. Sampai penuh beg aku! Gelak sakan sampai kejang perut!

Cerita masalah dunia..

Aku rasa malam tu walaupun kami duduk bercerita bersama, aku pasti dalam waktu yang sama ada lebih kurang 17 topik yang sedang rancak dibincangkan! Serentak! Heran aku....Ada saja ceritanya. Tiap kali bertemu, inilah jadinya! Ngeri pon ye jugak! Hahahahahahaha.......Untuk dapatkan hampir keseluruhan rakan-rakan Johor Chapter membuatkan aku sedikit emotional. Kesemua mereka ada tugas masing-masing. Semuanya sibuk. Ada juga yang saban minggu turun naik JB-KL-JB pon masih datang untuk bersama-sama. Aku tahu mereka letih. Pada masa yang sama budak-budak tu masih luangkan masa untuk duduk bersama-sama, membuatkan aku amat terharu! Mana aku nak cari 'kawan-kawan penyamun' yang macam ni? Perjalanan hidup aku (orang lain juga) amatlah berliku. Setiap ruang waktu, kita ada priority tersendiri. Sewaktu aku diumur 20-an, priority aku ialah untuk mencari wang. Diumur 30-an, priority aku ialah menstabilkan jawatan. Diumur awal 40-an, hampir kesemuanya dah dirasa. Penghujung 40-an (langsaikan segala hutang) hingga akhirnya, aku nak cherish nilai persahabatan dan pada masa yang sama mempunyai kesihatan yang baik serta travel around the world. Penting kawan-kawan ni....tetapi bukan untuk diambil kesempatan ya....
  
Ini Chelayer the Slayer!

Nanti bila-bila aku pree, aku sambungkan lagi. Ni baru arrival day kan......belum second and third day.....lagi haru-biru!



10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Address Cafe Jom Ngopi 'budak' Chico tu please!
Kakak nak try-test juga:)

Hebat betul 'budak-budak' ni, kagum kakak dengan relation yg dipaparkan.

Uncle berkata...

Kakzakie, jap saya tunggu jawapan dak Chico. Hari tu makan je tak ingat pulak nak tanya location. Tapi dekat dgn New York Hotel kalau tak salah. Malam kak, tak cam jalan! Haha...

Esok jumpa lagi...haha training futsal pulak. In fact bukan tak jumpa.....tapi tu lah...tiap kali jumpa rasa macam 30 tahun tak jumpa!

Uncle berkata...

Kakzakie, boleh juga google, "jom ngopi" di jb. Banyak info ada....saya baru perasan haha.....go when you have time....chico ada kat atas tu je kalau takde hal!!!

NEKCIK berkata...

Ok nnti klau uncle datang teratak nekcik..nekcik nak suruh tokpokcu mssak asam pedas jer untuk uncle

Adam berkata...

saya baca profile tuan. jarang orang nak tulis hampir lengkap begitu. ini menunjukkan tuan telus.

from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Uncle berkata...

Terimakasih Adam kerana membaca dan meninggalkan sedikit nota. Cerita saya ni semua lagu tu lah...tak reti nak kona kona.....btw, which batch are you from? Ada jugak kawan-kawan 85 kat sana. Saya pon nyaris masuk RMC tapi fail masa ujian di kem askar sungai petani...hahahahahaha.....

Uncle berkata...

Nekcik.

Best tu...hahahahahahaha boleh tapau tak?

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera Uncle,
saya bercadang untuk bercuti ke Bali. Hotel halal atau villa with private
pool yang halal ada tak Uncle?
Kalau boleh kawasan yang sejuk2 sebab tak suka pantai. ngee...
sawah padi best.

Thanks uncle.

Uncle berkata...

Salam sejahtera to you too. There are plenty of places in fact tergantung kpd berapa budgetnya. Pm me at ali.shahrir@gmail.com

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Jom Ngopi ni di Medan Cahaya, Jln Tun Razak Susur (berapa) tak ingat.. hehehe. Betul tak? Kalau betul, sy ada kwn yg meniaga cendol di situ.. tapi sy pun belum sempat Ngopi dan Nyendol di situ.. terliur baca Asam Pedas Gear Box. Bkn sengaja nak puji tapi bagi sy Asam Pedas Johor adalah yg terbaik kalau betul org yg memasaknya.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...