Jumaat, Ogos 03, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 13


Saya sungguh tidak menyangka yang perkenalan singkat saya dengan Tan Sri di tanah suci Mekah dulu bakal berterusan sekembalinya saya disini. Malah hubungan tersebut masih terjalin dengan ahli keluarganya kini walaupun Tan Sri telahpun tiada. 

Pernah beberapa kali sewaktu kami berkesempatan untuk duduk berbual, saya bertanya, "Tan Sri, awat Tan Sri dok aktif lagi sampai ke la? Eloklah berehat saja" . Tan Sri terdiam sebentar. Selepas meneguk double shot latte, Tan Sri berkata, "Saya ni kalau tak aktif saya akan lagi cepat sakit...". Oh begitu rupanya! Saya tak tanya lagi...

Mempunyai character yang amat 'colorful' bagi pandangan saya. Kehidupan beliau sejak kecil tidaklah seindah yang disangka. Berasal dari keluarga susah dan membesar di sebuah perkampungan kecil di Yan banyak mengajar beliau tentang pahit-jerih kehidupan. Usaha keras, tidak takut gagal, disiplin yang tinggi merupakan sebahagian daripada kunci utama seorang anak kampung ini berjaya hingga mampu menjejakkan kaki hampir ke seluruh  dunia. 

Kesempatan untuk duduk sambil bercerita dengan Tan Sri amat saya nanti-nantikan. Tatkala kami bertemu, perbualan kami sering berkisar kepada kehidupannya disebalik "pangkat dunia". Cerita-cerita sewaktu beliau kecil memberikan banyak inspirasi kepada saya untuk menulis.

Pada suatu hari sedang saya menikmati makan malam bersama keluarga saya, saya menerima pesanan ringkas daripadanya. Tan Sri bertanya apakah paspot saya masih valid. Saya menjawap ya dan pada masa yang sama berasa hairan kenapa Tan Sri bertanya sedemikian. Itu merupakan kali pertama Tan Sri bertanya berkenaan paspot saya. 

Message seterusnya yang masuk kepada saya ialah, "would you like to go to London with me? ". Saya tergamam. Tangan masih menggenggam mobile fon saya. Saya baca sms dari Tan Sri beberapa kali lagi kalau-kalau saya tersalah baca....diajaknya saya ke Port Dickson tapi saya terbaca London. Hmmmm tidak sama sekali....ini betul. Saya belum pernah sampai lagi kesana walaupun pernah menetap di Eropah beberapa tahun sebelumnya. Satu lagi sms masuk kepada saya. Mesaagenya, "see me in the office tomorrow, we have lunch and talk further". Jawapan saya hanyalah, "Baik Tan Sri."

Itulah Tan Sri yang saya kenal. Seorang yang amat-amat low profile, humble yet colorful and unpredictable. Juga seorang yang amat appreciate hubungan silatulrahim. Jika nak diikutkan, siapalah saya kepada beliau. Hanya seorang pekerja hotel yang menjaga makan-minum sepanjang penginapannya di Mekah dulu. Kepada pembaca blog ini yang sering mengikuti cerita-cerita saya sejak 2007 pasti pernah terbaca mengenai perjalanan saya ke London dulu tanpa saya sebut dengan siapa. Inilah kali pertama saya beritahu dengan siapa saya kesana. 

Nanti bila saya free sikit saya akan cerita apa yang berlaku disana. Oh ya..gambar diatas itu ialah merupakan sebuah butik hotel yang sedang saya usahakan. Bukan milik saya ya....milik orang...saya hanya diberikan kepercayaan dan saya sendiri tidak berminat untuk memiliki hotel sendiri....ia tidak semudah yang disangkakan...ini 'baby' saya kini. 

Al Fatihah

#livebalancedlifetothefullest

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kebaikan - biar pun sedikit akan jadi kenangan manis yang berpanjangan. Dan janganlah hendaknya kerana sedikit kesilapan kebaikan itu hilang bagai debu ditiup angin... Al Fatihah.

Uncle berkata...

Banyak yang ingin saya tuliskan. Ini betul-betul sisi lain TSSJ yang orang lain tak tahu.

Normala Saad berkata...

Rajin-rajin la menulis. Seronok membaca kisah-kisah orang terkenal ni.

Uncle berkata...

terimakasih kerana membaca dan meninggalkan komen. insyallah saya akan terus menulis apabila terluang..

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH. Saya tidak pernah ketinggalan blog saudara dan TSSJ.

Uncle berkata...

anon - terimakasih saya kpd anda kerana membaca kisah saya bersama negarawan ini dan meninggalkan jejak. Idea belum datang utk sambungan seterusnya....insyAllah minggu ini. Tunggu ya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...