Sebelum aku mula, aku nak mohon maaf kepada yang telah meninggalkan message pada entry yang lalu. Aku dah membalasnya tetapi ada sesuatu yang aku tekan membuatkan kesemuanya terus hilang dari skrin. Aku mohon maaf. Aku tahu ada 2-3 yang tak keluar disitu.
Assalamualaikum semua pembaca yang aku kasihi sekelian. Telah hampir 2 minggu ruangan ini sepi tanpa berita. Agak berhabuk sedikit bila nak kembali bermula. Walaubagaimanapun, seperti yang aku beritahu dientry yang lalu, pengembaraan aku boleh diikuti di fb.
Kembara yang baru saja berakhir kali ini sebenarnya tiada perancangan specific. Ia berlaku secara spontan lebih kurang 6 bulan sebelum perjalanan. Keinginan aku untuk kembali ke KSA bagi mengerjakan umrah telah lama terpendam. Cuma aku belum mempunyai kesempatan dan ianya agak kurang serius pada waktu itu. Alhamdulillah dengan sedikit wang yang ada, perancangan yang rapi, aku nekad bahawa aku harus pergi kali ini. Tambahan pula tarikhnya amat bersesuaian dengan jadual kerja aku serta cuaca juga agak dingin diwaktu itu.
Alhamdulillah, semuanya lancar. Dari mula pembayaran, memohon visa, kelas umrah hinggalah ke waktu keberangkatan di klia. Aku kenal beberapa orang pengendali umrah trip dari EPL Travel and Tours ini seperti Lotfi Lokman dan juga Rashid sejak mereka menjadi penuntut universiti Umm Qura di Mekah lagi.
Aku lebih suka menaiki pesawat MAS dari Saudi Air. Entah kenapa aku tak pasti. Aku dapat aisle seat. Alhamdulillah. Jika tidak, pasti lenguh kaki aku payah nak mengelunjur....Sebelum berangkat, aku ada beritahu seorang bekas pekerja aku yang kini berada di Madinah dan dua orang lagi yang masih bertugas di Mekah yang aku akan ke sana. Aku jadi excited kerana pertamanya, aku akan melaksanakan umrah setelah beberapa lama, dan keduanya ialah kerana aku bakal berpeluang untuk bertemu dengan ramai bekas pekerja aku disana. Hahahaha....
Selama beberapa hari aku berada di Madinah, aku sempat bertemu dengan Eka Saputra. Bekas assistant asian chef aku dulu di mekah. Beliau kini mengetuai asian kitchen di millenium hotel di Madinah. Promotion untuk beliau. Alhamdulillah. Kami berpeluk dan bersalam kerana hampir 8 tahun tidak bertemu. Kali terakhir sebelum aku bergerak ke Mekah, kami sempat minum di starbucks. Hahahahahaha...
Banyak perkara-perkara indah berlaku di Madinah. Selain daripada berkesempatan bersolat setiap waktu di Masjid Nabawi yang sudah tentulah menjadi agenda utama aku ke sana, aku dijemput untuk bersarapan dan kemudiannya diberikan penghormatan dibawa masuk oleh pegawai Masjid Nabawi untuk bersolat di "raudah" maghrib dan isyak. Itu merupakan kemuncak kepada segalanya sewaktu aku di Madinah. Sedang berpuluh ribu orang bersesak untuk mendapatkan waktu, aku dibawa masuk serta diiringi untuk masuk dan diberikan ruang di saf pertama diantara mimbar dan makam Rasulullah saw. Itu memang the best moment of my life sempena tahun baru 2017!
Hotel penginapan ialah lebih kurang 100 meter dari perkarangan masjid. Taklah jauh sangat bagi aku. Ada jemaah yang tinggal berkilometer tapi masih berdisiplin datang ke masjid. Jadi, bagi aku ia tidak menjadi hal. Yang penting kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita.
Keadaan persekitaran telah berubah sedikit sebanyak dengan pembukaan kawasan khas untuk para peniaga kecilan untuk berniaga. Jika tidak, para peniaga kecil ini akan memenuhi setiap lorong yang ada selepas setiap waktu solat. Kini tidak lagi. Keadaan lebih teratur.
Selang beberapa hari aku di Madinah, tibalah waktu untuk aku berangkat ke Mekah. Aku miqat di Bir Ali. Tak jauh dari bandar Madinah. Hanya sekitar 6 kilometer sahaja. Orang ramai memenuhi setiap ruang yang ada. Terus berihram dari hotel lalu kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Sampai agak lewat. Hampir 10 malam dan terus ke hotel untuk check in sebelum kami berkumpul di lobby untuk mendengar taklimat terakhir sebelum bergerak dalam kumpulan ke Masjidil Haram. Manusia memenuhi setiap ruang. Hampir 2 jam baru aku selesai. Alhamdulillah. Cuaca masih baik walaupun tak sedingin seperti di Madinah tetapi Mekah diwaktu pagi waktu itu ialah 20C. Masih nyaman..
Dikesempatan yang ada juga aku gunakan untuk berjumpa dengan bekas pekerja aku yang kini telah bekerja diserata hotel di Mekah. Bertemu mereka aku terus diajak makan dan minum. MasyAllah....
Umrah seterusnya aku lakukan 2 hari sebelum pulang ke tanahair. Sekali ni aku lakukan bersama dengan seorang rakan bilik aku, Abang Ali. 'pace' kami lebih perlahan kerana aku harus bersama Abang Ali yang sudah agak berumur. Abang Ali Ali baru saja kematian isteri beberapa minggu sebelum kami berangkat. Umrah kali ini Abang Ali laksanakan untuk arwah isteri beliau. Semuanya kami lakukan bersama-sama. Kekadang aku terlepas ke depan. Aku perlahankan langkah untuk menunggu beliau. Begitulah seterusnya hingga kami berjaya juga melaksanakannya. Abang Ali jadi emosional sebaik kami tamat melaksanakannya. Aku faham..
Kini aku dah kembali ke Ampang. Walaubagaimanapun, badan aku terasa amat letih sekali. Ini mungkin kerana aktiviti padat aku selama hampir 2 minggu disana. Nampaknya relax tetapi menggunakan tenaga yang amat banyak dan sering berjalan kemana-mana. Aku harap tenaga aku kembali pulih selepas ini dan suhu badan aku kembali normal. Panas luar dan dalam ni. Takpa...ini semua hanyalah dugaan sementara. InsyAllah 2-3 hari lagi akan kembali normal. Have a nice week ahead people!
16 ulasan:
Membaca catatan ini membuatkan hati meronta-ronta untuk kembali ke sana...
Assalamualaikum, uncle. Syukur, semoga uncle terus diberi kesihatan yg baik utk beribadah kepada-Nya.
Assalamualaikum Uncle,
Semuga Uncle segera pulih dan selamat pulang dari menunaikan ibadah Umrah. Bertemu dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu memang indah. Menyusur kembali kenang lama.
Subhanallah... alhamdulillah...
Siapa pun pasti merindui utk ke sana berkali-kali. Dpt pulak peluang ke raudhah tak perlu berasak-asak. Kami jemaah perempuan memang kerdil sentiasa berasak ramai.
Kakak rasa uncle boleh berbahasa arablah ye macam anak kakak.
Biasa kalau dah kerja sana tak banyak sikit memang boleh berkomunikasi dgn bahasa arab kan.. Atau mereka boleh berbahasa english.
Kakcik.
Setiap kita pasti menanam keinginan untuk sekurang-kurangnya menjejak kaki sebanyak sekali. Alhamdulillah saya masih lagi berkesempatan. Perasaan nya amat berbeza apabila berada disana. Hilang lelah dan gusar. Balik sini baru terasa penat. Mungkin juga kerana usia, saya sangat letih kini. Hopefully beberapa hari lagi akan recover.
Waalaikumsalam SKTH.
Terimakasih. InsyAllah. Kini tidak bertenaga mungkin kerana terlalu letih dengan aktiviti disana. InsyAllah akan bertambah sihat. Termakasih SKTJ.
Waalaikumsalam Mak Long.
Ya, dah pulang ke tanahair Khamis lalu. Tapi saya terus terlantar tak bermaya hingga kini. Dugaan...
Alhamdulillah Kakzakie. Semuanya jadi mudah disana...dan tentang bahasa arab? Terus terang, saya tak pandai. Dulu 5 tahun ambik bahasa arab disekolah dari f1-f5. Tak pernahnya pass....asyik dapat single digit saja. Tapi alhamdulillah untuk simple conversation tu tak ada masalah...Kalau harga SR10 bolehlah dapat SR4!
alhamdulillah tuan direzekikan sampai ke sana. semoga ada rezeki untuk saya sekeluarga sampai ke tanah suci jua suatu hari nanti.
Semoga ALLAH bukan kan ruang dan peluang utk saya dan keluarga ke sana nanti. seronok lah uncle sebab ramai yang dapat ditemu waktu di sana. take care ye uncle.
Assalamualaikum ainniah.
Terimakasih kerana membaca dan terimakasih juga kerana meninggalkan pesan. InsyAllah rezeki Ainniah sekeluaga akan menyusul nanti. Itu says pasti..
Salam, Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air.
Waalaikumsalam Normala ( kakak saya pon nama Normala).
Terimakasih diatas ucapan tersebut. Alhamdulillah saya sihat, cuma lemah sikit, kurang tenaga. Walaubagaimanapun saya dah masuk kerja...
Azian.
Uncle juga doakan begitu. InsyAllah Azian dan keluarga pasti berkesempatan...
Askm Uncle..syukur alhamdulilah dah selesai berumrah...nikmat yg tiada dapat di mana mana kan..hanya di sana mudah utk kita bersama Allah kan
Assalam, beruntung dan bertuah sungguh ya UNcle ni..harapnya saya juga ada peluang lagi dan lagi untuk mengunjunggu Baitullah..
Catat Ulasan