Sabtu, Oktober 04, 2008

What a weekend.../ Guest from Cassablanca




Amboi, satu pagi yang sungguh indah untuk aku sebab lama dah tak off. So semalam semperna hari Jumaat aku pun ambil lah satu hari off selepas lebih sebulan setengah tak off. The night before ingatkan nak tidur awal, kepala otak asyik pikir pasal staffing untuk musim Haji pulak. Aduh...macamana nak tidur ni? Last sekali aku terlelap jugak lebih kuramg pukul 2 pagi kot, sambil dengar MP3 aku. By the way, lagu kat MP3 tu tak pernah tukar dari aku mula beli! Tu pun Wakana yang buat, kalau harapkan aku, mmmm.....memang sah pakai kat telinga tapi takde lagu. Punyalah savvy!

Anyway aku terbangun macam biasa pukul 6 pagi dan mata dok terkebil-kebil pikir apa nak buat? Mandi, tukar baju, turun pergi restaurant jap, check sana check sini, jumpa breakfast chef, complaint sikit, jumpa restaurant manager, pot-pet pot-pet sikit, aku capai gelas, ambik juice, kopi, sepiring sausages, a small piece of omelette, mihun goreng, pusing sana pusing sini, duduk dan makan diam-diam. Dalam hati, "....just keep your b...dy mouth shut and enjoy the breakfast. No fuss...". Aku pun capai satu english newspaper dan baca. Peh....memang kelas, rasa macam kat tepi swimming pool pulak!

Malam sebelum tu aku jumpa guest aku yang sebulan duduk kat sini. Rupa dia macam Professor Serba Tahu dalam majalah Gila-Gila tu. Nama dia Dr. Driss Abdellah Regragui. Seorang Cardio Surgeon di Cassablanca dan juga seorang Fellow of Royal College of Surgeons di Glasgow University. Dia suka duduk dibilik 315 dan tahun depan aku akan letakkan dia di bilik yang sama! Dr nilah yang selalu aku sembang tanya pasal penyakit. Jokingly he told me that my consultation bill dah tinggi and he will send over to me from Cassablanca in no time! Heh 3X......kelakar macam Dr Patrick aku kat Ampang. Mmmmm... aku ada sorang senior kat SDAR dulu pun doktor jugak. Nama dia ....... Masa aku hantar Mama kat Ampang Puteri untuk check mata, aku ternampak nama dia kat board bawah tepi receptionist tu tertulis, Datuk Dr......peh...dah Datuk dia? Aku terjumpa dia kat lift dan aku tanya apa aku nak panggil sekarang? "Ala..Uncle panggil je nama kat SDAR dulu, MUNAS....!"

Jumaat, Oktober 03, 2008

Raya Part 2





Eh macam kenal je motor tu? Memang banyak berjasa motor tu dan banyak jugak kenangan aku dgn dia. Ada sekali tu tengah hujan, aku kena langgar dengan budak Afrika. Tergolek kat tepi kedai Kelantan yang aku selalu makan sup tulang tu! Sekarang moto tu ada aku simpankan kat rumah Kak Anne sebab Wakana tak reti nak naik motor. Then kat sana, ada nephew aku yang tolong tengok selain daripada tolong start dan tolong jaga serta tolong isikan minyak. To (Shafiq) it's ok, road tax dgn insurance, Pak Su bayaq!

Anyway, seroonok tengok depa main bunga api. Sini tak nampak pun. Cuma kerja, kerja dan kerja except hari ni tak kerja sebab baru nak off after one and a half months takde off dan bekerja selama 18-20 jam satu hari. So to Syafiq yang tengah dok buat degree dan belajaq Hotel Management kat KDU tu, this is not to scare you! This is a way to uplift your spirit.... heh 3X....

Back to Raya. Abang dan Yuya terasa sebab aku tak ada kat KL tapi Marina tak tahu apa lagi. Asyik horey-horey aje. Wakana pulak tak cakap pun dia sedih ke tidak tapi of course dia sedih bila aku takde.....cuma dia control tak nak cakap je..tadi dia sms aku cakap nak bawak budak-budak pergi Jusco kat Maluri. Aku tak tahulah sebab apa anak-anak aku suka sangat pergi sana. Dia orang cakap ada banyak game dan nak makan kat sana. Eh kat rumah tak cukup makan ke? Kat dalam gambar tu, Marina pakai baju baru yang Wakana jahit sendiri. Abang ni cerewet sikit sebab suruh Wakana jahit sendiri baju melayu. Dia tak suka yang beli kat kedai. So terpaksalah Wakana bersengkang mata jahit untuk abang. Yuya pulak jenis yang tak kisah. Dia kata baju abang yang dulu ada lagi, buat apa nak membazir. Baju melayu aku pulak, dah 2 kali raya Wakana hutang, katanya nak jahit untuk aku tapi tak buat-buat jugak..sob..sob...biasalah tu, sebelum kahwin dulu sanggup dia knit kan woolen pullover aku. Tapi tu sebelum kahwin, bila dah kahwin, mmmmm.....just kidding! Anyway untuk aku tak penting. Aku pun mana pernah tukar baju. Pakai smart pun masa kerja je sebab image kena jaga..heh 3X. Baju melayu aku seperti yang aku cakap dalam entry dulu, aku dok pakai yang sama masa aku kahwin, tak pernah tukar-tukar. Rugi membazir ni..



Main bunga api ni memang best. Sampai sekarang pun aku suka lagi especially kalau sama-sama dengan anak-anak aku. That really reminds me of my siblings and me masa kat Penang dan Melaka 30 tahun dulu. Wow, that fast? Patut rambut aku dah banyak uban!

Family aku beraya!





Pada pagi raya di Saudi yang aku kecoh giler kat hotel sebab guest ramai yang nak breakfast, family aku kat KL masih lagi berpuasa untuk hari terakhir. Malam tu aku talipon Wakana dan keluarga untuk bertanya khabar. Sedih sebab tak dapat beraya dgn keluarga tapi taklah sampai nangeh-nangeh. Sedih jugak sebab tak sempat nak jumpa dengan Mama dan adik-beradik aku yang lain i.e. Kak Anne, Kak Lit, Abang, Wan dan Joey serta keluarga depa semua. Walaumacamana sekalipun aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin". Anyway ni bukanlah kali pertama aku tak beraya dengan keluarga. Banyak kali dah pun...dulu masa kat Suisse dulu pun serupa. Aku ingat lagi, pagi raya nak pergi Geneva unutuk sembahyang Raya takde duit then aku dgn roommate pergi minum kopi dengan share croissant kat Cafe tepi lake kat Bouveret. Tengah winter tu pakai baju melayu......peh....memang menusuk tulang sejuk dia!

Dulu masa kecik-kecik, aku dgn keluarga selalu naik Volkswagen balik Alor Setar dari Penang. Masa tu lalu kat ladang getah Harvard kat Sg. Petani. Masa punyalah panjang. Nak pergi AS pun sampai 3-4 jam sebab aku selalu nak kencing dalam perjalanan. Heh 3X...kemudian aku terus ke rumah Tok (yang aku panggil Mak) kat Taman Intan, melawat makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku kat Kampung Berjaya, Titi Siam, Taman Uda, Seberang Perak dan banyak lagi. Main bunga api, bakar mercun, kayuh basikal, main tikam-tikam kat kedai Apek kat Taman Intan. Peh.. macam-macam sampai habis duit raya aku! Tapi itu dulu... circa end of 70's.....Tapi tengok lah sekarang ni, anak-anak aku di pagi Raya yang syahdu, dia orang pergi STARBUCKS! Hah, STARBUCKS? Mana ketupat dgn lemang? So kepada keluarga aku yang tersayang, Wakana, Azumi, Yuya dan Marina Ayumi, Papa ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...sob..sob...tsk...tsk...


Khamis, Oktober 02, 2008

Prince and Princess of UAE





Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat semua sebab 2 hari raya tiba-tiba internet connection aku kong! Tak tahu sebab apa sebab aku pun bukannya savvy sangat. Dapat uploadkan gambar tu pun kira dah terror la tu! Anyway, aku memang busy giler masa the last 10 days of Ramadhan. Tak tahulah aku nak cakap macamana punya busy sampai nak tidur dan pergi toilet pun tak sempat. Mungkin pada hoteliers lain mungkin akan faham betapa sibuknya aku bila aku terpaksa siap dan hantarkan makanan berbuka puasa untuk 120 orang setiap malam dalam tempoh 45 minit berselang dan sahur aku ada 80 orang, dan semuanya dihantar ke bilik. Ini belum termasuk Prince, Princess, Ministers dan lain-lain yang datang menginap dan memerlukan special attention, special set-up selama 24 jam. Banyak multi vitamin dah aku telan sampaikan ada satu VIP tu tanya kat aku, "Eh Shahrir, you tak tidur ke?"

Walau macamana pun segala usaha aku selama sebulan tu berbaloi apabila satu persatu guest panggil dan ucapkan tahniah sebab dia orang terkejut yang ni merupakan Malaysian company yang run. Dia orang janji akan datang lagi lepas ni. Modal aku senang saja. Senyum, attention to detail, service dan senyum lagi dan lagi dan lagi.

The last day of Ramadhan, tepat jam satu pagi ada satu Royal Family from UAE panggil aku pergi bilik dia orang. Aku terkejut, habis lah aku....so aku pun turun bilik dia secepat mungkin. Princess came out dengan mak dia sekali. Prince dok kat dalam bilik. Aku tergamam sebab dia nak jumpa aku. Dia bukak pintu then senyum kat aku. Terus dia cakap terimakasih banyak-banyak sebab jaga dia selama sebulan bulan Ramadhan. Aku confuse, ada ka aku jaga dia sebab ramai sangat Royalties kat hotel aku. Anyway, lepas tu dia bagi aku small packet, kata dia as a thank you gift. Aku yang terkedu dari tadi pun cakap thank you. Bila balik bilik aku bukak lah gift tadi, ingatkan perfume, tapi rupa-rupanya jam tangan CERRUTI1 1881!!!!!!! Peh.....nak beli tie CERRUTI pun tak pernah ada duit. Aku bagitahu Wakana, dia kata kalau ada lebih, mintak lagi satu. Heh3X aku ingat kalau aku balik KL pakai jam ni dan bawak kapchai aku, orang sebelah aku kat traffic light mesti ingat dari Petaling Street! Heh3X.......

Jumaat, September 26, 2008

Aku Kaya....



Ada satu hari tu satu guest dari Nigeria marah dekat aku sebab aku cakap dekat dia buffet dah nak habis sebab dah nak masuk Subuh. Dia kata takpa lepas Subuh pun dia boleh makan lagi. Aku tak cakap apa cuma mempertahankan pendirian dan percakapan aku tadi dengan begitu "discreet" sekali. Finally dia ok dan mula daripada situ kami dah jadi baik. Setiap hari dia datang makan, aku akan tunggu kat entrance. Sembang dengan dia dan kalau dia nak makanan, aku bawakkan sekali. Hari ni dia nak kurma kambing extra. Aku kata ok takde masalah. Aku jenguk tengok chaffing dish, alamak dah habis. Patut dia mintak kat aku tadi. Aku lari ke kitchen mintak tambahan dalam bekas lain. Chef aku kelam-kabut buat. Dapat aku sepinggan. Aku cepat-cepat hantar kat meja dia. Memang dia senyum panjang..aku jadi lega bila tengok dia senyum. Kadang-kadang aku terfikir eh ada ka FB Director ataupun FB Manager yang berlari sana-sini buat semua tu sendiri? Mmmmm ada kot....

Anyway, untuk pendekkan cerita, lepas Iftar tadi dia panggil aku lagi sekali. Dia suruh aku ikut dia kebilik. Aku ajak staff aku sekali tapi dia kata tak payah, cuma aku sorang saja. Ok fine...aku pun ikut pi bilik dia. Aku tunggu kat luar sementara dia masuk dalam. After a few seconds dia keluar dan shake hand tangan aku dan dalam dok shake hand tu aku rasa ada satu gumpalan. Kat dalam lift masa turun ke restoran aku tengok gumpalan tadi. MasyAllah dia bagi 4 keping SR500 jadi total value dia SR2000. Hmmmm.....rezeki ni.....aku turun dengan senyum panjang. Sampai kat bawah aku panggil Manager aku lagi. Aku bagi dia 4 keping tadi kat tangan dia. Dia terkejut. Dia kata, "it's for you Sir". Aku kata, "No. It's for the staff. I can't work alone without them!" Si Manager tadi terkejut sampai dahi berkerut-kerut!!!!

Khamis, September 25, 2008

My Dream





Aku teringin sangat nak buat concept yang macam dalam gambar ni. Simple yet elegant. Memang meletop kalau aku buat kat sini sebab belum ada lagi kat Mekah ni yang macam ni. Hmmm teringin betullah. Look at the doughnuts. Nicely presented dan aku boleh buat ni untuk coffee break aku pagi-pagi. Setiap tiang tu with different topping. Ada chocolate, ada marshmallow, ada strawberry dan ada rice crispies. Then on the healthy counter aku boleh buat smoothies a'la minute. Tapi aku preparekan dulu 20 different flavors then yang lain-lain tu aku boleh blend ikut kehendak guest aku. Semua boleh buat kat depan depa. Then satu lagi aku cukup suka dengan concept open kitchen. Guest will have a new experience dining with us which is still not available in Mekah. I know....I know...tempat lain memang dah ada macam ni...then having a chef's table is a wonderful idea as well. Chocolate buffet is another thing which I want to implement. Pehhh....tak sabar ni...

Tadi aku baru dapat news yang kawan aku dari Jakarta nak bukak restaurant and bar yang upmarket. Dulu aku ada ceritakan yang masa aku pergi Paris dulu aku tumpang apartment dia. Nama dia Ley, has a family business manufacturing Lea Jeans and Baby Lea. OMG....actually jeans tu pakai semperna nama dia! Ley sent me a note saying that she wanted to open that restaurant and she told me the concept. Concept apa, aku tak nak cakap sebab very exclusive. I'll try to be there for their opening in Feb 09 with my family untuk raikan kejayaan Ley. InsyAllah...

Selasa, September 23, 2008

Office baru


Aku baru pindah opis baru yang aku cakap dulu tu. Location memang strategic sebab mengadap Executive Chef aku dan opis aku pulak kat tepi restoran. Jadi staff aku yang seramai 120 orang tu memang tak boleh lari. Sekali jerit semua orang dengar. Tak banyak pun barang kat dalam opis ni. Aku cuma letak satu 3 seater sofa off white satu coffee table yang aku decoratekan dgn menu hotel-hotel kat Mekah then satu kerusi lagi untuk mtg. Meja tak ada kecuali meja aku yang super cute tu. Aku memang tak suka kalau serabut sangat. Aku happy kalau opis aku very simple @ zen @ minimalist. Kat rumah pun serupa. Barang tak banyak. Wakana pun cakap serabut kalau banyak sangat barang.



Kat sebelah corner satu lagi pulak, aku letakkan satu pasu pokok yang aku sendiri tak tahu species dia. Aloe Vera ka tu? Hantam sajalah labu...janji hijau sikit opis aku ni...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...