Selasa, Ogos 22, 2017

Rancanglah...

Buat-buat busy!    


Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beberapa tahun ini. AQ memulakan business dengan hanya sedikit pengetahuan mengenainya sehingga kini aku sendiri terkejut yang business tersebut telah menghampiri usia 3 tahun. Kami sempat bertemu disalah sebuah cafe yang bertempat di Jalan Bangsar. Cafe tempat pertemuan kami itu agak 'hip' dengan konsep santai dipunyai oleh couple tempatan yang memasak, menyiapkan mise-en-place di dapur dan beliau jugalah yang menghidangkan makanan kepada tetamu. 

Rakan yang aku temui ini ialah seorang yang berwawasan. Sanggup belajar segala selok-belok business dari bawah dan sanggup juga melakukan tugasan-tugasan remeh yang diserahkan kepada beliau. Tak semua orang yang aku temui secekal beliau. Aku doakan agar beliau berjaya suatu hari nanti dan mampu membimbing anak-anak muda yang lain.

Aku agak jarang berjumpa dengan seorang anak muda yang mempunyai aspirasi sebesar beliau. Dengan pelbagai kekangan yang dihadapi, beliau masih boleh menarik nafas lega walaupun satu persatu outlet ditepi-tepinya menutup kedai masing-masing!  

On a different note, insyAllah pada penghujung September nanti aku bakal melaksanakan satu pengembaraan solo selama seminggu merangkumi perjalanan dengan keretapi selama 40 jam dan merentasi 3 buah negara. Dah setahun aku merancang untuk perjalanan ini dan kini walaupun ianya belum terlaksana, aku dah mula merancang untuk mengembara secara solo lagi pada tahun hadapan. Cuma destinasinya aku masih ragu-ragu apakah hanya di asia tenggara, atau aku harus panjangkan/jauhkan lagi perjalanan solo aku. Aku jadi tak sabar bila fikirkan....jadi kepada pembaca ruangan aku ini yang ada cadangan, silalah beritahu kemanakah aku harus pergi mengembara secara solo. Syaratnya route tersebut harus ada jaringan keretapi! Mengembara secara solo dengan menaiki keretapi ialah 'passion' aku. Ia menebalkan pengalaman aku, bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang, belajar mengenai budaya masyarakat tempatan, merasai makanan dan minuman mereka dan banyak lagi. Setiap orang mempunyai sesuatu yang ingin mereka laksanakan didalam hidup mereka dan ini merupakan salah satu "bucket list" aku sejak kecil. Hahahahahahahahaha....

"Enjoy Balanced Life To The Fullest!"

 

8 ulasan:

mokja berkata...

Anak saudara saya suka mengembara dgn keretapi. Benua China dia dah jelajah.Katanya dok rancang nak pi Mong Mongolia. Dia tulis blog ttg kembara dia . Blog dia Kembara cikgu Feesya.

Uncle berkata...

alamak, boleh saya jengok blog dia nanti utk belajar ilmu mengembara. Penghujungnya nanti saya teringin untuk lakukan perjalanan solo merentasi 'silk road'. Itu impian saya!

Kakcik Seroja berkata...

Semoga apa juga yang dirancang, akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa...
Aamiin. :)

Normala Saad berkata...

Seronoknya dapat travel naik keretapi. Saya pun ada cita2 sebegitu masa budak-budak dulu tapi nak hitch hiking sebab selalu tengok mat saleh lalu kut jalanraya tahan kenderaan untuk ke Padang Besar. Ni dah tua dah pakai tak merasa la kan...

Lady Windsor berkata...

mengembara dengan keretapi itu yang buat saya berasa jeles yang amat Uncle. InsyaAllah tahun depan ada rezeki dan panjang umur, saya nak mula mengembara dengan keretapi juga, tahun ni tak boleh sebab sekolah belum habis.

Uncle berkata...

Terimakasih Kakcik Nur. Diharapkan begitulah..

Uncle berkata...

Normala Saad.

Bagi saya tiada istilah 'tua'. Saya menganggap diri saya masih muda kerana baru nak mencecah umur setengah abad. Jika saya dah berumur 65 tahun nanti mungkin ianya akan berubah...hahahahahaha...silalah lihat di youtube betapa ramainya orang diatas umur 50 tahun yang mengembara mengelilingi dunia.

Anyway, naik ets dari aloq setaq ke padang besaq pon kira mengembara la jugak...hahahahahaha...

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Uncle tengah berbelah bagi samada tahun depan Uncle nak buat Java Island Solo ataupun terus membuat solo silkroad trip tetapi hanya di China bermula di Xian....masih berbelah bagi dan of course that all depends on my savings, health and time etc...hahahahahahahaha btw silkoad trip by train is best during May-Oct (according to web).

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...