Saya telah mengenali Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dengan lebih dekat sejak tahun 2008. Pada waktu itu saya mendapat panggilan daripada pihak Tabung Haji di Jeddah menyatakan bahawa Tan Sri bakal menginap di hotel tempat saya bertugas yakni di Hotel Al Safwah Royal Orchid. Hotel yang berkedudukan paling hampir dengan Masjidil Haram. Saya jadi tergamam. Ini adalah kerana ia merupakan kali pertama Tan Sri menginap ditempat kami dan kali pertama juga untuk saya berhadapan dan menjaga Tan Sri sepanjang berada di Mekah. Seperti kebiasaannya, saya akan membuat homework sebelum kedatangan tetamu-tetamu VIP saya. Saya terus mencari data dan membaca segala macam berita tentang Tan Sri agar lebih mudah untuk saya menjaga tetamu saya ini nanti.
Tan Sri tiba tepat pada waktunya bersama dengan wakil daripada pejabat Tabung Haji di Jeddah. Dilobby hotel, saya telah menunggu. Check in, saya uruskan lebih awal agar prosesnya dapat dipendekkan. Tidak perlu beratur panjang di kaunter. Hanya perlu duduk santai dilobi sambil menghirup welcome drink sementara saya uruskan express check-in nya. Tak sampai 2 minit semuanya telahpun siap. Sepanjang perjalanan dari lobi ke bilik, kami sempat bersembang sekejap. Bertanya khabar dan Tan Sri mengajukan soalan bertubi-tubi kepada saya. Sudah berapa lama bekerja di Mekah, sudah berkeluarga atau belum dan banyak lagi. Mungkin dari hanya beberapa soalan itu Tan Sri telah berjaya menebak karektor saya. Maklumlah orang lama....
Saya memberikan nombor talipon peribadi saya kepada Tan
Sri agar saya dapat dihubungi 24 jam sepanjang tempoh Tan Sri menginap
bersama kami. Nombor saya sering saya beri kepada tetamu terutamanya
dari Malaysia. Sepanjang berinteraksi pendek dengan Tan Sri didalam
perjalanan naik ke bilik, saya dapati Tan Sri merupakan seorang yang
amat soft spoken. Mendengar setiap butir percakapan saya sambil
mengangguk kecil. Kadangkala timbul perasaan malu kerana ada beberapa
perkara yang Tan Sri ceritakan kepada saya, saya lupa, sedangkan apa
yang saya ceritakan kepada Tan Sri terus diingatinya. Bagaikan ada
"storage" yang berkapasiti besar di minda Tan Sri. Saya kagum.....timbul perasaan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Tan Sri. Tidak mengapa. Saya bakal bertemu Tan Sri setiap hari. Kemana lagi tetamu akan pergi selain Masjidil Haram, restoran kami dengan makanan yang enak serta bilik-bilik kami yang tilamnya empuk! Saya punya banyak waktu bersama Tan Sri....insyAllah..
.....bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan