Sabtu, Disember 10, 2016

Sdara 85 ke Selatan Day 3

Nyamuk dan Bear


Hari terakhir di JB menjadikan kami agak sayu. Sayu untuk meninggalkan negeri yang kini hebat dengan permainan bolasepaknya dan sayu nak meninggalkan kawan-kawan lama yang makan dan tidur selama 5 tahun bersama-sama dulu. 

Paginya sebahagian daripada kami keluar untuk bersarapan di sebuah foodcourt berdekatan dengan Banafe (kalau tak salah aku). Selepas sarapan, aku melepak di tepi reception table. Terpandangkan seorang gadis receptionist, lalu aku mengajukan satu soalan yang sejak semalam memang aku berhasrat untuk bertanya. Soalan aku kepada beliau ialah, 

"Adik, kenapa bilik-bilik kami semuanya dilantai paling bawah, apakah kerana lif rosak atau apa?". 

Beliau toleh kearah aku dan menjawab, 

"Begini Pakcik, kami takut pakcik-pakcik semua tak larat naik -turun tangga, itu sebabnya kami letakkan semua bilik-bilik pakcik semua di Ground Floor!". 

Hahahahahahahahahaha......aku lantas kearah penyamun-penyamun lain dan bercerita. Semuanya ketawa sampai rasa macam nak pecah perut!

Dapat bekalan lagi!


Setelah check out, kami pun mengusung beg masing-masing menuju ke kereta. Aku tumpang kereta Nyamuk. Chelayer tumpang kereta orang lain pulak. Ada yang tumpang kereta Pop. Yang lain di kereta Iq dan Betok. Begitulah seterusnya. Hasrat kami ialah untuk melawat Bear yang baru keluar hospital. Mencari rumah Bear pun bukanlah mudah. Alhamdulillah akhirnya bertemu kami dengan beliau. Sebahagian daripada kami tak bertemu dengan Bear dah berpuluh tahun! Sekali lagi kami berpeluk sakan. 

Bear merupakan seorang rakan yang amat aktif sewaktu kami meniti usia remaja. Bermain bolasepak sebagai penjaga gol selain aktif didalam aktiviti keugamaan. Seorang yang sangat dihormati dan disegani. Amat senang untuk didampingi. Hilai tawanya tetap seperti dulu lagi. Bear menjamu kami dengan kuih-muih dan kopi serta teh. Seperti biasa, kami tak pernah menolak. Selalunya menarik saja! Beberapa jam di rumah Bear, kami pon memohon diri untuk berangkat ke destinasi yang terakhir yakni di Ayer Baloi.

Sebelum pulang..


Perjalanan ke Ayer Baloi amat mengasyikkan. Kiri dan kanan jalan banyak ladang nenas. Kami tak berkesempatan nak berhenti kerana mengejar waktu. Haq dan keluarganya telah menunggu. Rupanya ramai diantara kami yang berasal dari Johor merupakan anak murid kepada ayah Haq yakni Cikgu Ahmad yang dengar ceritanya amatlah garang. Bertemu beliau tidaklah pula menunjukkan ciri-ciri garangnya itu. Mungkin telah sangat lama waktu itu berlalu manakala kami pula tambah dewasa! 

Berpeluk sakan sekali lagi sewaktu bertemu. Kawasan rumahnya luas. Rumah depan telah diubahsuai dengan susunatur dan barangan kelengkapan yang lebih modern manakala rumah kayu dibelakangnya pula dibawa beratus kilometer untuk dipasang semula disitu! Memang kerja gila. Rumah kayu yang berusia ratusan tahun itu telah dipelihara, dibaikpulih dan diberikan sentuhan unik agar dapat berdiri teguh sekali lagi. Proses ini memakan masa bertahun lamanya kerana Haq merupakan seorang yang amat teliti.  

Kami makan, baring di beranda rumah beralaskan carpet-carpet kecil. Tidak panas kerana dikelilingi oleh pohon-pohon rendang. Banyak makanan tradisional disediakan. Kami makan lagi....

Setelah selesai makan dan solat, kami memohon izin untuk bergerak pulang ke KL. Perjalanan selama beberapa jam akan kami tempuhi sekali lagi sebelum sampai ke destinasi masing-masing. Macam biasa, aku tumpang kereta Nyamuk. Best kereta dia......hahahahahahaha.....naik je kereta, aku dah menguap....Ingin juga bertukar pemandu kerana takut Nyem ngantuk. Tapi Nyem lebih senang memandu terus pulang ke KL (atau mungkin tak percaya aku...hahahahahahaa).  Sempat berhenti sekejap di salah sebuah R&R untuk minum dan solat, kami terus meluncur ke KL. 
Nyem hantar aku ke rumah LH sebab moto aku ada disitu. 

Hari dah nak masuk Maghrib. Aku jadi pening macamana nak usung barangan semua. Bukan setakat beg aku saja sekarang, malah banyak lagi beg berisi rempeyek, keropok ubi dll hasil titipan rakan-rakan Johor chapter. Beg baju aku galas di belakang. Rempeyek aku gantung kat handle moto sebelah kiri manakala keropok ubi aku gantung di handle sebelah kanan. Serbuk kopi kiriman Wak Didi terpaksa aku tinggalkan di kereta si Nyamuk untuk aku ambil kemudiannya. Kalau dilihat dari jauh atau dari belakang, saratnya seolah-olah 'roti man'. Hahahahahahaha....Perlahan-lahan aku keluar dari rumah LH di Subang Jaya, masuk ke highway dan pulang ke Ampang!

To all my brothers in crime yang kadang-kadang aku panggil 'penyamoon', once again, thank you for the friendship....from the bottom of my heart!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The trip that is now known as "Trip Tak Sempat Lapar"... asyik makan aje 😁

Uncle berkata...

Tanpa Nama.

Kita sedang merangka satu lagi trip "tak sempat lapar" bulan March 2017. Detail akan diwar-warkan di main group nanti. Haha.....pengsan la kita!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

lepas ni trip sendawa tak habis2.. hehehehe

Unknown berkata...

Masya-Allah.. ukhuwah yg indah utk kakak baca. Kalau kakak tahu kakak intai lebih dekat nak tengok gelagat budak dewasa jadi remaja haha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...