Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Ogos 27, 2016
Isnin, Ogos 22, 2016
Pembinaan Hotel Kecil (bah 1)
Khamis, Ogos 18, 2016
Ada ka yang nak baca?
Sabtu, Ogos 13, 2016
Sedang berehat...
Alhamdulillah....Bukan kerana aku happy JDR ditutup tetapi kerana akhirnya kami boleh menutupnya untuk membuat penambahbaikan demi memberi lebih keselesaan kepada bakal tetamu yang akan menginap atau juga yang bakal mengadakan acara disini. Banyak kemudahan akan diadakan termasuklah 'lift' dan sebagainya. Lebih moden, lebih menarik dan lebih baik daripada sebelum ini tanpa mengenepikan ciri-ciri tradisional.
Ini merupakan saat yang aku tunggu-tunggu. Aku suka saat ini kerana proses ini memerlukan penelitian. Ia memerlukan pemantauan. Ia memerlukan keputusan diambil dengan tepat. Ia memerlukan perbincangan demi perbincangan. Ia mementingkan deadline. Disiplin. Komitmen. Dan banyak lagi. Ini lah yang membuatkan adrenalin aku sentiasa terangsang. Dan aku sangat sukakan momen seperti ini to also keep me alive and kicking! Hahahahahahaha.....
Btw, kepada sesiapa yang merancang nak membina restaurant atau hotel, hahahahahahahahaha, bagitahu aku. Fee aku amatlah berpatutan. Aku sendiri yang pantau. Jangan risau! Take care and have a pleasant weekend with your loved ones!
Jumaat, Ogos 05, 2016
Awang!
Sewaktu aku bertugas di Langkawi dulu, ada seorang associate dari Housekeeping department yang aku nampak bahawa masa depannya amat cerah. Setiap pagi kami ada Head of Department meeting. Jika Executive Housekeeper tidak dapat hadir, Awanglah yang akan menggantikannya. Awang ni rajin. Tak pernah mengeluh, tak pernah menunjukkan muka masam dan tak pernah tak datang kerja dengan cara sengaja apatah lagi masuk lambat. Hebat Awang ni...Apabila aku melakukan rondaan setiap pagi sekeliling hotel, aku selalu terserempak dengan Awang. Kadang-kadang aku jumpa di beach, kadang-kadang aku jumpa di water chalet tapi selalunya di office beliau sedang memberikan briefing. Aku sering masuk dan mendengar beliau memberikan briefing mengenai tugasan seharian yang perlu dilakukan. Kadang-kala menyelit apa yang patut bila dirasakan ada point-point penting yang tertinggal terutamanya VIP arrival. Awang amat disenangi oleh rakan sekerjanya dan begitu juga dengan department lain. Pendek kata, Awang seorang yang rajin, berdisiplin dan amat disenangi bukan saja oleh rakan sekerja malah tetamu antarabangsa juga!
Awang dok drama!
Satu perkara yang buat aku sentiasa ingatkan awang ini ialah perihal motor cubnya yang tak memerlukan kunci untuk menghidupkan enjin. Aku sendiri sampai kesudah tak mendapat jawapan dan sampai ke hari ini dia tak bagitahu aku! Motor Awang ada di parkiran motor ditepi pokok besar. Kadang-kadang sengaja aku hidupkan enjin dan bawak berjalan. Awang cari tak jumpa...hahahahaha....Awang ni aku gelarkan sebagai 'penyamun'. Satu kata ganti diri yang amat 'mesra'. Beliau mengambil kesempatan untuk menggelarkan aku Kepala Penyamun (KP). Takpa...1-1. Seri. Sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.
Sewaktu aku demam campak buat kali ke 2 (aku kena sampai 2 kali), ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Aku tak turun ke office. Cuma membuat kerja dari bilik sahaja. Awang lah yang bersusah payah mencarikan aku makanan untuk berbuka puasa yang dibelinya daripada pasar Ramadhan berhadapan dengan lapangan terbang Langkawi. Kari ikan bawal memang aku suka sebab kuahnya kena dengan aku dan ikannya pulak dihiris tebal. Awang tahu. Jadi itulah yang dibelikannya selalu untuk aku berbuka.
Apabila aku meninggalkan pulau tersebut, Awang ada memberitahu aku yang beliau juga berhasrat untuk berhenti. Aku alu-alukan keputusan beliau kerana Awang dah agak lama disitu dan kareer beliau aku lihat tidak akan berkembang. Sebelum Awang menjadi 'complacent', lebih baik Awang ke tempat lain, kata aku. Alhamdulillah Awang membuat permohonan dan dapat kerja di Kuantan dengan posisi dan aku pasti gaji yang lebih baik. Kami masih lagi berhubung. Kadang-kadang Awang bertanya pendapat dan kami berkongsi idea. Sekali lagi Awang bagitahu aku yang beliau nak balik ke Kedah kerana keluarganya disana dan Awang selalu rindukan keluarganya. Sama juga seperti aku dulu. Aku faham sangat. Aku kata rezeki Allah ni merata-rata. Cuma perlu rajin, berdisiplin dan jangan menipu. InsyAllah akan diberikan lorong. Alhamdulillah Awang ditawarkan jawatan sebagai Exec Housekeeper di TH Hotel Alor Setar. Awang seronok. Aku berbangga. Tahniah Awang. Dalam hati kecil aku, aku rasa Awang boleh naik selangkah lagi. Aku lah rasa. Aku cuma tengok dari jauh perkembangan beliau!
Seminggu-dua yang lalu aku ada mendapat message daripada Awang. Nada penulisan Awang amat ceria. Awang memberitahu aku bahawa namanya 'naik' untuk menjadi petugas haji majikannya. Pagi tadi aku terima message sekali lagi daripada Awang menyatakan bahawa beliau kini berada di Madinah untuk 4-5 hari sebelum kumpulannya bergerak ke station tetap mereka di Mekah. Alhamdulillah. Aku berbangga dengan pencapaian Awang. Kadang-kala rezeki yang Allah bagi tu datang dengan pelbagai cara. Bukan hanya dengan wang ringgit dan pangkat semata-mata. Kesihatan yang baik, kesempatan bertugas sewaktu musim haji dan seterusnya kesempatan menunaikan fardu haji juga merupakan ganjaran daripada Allah. Aku juga ingin jika berkesempatan sekali lagi!
Salah sorang kawan 'blogger' aku yakni 'REZEKI' juga sering ke AS dan dahpun diperkenalkan kepada Awang. Alhamdulillah....semenjak itu 'Rezeki' sering bermalam di hotel tersebut. Di pagi Jumaat yang berkat ini aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya, selamat bertugas serta selamat menjaga kesihatan diri sendiri kepada Awang agar beliau mampu menjaga para jemaah dengan berhemah sama seperti kita menjaga tetamu kita di hotel. All the best Awang! Err, btw, Awang tu bukanlah nama sebenar beliau!
Sabtu, Julai 30, 2016
Let's do it!
![]() |
| Aku berdiri 3 dari kanan. Rambut putih, baju merah ang-ang! |
Aku ada diberitahu mengenai satu sesi menjaga kesihatan yang berlangsung secara santai di Tasik Titiwangsa setiap hari Jumaat pukul 8.45-9.45 malam. Ada yang memberitahu aku tempohari. Beliau juga sertakan no talipon seorang wanita untuk aku hubungi dan bertanya apa yang ingin aku ketahui. Setelah berhubung dengan wanita berkenaan, aku pun mengorak langkah untuk turut sama. Buang rasa segan dan aku sempat memberitahu mereka bahawa jika aku jadi pergi, kemungkinan besar aku bakal menjadi peserta yang paling senior. Beliau mendengar cerita aku dengan tekun dan memberitahu aku yang mereka amat terbuka dengan kategori umur. Hahahahaha....biar aku bagitahu kepada mereka walaupun aku tahu aku muda belia!
Jadi, sebulan sebelum Ramadhan, hari Jumaat pukul 8.45 malam, aku pun tercegat kat tepi tasik titiwangsa. Di pondok yang sekarang ni ada banyak basikal disediakan. Dah macam pesta suasana malam di tasik titiwangsa sekarang ni. Aku suka keadaan begitu kerana ia lebih kepada santai dengan keluarga. Ada basikal untuk seorang, 2 orang, 3 dan juga 4 orang. So, satu family boleh naik sama. Memang meriah!
Aku talipon dulu dari bawah pondok untuk pastikan yang kumpulan tu dah ada. Aku jalan perlahan kearah mereka dan perkenalkan diri. Ternyata kesemua mereka lebih muda dari aku tetapi penerimaan mereka membuatkan aku juga rasa seusia mereka. Hahahahahaha...Setelah selesai memperkenalkan diri, coach pun mulakan aktiviti regangan. Longgar seluruh badan rasanya. Setelah 10 minit memanaskan badan, maka mulalah sesi berpeluh. Nampak senang tetapi menitik peluh aku ke lantai. Baju aku basah. Perut, dada, bahu dan lengan aku serta peha dan betis dah mula terasa. Bukannya lama mana pun. Cuma satu jam tetapi kesannya amat baik untuk aku. Senang-senang aku dah bakar 300-500 calories dalam masa satu jam. Untuk umur aku yang 'remaja' ni cukuplah! Pada yang lain-lain aku rasa mungkin 1000-1500!
Esok paginya aku terasa 'menangkap' dikeseluruhan tubuh. Aku ok dengan keadaan begini. Ianya "feel good pain" untuk aku. Badan tak boleh dimanjakan sangat. Kalau manja, naik lemak nanti...hahahahahaha.....Pada minggu seterusnya juga begitu. Apabila hujan mula turun, kami berpindah ke squash court pulak. Squash court ni tertutup dan terletak di sebelah tenis court dan land marknya ialah Satay Station. Lepas workout jangan pergi makan kat Satay Station pulak....itu bukan berkurang calories tapi bertambah calories jadinya! Hahahahahaha....
Minggu lepas dan minggu sebelumnya kami terpaksa berpindah ke squash court kerana hujan turun sewaktu kami baru nak mulakan latihan! Itu tak mampu melemahkan semangat aku. Malah aku jadi tambah berkobar-kobar! Tiba-tiba sewaktu aku sedang mengetatkan ikatan tali kasut, ada seorang wanita menegur aku. "Eh Uncle pon ada? Bila start?". Aku melihat wanita itu dan senyum sambil bagitahu yang aku dah mula sebulan yang lalu. Dia kata dia baru mula. Kami berbalas senyuman. Dalam perjalanan dari tasik nak ke squash court, otak aku mula bekerja keras. Hisshhhh....mana aku jumpa wanita nehh......bila aku jumpa dia nehh.....kat mana aku jumpa dia nehh......mana dia tahu nama aku nehhh.........Hmm....perah punya perah, tiba-tiba aku teringat bahawa inilah wajah yang selalu aku nampak diawal pagi sewaktu aku berada di MJ.
Sebelum masuk ke squash court untuk memanaskan badan, aku sempat bertanya beliau apa aktiviti hujung minggu yang selalu dibuatnya. Beliau menjawab, Sabtu pagi saya masuk hutan! Huh? Masuk hutan? Kemudian, sambungnya lagi, 2-3 kali seminggu beliau akan berada dikawasan Chow Kit especially lorong-lorong dibelakangnya untuk sama memberi makan, motivasi dan lain-lain lagi kepada rakan jalanan. Wah...hebat sangat wanita ini. Berkorban waktu senggang sendiri semata-mata untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Amat murni hatinya. Aku terasa kecil....
Kadang-kadang aku merasa hairan melihat orang sekeliling aku yang boleh makan dan terus makan tanpa henti. Aku yang tengok jadi ngeri. Anyway, kepada sesiapa yang agak free pada hari Jumaat sebelah malamnya, pergi sajalah ke tasik titiwangsa dibahagian tengah tu. Ramai orang kayuh basikal kat situ. Group ni ada ditengah-tengah. Senang nak cam. Kalau nampak sekumpulan manusia terasa muda tapi tak berapa nak muda, maksudnya kami lah tu! Datang saja dan jangan lupa bawak air sebotol sebab anda akan berpeluh gila nanti! See you there people!
Rabu, Julai 27, 2016
Sunday yang masih busy!
![]() |
| dari kiri Uncle, Nyem, Kusya, AJ, Judd dan Ketat |
Tajuk yang hampir sama macam minggu lepas sebab aktiviti pada ahad kali ini juga hampir-hampir sama dengan minggu lepas! Semua anak-anak ada dirumah. Semuanya sibuk. Termasuklah aku. Macam biasa paginya aku bangun awal, bersiap dan terus ke Masjid Jamek bagi bertemu 'rakan jalanan'. Aku sampai awal. 4.45am dah terpacak kat MJ. Toleh kiri dan kanan, yang ada cumalah abang-abang security yang memerhatikan pergerakan aku masuk berjalan perlahan-lahan sambil menguap sakan!
Sampai di tangga, aku terlihat yang makanan sedekah telahpun berada didalam MJ yakni tempat yang bakal kami jadikan sebagai kaunter untuk menyerahkan makanan kepada mereka. Aku jalan longlai ke salah sebuah tiang masjid dibahagian belakang dan menunaikan solat sunat. Selesai solat, aku toleh kiri dan kanan sekali lagi. Takde sorang pon disitu. Jeling ke jam di mobile phone. Waktu dah menunjukkan hampir pukul 5.30 pagi. Makanan belum di packkan lagi. Sukarelawan tak nampak muka. Yang ada cuma aku seorang! Gulp...aku telan air liur. Rakan jalanan mula mengatur langkah masuk ke perkarangan masjid. Tiba-tiba aku nampak kelibat yang biasa aku lihat saban minggu. Mummy dan Farid. Lega sikit rasanya...walaupun tak berapa nak lega sebab hanya kami ber 3 sahaja bakal menyediakan makanan untuk beratus-ratus tetamu nanti.
Makanan pagi ini ialah lemang super-duper dan ayam masak merah serta 2 jenis kuih. Sirap ais serta kopi o dan teh o. Dalam waktu terdesak begitu, aku teringatkan tugas-tugas seperti di hotel dahulu. Ada kalanya aku akan jadi 'panas hati' sebab staff tak datang kerja disebabkan mc. Breakfast nak sediakan untuk 400 orang tetamu sedangkan staff termasuk aku cuma ada 4 orang sahaja! Jadi, situasinya adalah hampir-hampir sama. Fikiran tetap positif. Tarik nafas dalam-dalam dan senyum.....siapkan kaunter air, aku masukkan lemang dalam bekas, mummy sendukkan rendang. Tetamu beratur panjang. Alhamdulillah walaupun hanya kami ber 3 saja yang bertugas, semuanya berjalan lancar dan lemang yang berpuluh batang habis kami jamu pada rakan-rakan jalanan. In fact ayam masak merah yang berbaki juga kami pack kan untuk mereka yang mahu dan boleh dimakan tengahari nanti pesan aku.
Selasai saja di MJ, aku bergegas ke padang rugby di UM pula untuk membakar kalori yang banyak terkumpul. Kali ni aku rasa puas sebab kebanyakkan latihan yang diberikan dapat aku buat walaupun ada yang lebih muda aku lihat agak liat! Hahahahaha....10.40 pagi aku mohon untuk beredar kerana perlu balik ke rumah bersiap sebelum ke rumah Nyamuk@Nyem untuk majlis rumah terbuka. Sesampai dirumah, semua dah siap. Aku mandi, tukar pakaian dan memandu ke Shah Alam. Bila sampai aku tengok ada beberapa orang budak batch aku macam dalam gambar kat atas tu dah pon sampai. Just nice kata orang Gelugor! Aku tak lama disitu sebab tetamu mula datang. Perlahan-lahan aku salam dengan semua orang dan menghilangkan diri.
Destinasi seterusnya ialah ke Uniten untuk hantar abang. Tersesat jalan sebanyak 2-3 kali, finally sampai jugak bila jam menunjukkan hampir pukul 2 petang! Sekejap saja disana sebab hanya nak menghantar. Cerita aku tak habis disitu. Kali ni aku pecut laju balik ke rumah di ampang untuk ambil 2 ekor kucing betina Marina daripada 4 kesemuanya untuk aku bawa ke SPCA. Kasi cucuk sikit....maklumlah bila dah meningkat remaja ni 2 ekor tu jadi aktif tak tentu pasal. Tak boleh tidur aku malam-malam bila 2 ekor tu asyik dok mengintai "bopren" kat tepi tingkap. Badan meliuk-lentuk! Aduhai...pengsan aku sampai pukul 3-4 pagi tak boleh lelap sebab terlalu bising mengiau!
Aku sempat sampai ke SPCA Ampang sebelum klinik ditutup pada pukul 3. Aku masih lagi boleh memandu walaupun tidur tak cukup. Aktiviti Ahad aku hanya berakhir pada pukul 4 petang! Hahahahahahahaha.....Dah kira macam marathon lah pulak! Nak 'nap' sekejap rasanya tak berbaloi sebab dah terlalu lewat. Biarlah malamnya sekali harung saja tidur awal. Lagi baik!
Jadi, Ahad aku sekali lagi tak sunyi. Ada saja aktiviti. Perkara-perkara personal yang aku suka buat ialah ke MJ dan main rugby dengan Lions di UM. Lain-lain tu bersama keluarga lebih membuatkan hari minggu aku lebih bermakna. Ok people....aku harap minggu ni lebih produktif!
![]() |
| Afza Sdara 96 yang berziarah...tq! |
Selasai saja di MJ, aku bergegas ke padang rugby di UM pula untuk membakar kalori yang banyak terkumpul. Kali ni aku rasa puas sebab kebanyakkan latihan yang diberikan dapat aku buat walaupun ada yang lebih muda aku lihat agak liat! Hahahahaha....10.40 pagi aku mohon untuk beredar kerana perlu balik ke rumah bersiap sebelum ke rumah Nyamuk@Nyem untuk majlis rumah terbuka. Sesampai dirumah, semua dah siap. Aku mandi, tukar pakaian dan memandu ke Shah Alam. Bila sampai aku tengok ada beberapa orang budak batch aku macam dalam gambar kat atas tu dah pon sampai. Just nice kata orang Gelugor! Aku tak lama disitu sebab tetamu mula datang. Perlahan-lahan aku salam dengan semua orang dan menghilangkan diri.
Destinasi seterusnya ialah ke Uniten untuk hantar abang. Tersesat jalan sebanyak 2-3 kali, finally sampai jugak bila jam menunjukkan hampir pukul 2 petang! Sekejap saja disana sebab hanya nak menghantar. Cerita aku tak habis disitu. Kali ni aku pecut laju balik ke rumah di ampang untuk ambil 2 ekor kucing betina Marina daripada 4 kesemuanya untuk aku bawa ke SPCA. Kasi cucuk sikit....maklumlah bila dah meningkat remaja ni 2 ekor tu jadi aktif tak tentu pasal. Tak boleh tidur aku malam-malam bila 2 ekor tu asyik dok mengintai "bopren" kat tepi tingkap. Badan meliuk-lentuk! Aduhai...pengsan aku sampai pukul 3-4 pagi tak boleh lelap sebab terlalu bising mengiau!
Aku sempat sampai ke SPCA Ampang sebelum klinik ditutup pada pukul 3. Aku masih lagi boleh memandu walaupun tidur tak cukup. Aktiviti Ahad aku hanya berakhir pada pukul 4 petang! Hahahahahahahaha.....Dah kira macam marathon lah pulak! Nak 'nap' sekejap rasanya tak berbaloi sebab dah terlalu lewat. Biarlah malamnya sekali harung saja tidur awal. Lagi baik!
Jadi, Ahad aku sekali lagi tak sunyi. Ada saja aktiviti. Perkara-perkara personal yang aku suka buat ialah ke MJ dan main rugby dengan Lions di UM. Lain-lain tu bersama keluarga lebih membuatkan hari minggu aku lebih bermakna. Ok people....aku harap minggu ni lebih produktif!
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan aga...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
(memang nak kena belasah budak Burma sorang ni!) (macam nilah muka dia bila dok bersoal-jawab dengan polis sebelum lari..) (kerja kuat budak...







