Jumaat, Oktober 05, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 17


 

Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi kita pada kali ini setelah agak lama saya mendiamkan diri mengumpul bahan. Sewaktu saya dan TS masih disana, kami telah bertemu dengan seorang tokoh besar negara secara kebetulan. TS dan 'tokoh besar (TB)' ini terus sambung berbual manakala saya pula yang tiba-tiba tenggelam punca tak tahu apa nak buat, memulakan conversation saya dengan salah seorang pengiringnya. Kami bertukar nombor talipon. Malamnya saya menghantar pesanan ringkas kepada beliau dan mengajak beliau keluar makan tetapi ditolaknya dengan sopan kerana harus mengiringi TB untuk makan malam....

Sewaktu saya pulang ke KL dan bertemu sambil berbual dengan rakan saya Jamsari, saya ceritakan kepada beliau bahawa sewaktu saya disana, saya telah bertemu dengan TB tersebut dan ada berhubung pula dengan pegawai khasnya merangkap pengiring TB tadi......Jamsari yang mendengar cerita saya dengan khusyuk tiba-tiba tersenyum sambil memberitahu saya, "Ohhhh itu R....adik bongsu saya tu!" sambil menunjukkan saya foto keluarga mereka yang diambil sewaktu raya sebelumnya! Hahahahahahaha.....saya tampar dahi, mulut saya melopong! Dalam fikiran saya  berfikir, "macamana buleh jadi lagu ni?"

Saya bukanlah kaki shopping. Jika saya pergi dengan 3 helai baju, begitu jugalah apabila saya balik. Tidak ada apa yang saya beli untuk diri sendiri. Kecuali untuk anak-anak. Bagi saya, cukuplah dengan mengambil foto dan menulis diblog sebagai bahan bukti yang saya pernah menjejakkan kaki disana. Saya lebih kepada cafe hopping, melihat bangunan-bangunan lama serta baca novel di park dan alhamdulillah Landen merupakan tempat ideal untuk saya melaksanakan apa yang saya suka ditambah pula dengan cuacanya yang nyaman.



2 minggu berada di kota Landen membuatkan saya tambah memahami diri seorang tokoh besar negara ini. Sewaktu menaiki pesawat untuk pulang, fikiran saya kembali melayang memikirkan bahawa TS merupakan seorang tokoh yang melihat sesuatu bukan hanya dengan mata kasar. Seorang tokoh yang menilai dan terus menilai setiap sesuatu yang hendak disampaikannya. Bagi kebanyakan orang, tokoh ini bolehlah dikatakan sebagai satu figura serius setiap kali berbicara tetapi bagi saya, tidak. Of course beliau seorang yang tegas dan serious tetapi sisi yang saya kenali merupakan sisi luarbiasa beliau yang tak mungkin dapat dilihat oleh orang lain. Cara pertuturannya, mimik mukanya, 'chamdek'nya, buah fikirannya, cara kerjanya, cara pemakanannya, sahsiah dirinya, hubungannya dengan orang sekelilingnya. Amat menakjubkan saya. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Lebih dekat daripada orang lain yang mengenali beliau. Kenangan saya bersama beliau selama 8 tahun terus tersemat jauh disudut hati saya. Al fatihah...

#livebalancedlifetothefullest

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ok...dah baca.... :)

Uncle berkata...

tq Kakcik..

Azian Elias berkata...

dah lama tak dengar cerita.
nice sharing uncle.

Tanpa Nama berkata...

assslamammualaikum.
pemerhatian yang baik, bersifat positif. saya suka membacanya.

meintheswim berkata...

” ... macamana buleh jadi lagu ni..” - sebab dunia ni ‘kecil’ :-)

Unknown berkata...

Blogg ini sangat bagus dan sarat dengan pengalaman yang boleh dikongsi. Harap uncle815 terus menulis..

Uncle berkata...

Azian Elias.
Memang lama sunggoh tak menuleh kat sini....insyAllah kejap lagi ada satu bahan..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam.

Terimakasih kerana suka membacanya...sila teruskan..

Uncle berkata...

meintheswim

Memang la ni dunia dah makin haluihh....sunggoh tak sangka nak jadi lagu tu. Tekejut sunggoh....sampai ke la maseh dok tekejut!

Uncle berkata...

Unknown.

Terimakasih from the bottom of my heart!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...