Wak Beng, aku dan Ketard |
Assalamualaikum adik-beradik sekelian. Terimakasih kerana masih membaca cerita-cerita aku walaupun kini media lain lebih mendapat tempat. Aku akan cuba meluangkan masa untuk terus menitipkan apa saja kisah yang aku teringat di kepala aku. Hahahahahaha.....
Pagi tadi sewaktu aku membahagikan cawan kepada rakan jalanan, datang seorang wanita berbaju kurung yang sering aku temui setiap hari ahad datang menyapa aku. Memakai tudung dan mukanya sebahagian terlindung. Wanita ini dah lama aku kenal. Lebih setahun dan aku kenal pun di MJ itu juga. Dah lama sebenarnya aku perhatikan beliau. Seringkali apabila beliau berkunjung ke MJ, jalannya amat pantas. Mukanya ditundukkan. Seperti biasa selepas solat subuh, beliau dengan tergesa-gesa mengambil makanan dan minuman, tanpa menoleh ke kiri dan kanan terus berjalan laju meninggalkan perkarangan masjid. Lama aku perhatikan. Teringin juga aku nak mengetahui kisahnya seperti rakan jalanan aku yang lain tapi masih tak berkesempatan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan...seperti biasa, aku terlupa nak menyelidik latar belakang beliau.
Usai solat subuh berjemaah pagi tadi dan sewaktu aku nak mengagihkan cawan kosong kepada rakan-rakan jalanan aku, tiba-tiba wanita ini datang meluru kearah aku dan mengucapkan terimakasih. Aku pandang beliau. Inilah kali pertama beliau berdiri didepan aku. Ada kecacatan disebelah kanan mukanya. Aku rasa itulah sebabnya beliau sering menundukkan muka dan sering bergegas keluar setelah mengambil makanan dan minuman. Dalam pada itu, aku bertanya kenapa beliau berterimakasih kepada aku? Dengan nada ceria beliau berkata ucapan terimakasih itu ditujukan kepada aku (kami@Unggas KL) kerana membantunya memberikan makanan dan minuman setiap subuh hari Ahad di MJ dan dengan sedikit pemberian daripada penderma, dapatlah beliau makan-minum dan tidak berasa lapar pada hari minggu. MasyAllah, aku terkedu. Apa yang aku dah buat? Aku jadi malu sendiri. Ini bukan kerja aku...ini kerja ahli persatuan Unggas KL yang bertungkus-lumus melaksanakan program ini setiap minggu! Aku cuma datang tolong siapkan kaunter air (pasal pengalaman aku kerja hotel). Itu pun hanya 2 jam setiap pagi Ahad.....
Berbalik kepada wanita ini tadi, tidak seperti minggu-minggu sebelum ini, pagi tadi beliau kelihatan amat ceria. Amat konfiden dan amat ramah bercerita. Katanya minggu ini merupakan minggu terakhir beliau datang ke MJ untuk mengambil makanan dan minuman. Aku kehairanan dan bertanya kenapa. Dengan nada gembira, beliau memberitahu aku bahawa kesnya telah mendapat pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau kini telah diberikan sebuah rumah dikampungnya di Negeri Sembilan. Beliau akan balik ke kampung bersama anak-anaknya bagi memulakan hidup baru setelah sekian lama menjadi rakan jalanan. Aku kaget dan hanya mampu mengucapkan tahniah dan aku doakan semoga beliau dan anak-anak akan lebih terbela dan selesa selepas ini.
Dalam perjalanan pulang, hati aku berbunga. Terasa seperti ada satu kepuasan dijiwa aku. Terasa seperti satu perkara berat telah diangkat dari bahu aku walaupun aku tak tahu apakah perkaranya. Dengan perasaan yang sebegitu, aku tak perasan yang aku pusing dalam KL sebanyak 2 kali instead of terus menuju ke Ampang dari MJ. Sedar-sedar aku nampak Puduraya 2 kali! Hahahahahahahahahaha.....

10 ulasan:
Assalamu'alaikum...
Begitulah Allah memberikan kita kegembiraan. Bukan dalam bentuk wang ringgit atau harta-benda, tapi rasa bahagia dan gembira itu juga anugerah dariNya . Seolah-olah mendapat sesuatu yang tidak tahu kita hendak nilaikan bagaimana tapi kepuasannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Semoga wanita itu terus bahagia bersama keluarganya dalam perjalanan baru yang akan ditempuhi.
Asalam Uncle..satu kepuasan apabila kita dapat membahagiakan insan lain kan..walau dengan hanya secawan air..cuma kadang kadang kita kurang mencari peluang untuk berbicara dengn meeka ini
Waalaikumsalam Kakcik.
Betul seperti apa yang Kakcik katakan. Itu satu nikmat bagi saya apabila saya didatangi beliau. Tetapi pada hakikatnya, saya bukanlah orang yang harus dihulurkan ucapan tersebut. Ianya lebih kepada AJK Unggas KL seperti Vimmy, Mummy dan Farid serta ajk-ajk yang tak pernah lelah mengusahakan walaupun mereka sendiri bekerja tetap dan berkeluarga. Itu amat saya kagumi. Komitmen mereka sangatlah tinggi...bukan saya.
Waalaikumsalam Nekcik.
Alhamdulillah. Dan ada satu peristiwa pada hari itu yang membuatkan bulu roma saya berdiri menyaksikannya. Ada seorang lelaki berbangsa India lalu di hadapan MJ. Ditangannya ada sebungkus plastik yang didalamnya berisi sepeket bersaiz sedang makanan kucing. Dibelainya kucing yang keluar dari perkarangan MJ dan ditaburkan sedikit makanan kucing. Kucing tersebut makan dengan lahap. Saya ucapkan terimakasih kepada lelaki berkenaan.
Nekcik....saya terharu dengan kemuliaan hati lelaki terbabit walaupun beliau sendiri tidak mempunyai makanan! Sebelum berlalu beliau sempat menoleh kearah saya yang asyik memerhatinya dari tadi dan memberitahu yang beliau amat sayangkan kucing.....saya kata padanya, "Tuhan sayang kamu!". Kejadian tersebut disaksikan oleh 2 orang rakan saya yakni Wak Beng dan Ketard!
Tumpang rasa suka dan saya dapat merasakan kebahagian hati uncle.
Normala Saad.
Thank you so much....ini salah satu hobi yang memberikan kepuasan tak ternilai kepada saya.
Alhamdulillah... penderitaan seorang insan insyaAllah berakhir. Semoga rezeki wanita itu dan keluarganya bertambah murah di kampung nanti..
Makchaq belum pernah ikt membantu.dalam program macam ni... tahniah uncle....
Makchaq.
Saya pon rasa lega sangat. Dah lama saya dok perati pompuan tu..bukannya pasai apa, biasanya pompuan tak ramai. ada lah dalam 5-6 orang. Tu yang saya senang nak cam muka dia. Ni last week saya jumpa satu keluarga yang sangat muda. Dalam belasan tahun rasanya atau mungkin diawal 20an yang ada 2 orang anak yang masih kecil. Nasi lemak kami tu disuapkan ke mulut anak-anaknya. Pakaian sedekah diambil mereka untuk 2 anak kecil mereka. Saya masih belum berkesempatan bertanya dimanakah tempat tinggal mereka. Tetapi rasanya mereka berpindah-randah. Suaminya kata dia kerja supermarket. Saya tak pasti...
ALLAHUAKBAR
sayu akak baca
Semuga ALLAH permudahkan urusan wanita tersebut.
Nasib kita berbeza
Dia diuji begitu pula...
Jazakallahu khaira Uncle
Dgn kisah yg uncle kongsikan ini dapat berikan keinsafan pada akak.
Ibu N Abah.
saya juga berdoa agar beliau diberikan kemudahan selepas ini. Rasanya beliau didalam lingkungan umur 40an.
Catat Ulasan