Jumaat, Mei 19, 2017

Rugby dan pengajarannya.

Pasukan Alumni Sdar Lions
Cerita 1.

Aku memang sejak dari dulu lagi amat berminat dengan permainan rugby. Tatkala aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah pada usia 13 tahun dan hampir setiap minggu disuruh untuk menyokong pasukan rugby abang-abang senior, membuatkan aku sedikit-sebanyak terpanggil untuk mula belajar memegang dan membaling bola lonjong ini. Aku sering terpegun dengan semangat berpasukan didalam pasukan rugby. Walaupun bertumbuk didalam padang tetapi apabila keluar, mereka masih berbaris panjang di kedua belah kiri dan kanan laluan keluar di tepi padang sambil memberi laluan kepada pasukan lawan untuk berjalan lalu dan sekaligus bersalaman dan berpelukan seolah-olah tiada perasaan dendam dihati.  Ini menghairankan aku dan membuat aku berasa amat tak sabar untuk menyarung jersi pasukan rugby.

Pengajaran 1

Semangat berpasukan itu amat penting. Apa juga keputusan yang adik-adik bakal ambil haruslah dinilai dari pelbagai sudut dan pandangan. Pertengkaran adalah lumrah didalam setiap organisasi tetapi banyak yang adik-adik boleh belajar daripada situ.  Pandangan setiap orang juga harus didengari dan dinilai. Jika ada yang memberi pendapat dan pendapat tersebut bertentangan dengan pendapat adik-adik, janganlah disisih mereka itu. Nama pun 'pendapat'. Setelah selesai sessi, bersalamlah dengan semua dan ucapkanlah terimakasih kepada yang telah hadir. 

Cerita 2.

Perlawanan pada hari itu dijadualkan bermula pada jam 4 petang. Tepat jam 2 kami telah berada dicafe berdekatan untuk minum sebelum perlawanan dan kebiasaannya kami akan bersembang kosong. Mind you, topik pada petang itu sebelum perlawanan rugby hanyalah berkisar kepada rugby. Apa saja yang keluar daripada mulut kami hanyalah mengenai rugby dan rugby dan rugby. Fikiran, tutur kata, tindakan spontan yang berlaku hanyalah berkenaan rugby. Kesemua kami begitu fokus!

Pengajaran 2.

Adik-adik harus punctual didalam setiap temujanji dan juga waktu bekerja adik-adik.  Itu merupakan penanda aras awal tahap disiplin adik-adik. Jika adik-adik mahu rakan sekerja respect kepada adik-adik, nah.....itulah salah satu penyebab kenapa rakan-rakan memandang tinggi terhadap adik-adik. Mudah bukan?
Adik-adik perlu fokus didalam melaksanakan apa saja tindakan adik-adik. Jika adik-adik masih belajar, fokuslah kepada pelajaran. Jika adik-adik telah mula bekerja, fokuslah kepada  pekerjaan. Apabila adik-adik fokus terhadap sesuatu tugasan yang diberikan, adik-adik bakal menghasilkan keputusan yang baik. Dengar dengan teliti dan bertanya jika tidak memahami apa-apa arahan yang diberikan. Jangan disimpan hingga esok dan baru bertanya. Adik-adik perlu sedikit keluar dari kepompong dan tidak menjadi kesalahan jika adik-adik pergi semula berjumpa ketua adik-adik dan nyatakan apakah kemushkilan yang bermain diminda adik-adik dan dapatkanlah penjelasan. Setelah semuanya jelas dan nyata, hasil output adik-adik juga bakal lebih tinggi nilainya!
Bengkak di dagu siapalah yang tahu!
Cerita 3.


Kami tiba di padang satu jam sebelum perlawanan bermula. Kesemua kami mula bertukar pakaian kepada yang lebih sesuai dan mula melakukan regangan dan sesi memanaskan badan secara sendirian. Kapten pada hari itu ialah Taren yang mengatur pemain mana yang masuk dahulu dan siapakah yang bakal bermain sebagai pemain gantian. Semuanya diatur dengan teliti. Setelah selesai diatur, Taren juga yang memulakan sesi warm up secara berpasukan. Selain daripada Taren, seorang lagi yang harus disebut disini ialah Moondoc. Moondoc juga melakukan tindakan yang sama apabila group pertama masuk bermain. Ditepi padang Moondoc mula mengatur strategi. Kedua-dua mereka yakni Taren dan Moondoc adalah junior aku. Seorang merupakan pelajar F1 sewaktu aku F5 dan seorang lagi memang aku tak jumpa langsung kerana beliau masuk sekitar 90an jika tak salah aku.

Pengajaran 3.

Apabila adik-adik telah bekerja, adik-adik akan sedari bahawa ada sebahagian daripada ketua adik-adik berusia lebih muda daripada adik-adik.  Kadang-kadang mereka inilah yang 'reprimand' (menegur) adik-adik apabila melakukan kesalahan.  Jika itu berlaku, adik-adik jangan berkecil hati. Adik-adik haruslah tanamkan semangat positif untuk bekerja bersungguh-sungguh agar tidk ditegur lagi keesokannya. Teguran-teguran itu bukan semuanya negatif, hanya adik-adik yang menukarkannya kepada 'mode' negatif. Jika adik-adik bijak, janganlah diulangi apa saja yang tidak kena. Dengar segala tunjuk ajar, nasihat dan juga halatuju syarikat. Ubahlah ia kepada 'positive mode' dan bekerjalah sebagai sebuah pasukan!

Cerita 4.

Setelah selesai perlawanan yang berpihak kepada kami dengan margin kemenangan yang besar, selepas membuat regangan 'warm down', seorang demi seorang mula menyalin pakaian, bersalam, berpeluk dan mengucapkan selamat tinggal dengan harapan dapat bertemu lagi pada perlawanan yang akan datang..Dalam perjalanan pulang dan setengah temperatur badan kembali kepada suhu normal, aku mula merasakan kesakitan diseluruh badan aku. Sebelum dan selepas perlawanan aku sempat minum 'whey protein' untuk membantu untuk repair muscle yang tercedera sewaktu perlawanan. Dalam kereta, badan mula sengal. Dada, bahu dan lengan terasa lenguh. Belakang dan pinggang terasa lenguh. Peha, betis dan kaki terasa sengal. Wah...satu badan ni.....2 hari jugalah untuk badan aku fully recover dari sakit......hmmm not too bad for an almost 50 year old guy like me..

Pengajaran 4.

Didalam sesebuah organisasi, perjalanan syarikat tidak selalunya baik. Ini berpunca daripada pelbagai faktor. Ekonomi, politik, 'cuaca' dan banyak lagi. Adik-adik mungkin sudah dapat menghidu perkara ini. Maka dengan itu, sebelum terjadinya sesuatu perkara, adik-adik haruslah membuat persediaan (homework) yang rapi. Ini penting agar apabila adik-adik ditimpa masalah, adik-adik tidak berkecai sewaktu terhempas. Manakala setelah segalanya selesai, adik-adik harus membuat post mortem minda supaya adik-adik lebih bersedia pada masa yang akan datang.

Ditegur dan diherdik sewaktu mesyuarat juga adalah lumrah walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Jika ia terjadi kepada adik-adik, cuba cari apakah salah yang telah dilakukan? Perbaiki kesalahan tersebut. Balik rumah dan relax. 2 hari adik-adik akan rasa down....itu biasa. Lepas 2 hari adik-adik harus mampu tersenyum dan bangun semula dengan lebih bertenaga.........

Wah...hampir sama kan pengalaman bermain rugby sebagai sebuah pasukan dengan kehidupan seharian kita? Maka sebab itulah rugby ini menjadi permainan nombor satu aku....Rugby telah membina falsafah asas kehidupan aku dengan begitu kukuh. Rugby mengajar aku 'teamwork'. Rugby mengajar aku disiplin. Rugby mengajar aku untuk terus berjuang dan jangan berputus asa. Rugby mengajar aku untuk mendengar. Rugby mengajar aku untuk bersabar. Ia juga merupakan satu-satunya jenis sukan bertaraf antarabangsa yang pemainnya tidak akan 'argue' dengan pengadil. Sebab itulah ia dipanggil sebagai "Gentleman's Game".

Have a pleasant weekend people!

 

2 ulasan:

Azian Elias berkata...

masih kuat lagi lah tu uncle..boleh berrugby.

Uncle berkata...

My actual goal was just to be there, menonton permainnan rugby, warm up bersama-sama para pemain , itu saja...tapi saya terus diajak dan oleh kerana tak tahan dengan ajakan, saya pon tergoda dan terus masuk bermain selama 20 minit. Saya puas...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...