Apakhabar!
Seminggu dua ni aku jadi buntu. Tak tahu nak menulis apa, tak tahu nak mengarang apa. Sekejap ada idea tapi sekejap lagi hilang entah ke mana...Macam hari ni jugak. Masa naik moto, idea aku mencurah-curah banyaknya. Turun saja dari moto, habis semua hilang....hahahahahahaha....aku gundah gulana nak cari idea semula. Jangan suruh aku naik moto tak turun-turun ya!
Semalam aku ke 'site' untuk mesyuarat. Kawasan telahpun rata. Ada beberapa bahagiannya yang telah berlubang dikorek. Foto dari bahagian atas aku ambil untuk dikirimkan ke pejabat untuk dilihat construction progress yang sedang berlaku pada peringkat ini. Alhamdulillah semuanya mengikut jadual. Sebaik saja lepas mesyuarat ke 2 pada hari itu, aku bergegas ke lokasi seterusnya untuk mesyuarat ke 3. Wah kali ni panjang! hampir 4 jam kami bertukar fikiran dan aku betul-betul exhausted....ponggong terasa kebas dan fikiran bertambah buntu. Aku bukan jenis duduk beberapa jam sekali harung. Tapi oleh kerana mesyuarat tersebut amatlah penting, kami terpaksa habiskan juga. Partner aku memang hebat orangnya. Salute to you....Dalam fikiran aku dah berbelah bagi.....Jam 9 sebenarnya aku ada kelas di gym. Badan aku letih. Fikiran aku dah tenat. Suhu badan pun dah mula tak tentu arah. Jam dah menunjukkan pukul 8.15pm....
Mesyuarat selesai, kami bersalam, ucapkan terimakasih, aku pantas menuju ke moto yang sengaja aku letak jauh kerana aku nak berjalan. Balik ke rumah dengan speed yang sedang-sedang. Tukar, gigit ayam rebus 2 ketul, tukar pakaian, gosok kepala Marina, naik moto ke gym. Sampai gym pukul 9.02pm maksudnya dah start 2 minit regangan untuk panaskan badan. Wah...kali ni upper body selama satu jam. Perempuan lagi ramai dari lelaki tau! Last was "one minute plank" dan alhamdulillah aku habis! Balik rumah dah pukul 10.30pm. Mandi dan meratah sekejap sebab lapar. First time aku tidur pukul 11 malam!
Sekarang ni walaupun baru bulan Januari, aku dah mula membuat rancangan untuk siri backpacking ke 2 aku ke Vientienne. InsyAllah ok sebab sebahagian routenya ialah seperti route ke Bangkok. In fact sama pon...cuma perlu sambung ke Nong Khai dan kemudian ke Vientienne tapi kali ini aku akan break kan dengan bermalam dibeberapa tempat strategic. Aku juga sedang mencari alternatif ke 2 samada aku lajak terus dari bangkok ke chiengmai dan ke vientienne dari sana. Masih mencongak. Budgetnya all in ialah RM1500 termasuk penerbangan pulang dengan Malindo, penginapan dan makan-minum selama seminggu. Haha....tidur di hotel? Cukuplah dengan hostel sahaja...risau tentang makan? Apa nak risau....roti kan ada.....kalau risau baik duduk diam-diam kat rumah! Perancangan seperti ini selalu membuat aku "look forward" dan mula merancang. Aku suka.....jadi, untuk diri aku sendiri, aku ada matlamat untuk dicapai pada tahun ini seperti bekerja keras, disiplin mengumpul wang, kerap ke gym untuk menjaga kesihatan dan banyak lagi.
Sesetengah orang kata melancong/backpacking ni membazir. Bagi aku tidak kerana ia memberikan pengalaman yang amat luas. Bertemu dengan ramai kawan dari seluruh dunia dan belajar daripada pengalaman-pengalaman mereka. Sebelum tidur, aku sering menonton youtube perihal backpacking dan salah satu rancangan yang baik ialah 'TED X'. Ted X bukan hanya untuk backpacking. Ia merangkumi beratus topik yang positif yang diceritakan oleh mereka yang berpengalaman. Go and watch it. Yang baik dijadikan tauladan!
Sejak aku join BBM group (backpacker buddies malaysia) banyak pengalaman menarik ahli yang aku pelajari. Kebanyakan mereka adalah peringkat adik-adik aku kalau bukan anak! Tak salah jika nak belajar walaupun mereka lebih muda. Ada yang dah sampai ke East Europe. Ada yang dah/akan buat trans siberia dan banyak lagi. Disitu juga aku belajar mengenai tempat murah untuk menginap, harga dan sebagainya. Terimakasih aku ucapkan pada Uncle Pet yang introducekan aku. Kini jika aku nak kemana-mana, aku hanya perlu rujuk ke BBM group ni untuk mendapat maklumat yang lengkap dan tidak berat sebelah....
Malam ni aku ada satu lagi sesi senaman bersama dengan Coach Zack di Desa Pandan pada pukul 9 malam ni. Sekarang lengan aku tengah lenguh angkara latihan Isnin hari tu yang lebih kepada bicep, tricep, chest, shoulder dan abs. Memang sakit. Tipu kalau aku kata tak sakit. Nak regangkan tangan pon fikir 2 kali. Mungkin faktor usia. Tapi 49 bukanlah satu angka yang besar. Pada umur sebegini aku harus lebih menjaga kesihatan. Bukan hanya mengeluh itu dan ini. Aku harus positif. Aku harus berdaya saing. Jika dibidang kerja, umur sebegini (untuk aku) ialah umur kemuncak ataupun peak. Kali ini aku rasa amat relax. Alhamdulillah. Tidak terkejar-kejar. Tidak susah hati. Semuanya Alhamdulillah....in fact boleh dikatakan this is the best moment of my life...at this age. Still a long way to go though! Walaubagaimanapun, 'live life to the fullest peeps tetapi pastikan ianya well balanced'. Hingga bertemu lagi! Ja.....
|
20 ulasan:
Semoga segalanya berjalan bagai yang dirancang. InsyaAllah...
Assalamualaikum uncle..saya salah seorang pembaca blog uncle.. Saya dan suami sedang cari pekerjaan di Teluk arab..jika ada kenalan uncle boleh tak beri peluang utk saya kerja dibumi Allah walaupun sebagai tukang sapu..maaf uncle sbb saya ada terbaca yg uncle proses utk buka hotel kat sana..
Assalamualaikum uncle..saya dan suami sedang mencari kerja dibumi Allah teluk arab..jika tidak keberatan ada tak kenalan yang sudi ambil kami sebagai pekerja walaupun sekadar tukang sapu..maaf uncle saya ada terbaca blog uncle tentang pembukaan hotel ditanah suci..semoga Allah balas jasa baik uncle sekeluarga..wsalam..
Assalamualaikum uncle..saya dan suami sedang mencari kerja dibumi Allah teluk arab..jika tidak keberatan ada tak kenalan yang sudi ambil kami sebagai pekerja walaupun sekadar tukang sapu..maaf uncle saya ada terbaca blog uncle tentang pembukaan hotel ditanah suci..semoga Allah balas jasa baik uncle sekeluarga..wsalam..
Assalamualaikum uncle..saya salah seorang pembaca blog uncle.. Saya dan suami sedang cari pekerjaan di Teluk arab..jika ada kenalan uncle boleh tak beri peluang utk saya kerja dibumi Allah walaupun sebagai tukang sapu..maaf uncle sbb saya ada terbaca yg uncle proses utk buka hotel kat sana..
Assalamuakum uncle..
Hamba Allah.
Waalaikumsalam. Uncle mohon maaf jika lokasi pembukaan hotel itu tersalah tulis/tafsir. Sebenarnya Uncle akan buka disini. Di KL. 2018 nanti, insyAllah.
Walaubagaimanapun agar sukar utk bekerja di luar negara dan utk mendapatkan visa/permit kerja. Biasanya visa yg dikeluarkan ialah utk jawatan tinggi yg mereka kurang kepakaran. Walaubagaimanapun Uncle akan cuba bertanya apabila kesana nanti. InsyAllah. Sila email Uncle di ali.shahrir@gmail.com
Banyak sangat sebenarnya aktiviti uncle sampai tak tahu mana satu nak dijadikan N3. Tapi bila dah mula mencatat haaa.... satu-satu cerita keluar sampai rasa kakak macam busy sangat uncle ni. Tapi yg kakak salute tu gym tak pernah tinggal. Dlm minda nak makan angin backpacking lagi. Aduhai...
apa kata uncle update blog atas motor..hahaha...
sorry ye..gurau je
Kakcik.
Terimakasih banyak-banyak. Harapan saya juga begitu tetapi kita hanya mampu merancang!
Hamba Allah.
Uncle rasa kedua-duanya adalah dari penulis yang sama. Jika begitu izinkan Uncle tambahkan sedikit disini. Seperti yang dinyatakan tadi, amat sukar untuk sesiapa masuk ke sesebuah negara secara legal serta untuk mendapatkan work permit. Mereka harus ada 'penaja'. Penaja ini pula haruslah berdaftar dengan kerajaan dan mempunyai rekod yang baik. Sewaktu Uncle disana dulu, Uncle dapati tidak ada wanita yang bekerja di Madinah dan Mekah. Manakala di Jeddah pula sewaktu kami beribupejabat disana, Uncle terlihat ada wanita Arab Saudi bekerja di pejabat bersebelahan dan mereka ini adalah professionals yang bekerja di firma pembinaan. Tetapi jumlahnya tak ramai.
Ramai pekerja luar yang masuk untuk bekerja di Saudi dan kebanyakkannya samada illegals ataupun mempunyai tempoh permit yang tamat tempoh. Ini amat merbahaya kerana serbuan demi serbuan banyak dilakukan. Sama seperti kita disini.
Walaubagaimanapun, sewaktu di Mekah dulu, Uncle mendapat permintaan untuk mencari tenaga kerja wanita untuk Al Safwah tetapi hanya untuk tempoh/kes-kes tertentu sahaja yakni apabila Tentera elit dari UAE seramai 250 orang menginap di Al Safwah selama seminggu, pegawai-pegawai wanita mereka harus dijaga oleh petugas wanita sahaja. Even Uncle pun tak dibenarkan masuk ke dalam bilik khas walaupun hanya untuk check samada nasi masih ada ataupun tidak. Waktu itu para petugas wanita adalah terdiri daripada mereka yang dah mendapat taraf 'pemastautin tetap' disana.
What i'm trying to say here is, it's not that easy to work in saudi or any other part of the world...but, thank you for asking...sila tanya lagi jika ada soalan!
Kakzakie Purvit.
Gym tu harus saya teruskan. Semalam sewaktu di gym, ada 2 anak muda datang tanya saya. Apa yang menyebabkan Uncle sering ke gym? Saya jawab, saya bukan nak jadi muscular tetapi cukuplah dengan kesihatan yang baik, minda yang baik dan saya pun hanya nak 'toning'. Mereka berumur 18 tahun!
Backpacking pulak telah menjadi minat saya sejap kecil tetapi tak berapa mampu nak melaksanakan. Dulu saya sering merancang untuk pergi berkumpulan tetapi apabila dah 49 ni saya lebih suka pergi bersendirian.....sometimes saya nak bersendirian untuk melihat kembali diri saya dan belajar serta tanya apa yang saya mahu dalam hidup ini. Sorry kak dah melencong pulak ceritanya...hahahahahahahaha.....malam ni insyallah saya akan jumpa staff lama saya di gym rakyat di titiwangsa....hahahahahahahaha jom kak...ajak abang sekali!
sy pun selalu begitu uncle, sedang memandu idea menderu2, sampai destinasi terus lupa apa yang nak ditulis, hehehe
Bagus uncle ni, dah meningkat usia masih banyak aktiviti seharian nak dibuat. Maksimakan masa dengan sepenuhnya. Semoga uncle dipermudahkan urusan dan lancar backpacking travel uncle nanti. :)
Seri Kandi Tanah Jauhar.
Itu lah tapi mungkin terlalu banyak perkara dalam otak dan semuanya nak dilakukan...itulah sebabnya kadan-kadang saya mengambil masa selama 2 minggu untuk update!
Ainniah Zulkefli.
Kesihatan amat penting untuk Uncle. Uncle amat sedih bila melihat adik-adik atau anak-anak yang obese. Masa kecil ramai yang kata comel tapi bila besar anak-anak pula dipersalahkan kerana kita sering berkata bahawa anak-anak yang mahu makan sebenarnya. Hakikatnya tidak begitu. Sejak mereka kecil kita sering menyajikan makanan tak berkhasiat. Waktu makan yang tak sesuai. Ada sesetengahnya masih makan roti canai 2 keping pukul 11.30 malam walaupun pukul 8 tadi dah makan malam....
Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan demi diri kita sendiri dan juga ahli keluarga yang terdekat dan orang tersayang!
semoga dipermudahkan urusan uncle
Raihanah.
Terimakasih Uncle ucapkan.....Keep on reading!
Yuhuuu assalam Uncle,
Awat awal2 taun dah buntu2 pulak aihhh..
Eh chop, it's not to late to wish A Happy New Year to Uncle dan semua pembaca tegar :)
Pssttt Nek pun teringin nak go backpacking from MY (maybe boleh tiru your route kan kan Uncle, heeee now I can berangan semula, lalalalala)
Stay healthy and be happy always!!
Sampaikan salam to Aunty too.
Waalaikumsalam Nek......
Yo3...whatssup...whatssup.....
Busy pulak lately ni. Tu yang tetiba buntu tak tahu nak tulis apa! Hahahahahaha...lama tak dengar cerita. Bila nak balik mai? Hamboiihhhhhh.....Happy Chinese New Year to you!
Catat Ulasan