Selasa, Ogos 29, 2017

Ulangtahun ke 60

budak-budak riang..



Jumaat lepas aku menumpang kereta si Jawer untuk balik semula ke sekolah dan bermalam disana. Sejak malam sebelumnya aku dah gelisah tak sabar. Ramai kawan-kawan aku yang mengambil cuti. Aku tidak kerana dihujung September nanti aku bakal bercuti selama seminggu. Makanya kali ini aku pergi selepas waktu pejabat. Tepat pukul 6 petang, aku terus memecut moto aku dengan selaju mungkin untuk sampai dirumah. Aku belum bersiap lagi sebenarnya lagipun trip kali ini hanyalah semalaman. Jadi persiapannya begitu ala kadar sahaja. Tapi yang penting kasut bola, stokin dan bola ragbi serta pamnya mesti dibawa bersama. Hahahahahahahahaha....Selesai Maghrib, Jawer menghantar text ke aku yang beliau akan sampai 15 minit lagi. Horey...aku dah nak gerak!
Chelayer mengenang masa silam..
Bertolak dihari Jumaat malam ditambah dengan jumlah kereta yang masuk/keluar KL menyebabkan perjalanan kami menjadi agak perlahan. Memasuki lebuhraya LEKAS, jalan kembali lengang dan kami meluncur laju menuju ke Seremban. Nombor bilik (dorm) telahpun kami ketahui dan sebaik sampai kami terus teruja untuk memanjat anak-anak tangga blok C untuk sampai ke tingkat atas yakni bilik kami untuk malam itu. Aku tahu yang ramai kawan-kawan aku dah pon sampai. Aku tak check pulak mobile kerana battery dah nak habis. Aku rasa kami sampai dalam pukul 9 malam kot. Wahhhh kecoh dan riuh jadinya apabila kami bertemu semula dibilik C11 malam tu. Katil tersusun rapi tapi hampir kesemua kami lebih enak duduk berlunjur dan bersila diatas lantai. Aku pula, terus berbaring kat bawah. Dulu kami tak boleh buat begitu kerana lantainya kasar dan lagipun bilik sentiasa kotor kerana kasut dipakai dibilik tidur. Kini rak kasut disediakan dikoridor setiap bilik dan aku pasti yang adik-adik penghuni kini adalah para pelajar yang berdisiplin, jadi kasut mereka memang tetap berada diluar!

Yang agak mengerikan aku sebelum kembali kesekolah ialah mengenai jamban kerana seingat aku sehingga habis aku bersekolah, jamban kami semuanya mencangkung. Kalau betullah mencangkung, maka parahlah aku sebab lutut ni dah masuk kategori 'wear and tear' dah.....aku jadi ngeri sendiri.......

pakcik-pakcik lepas 'gian'

Malam tu semua kami tarik tilam ke lantai. Berkumpullah adik-beradik macam tak pernah jumpa walaupun baru beberapa hari yang lalu kami dah bertemu...hahahahahahaha...Nyem Masrun, Judd, Apam, Ketat, Betok, Iq (sampai lagi lambat dari aku), Bo, Kudo, Wak DD, Aidi, Aze, Chelayer, Rudd Naha dan Ma'e seronok bercerita sambil melahap kerepek ubi spesyel dari jb yang dibawak khas oleh Wak DD. Habis.....Pukul 12 tengah malam, sorang dah terbongkang. Yang lain-lain dok ketawa sakan lagi. Pukul 1 pagi, sorang lagi terbongkang. Yang lain-lain dok ketawa sakan lagi. Pukul 2 pagi sorang lagi terbongkang. Yang lain-lain masih ketawa dengan cerita kami dulu-dulu....Pukul 3 pagi, aku pulak dah tak sedar diri! 

Sedar-sedar dah azan subuh! Sempat berjemaah disurau indah umpama masjid yang tak pernah kami rasai dulu. Hebat! Lepas subuh mana boleh tido balik? Semua dah kecoh kat bilik....jadi kami pon berkemas, jalan pelan-pelan turun ke  kerana perlawanan ragbi akan bermula pada pukul 9 nanti.... 

Perlawanan rugby berlangsung didalam keadaan hujan lebat. Oleh kerana hujan lebat, aku kurang letih dan berjaya main dari mula sampai habis. Hahahahahahaha....Kalau cuaca sebaliknya, aku pasti yang tenaga dan kudrat aku hanya bertahan selama 10 minit maksimum. Jika aku ditackle keras, confirm aku cuma main 3 minit! Btw, pasukan aku yang berbaju merah menang! Hahahahahahahahahaha....aku main fullback.

remaja ni semua!

Selesai pertandingan, kami berkumpul di pavillion kerana  ada upacara penutup. Lagu Negaraku dan Ilmu Untuk Berjasa menjadi penutup acara kami berkampung di Sikamat. Sebelum bersurai, para pemain diberikan medal sebagai kenangan. Not bad..hahahahahahaha dah berpuluh tahun aku tak dapat medal sampai Marina pon ketawa kecil bila aku bagitahu yang aku pon dapat medal!

Kami pulang ke bilik masing-masing. Ke bilik air untuk mandi, kami terkejut. Wahhh setiap shower dah ada pintu rupanya....luxury ni.....apabila shower dibuka, kami sekali lagi terkejut....waahhhhh airnya besar dan laju! Hahahahahahahahaha....ini pun luxury ni.....Seingat aku bertahun lamanya kami kemarau air. Tak pernah aku dapat merasa shower selaju sekarang. Waktu tu kami selalu komplen kat warden, "air kencing lagi laju cikgu!" dan kebiasaannya kami kena penampar sebab kurang sopan!

Selesai berkemas kami mula merancang untuk makan tengahari sebelum masing-masing menuju destinasi berasingan...(in fact kebanyakkannya balik ke KL ikut LEKAS...sama je!). Singgah di satu gerai tepi jalan ke Jolobu, kami makan nasi ayam panggang dan apabila nak bayar, tokay kedai bagitahu bahawa salah sorang antara kami dah tolong bayarkan....horey, thank you brade...(u know who u are). 

Nikmat yang kami dapat daripada 'old boys weekend' tu ialah mengeratkan silaturrahim, bertemu adik-adik dan abang-abang yang kami kenal dan tak kami kenali, dapat main ragbi dipadang sekolah yang sama, makan di dewan makan yang sama seperti diawal remaja kami dulu dan yang pasti, kami masih lagi sakit badan hingga ke hari ini akibat daripada perlawanan ragbi yang dilangsungkan walaupun hujan teramat lebat.....hahahahahaha walaubagaimanapun, kami PUAS!

7 ulasan:

Normala Saad berkata...

mcm dapat rasakan keseronokkan uncle bila baca entry ni. untungnya uncle masih dapat menjalin persahabatan hingga saat ini.

Uncle berkata...

Alhamdulillah hubungan kami sangatlah akrab. Selain whatsapp group dengan rakan-rakan satu batch sahaja, saya juga berada didalam group dengan seniors, juniors, rugby players, football players, exco members etc. Apa-apa yang diperlukan biasanya kami akan message sahaja didalam group masing-masing dan insyAlah beberapa minit sahaja jawapan akan diterima. Memang kami sangat rapat!

Azian Elias berkata...

seronoknya uncle. mengenang kembali ye..meriah sungguh.

Lady Windsor berkata...

bestnya jumpa kawan2 lama kan uncle, paling tak tahan nama-nama panggilan tu hahaha funny ooo. sure ada kisah dan sejarah kenapa nama depa dipanggil gitu kan...tdo kat asrama pun nolstagia perghhh!

Uncle berkata...

Azian Elias.

Amat menyeronokkan....banyak lagi program yang sedang diatur sebenarnya..

Uncle berkata...

Lady Windsor.

Memang nostalgia. Apabila kami berdiri dikoridor tingkat atas, kami jadi gerun mengenangkan seaktu diumur 16/17 dulu kami mampu bertenggek di tembok tkt 3 tanpa rasa takut!

Berjalan ke dewan makan mengingatkan kami sewaktu ditingkatan satu dulu bahawa kami berlari untuk sampai ke dewan makan sebaik siren dewan makan dibunyikan. Berlari masuk dan usai bacan doa makan, kami akan mengetuk nasi yang berketul dengan piring untuk dihidangkan kepada abang-abang senior dahulu.

Tatkala duduk di pavilion tepi padang peristiwa bersorak menyokong pasukan bola maupun rugby abang-abang senior jelas kembali meniti di minda.

Bertemu semula adik-adik dan abang-abang sering membuatkan saya terharu...It was a memorable event indeed!

Lady Windsor berkata...

Yes Uncle,
orang kata pengalaman itu mahai, tak boleh beli dengan duit..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...