sebahagian drpd 30,000 judul bukunya. |
Tan Sri suka minum kopi. Setiap kali kami bertemu, Tan Sri pasti akan memesan kopi. Jika di PMK, kami sering minum di Secret Recipe ataupun sekali sekala di Starbucks. Kami juga acapkali mengunjungi kedai mamak yang bernama BANANA yang letaknya bersebelahan dengan McD. Petugas SR sudah tahu apa yang Tan Sri mahu. Tak perlu ditanya lagi...Kejadian lucu selalu berlaku tatkala kami ke kedai yang dinamakan BANANA ini. Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Tan Sri boleh bertutur didalam bahasa Tamil. Jadi sewaktu kami dikedai tersebut Tan Sri akan menunjukkan skilnya berbahasa Tamil. Oleh kerana bahasa Tamilnya merupakan bahasa baku, ramai pengunjung kedai yang fasih akan beralih kepada kami dan sebahagiannya akan menunjukkan tanda 'thumbs up'. Waktu sebegitu Tan Sri akan bercerita dengan pelayan kedai itu tentang bintang filem Tamil dan saya suka melihat reaksi muka pekerja tersebut yang 'blurr' kerana pelakon yang Tan Sri sebutkan merupakan pelakon-pelakon Tamil di tahun 50-60an dan kesemua pekerja-pekerja itu masih belum lahir lagi...hahahahahaha
Ada sekali Tan Sri mahu berangkat ke luar negara dan saya lihat tidak ada buku baru yang dibelinya. Perlahan-lahan saya keluar dan menuju ke One Kiara (begitulah namanya kalau tak salah saya) dan diatasnya suatu waktu dulu ada sebuah kedai buku MPH disitu. Kecil. Saya buntu tak tahu apa yang nak dibelikan kepada Tan Sri untuk menghilangkan bosannya didalam penerbangan. Saya teringatkan buku 'sudoku' yang diusungnya kemana-mana sahaja beliau pergi. Saya belikan "SUDOKU for TRAVELLARS" sebagai ole-ole.....juga sebagai peneman didalam pesawat...hahahahahahha. Sewaktu beliau pulang, saya lihat kesemua mukasuratnya telah diconteng....terlintas dihati yang usaha saya telah berhasil....tetapi setelah itu saya kembali mushkil kerana seingat saya buku itu dipegang oleh salah seorang daripada berbelas cucunya yang masih belum sekolah!!!!!!
Live balanced life to the fullest
#unclefrommas
2 ulasan:
Semasa menjadi menteri besar Kedah beliau membuka kampung buku di tempat saya Lkawi. Terletak berdekatan tempat liburan air terjun Lubuk Semilang. Malangnya selarang tempat tersebut sudah terabai dan ditutup.
Normala Saad.
Memang betul. Sewaktu saya bertugas di salah sebuah hotel di Langkawi dulu, saya ada juga memandu kesana sewaktu liburan. Sayang sekali ianya tidak diteruskan. Kawasannya mendamaikan. Sungainya masih mengalir. Infrastruktur bangunan masih ada walaupun memerlukan pemeliharaan dan pembaikan. Harapan dan doa saya agar ianya kembali beroperasi..
Catat Ulasan