Sabtu, Oktober 24, 2015

Ragbi Piala Dunia 2015


Ragbi Piala Dunia yang sedang berlangsung di London sekarang bakal melabuhkan tirainya. Malam ini sudah memasuki peringkat semifinal dan perlawanan malam ini amat menarik. Diantara New Zealand All Blacks menentang South Africa Springboks pada pukul 11 malam ini di channel 837 (kena subscribe). Bagi aku, sudah pastilah aku akan menyokong pasukan idola aku yakni NZ All Blacks. NZ All Blacks ni sejak dulu lagi merupakan pasukan terunggul dunia. Bertahun-tahun menikmati tangga pertama ranking negara-negara ragbi dunia. Sering melahirkan pemain-pemain hebat seumur belasan tahun lagi! Disana, bermain ragbi merupakan tradisi. Permainan lain masih dimainkan tetapi ragbi tetap mendapat tempat dihati masyarakatnya. Baik pasukan lelaki mahupun pasukan wanita, permainan mereka sentiasa menakjubkan!

Sebelum aku mula bersekolah di Seremban dulu, tidak pernah terlintas difikiran aku perihal sukan ragbi ini. Sewaktu dibangku sekolah rendah, aku lebih kepada acara balapan dan bolasepak. Ini ialah kerana abang-abang aku semuanya mahir didalam kedua-dua sukan ini. Mereka mewakili Pulau Pinang dan kemudiannya Melaka di penghujung tahun 70-an dulu dan mereka bermain didalam posisi pertahanan bersama-sama Lim Teong Kim, Akob Itam, Isa Jantan dan lain-lain lagi. Aku sering ke stadium Kubu dan bertenggek di tangga ayam menyaksikan mereka bermain. Dari situ minat aku membuak-buak. 

Fast forward diawal 80-an, even sewaktu aku ditingkatan satu dan dua pun aku masih kurang berminat dengan ragbi. Aku tahu ragbi ialah sukan tradisi sekolah aku. Aku masih lagi dengan bolasepak dan takraw. Sewaktu aku di tingkatan 3, bersesuaian dengan saiz aku pada waktu itu, aku mula memegang bola ragbi. Masyallah, nikmatnya tak dapat nak aku gambarkan. Aku terlupa tentang bolasepak dan sepaktakraw secara total. Tumpuan lebih kepada permainan ragbi. Aku terus bermain ragbi hingga pelajaran aku tambah terabai. Aku katakan "tambah terabai" kerana sebelum aku bergiat dalam sukan ragbi pun pelajaran aku telah terabai! Hahahahaha....makanya aku sangat memahami apabila anak-anak aku mula menunjukkan minat yang sama terhadap permainan bolasepak. Aku tak mahu mereka melalui detik hitam aku dulu didalam bidang pelajaran!

Berbalik kepada ragbi, kebanyakkan orang mengatakan bahawa permainan ini sangat ganas. Bagi aku secara luarannya iya, benar. Nampak ganas. Tetapi permainan inilah yang membentuk disiplin diri aku. Membuatkan aku fokus kepada sesuatu perkara. Mengajar aku untuk merancang "goal" ataupun matlamat. Mengajar erti persahabatan, menitipkan rahsia keakraban sepasukan. Tidak menentang keputusan pengadil dan banyak lagi. Ia juga mengajar aku untuk bangun dan terus berlari setelah terjatuh! Banyak rahsia tersembunyi ada didalam permainan ragbi ini. Tolong-menolong, bantu-membantu dan banyak lagi yang boleh aku tuliskan disini. Sedikit sebanyak ia telah berjaya membentuk peribadi aku. Oleh itu, permainan ini sangatlah dekat dengan hati aku. 

Ada 2 perkara gila yang aku tahu rakan-rakan aku dah buat. Pertamanya ialah perihal beberapa rakan junior aku yang pergi ke London menyaksikan pembukaan Ragbi Piala Dunia baru-baru ini. Mereka ke sana selama 2 minggu dan menyaksikan beberapa perlawanan disana. Gambar-gambar yang dihantar membuatkan kami teruja. Err, sebenarnya jealous! Hahahahaha...

Seorang lagi pulak oleh kerana minatnya terhadap permainan ragbi, anak-anak beliau pun sama, beliau nekad menghantar kedua-dua anaknya yang masih kecil waktu itu, ke NZ. Dimasukkan mereka kesekolah ragbi disana dan mengikuti pelajaran disekolah sana. Kini apabila anak-anaknya pulang bercuti, mereka akan mewakili pasukan kebangsaan jika kebetulan ada perlawanan antarabangsa waktu itu. Itulah kegilaan yang sering berlaku apabila seseorang telah "hooked" dengan permainan ragbi ini.

Disiplin pemain-pemain ragbi sangat tinggi. Apabila melakukan kesalahan dan pengadil memberikan amaran ataupun memberikan kad kuning serta mengarahkan pemain tadi ke "sin bin", mereka tidak membantah. Tidak seperti permainan lain yang boleh bertengkar dengan pengadil walaupun beliau sedar yang beliaulah punca masalah! Juga sering berlaku apabila kedua-dua pasukan tiba-tiba bertengkar dan bertumbuk ditengah padang, pengadil tidak masuk campur dan hanya memerhati dari tepi. Ini adalah kerana para pemain tadi akan bersurai secara baik. Rakan-rakan akan meleraikan kekusutan dan tidak mengganggu pengadil lantas permainan akan diteruskan. 

Banyak yang aku dapat belajar daripada permainan ini. InsyAllah jika tidak ada aral melintang, malam ini aku dan beberapa rakan batch aku yang gilakan permainan ragbi akan berkumpul di Renaissance Hotel KL untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir diantara New Zealand All Blacks menentang South Africa Springboks. Kepada kedua-dua pasukan, "may the better team wins" dan kepada rakan-rakan aku yang akan sama-sama menonton malam ini, "let's enjoy the game!". 

"J'espere que vous sayez un bon weekend!"


6 ulasan:

Abdul Majid Baharom berkata...

Well written . . . n complete with sense of pride n humor. Pakcik bukan pemain ragbi tetapi memang menjadi fan All Blacks sejak lama. So of course pakcik sokong NZ utk menang. Dak Nadim Shah tak kan tak pi tengok game kat hotel tu nanti . . . London pun boleh pi hehe. Sorry for intruding into this conversation of young people. Just seronok2.

Uncle berkata...

Assalamualaikum bang Majid.

Rasanya inilah kali pertama abang Majid masuk dan meninggalkan komen! Terimakasih tak terhingga saya ucapkan. Bertuah rasanya! You are one mysterious person...cuba abang Majid cerita sikit macamana boleh kenal budak Nadim tu? Are you both related in a way? Yes true he was in London to watch the opening ceremony and spent time watching a few games there....Right now we are planning on our next journey (i didnt go to london though!) to watch RWC Tokyo in 2019...Bang Majid di VI ka dulu? now my 2 kids are there...satu form 5 dan satu lagi form 2...err, another 2 you take care abang Majid and may one day we meet!

Uncle berkata...

Sorry Bang Majid...my last sentence was supposed to be, "errr, another 2 hours to semifinal". You take care Abang Majid and may one day we meet!

Kakzakie Purvit berkata...

Senang kata kakak rasa rugbi dah mendarah-daging dalam jiwa uncle dan kawan-kawan sepermainan. Sampai sanggup berada di sana 2 minggu! Penangan bila dia sebati dlm hati.

Jespere que vous sayez un bon weekend tu apa benda uncle haha..
Selamat berhujung minggu ye:)

Uncle berkata...

Memang betul tu Kakzakie.

Permainan lasak tersebut sudah sebati didalam jiwa kami. Sewaktu saya didalam peak sedang gilakan permainan tersebut, bola ragbi menjadi bantal peluk saya....its a different feeling all together.

Betul Kakzakie, ayat peranchis tersebut membawa maksud "have a nice weekend!". Tapi entah betul entah tidak! Hahahahahaha....

iryantyismail berkata...

Asalamualaikum uncle..apa khabar ..arap sihat hendaknya...
Bila sudah minat sesuatu perkara..apa pun sanggup dilakukan demi minat kan uncle...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...