Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, topik apabila bertemu ialah, "kau dah dapat kerja belum?". Dan kami akan mula bercerita mengenai tempat kerja masing-masing. Manakala yang masih belum bekerja pula akan mula bertanya apakah mereka boleh diserapkan ditempat kerja kawan yang dah mula bekerja tadi? Dan begitulah seterusnya. Dalam tempoh tersebut, banyak perkara berlaku. Sorang demi sorang mula balik ke tanahair ataupun selesai pengajian di universiti tempatan. Kepada pasangan masing-masing, jangan risau....pertemuan sebegini selalunya tidak membahayakan...
Awal 30an
Masih kerap bertemu secara individu mahupun secara berkumpulan. Selalunya pada hari Jumaat malam kerana kebiasaannya ialah sabtu/ahad ramai yang bercuti. Keadaan menjadi riuh-rendah bila ada 'joker' didalam sesebuah group itu. Kembali menceritakan kenakalan sewaktu zaman kanak-kanak. Pada waktu ini soalan banyak berkisar kepada, "Kau dah kahwin belum?" dan jika jawapannya ialah sudah, maka soalan ke duanya pula ialah, "berapa anak kau sekarang?". Pertemuan seperti ini bakal berlangsung hingga ke jam 1-2 pagi! Kepada pasangan masing-masing, sekali lagi aku nak pesan, janganlah risau.....pertemuan sebegini selalunya tidak membahayakan lagi!
Awal 40an
Kebanyakkannya telah stabil dan juga sedang mendaki tangga korporat didalam kareer masing-masing. Pada umur sebegini tatkala kami semua sedang sibuk dengan urusan yang tak pernah henti, kami masih lagi sempat meluangkan waktu untuk ber 'tt' (teh tarik) disetiap kesempatan yang ada apatah lagi dibulan Ramadhan manakala open house dibulan Syawal pasti menjadi alasan untuk kami bertemu. Pada waktu sebegini, soalan yang diajukan lebih cenderung kepada, "anak kau masuk universiti mana?". Seorang demi seorang akan bercerita mengenai anak masing-masing dan berapakah perbelanjaan anak masing-masing sambil menggaru kepala yang tak gatal dan menghirup teh tarik yang sebenarnya dah kosong sejak tadi! Aku masih nak menasihati pasangan masing-masing bahawa budak-budak ni masih lagi tak membahayakan persekitaran....mereka masih lagi waras dan apabila pertemuan berlangsung selalunya mereka tak 'melencong'. Hanya bercerita nakal sahaja....tetapi pertemuan masih sesama mereka.
Awal 50an
Pertemuan menjadi lebih galak diwaktu ini. Galak kerana pada umur sebegini tak semuanya bernasib baik. Ada yang masih bekerja manakala ada juga jika tak bernasib baik telah pun berhenti kerja. Pertemuan masih lagi rancak seperti biasa. Perubahan fizikal mula ketara. Rambut yang dahulunya hitam kini mungkin berwarna putih. Yang ada rambut dulu, kini mungkin dah mula menipis ataupun botak. Yang tegak kini telahpun bengkok. Yang berjalan pantas kini mungkin bertongkat! Hahahahahahahaha....apakah agaknya yang menjadi topik tatkala bertemu disesi tt? Aku pasti soalannya lebih kepada, "Anak kau dah kahwin?" dan jika yang tanya itu mengangguk, soalan ke dua pula ialah, "berapa cucu kau sekarang?". Pada pasangan masing-masing, aku tetap nak pesan disini bahawa, jangan lah dirisaukan pada budak-budak pertengahan umur ni...soalan yang ditanya sesama sendiri ialah terhadap anak masing-masing.....kecualilah kalau soalan yang sama diajukan kepada kawan-kawan sendiri...sebagai contohnya, "Bila kau kahwin lagi?".
Awal 60an
Sungguh menghairankan.....sesi tt masih tetap berlangsung usai solat Isyak. Masa ni dah ramai pakai songkok ataupun kepiah! Apabila bertemu, mereka masih lagi bersalam dan berpelukan. Maklumlah kenal sejak dari umur 13 tahun! Pada waktu ini ahli sesi tt telah sedikit berkurangan. Ada yang sakit. Kita paham....Minuman yang dipesan mula sedikit berubah....lebih yang mintak 'teh C' daripada teh tarik biasa! Hahahahahahahahaha...Soalan pada umur begini lebih kepada, "bila kita nak melawat si polan kat IJN?". Pesanan kepada pasangan masing-masing, anda semua masih tak perlu risau kerana pasangan anda semua hanya 'sembang deraihh'. Pum-panng...pum-panng......keinginan tinggi tapi kemampuan dah takdak!
Awal 70an
Jalan dah mula perlahan. Kaki dah mula menggeletar. Mata pulak dah mula rabun. Waktu ni anak akan hantar ke sesi tt. Minum secawan teh C dan lepas tu dah mintak air suam! Sering pulak ke toilet dan kadangkala terpaksa queue sesama sendiri! Kawan dah mula kena ulang-ulang cerita yang sama kerana telinga dah mula memberikan masalah. Hahahahahahaha.... Kawan pun naik menyampah! Soalan waktu ni ialah..."laa.....bila dia meninggal? Innalillahiwainnalillahirojiun.....aku baru jumpa
dia 2 minggu sudah!". Pada pasangan masing-masing, aku nak pesan, anda
semua jangan risau sebab pasangan anda semua dah tak larat nak berjaga sampai pukul 1 pagi...Bila dah pukul 10, suruhlah anak-anak pergi pick up.....tu pun hampir semua dah menguap sakan! Hahahahahahaha....
Awal 80an
Keinginan untuk ber tt masih lagi meluap-luap. Waktu ni, tugas menghantar dan mengambil ditugaskan kepada cucu-cucu pula......Jangka waktu pertemuan pada waktu ini tak lama sebab topik perbualan pon dah sering lupa! Soalan pada waktu ini mula jadi mengerikan....."Kau hidup lagi rupanya...aku ingatkan dah mati 4 tahun sudah?". Pasangan masing-masing dah mula patut risau pada umur-umur sebegini kerana takut tiba-tiba pasangan ada dihospital!
Awal 90an
Kemungkinan besar pertemuan hanya berlangsung dibilik-bilik di hospital. Topik pon dah jadi tak banyak tapi yang aku pasti, pada usia sebegini dan apabila bertemu, masing-masing akan hairan dan mula bertanya, "Kau siapa?" Hahahahahahahahahaha........dan pada usia sebegini tak ada apa yang perlu risau kerana pasangan sendiri pon dah memang tak kenal! Hahahahahahahahaha....
Hanya hiasan... |
3 ulasan:
Bersyukur sangat kalau sempat bereunion sehingga umur 90an...Sekarang ni 50an pun dah rasa badan ( kesihatan ) tak berapa nak sedap mcm dulu dah...Macam2 penyakit dah mula datang mengintai..
Normala Saad.
Takpa aihh....pasangan anda masih tak perlu risau.....hahahaha....(melawak saja naaa....)
heheheheh
Catat Ulasan