Raya tahun ini, aku lihat yang paling seronok sekali ialah Marina. Pada umur 11 tahun sebegitu apakah yang tidak menyeronokkan? Semuanya indah belaka. Tak perlu fikirkan masalah dunia. Dalam kepala otak cuma main dan main sepanjang hari. Bila lapar, balik dan makan. Kemudian berlari keluar untuk bertemu rakan-rakan lagi. Wow...what a life...
Minggu lalu kami dah keluar untuk membeli pakaian Raya untuk Yuya dan Marina. Untuk Abang tak perlu kerana katanya dia akan keluar sendiri dan beli. Maklumlah dah hampir 20 tahun umurnya. Aku pasti remaja lain juga begitu...apabila menginjak ke umur sedemikian, keluar membeli belah dengan keluarga adalah satu perbuatan yang sangat tak cool!
Yuya dah selesai. Marina pula hanya baju kurung yang belum jumpa sesuai dengan warna dan design yang dia nakkan. Tinggi Marina ialah 147cm. Tak kecik dan tak besar. Tu yang payah nak beli pakaian dia. Tapi aku rasa insyAllah dalam 2-3 hari ni setel lah kot. Aku malas nak memandu ke JAKEL atau yang seumpamanya kerana traffic jam yang buruk. Tapi nampak gayanya aku terpaksa pergi jugak..
Beberapa hari yang lalu aku tengok Marina asyik berbual dengan kawan-kawan dia. Ramai yang datang melepak di depan rumah dan duduk dianak tangga. Ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan tanpa pengetahuan aku. Amat berahsia. Aku tak dapat menebak kerana setiap kali aku pandang atau lalu, mereka pasti menukar topik lain. Jadi pada hari Ahad yang lalu, aku lihat Marina agak resah. Mundar-mandir dia berjalan dalam rumah. Gayanya seperti nak memberitahu sesuatu pada aku...akhirnya dia beranikan diri untuk bertanya. "Papa, malam nanti Marina nak buka puasa kat luar dengan kawan-kawan, boleh tak?" Wah....hebat budak baru umur 11 tahun ni, fikir aku. Aku tanya Marina di hotel mana dia bercadang untuk pergi berbuka? Dia senyum sambil tunjukkan tangan ke depan. Maksudnya depan rumah di tepi pool....Aku pantas menjawab, "OK"
Ini banyak mengingatkan aku suasana semasa aku kecil dulu. Beginilah keadaanya. Seronok tak duduk dirumah. Asyik bermain dengan kawan diwaktu musim cuti begini. Perut lapar pon tak dihiraukan... hahahahahahaha....Tapi berbuka puasa sesama rakan pada usia sebegitu aku tak pernah buat.....hahahahahaha. Pukul 7, Marina dan kawan-kawan dah bawak makanan/minuman dan disusun diatas meja dengan rapi. Setiap orang yang seramai 6 orang rakan sebaya itu membawa makanan dan minuman masing-masing untuk dikongsi bersama. Gaya pot luck! Hahahahahah aku yang hanya mendengar pun teruja!
Selamat berpuasa people!
10 ulasan:
Anak-anak bujang kakcik yang masih belajar itu pun, kami bagi duit je sebab diaorang nak beli pakaian sendiri. Hmmmm...entah apalah gaya kemeja dengan jeans diaorang beli. Harga pun buat kakcik suami isteri geleng kepala...
Assalamualaikum Uncle... seronok baca kisah Marina. Sekejap jer dah besar dah jadi anak dara sunti. Wahhh
Wahhh.. bagusnya plan Marina & kawan2
Manis rupa anak dara sunti Uncle. Anak-anak di abad canggih amat bijak. Mereka cepat pandai tak macam zaman kita-kita dulu. Sejak dilahirkan mereka telah disuakan kemajuan yang kita cari dan gunapakai dalam kehidupan harian kita.
Kakcik Nur.
Saya bukannya boleh pergi dari satu kedai ke satu kedai membelek 15 baju kemudian balik ke kedai pertama beli setelah melalui 8 kedai! Pengsan saya....Ataupun saya balik dulu dan pick up semula 4 jam kemudiannya!
Azieazah.
Kan....semalam sewaktu pergi beli baju kurung dan kasut, kami balik rumah. Saya suruh dia pakai/cuba pakaian barunya....alamak....saya pasti akan miss zaman kanak-kanaknya tak lama lagi....masyAllah...saya harus kuat! Gulp...
SKTJ.
2 hari lepas Mak Nadia dah jemput Marina dari petang. Lepak di rumah mereka, berbuka puasa, kemudian ke Jaya Jusco cari pakaian raya dan dihadiahkan Marina sehelai baju! Otw back sempat singgah McD dan sampai rumah hampir pukul 12 malam dihantar balik oleh kedua ibubapa Nadia!Hey Marina...you are only 11 ya.....tapi sebelum tu ada ibubapa Nadia talipon mintak izin untuk hantar lambat. Adoi!
Betul Mak Long.
Apasaja permainan saya dulu memang tak dikenali oleh Marina lagi kini!
Budak tengah membesar memang selalu ada rasa teruja dengan semua benda...kita la pula yang nak pasang bimbang tak habis-habis...tambah2 anak pompuan ya.
Normala Saad.
Nasib baik result exam dia kali ni elok sikit dari yg lepas kalau tidak.........hmmmmmm kompom kena quarantine!
Catat Ulasan