Sabtu, Mac 27, 2010

Dah balik..

(fish feeding..budak2 happy!)

(cantik sungguh ikan ni)

(depa panggil bukit gorilla)

(serene...)

(dah besar anak-anak aku)

(masa pergi mangrove tour)

(marina yang ambik gambar orang paling hensem kat pantai chenang!)

(depa tak habis2 cari siput)

(miss chenang..)

(posing ganas....apa nak jadi 10 tahun lagi?)

Amboi seronok sungguh anak-anak aku hari tu. Aku pun tumpang seronok bila tengok depa seronok. Sebenarnya aku pun tak pernah ronda banyak-banyak tempat kat sini. Tapi aku memang dok tunggu depa datang sini sebelum aku pun sama-sama horey dengan depa. Tak lah banyak sangat tempat yang aku bawak depa tapi cukuplah untuk depa balik dengan senyum ataupun mengigau ingatkan tempat ni.

Tapi bila depa dah balik, aku pulak mengigau ingatkan depa! Malam sebelum depa balik aku sempat bawak depa makan kat satu seafood restaurant kat Kuah yang katanya bagus sesangat. Aku sampai kat situ tapi orang masih tak ramai. Cuma ada satu meja Mat Salleh kat situ. Lepas aku, ada family India datang. Lepas tu family Tionghua datang berderet-deret.....kemudian family Melayu pun datang duduk sebelah meja aku. Wah....ni mesti bagus ni...sangkaan aku tak meleset. Memang bagus kat situ. Harganya ok dan makanannya sedap. Bila dah bagus dan sedap, aku pun makan tak ingat dunia. Lepas makan Lala Cili sepinggan besar, aku teringat yang anak-anak aku cuma dok tengok aku makan! Aku cuma perasan kat depa bila sepinggan dah habis! Heh3...kangkung belacan lagi sepinggan pun habis kat aku jugak...malam tu pulak makan chocolate yang abang dan yuya beli. Makan lagi...dan lagi...dan lagi...esok pulak aunty kata nak makan laksa. Aku pecut kereta macam race kat Bahrain. Stop kat depan masjid untuk makan laksa. Laksa dan cendol habis kami bedal. Petang masa nak hantar depa kat airport, kaki kanan aku dah rasa lain macam. Aku heran...berdenyut-denyut rasanya. Sampai kaki kanan aku kena seret masa nak jalan. Pergh...ni kacau ni!

Lepas hantar depa, aku talipon kat staff aku mintak tolong bawak kereta sebab aku dah tak boleh nak tekan minyak. Dia tolong bawak pergi klinik kat Pdg Mat. Tutup la pulak malam tu...banyak-banyak malam dia tak nak tutup pulak! Laju staff aku pecut kereta walaupun malam tu entah macamana hujan turun lebat. Kami terus ke Kuah. Ada satu lagi klinik bukak sampai pukul 10 malam. Dia tengok kaki aku terus dia cakap ni pasal seafood! Aku angguk-angguk kepala. Ish....macamana dia tahu ni? Dia ada bela ka? Dia suruh aku londeh seluar, dia cucuk aku sedas.....dia suruh aku balik. Esoknya aku lega. Masa lepas jumpa doktor dan sebelum aku balik malam tadi, doktor tu sempat pesan kat aku, "Shahrir...bila umur meningkat, makanan kena jaga...". Aku jeling doktor tu siiiaaaap....siiiaaaapppp........malam tu aku tak boleh tidur lelap....kata-kata dia terngiang-ngiang kat telinga aku!

Kat sini aku ada kawan yang aku kata "pandai makan". Bukan pasal apa, kalau cerita pasal makanan apa sekalipun, dia mesti tahu mana nak cari. The next day tu kami bertiga pergi Perak sebab ada urusan. Cerita dalam kereta tak dak lain. Semua cerita pasal makan. Habislah aku sekali ni! On the way nak kesana saja, ada 2-3 tempat kami stop. Makan nasi kandar la....segala! On the way back pulak, kawan aku teringat kat cendol. Kami pecut kereta Myvi laju membelah highway. Sebelum cilok satu selekoh nak ke Kuala Perlis, kami sempat berhenti kat tepi jalan dan makan cendol dengan tapi kat kedai "Joe Cendol". Memang magic sungguh Joe ni. Sedap bagai nak gila!

Lama tak naik bot. Seronok pulak rasa. Aku terlena dan sedar-sedar dah sampai jeti Kuah. Nasib baik ada orang tunggu. Dia tanya kaki aku sihat ka? Aku angguk-angguk. Dah tak larat nak cakap. Bukan pasal letih, tapi pasal kenyang! Sampai bilik, aku naik pelan-pelan. Masuk toilet pelan-pelan...tutup pintu pelan-pelan...naik weighing scale pelan-pelan......jeling pelan-pelan....mata aku terbeliak. Sekali ni aku jerit kuat-kuat.....heh3...

Sabtu, Mac 20, 2010

Lawatan

(abang dengan marina dok srrooot...srrrooot air kat oriental village)

(cantiknya....)

(lagi satu pemandangan ngeri dari gondola aku)

(kalau sorang, memang sah aku tak sanggup naik!)

(highly reccommended!)

(dari cable car)

(aku tengah control gayat!)

(pun muka gayat macam aku jugak!)

(2 gadis pingitan kat pantai kok)

(abang tengah kumpul siput)

Keluarga aku datang melawat aku kat Langkawi sempena cuti sekolah la ni. Aku happy. Aku pergi ambil depa kat airport pukul 9 malam lepas aunty talipon yang depa dah sampai. Ala...susah-susah saja datang dari jauh! Cuma satu jam perjalanan dari KL. Bayangkan kalau kat KL satu jam tu cuma dari Ampang Point ke rumah aku kat Taman Cahaya kalau berlaku hujan lebat! Sekarang ni satu jam dah boleh datang dari KL ke Langkawi....pergh...hebat!

Semalam aku sempat bawak depa ke Pantai Kok. Bila sampai kat Pantai Kok, aku tersedar yang handphone aku tertinggal kat hotel. Aku tinggalkan depa kat beach, aku pecut kereta balik hotel semata-mata nak ambik balik handphone aku. Bayangkan penangan handphone la ni! Err, btw, ni lah satu-satunya handphone aku yang dah banyak berjasa walaupun kedai talipon cuma sanggup nak bayar aku RM20 kalau aku nak trade-in! Aku rasa lagi 3 bulan boleh masuk museum kot handphone aku ni. Abang ngeri tengok hp aku. Heh3...

Sampai balik kat beach, aku tengok depa dok pegang sorang satu plastic bag. Depa dok kutip siput rupanya! Ish....siput babi kat rumah sorang pun tak mahu kutip! Aku ajak depa pergi tempat lain pulak. Semua salin baju dan terjun masuk dalam kereta. Alamak, aku lupa nak cakap suruh cuci kaki dulu.....nampak gaya esok lusa kena hantar cuci lah kereta ni....aku pecut lalu kat Burau Bay. Masa aku lalu kat depan BB, aku teringatkan kawan lama aku si Iskandar yang dah ada kat BB sama lama dengan hotel tu jugak. Petang tu aku ada talipon si Iskandar ni. In fact dalam entry-entry aku yang terdahulu pun aku ada tulis pasal Iskandar ni. Bagus sungguh budak ni. Sama-sama menyamun dengan aku dulu masa kat Hilton. Sama-sama kerja sebagai waiter atau dalam bahasa melayu, depa panggil pramusaji. Mana depa dapat pramusaji, aku pun tak tahu! Kami berjanji yang kami akan berjumpa lagi bersembang sampai pagi over a cup of coffee! Dan tak lupa masing-masing akan jumpa dalam perlawanan bola yang kami akan organise sama-sama nanti. Macam tahun 91 dulu masa kami main satu team kat Padang A&W PJ dan in fact abang pun main bola kat padang yang sama untuk Piala Sultan Ahmad Shah! What a coincidence....

Lepas lalu kat BB, aku cilok ke Cable Car. Kononnya saja nak check price...tapi bila sampai kat situ, kami teringin nak naik pulak. Kami sampai pukul 6.50pm dan last gondola akan naik tepat pukul 7 petang. Aku beli tiket. Kena RM60! Masa nak naik, Marina pulak nak pergi toilet....tinggallah 5 minit lagi. Duit dah bayar, orang jaga gondola dah dok menguap sakan! Marina dengan aunty berlari sakan keluar dari toilet. Kami naik gondola yang last dan depa pesan kat kami yang kami tak boleh turun kat mana-mana station. Kami kena duduk diam-diam dalam gondola, naik, turun dan jangan lupa doa! Heh3...Aku sebenarnya tak berapa gemar naik tempat tinggi ni. Tak confident pun ada jugak...bila tengok gondola tu Made in Suisse, aku lega sikit. Tapi bila gondola bergoyang kuat, aku pun baca doa kuat jugak! Pengalaman naik bukit ni memang menarik. Sama macam aku naik nak main ski dengan si Rio dari Indonesia dulu. Masa tu Sami ada kat Saas Fe dan kami pergi sana pun nak melawat Sami sama. Depa ni pun aku ada cerita dulu. In fact gambar Sami pun aku ada masukkan. Sami dah jadi GM kat Dubai la ni. Rio pulak, mungkin masih kat Jakarta Hilton lagi...

Naik atas 25 minit. Turun pulak 12 minit. Tapi aku rasa masa naik tu macam 2 jam dan turun pun sama....kecut habis aku. Marina tengok aku sambil sengih-sengih! Mahu kena piat telinga nanti budak ni!

Lepas habis semua, kami balik ke hotel dan makan pizza kat tepi laut. Amboi seronok rasa kalau depa ada selalu kat sini dengan aku. In fact sekolah pun aku dah tanya. Kot-kot depa nak duduk dengan aku kat sini. Katanya no problem. Manakala aunty pulak, hmmm, mungkin aku ubah satu office dia mai sini kot. Senang sikit aku. Balik bilik, aku ingatkan depa dah ngantuk sebab dalam kereta tadi dah tergolek-golek....sampai-sampai bilik, mata depa semua celik. Kecoh nak mampus....alahai...aku nak kerja la esok.......

Sabtu, Mac 13, 2010

Saturday

(ni gambar masa depa kat tokyo dulu dengan nenek..)

(depa selalu dok tanya kat aku, bila nak beli moto ni?)

(Peter Cech in the making..)

(masa depa pi lawan kat pahang, kalau tak silap aku)

(yuya bersemangat nak pakai baju scout...macam aku jugak tahun 77 dulu kat bandar hilir melaka)

Surprise! Aku ada kat KL la ni. Cuma beberapa hari sebab ada beberapa perkara yang aku nak kena buat. Termasuklah nak tengok sikit hal anak-anak yang lebih kurang sebulan setengah aku tak jengah! Kesian jugak kat depa.

Perjalanan menaiki kapalterbang dari Langkawi ke LCCT sangatlah mudah. Ticket ready dalam masa setengah jam. Yang penting, duit mesti ready...yang lain-lain tu pasti beres....Masa aku naik Air Asia, aku tengok, mak aii...ramainya budak sekolah naik kapalterbang! Maklumlah la ni musim cuti sekolah selama seminggu. Lagipun cuti depa memang dah tetap sejak awal. Tak macam kita yang selalunya tak dapat dirancang! Tiket dah murah kalau beli 3 bulan lebih awal. Good for them. Flight was very smooth and it was on time. Dari berlepas sampailah arrival. Semuanya tepat waktu. Aku kagum sungguh dengan Datuk Seri TF.

Aku sangat kagum dengan DSTF ni. Dari orang yang didalam bidang muzik, sampailah menjadi tokay kapalterbang. Aku berbangga bila dapat berjumpa dengan DSTF di Parlimen, suatu hari dulu. Macam aku cerita dulu, aku dijemput untuk ke Parlimen. Aku tak tahu pasal apa tapi bila aku sampai rupa-rupanya depa jemput aku untuk datang tengok pelancaran F1 dan sidang akhbar disana. Masa tu lah aku berjumpa bertentang mata dengan DSTF. Kami sempat ber shake hand dan aku sempat bersembang sikit dengan DSTF. Bila balik, aku cerita kat aunty. Dia terkejut beruk dan sudah tentulah jealous dengan aku. Heh3...

Ni bukannya apa, saja aku nak cakap sikit pasal DSTF ni. Ni salah satu daripada bintang di negara kita yang tengah bersinar. Yang ni aku nak adik-adik jadikan tauladan. Bukan senang nak senang. Dia dah bersusah-payah nak dapatkan apa yang dia dapat la ni. Jadi kita hendaklah melihat dari segi positif. Apa yang tak elok tu janganlah ikut. Kalau nampak yang dia tu berusaha gigih, adik-adik ikutlah....kalau nampak dia tak pernah mengaku kalah, adik-adik ikutlah....kalau adik-adik nampak yang tak elok, adik-adik ambillah jugak tapi jadikan sempadan supaya adik-adik tak buat kesalahan yang serupa! Be smart!

Anak-anak seronok tengok aku. Marina tak berkelip-kelip mata! Depa sanggup datang jemput aku kat terminal walaupun aku bagitahu tak payah sebab aku dah besar dan tahu balik sendiri...heh3...mungkin depa takut aku tak tahu naik teksi kot! Heh3...seronok tengok muka depa. Seronok tengok keletah depa. Tak habis-habis depa dok cerita aktiviti sekolah dan bola kat aku. Marina pun sama naik dok cerita pasal sekolah dia walaupun dia masih belum bersekolah! Apalah yang dok dalam kepala otak dia!

Abang sibuk dok tunjuk but bola, baju, seluar, stokin semuanya adidas sponsor dari cimb. Pergh...lawa gila....aku dulu tak pakai pun adidas...paling dekat yang aku dapat cuma sadida! Heh3...Yuya pun sama naik. Dok bagitahu yang glove dia koyaklah macam-macam lagi. Aku cakap yang koyaklah Peter Cech suka.....Yuya diam terus! Balik rumah, masa tengok tv, ada pulak Peter Cech keluar dalam iklan adidas kat tv...aku tengok yuya....yuya tengok aku....kami senyum saja...heh3...Marina pulak tak habis-habis posing depan tv. Tangan kilas kiri lah, kilas kananlah....isyhhh manalah budak ni belajar! Mak dia kot....aku dan aunty sama-sama setuju yang Marina ni akan jadi tinggi lampai. Hopefully! Jangan jadi macam aku yang kembang setaman ni sudahlah!

Tadi aku ada dapat message dari penyamun aku kat saudi. Chef Adil dok bertanya bila aku nak pi sana lagi. Katanya depa missed aku. Heh3...baru depa tahu bila aku tak dak.....tapi entah-entah depa pun drama kot....ala...penyamun.....macam-macam cerita boleh buat. Tapi frankly speaking, CA ni memang bagus sangat. Muda, creative dan senang diajak berbincang.

Ada jugak aku dapat message dari beberapa lagi penyamun. Jadi kepada Komrad-komrad aku yang masih dok kat sana belajar macam Sarjan Asnawi, Koperal Rashid dan Sarjan Meja Lotfi, heh3....aku tunggu disini yea....hangpa toksah dok buat gila menyamun sana-sini. Nanti nama Ketua Penyamun akan rosak! Heh3...Pada yang akan habis belajar, jangan ikut si Sarjan Meja tu.....dia tu pemastautin tetap sana!

Macam biasa, esok hari ahad. Aktiviti biasa aku pagi ahad ni ialah, pi marrrket! Lepas tu pi breakfast, hantar abang lawan bola Piala Sultan Ahmad Shah kat Astaka PJ, nak lari pi tengok mama sat, nak tengok Lee Chong Wei, then Alice in Wonderland kalau sempat.....amboi, horey-horey sungguh walaupun 1-2 hari saja.....errr, moto aku, alhamdulillah sihat.....

Ahad, Mac 07, 2010

Happy Birthday To You

(cable car)

(sayup cc dari bawah...berani ka aku?)

(salah satu lorong kat tepi laut)

(panas lit-lit ni)

(sebahagian daripada pantai)

(panas gila ni)

(aku melepak sat kat sini sambil baca paper)

(habis BH aku baca kat sini)

(kawasan letak kereta)

Hari ni aunty menyambut hari jadi dia. Aku dah ucapkan selamat hari jadi pada dia pagi tadi. Aku tahu yang aunty sunyi dan nak sambut hari jadi sama-sama sebagai satu keluarga. Tapi apa nak buat, aku kat sini dan dia pulak kat sana! Dulu pun macam ni jugak...aku pun tak tahu sampai bila benda ni nak berakhir. Dah bertahun-tahun kami dok macam ni. Takpalah...ni semua cabaran dan kami sanggup tempuh sama-sama demi masa depan kami dan anak-anak.

Aku kenal aunty sejak dari tahun 92. Jadi bermakna dah 18 tahun.Sejak kami muda belia sampailah kami la ni dah berkerut kat dahi, hitam pelupok mata dan rambut kami pun dah sama-sama beruban. Tapi bagi aku ni semua tak pulak menjadi masalah. Sebab aku kenal hati budi aunty. Kami "aged" bersama-sama. Susah-senang kami bersama. Aunty paham aku dan aku pun paham aunty. Aunty dah banyak sangat berkorban untuk aku. Lepas aku balik ke sini dulu, aunty susah-payah kumpul duit untuk datang menjenguk aku di KL. 2 kali aunty pergi KL melawat aku. Dari mula sebagai kawan biasa, kami dah mula jadi kawan rapat. Talipon 2 minggu sekali dah menjadi kemestian kami. Kadang aku talipon, kadang aunty pulak yang talipon. Walaumacamanapun, kami tak pulak meluahkan perasaan masing-masing. Cuma sekadar nak berjumpa saja....

Aunty tak banyak kerenah. Dia suka duduk kat Melia Hotel KL dan aku selalu kesana kalau dia ada kat situ. Aku park motor kapchai aku betul-betul kat tepi "disco" Melia! Special parking kat situ untuk aku. Sampai dari doorman ke FOM semuanya aku kenal. Ada sekali tu depa siap ajak kami pergi tengok bola Selangor lawan lagi! Punyalah rapat kami ni...ada sekali tu aku cakap kat aunty yang aku nak ajak dia jalan-jalan kat KL dan aku akan pick up dia kat lobby hotel lepas habis kerja. Aunty pakai baju cantik. Bila aku sampai, aku nampak yang aunty dah tunggu aku kat lobby. Happy dia dan bersemangat nak keluar sama-sama. Dia tanya aku, kereta kat mana? Aku cakap ada kat luar. Bila sampai kat tepi motor, aku bagi helmet hitam kat dia dan aku pakai helmet merah! Dia terkejut tapi pakai jugak. Aku melancung satu KL naik Honda Cub C70 aku! Kami happy......dalam hati aku, aku dah kata, mungkin ni lah calon untuk aku sebab dia tak merungut pun kalau naik kapchai dengan aku. Hujan ka panas ka, dia redah jugak sama dengan aku.

Masa aku sambung belajar kat luar negeri dulu, dia bertungkus-lumus kerja over time semata-mata nak kumpul duit untuk melawat aku. Aku tahu yang aunty kerja siang dan malam. Aku tahu dia letih. Aku tahu masa tu yang dia sayangkan aku...horey! Oleh sebab dia dah berkorban sampai macam tu, aku pun kumpul duit jugak, kerja masa weekend Sabtu dan Ahad dari pagi sampai ke malam semata-mata nak simpan duit dan beli tiket kapalterbang paling murah dalam dunia!

Masa aku kerja kat tempat lain bertahun-tahun, aunty lah yang bertungkus-lumus menjaga keluarga. Membesarkan anak-anak kami sorang-sorang dia. Aku tahu dia letih. Aku tahu bila kadang-kadang dia talipon sambil menangis. Tapi dia tak pernah komplen. Dia kata tu tanggungjawab dia. Mana aku nak cari kalau macam ni? Masa mama duduk dengan aku sekejap, aunty lah yang mandikan mama lepas dia balik dari kerja. Aunty jugaklah yang sapu ubat kat kaki mama sebab mama ada sikit kencing manis. Aunty jugak yang bangun malam-malam tolong buat susu kalau mama lapar tengah-tengah malam. Aku bersyukur sangat. Mana aku nak cari orang macam ni dalam dunia ni? Bukannya takdak, mungkin ada tapi nak cari yang sanggup berkorban dengan aku dan serasi, susah kot....tak tahulah aku sebab aku pun tak pernah teringat cari lain!

Masa di airport dan masa nak datang sini tempohari, aku ada bertanya kat aunty. Macamana dia boleh percaya kat aku? Macamana dia sanggup berkongsi hidup dengan aku dan macamana dia sanggup tinggalkan ugama dan keluarga dia semata-mata nak kahwin dengan aku? Frankly speaking, aunty menangis masa tu. Aunty cakap yang dia percaya kat aku sebab aku ikhlas. Dia sanggup kahwin dengan aku sebab aku bukan penipu ataupun hipokrit. Dan dia jugak cakap yang dia nampak yang aku ni seorang yang boleh dipercayai dan bukan main-main. Fuyoo.....happy aku. Tapi aku panic sebab dia nangis sikit masa dia cakap kat aku. Couple sebelah meja aku dok jeling-jeling ingatkan kami ni dok bergaduh ka....aku janji nak kahwin tapi tinggalkan dia ka....nasib baik marina pun ada sama....heh3...

Aku janji pada aunty yang aku takkan sia-siakan dia. Aku janji dengan aunty yang aku akan jaga dia sampai kehujung hayat dan aku janji pada aunty, cuma dialah sorang yang aku sayang....so, to my beloved wife, "I love you with all my heart. Happy Birthday!"

Ahad, Februari 28, 2010

Cuti Maulud Nabi

(icon kat sini...)

(pokok kabu pada sapa yang tak pernah tengok tapi selalu dok kecoh cari bantal kabu masa nak tidur!)

(ada show tapi lambat sangat nak tunggu)

(tempat ketuk padi. masa ni aku dapat call dari badd from kl!)

(kalau aku buat rumah ni kat ampang amacam?)

(jalan masuk ke makan mahsuri)

(aku berkenan sungguh dengan rumah kayu ni...nanti nak buat satulah kat ampang!)

(tingkap lama yang diubahsuai)

(pandangan sisi salah satu rumah, macam rumah arwah nenek aku dulu kat kampung berjaya, alor setar!)

(makam mahsuri)

Aku ambik kesempatan di Public Holiday ni untuk berjalan sikit. Ala...mana aku nak jalan kat sini? Apa lagi, aku pecut pergi Kuah lepas sembahyang Jumaat. Actually pagi tu aku teringat yang buku-buku yang kawan aku si Karen bagi dulu masih tak habis aku baca dan Uncle Pet pun ada pesan kat aku yang buku tu memang best. Jadi di pagi public holiday yang syahdu, sambil pekena kopi 2-3 cewen, maka buku tu pun habis aku baca. Ala....cerita pasal mat salleh hawaian-american yang dok meniaga ganja dan masuk jail kat thailand tu...aku suka baca buku tu sebab bahasa dia santai dan sangat detail. Sampaikan nama orang yang jual dadah kat dia pun dia mention sekali! Huh...hangpa jangan dok cari "tokan" tu pulak....anyway, ni cerita lama, orang tu pun silap-silap dah mati!

Sekali lagi aku pergi ke masjid yang sama untuk bersembahyang jumaat. Aku pun pelik dengan perangai sendiri. Kalau depa tunjuk kat aku masjid tu, maka masjid tu lah yang aku pergi selalu. Masjid-masjid lain memang aku takkan pergi. Part tu aku tak adventurous betul! Lepas sembahyang Jumaat, aku terus ke pekan Kuah nak cari kedai gunting rambut. Bila lalu kat depan kedai, aku tengok kedai bertutup. Aku garu telinga aku. Aku terlupa yang hari tu hari Jumaat dan furthermore memang public holiday pun...alahai....

Langkah aku aku panjang kan sikit terus ke jetti di kuah. Banyaknya kereta. Mat Salleh pun ramai. Rupa-rupanya esok ada Ironman! Patutlah....aku teruskan lagi perjalanan aku. Tiba-tiba aku sampai kat Westin. Alamak, dah hujung dunia ni! Aku teringat masa naik bot dulu aku memang ada teringat hotel ni. Dulu nama dia lain. Aku dah lupa nama hotel dulu....memang cantik. Aku rasa memang berjuta depa pakai untuk membaiki hotel lama dan buatkan yang baru. Pemandangan kat sini memang cantik. Aku tak jadi ambik gambar kat sini sebab security guard tu asyik pandang aku atas bawah....aku senyum kat dia tapi dia tak senyum kat aku! Larik....

Masa aku keluar dari Westin, perut aku dah mula main lagu "caklempong". Kona sana kona sini, terlepas jalan sikit, aku ternampak satu restaurant mamak. Cari parking, tak jumpa. Round sekali lagi cari parking, tak jumpa jugak. Last-last aku parking kat tepi longkang depan kedai mamak. Aku celapak keluar dari kereta. Lintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan jalan. Dengan muka confident dan perut yang lapar, aku masuk kedai. Aku tengok lauk. Sedih....lauk dah nak habis tapi depa dah tak tambah. Mamak kat belakang counter pun muka malas macam ikan temenung jugak. Aku suruh taruk kuah banyak-banyak, ayam seketul teyy ais satu. Itu saja. Bila makan, memang tak sedap! Fail betul!! Masa lepas makan sambil dok sedut teyy ais "...srroootttt....srrrooottttt" aku ternampak ada satu pegawai tengah dok letak notis kat cermin kereta. Aku celapak keluar (of course lepas bayar!) dan senyum kat pegawai tu. Rupa dia sama macam pegawai DBKL yang saman aku kat Bangsar dulu! Mungkin kembar dia kerja kat sini...heh3...

Masa aku nak balik, aku dok melilau cari helang giant tu. Mana lah helang ni...Pusing punya pusing, aku nampak dari jauh. Aku kona kiri masuk kat restaurant cina. Dari tepi laut aku ambik gambar. Taklah dekat tapi adalah gambar helang tu...nanti orang tak percaya pulak yang aku duduk kat langkawi ni....

Oh ya, sebelum aku makan nasi tadi, aku ada terbabas ke makam mahsuri. Parking betul-betul kat depan bangunan sebab masa ni orang tak ramai. Bayar RM5 dan aku masuk. Pompuan kat kaunter tu tanya aku, berapa orang? Aku dengan nada sayu jawab "...sorang...". Aku belajar pasal Pandak Maya dan lain-lain adik-beradik Mahsuri....aku dah kenal depa walaupun depa tak kenal aku! Silap-silap pegawai yang nak saman aku tadi pun adik-beradik dia kot...mana tahu! Banyak cerita-cerita sejarah ada kat dalam kawasan tu. Besar jugak kawasan dia. Aku cuma berharap agar depa dapat menjaga kawasan tu dan membaik-pulihkan lagi kawasan tu sebab makam mahsuri memang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Perkara ni ada aku cerita malam tadi semasa aku sempat makan malam dengan salah sorang exco negeri. Dia pun mengaku macam tu jugak. Prasarana haruslah dikemaskinikan dan begitu jugak dengan knowledge para "guide" kita. "Guide" ni semua sangat penting untuk menghidupkan dalam penceritaan depa pada para pelancong. Aku bersetuju sangat dengan dia. Katanya lagi, kalau guide tu seorang yang berpengathuan luas tentang nilai-nilai sejarah dan lain-lain, pokok sebatang pun boleh diolah cerita dan menjadi macam taman yang sangat cantik. Contohnya dia kata masa dia pergi indonesia dulu. Tempat sejarah bukannya ada apa, cuma ada batu tempat orang batak pancung kepala dizaman dulu. Tapi cerita daripada "tourist guide" tu membuatkan pelancong tu rasa macam tempat dan sejarah tu masih fresh dan hidup! Amazing.....

Aku sampai balik pukul 3 petang. Letih longlai sebab terlampau panas kat luar tadi. AC full blast pun rasa macam kat padang pasir kat jeddah nak ke mekah! Takpa....takpa....dalam hati aku kata, "ni panas dunia...". Pelan-pelan aku ambik wuduk dan sembahyang zohor........

Selasa, Februari 23, 2010

23/2/10

(dok belajar taketombo kat Japanese Club Taman Seputeh)

(tenaga pengajar dari Jepun)

(3 beradik tekun dok belajar)

(dok main kat luar bangunan)

(letih sangat!)

Hari ni panas sungguh. Duduk dalam panas, duduk luar panas...bila aku tengok langit, nampak mendung sikit. Semangat aku pun mula berkobar ingatkan nak hujan. Tunggu sampai kemalam, tak hujan-hujan jugak! Teringat masa aku nak kahwin dulu. Depa semua dok kalut takut-takut hujan. Bagi aku, hujan ka panas ka, aku tetap kahwin jugak! Dalam aku dok sibuk bersiap pakai baju melayu nak bersanding, aku pun naik ke bilik atas. Masa aku jenguk kot tingkap nak tengok kot-kot jemputan dah sampai, aku ternampak ada baju buruk tersangkut kat atas bumbung. Aku tanya, sapalah punya kerja dok baling habis baju dengan seluar kat atas bumbung....rupa-rupanya depa kata nak tahan bagi tak hujan! Aku gelak sorang-sorang....hebat sungguh penangan "tok moh" kita! Kalau macam nilah rupanya, habislah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang dok meniaga payung! Heh3...

Minggu lepas, ada aunty hantar sms kat aku bagitahu yang dia bawak budak-budak semua pergi Japan Club kat Taman Seputih untuk belajar permainan tradisional Jepun. Nama dia kalau tak silap aku, "taketombo". Bunyi macam KOMBO RTM kalau takpun KFC COMBO! Hentam sajalah labu! Yang penting depa tak lupa permainan tradisional tok-nenek depa. Yang tu aku suka sangat. Walaupun depa membesar dengan persekitaran melayu dan belajar di sekolah ugama, tapi depa mesti kenal asal-usul depa jugak. Itu penting bagi aku. Thanks to aunty!

Ada orang kat sini bagitahu aku yang ada satu kedai makan yang katanya famous kat sini. Depa panggil "gulai kalut" kalau tak salah aku. Aku senyum sorang-sorang....aku tanya apa tu gulai kalut? Rupa-rupanya, gulai tu depa masak la-la tu jugak. Pergerakan dan proses membuat gulai tu sangat cepat, jadi depa panggil gulai kalut. Classic sungguh. Aku masih tak sempat nak merayap lagi selama aku kat sini.

Masa aku bawak kereta nak ke pekan untuk menghadiri satu meeting, kat simpang jalan, aku terserempak dengan kerbau yang terlepas dari bendang. Tali terjuntai dari leher dia. Sayang aku tak bawak kamera. Kalau ada, mahu aku ambil gambar dan masukkan dalam entry ni. Bukan pasal aku jakun, tapi pasal aku dah lama tak tengok kerbau. Dulu masa kat Penang, ada ayam jantan besar dok main kat belakang rumah. Abang masa tu dalam lingkungan umur 2-3 tahun. Abang terkejut tengok ayam jantan tu besar sangat. Dia lari bila ayam berkokok lantang. Muka dia panic...aku tanya dia pasal apa dia lari dan muka panic? Dia cakap ada anjing besar kat belakang rumah! Heh3...

Masa aku datang sini 27 tahun dulu, lampu jalan pun tak ada lagi. Klinik makcik aku pakai generator. Bila sampai satu time tu tiba-tiba generator mati......terkulat-kulat aku tepi jalan sorang-sorang dalam 2-3 minit. Bila depa pasang balik generator, aku terkejut beruk sebab depan aku ada bapak kerbau! Jadi cerita aku dengan abang lebih kurang serupa. Sama-sama jakun!

Tak pernah terpikir dalam kepala otak aku yang la ni aku akan datang sini. Tapi bagi aku, rezeki kat mana-mana. Macam aku cakap dulu, kalau rezeki aku ada kat Vanuatu, kat Vanuatu lah aku bekerja. Sama macam kawan aku sorang tu yang dari Indonesia. Tiba-tiba keluar dalam FB dia dah ada kat Vanuatu dengan wife dia.....heh3...pun ada!

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku belum sampai. Aku teringin nak kerja kat kapal tapi masih belum berkesempatan. Dulu masa QE2 tengah hangat, ada aku buat application tapi tak pernahnya dipanggil. Mungkin rezeki aku bukan dengan kapal. Tapi masa kecik dulu aku selalu jugak naik kapal. Kapal navy PX dari jeti gelugor ke Pulau Jerejak. Lepas tu aku naik feri dari Penang pergi ke seberang. Ada sekali tu aku bawak abang naik feri. Abang tak pernah naik feri. Jadi dengan kereta Kancil Super Saloon aku, kami pun beratur panjang kat pengkalan Tun Uda (kalau nama tu depa pakai lagi). Punyalah panjang que dia. Bila naik feri aku tengok abang punyalah seronok tak sangga. Aku senyum puas tengok dia seronok. Tahun 70-an dulu Penang merupakan sebuah pulau bebas cukai. Kalau naik feri tanpa kenderaan, aku jadi letih sebab nak kena beratur panjang sebab kastam akan check apa yang kita bawak...bila depa stop, aku pun dah lupa!

Naik sampai ataupun bot tengah-tengah malam, aku belum try lagi. Tadi ada aku bersembang dengan kawan aku. Aku tanya pasal apa kat tengah laut lampu dok lip-lap...lip-lap....dari jauh nampak macam "mastorra" mami jarum pun ada! Dia kata depa tengah dok mencandat sotong dan kalau nasib baik kadang-kadang boleh dapat sampai 60kg.....aku terkejut...huh? 60 kg? Aunty pun 48kg.......heh3...tak sangka pulak aku yang sotong lagi berat dari aunty!

Jumaat, Februari 19, 2010

Jumpa lagi...

(but dan beg dari sponsor untuk team abang dan yuya, thanks cimb!)

(ganas habis...)

(lepas dinner, abang makan ni pulak.....misteri ni berlaku selepas abang bersunat...misteri sungguh!)

(ni lah bakal penjaga gol FC Tokyo tak lama lagi!)

(aku kenal sangat budak ni, kat mana aku jumpa?)

(ni sorang lagi....ishhh...isyh...isyh...)

(adik dan abang yang sentiasa lapar!)

Salam kepada semua pembaca blog aku yang aku sayang sekelian. Aku masih lagi sibuk dan kemungkinan akan tersangat sibuk bila dah berada disini. Rambut pun tak sempat nak chat....kaler putih dah mula menyerlah. Kulit aku tak mahu pulak putih! Kalau kulit aku putih.....hmmmm.....

Last few days, aku sempat pergi ke airport kat sini sebab ada urusan. Aku ternampak Starbucks....heh3....boleh jadi tempat melepak aku yang baru ni sambil browsing! Kat hujung sebelah sana pulak, aku terpandang ada kedai yang jual buku. Taklah banyak tapi cukuplah untuk aku beli dan baca satu-satu untuk habiskan off day aku. Kepala otak mulalah melayang sambil pikir apa nak beli nanti? Aku dah terpandang Tony Buzan! Set....nanti aku beli dan baca sampai habis. Heh3...

Semalam masa aku ada kat airport sambil minum teyy tarik kat anjung cafe, aku ternampak satu kelibat yang aku cam sejak tahun 81 lagi. Aku dok perati dari jauh. Laju dia jalan sambil terus menghala ke "departure hall". Aku capai talipon, aku call dia. Hoi...hang nak pi mana? Dia terkejut. Dia cakap nak pi Penang sebab ada training to conduct kat sana selama 3 hari. Pergh...kelas lah Joe Labu ni....kadang-kadang aku heran jugak sebab muka JL tak pernah berubah sejak aku kenal dia dari tahun 81 lagi. Apa lah budak ni bela?

Semalam aku melilau mencari satu pejabat kerajaan sebab aku ada meeting kat sana. Pusing sana pusing sini, last-last aku berhenti kereta dan tanya makcik yang jual goreng pisang. Makcik tu cakap, masuk kiri, keluar kanan, jalan terus, dia ada kat sebelah kiri. Pusing lagi dan aku terjumpa. Wah...pandai sungguh makcik gp ni noooo! Aku naik lif dengan bersemangat. Bukan pasal aku bersemangat nak meeting, tapi bersemangat sebab nak jumpa tuan pengerusi meeting tu, sebab dia pun junior aku setahun masa kat seremban dulu...heh3.....what a small world! Joe Labu cakap actually ada 4 orang semua penyamun tarbus dari seremban yang bermastautin kat sini. Selain daripada tu JL ada jugak pesan kat aku yang dipulau ni pun ada jugak depa main beach rugby on weekends dan dia ajak aku main sama....aku cakap, takpalah...hang main lah dulu joe.....aku takut pinggang aku herot! JL gelak kecik dan aku gelak besar!!!

Aku masih belum berkesempatan nak melawat mana-mana lagi selama aku kat sini. 27 tahun dulu aku dan IQ pernah datang sini sebab makcik aku kerja kat klinik bidan disini. Aku lupa kat mana tapi dekat jugaklah dengan beras terbakar. Tadi masa aku keluar nak sembahyang jumaat, aku tengok rumput pulak terbakar dan bomba sibuk dok padam api. Dalam hati, aku cakap, amboi....lagenda sungguh pulau ni.....beras terbakar, rumput terbakar!

Ada sekali aku keluar dengan staff aku sebab nak cari restaurant untuk makan malam. Kami pergi ke pantai chenang. Aku tengok, banyak sungguh hotel kat situ. Macam-macam restaurant ada dan bersepah kedai makan. Pelancong pun ramai. Aku tengok ada kedai siam satu. Amboi aih...rasa macam kat phuket pun ada! Heh3...

Tadi aunty ada sms kat aku dan tanya, mana entry baru ni? Aku baru perasan, aik, sejak bila dia dok ikut baca blog aku? Jadi, hari ni, bila aku sempat balik awal...10.30pm, first thing yang aku teringin nak buat ialah, updatekan entry aku. Aku rasa sangat bersalah bila sorang-dua ada bagitahu yang depa dok tunggu entry baru. Sungguh aih....cheq sebok sunggoh ni...tak muhong aih.....

Aunty ada hantar gambar anak-anak aku. Aku sayu sungguh tengok muka depa. Aku tak berkesempatan nak tengok depa besar depan mata aku sendiri. Adoi...aih....ni baru kerja macam ni....macamanalah gamaknya PM kita noooo? Kadang-kadang ngeri pun ada jugak. Sampai bila lah nak habis merantau ni? Errr, tapi kalau ada sapa-sapa yang nak datang melancong kat sini, contact lah aku....heh3...

Selama aku kat sini, aunty ada comment yang aku nampak kurus. Part tu aku tak nafikan. Aku dah turun balik. Mimpi ngeri sebanyak 4 kilo dah tamat. Aku lega. Bukannya aku tak makan! Aku makan, tapi aku skip totally makan malam. Budak-budak aku pun ada dok tanya kat mana aku makan? Heh3...risau jugak depa no....tapi aku happy dengan berat aku la ni. Tak gemuk dan tak kurus...."Sedang-sedang aja" bak kata Iwan yang dok menyanyi lagu dangdut dulu tu...heh3....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...