Tadi seperti biasa selepas aku selesai membeli-belah di marrket ampang, aku akan singgah sebentar untuk minum sementara menunggu aunty masuk beli buah dan bawang. Aku suka duduk minum di kedai kopi tu. Pemiliknya telah banyak kali bertukar ganti sepanjang beberapa tahun aku singgah disitu. Ada yang balik kampung, ada yang perniagaan kurang mendapat sambutan dll. Bagi aku lokasinyanya sangat sesuai. Di permulaan masuk ke pasar, berhampiran dengan sebuah sekolah, ada pasar dan dikelilingi oleh deretan kedai-kedai lama di pekan Ampang. Ada sebahagian struktur bangunan disitu yang telah menjangkau puluhan tahun tetapi masih berdiri teguh. Sekali-sekala aku akan berhentikan motor dan mengambil gambar. Aku suka bangunan-bangunan lama. Di Balad, Jeddah aku menghabiskan banyak waktu untuk duduk dan minum air tebu fresh sambil menikmati keindahan bangunan-bangunan lama. Mula berfantasi mengenai peristiwa beratus-ratus tahun dahulu...membayangkan masyarakat setempat waktu itu menjalankan urusan seharian dan sebagainya. Sewaktu aku bekerja di Geneva dulu, aku sering ke Vieille Ville. Hanya 15 minit berjalan dari apartment aku dan 7 minit dari tempat kerja. Disitu ada St Peter's Cathedral yang telah dibina sejak kurun ke 4 dahulu. Berhampirannya di pojok jalan cobble stonenya yang agak curam ada sebuah cafe kecil. Disitu aku akan membaca buku dan minum kopi. Kadang-kadang sampai 3-4 cawan aku minum. Dari black coffee ke cappucino bertukar ke latte dan begitulah seterusnya. Minum dan berada di kawasan yang berkurun usianya memberikan aku inspirasi seperti mendapat udara segar untuk bernafas! Sambil membaca sambil minum dalam cuaca awal Spring atau awal Fall dan sesekali melihat jalanraya yang diturap elok dengan batu-batan dan bangunan-bangunan lama yang mempunyai "bunker", sungguh menarik perhatian aku. Aku akan merasa tenang bila berada didalam suasana sebegitu...
Berbalik kepada marrket Ampang..setelah selesai semuanya dan aku pun dah bayar kat tokay kedai, aku mula mengatur tapak ke moto yang aku letakkan diseberang jalan diantara kereta-kereta yang diparkir rapat. Masukkan ayam dan ikan ke dalam bakul, gantungkan sayur di handle kiri dan gantung breakfast anak-anak dihandle kanan moto, pakai helmet dan baru nak start engine, aku terlihat sebuah van yang tertulis "Roti Benggali". Aku turun moto, bagitahu aunty yang aku nak ambil gambar dan mula berjalan ke van tersebut. Aunty mengekor dari belakang. Helmet masih dikepalanya! Aku menyeberang jalan dan singgah sebentar. Tak ada orang waktu tu. Aku mula bertanya perihal roti benggali ini seolah-olah aku tak tahu apa-apa sedangkan roti inilah yang aku sering makan sewaktu kecil dulu sewaktu aku duduk di Brown Garden, Gelugor, Penang. Penjual mula bercerita serba sedikit. Aku senyum nostalgia. Kepala otak mula menerawang ke zaman kecil lebih 40 tahun dulu! Aku sering ikut arwah mama kemana sahaja. Waima ke marrket Jelutong sekalipon. Banyak kali juga aku ikut arwah mama pergi "set rambut" di Helen Brown. Aku suka ke situ sebab keliling rumahnya ada banyak pokok rambutan. Walaupun bukan musim rambutan, aku akan tetap panjat pokok dan mengelamun seolah-olah aku kapten kapal memberi arahan untuk menyerang!
Aku beli 2 buku roti benggali dan bawak balik ke rumah. Aunty tak tahu apa rahsianya. Roti yang disliced berukuran sama diambil aunty lalu dipanaskannya diatas frying pan. Disapu mentega dan kaya dan dimakan. Aunty terkejut kerana kesedapan roti benggali ni sangat berlainan dengan roti Gardenia yang sedia ada. Crustnya sangat rangup tetapi dalamannya sangat lembut dan ringan (light). Bagi aku itulah cara makan yang original. Foto-foto yang aku ambil tadi aku masukkan ke dalam facebook aku dengan beberapa baris cerita pendek. Respon yang aku dapat sungguh menarik. Rakan-rakan aku satu persatu memberikan komen mereka. Aku tersenyum membaca. Tiba-tiba masuk respon daripada seorang wanita yang bernama Bita. Kemudian Anun. Seterusnya Hanita. Bita dan Anun merupakan adik-beradik. Rumah sederet dengan rumah aku sewaktu di BG dulu. Sewaktu aku di tingkatan 6, mereka masih lagi kanak-kanak dan bersekolah rendah. Aku baik dengan abang mereka yang bernama Syam. Pelajar di Penang Free School dan kini merupakan banker di Dubai. Bita dan Anun dah aku anggap seperti adik-adik aku sendiri. Sewaktu kecil mereka sering mengayuh basikal roda 3 atau 4 berhadapan rumah aku. Aku lihat mereka sejak zaman kanak-kanak. Kini mereka telahpun berkeluarga dan kami masih lagi berhubung sekali-sekala. Manakala Hanita pula merupakan bekas pelajar St Georges yakni sebuah sekolah ternama di Pulau Mutiara. Hanita dan aku naik bas yang sama untuk ke sekolah. Walaupun aku dah berada di dalam tingkatan 6, aku masih selesa menaiki bas sekolah setiap hari. Rumah Hanita waktu itu di Taman Saadon. Berhadapan dengan pasar. Setiap kali aku ke pasar malam, kami sering bertemu. Hanita juga telah berkeluarga dan anak sulungnya telahpun berada di Universiti. Suatu ketika sewaktu aku ke PP, kami sempat bertemu di Kopitiam dijalan Burmah. Bercerita dengan kawan lama bagaikan tiada penghujungnya. Bergelak sakan dengan cerita-cerita dizaman persekolahan. Alhamdulillah sehingga kini kami masih berhubung. Terasa seperti saudara kandung sendiri. Mereka inilah yang memberikan komen-komen kelakar didalam fb aku. Aku diperingatkan oleh Anun dan Bita yang ahli persatuan mamak-mamak roti menyewa sebuah rumah corner lot di BG tempat aku dan dari situlah mereka mula bergerak dengan moto setiap pagi dan petang untuk berjualan. Hahahahaha...aku tak ingat sebab dah lama tak balik ke BG di PP. Walaubagaimanapun, kami ada berjanji yang kami akan ke Malila Bakery dan Cafe di Transfer Road, PP untuk mengembalikan nostalgia "Roti Benggali"
Sebelah malamnya pulak kami tak masak kerana tengaharinya dah makan besar! Sambil menonton semifinal Rugby World Cup, aunty membakar roti-roti tadi dan disapunya mentega dan kaya. Dibawanya kedepan dan kami dijamu sampai kenyang. Masyallah. Kadang-kadang rezeki yang tak dijangka itu berjaya mengembalikan kita ke dunia kanak-kanak semula. Aku diberitahu (dan memang aku ternampak) yang van ini suatu waktu dulu ada di UOA Bangsar. Tapi selepas beberapa hari apabila aku mula mencari, dia menghilangkan diri. Kini rasanya aku terpaksa beli roti ni dalam kuantiti yang banyak supaya aku tak terputus bekalan. Hahahahaha...Have a nice week ahead people!
13 ulasan:
Teringat zaman kanak2 kakcik dulu, kami beli roti benggali yang dijual oleh 'Benggali Arab' yang mengayuh basikal masuk ke kampung. Seronok makan roti yang masih panas disapu kaya.
Kini kakcik terfikir, patutlah roti itu panas - diletakkan dalam bekas yang diperbuat dari tin dan dibawa atas basikal di dalam cuaca yang panas... :)
Betul Kakcik Nur.
Roti ini juga membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali makan roti ni. Mungkin harganya yang sangat murah membuatkan kami mampu membeli. Pada harga kini iaitu RM3.20 saya rasa masih berbaloi!
Saya juga beli petai yang dah dikupas segenggam berharga RM4. Bagi sesetengah orang harga ini mahal tetapi bagi saya ia berbaloi dengan kesukaran mencari petai didalam hutan serta pokok yang setinggi 15-20 meter amat sukar untuk mendapatkan petai. Makanya bagi saya RM4 untuk segenggam petai sangat itu berbaloi!
uncle
All Black mengaruk kalo ni hahaha
saya rasa all black champion tahun ni
Walabies pun menang nasib sebijik je dgn scotland
Lebih kurang kakak juga dulu masa kecik kakak banyak masa di Singapore sebab keluarga bapak kakak tinggal di Singpore. Atok kakak suka beli roti benggali ni. Kakak suka kalau sapu dengan margerine lepas tu sapu kaya. Nikmatnya hihi... boleh makan dua-tiga slice. Kadang makan cecah dgn sup.
Auntie org Jepun mungkin belajar dari unclelah kan dan dah tahu nikmatnya:)
roti "mengali" uncle...
Salam Rezeki.
AB selalunya panas lambat...tapi hari tu lepas Michalak (french capt) keluar je, French team terus collapsed! Itu yg AB capitalized habis....Michalak tu France punya mastermind...has been in the French team for 3 Rugby World Cups..Sabtu ni semi pukul 11 malam...
Salam Kakzakie,
Memang itu sajalah yang sedap disapu dengan roti benggali ni....nanti nak cari lagi...hahahahaha
damiamikaila.
Sama macam ubi "mengala!"
Hi Mohd Shahrir, how you doin'? You watched the Rugby World cup? I only watched when Japan played and the shocker win.
That roti looks very nice....best roti kaya, tiga telor and ice coffee...my one time long ago favourite.
Long ago in KL, used to have early morning breakfast of this roti and kaya at a kedai kopi tepi Sungei Klang depan tu Hong Kong and Shanghai bank with if you remember Arthur Koh, one of Malaysia's greatest footballers.
In fact he stayed opposite my house in Ampang Jaya back in early 70s, and my next door neighbour was Abdul Ghani.
The good old days when Malaysia's football team was the terror of SEA!
You have a nice day.
Best regards,
Lee.
Dear Uncle Lee.
Thank you for coming all the way from Canada! Hahahahaha....Oh yes Arthur Koh. Of course I remember...You actually lived in Ampang Jaya? Thats a short distance away from my house in Ampang! Ampang Jaya has the best Satay, did u know that? Hahahahaha....You missed all the good food la Uncle Lee...you come back for a short break and i'll take you around sampling the best street food kl has to offer!
Roti bengali memang sedap...dibakar sapu kaya..sedapnya
Yes..
Betul tu Iryanty Ahamad. Memang Uncle suka sangat!
Assalam. Saya dalam uaha mencantikkan roti benggali buatan sendiri. Mana tau satu gari nanti jadi sumber ekonomi. Kann..
Catat Ulasan